ena
hari senin
nak kena hantar hubby p keje kat s.alam.. sbb aku nk pakai kete. so angkut le anak2 suma masuk kete pagi2..

aku nak lik kinrara dengan alasan: mil keje. takkan aku nk tinggal umah ngan fil je..(fil da pencen) kang busuk plak mulut aku..dok diam sampai petang, langsung tak berbual wakakaka

hubby plak wat lawak sakit jantung tau! da pagi baru dia teringat
bahawa safety shoes beliau tiada. beliau mmg tak bawak dr spore sebab nk pakai yg ada kat kinrara. tapi terlupa nak p amik kat kinrara hua hua hua

maka huru hara la kami pagi2... laki aku laki aku..
seb baik aku kesian sbb ko takleh tido.. maka aku layankan la kehuruharaan ko mencari kasut di pagi hari. kalo tidak... aku geget ko tau!!

pas settle dapat kasut, anto beliau, zass aku lik kinrara.. owh rendunya umah!! sejak pindah spore baru 2x aku lik kinrara iaitu pada Mac dan Jun tu pon tak tido. lik kejap je..

perubahan paling ketara:
pokok beso depan umah da takde.. jiran aku kata, sejak aku pindah, pokok tu layu layu pastu daun2 suma kering pastu gugur..pastu tiba2 dia tengok pokok tu dah hilang! wakakaka... MPSJ potong la kot!!

sebenarnya... aku mmg berbulu yg amat ngan pokok tu.. redupnya tak seberapa
tapi daunnya gugur bersepah... kemain la banyak!! huhu sangat la menampakkan rumah aku tu mcm rumah tinggal. banyak sangat!!

maka.. masa last time aku balik iaitu pada jun, seblom blah, aku telah membuat onar pada pokok itu har har har
aku mintak racun pokok dari abah dan aku letak pada batang pokok...

abah kata aku silap teknik sapuan. patutnya kena tokek sikit kulit pokok baru sapu
tapi aku main tibai je pi simbah2 keliling batang pokok. tapi berhasil gak.. sebab tu la pokok tu kematian kot wakaka...

sian jiran aku yg lagi satu tu..
mak aku penah bagitau dia bahawa pokok tu tak lawa dan suggest nak tebang. dia takmo. dia sayam pokok tu.. dia kata redup dia leh park kete (bila masa redup ntah!) sudahnya mati kena racun ngan aku wakaka
masuk je umah, budak2 ni buat sepah buku2 depan tv pastu bongkam semua orang tido. hah serasi kan? sebab tu leh lena sampai terlajak ke petang. planned nk g sunway pyramid kul 2 tapi kul 4 baru kuar umah.



*ica nanges plak.. bersambung selepas pujuk ica nanges nanti :-)




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Labels edit post
2 Responses
  1. Ira Says:

    uish, pjgnya cite balik kg ko nih.. hahaha.. sib baik enjoy baca.. pasal pokok mati tu, patutla laki aku cam pelik sgt masa dia pi amik kain kat pagar rumah nko.. "eh, lubang ape pulak la si ena ni nak buat dpn rumah dia ni??" beso! :P


  2. ena Says:

    lobang itu sebenarnya ialah kerana besi drain cover aku dicuri orang! huhu pokok tu ada kat tepi.. ada tinggal tunggul je.. ekeke


Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back