ena
sempat lagi depa posing sebelum majlis bermula

majlis dimulakan dengan tahlil dan bacaan Yasin...
untuk arwah ibu bos ku dan pakcik kepada 1 of our colleague

aku terkelipot sebab sejukkkk yang sangat!!
kaum ibu² malu kot... depa sembunyi di ceruk tikar sebalik tiang..

lepas yasin kita gambar ya!!
ni sumer geng aku... depa suma tak kawin lagi wiwittt...
aku sorang jer mak bodak tak sedar diri huhuseterusnya sesi beratur amik makanann...
haaa didepan ialah Locko yang Cecep (sila rujuk cerita CECEP di Astro Kirana - tak silap aku la)

haa ni lah orang yang diraikan - yang berpisah dengan kami. Cik Linda telah bertukar ke JPA bulan lepas..

ni lah dua orang mak angkat aQim a.k.a babysitter aQim tiap kali aku bawak d p opis



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun
berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak
percaya wujudnya tuhan. Die pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Anak2 : Ader cikgu.

kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket die, kemudian
bertanya lg..

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Anak2 : takder cikgu.
Guru tadika: Anak2 nmpk tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Anak2 : takder cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nak brain wash otak budak2 tu
berjaya.Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun
mengangkat tgn...

Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader kan?
Kwn2 : ader.
Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader.

Moral of the story , bila tak nampak, tak semestinya takdak! sayangi agama
kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
waktu aku menaip nih..
breast aku dok rasa berdenyut² nyit nyittt.... adoiiii sengalnyaaa

sebenonya aku da pegi Klinik Kesihatan masa ari Rabu minggu lepas.
biasa la aku bila g klinik gomen ni mesti hangin satu badan. lama nak mampoz tunggu turn!! memang angin laa!!! datang kul 8+ masuk bilik doc dalam kul 1++ marah tak???

balik citer bengkak tuh
doc da check.. pegang kiri kanan atas bawah..
katanya tiada bengkak!
takde??
mana bleh!! aku rasa memang ada!
d pegang lagi atas bawah kiri kanan.. d tanya aku rasa cemana..
ku citer la.. sengal² tak ilang²..
bukan cam lump tapi cam ada susu banyak.. (ibu² bF mesti tau cemana rasa bila susu banyak, kan??) then dia kata...
memang ada bengkak ketulan besar di pangkal buah dada nih... tapi bukan lump. memang lah!! aku da kata bukan lump! kan aku kata ada cam bengkak!! eisskkk!!!
*garang tak pasal² aku nih!!
doc kata
mungkin sebab aku peknen..
then bengkak breast sebab hormon
bengkak ni biasa la dalam seminggu akan ilang
takde kesan kemerahan.. dan biasanya tidak menyakitkan etc etc
tak sakit? aku da stat rasa sakit tau sekarang nihh!!
seminggu?? masa aku jumpa doc tuh da masuk 2minggu aku bengkak tau!!

huraian dan penjelasan doc tuh memang la tak meyakinkan aku pon!

pastu dia kata, i kena refer u pada pakar sebab ini bukan bidang saya...
ketik ketik ketik d taip surat then pass kat aku suh bawak p Hospital Putrajaya utk dapatkan tarikh appointment...

ku amik surat, time slip then balik opis... LETIH!!!

ketika entry ini ditulis, ku masih membiarkan bengkak itu menyibuk dalam hidupku... huhuhu.. tatau nak buat cemana!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
jumaat lepas, saya da janji dengan zea dan Nisda nak p umah depa
tiba² plak malam tuh pukul 1+ pagi waktu saya dan iQa lena tido (hubby p OS mesti si iQa tido ngan aku... takmo tido bilik d)
muncul plak mak, abah, kak wati n anak² dia depan umah aku...
depa baru sampai dari Muar..
pastu uG dan Ucu plak sampai.. hhihihi ramai balik orang kat umah aku.
bagus bagus!! aku ni pon sebenarnya penakot dok umah ngan anak² kalo hubby takda..
borak² kul 3+ baru aku masuk tido
pukul 4 pagi plak... aQim demam.. apa hal ni? takde selsema takde batuk tetiba demam plak..
pas bagi ubat surut ler demamnya...

sok pagi nyer seperti depa rancang..nak g umah wak Rubiah (kakak abah aku)
terpaksa la aku join kan??
abis cemano plan aku?? huwawawa...

ari sabtu ku sempat p umah zea jer... ingat kalo trus p umah Nisda sempat gaks. tapi memandangkan zea nak pegi lewat dan Ros plak tak sampai lagi...tak dapat la aku join depa..
Sori la NISDA.. ku mungkir janji huhu...

time kuar dari umah zea tu badan aQim panas semula...pas beraya, lawat Wak Rubiah sakit dan bla bla bla... ahli rombongan yg lain singgah Mydin USJ.. ku pon singgah solat then trus p bawak aQim ke klinik. badan da panas sangat. kena masuk ubat kat muntot! ha amik ko!
pas ubat lik umah trus lelap!


ni kat umah Kak Faridah @ Shah Alam.. anak aku tak malu! tak penah jumpa tapu leh plak tetido atas pangku orang tuhh ekekeke...


lepas solat maghrib, atuk n umi nak shopping, muka idung pipi sudah merah.. mata sudah berair.. mama gerak balik dulu sebab nak p klinik.. temp sudah 40 degree

ari Ahad, time suapkan aQim makan + dia minum air pakai cawan, ku dengar ketuk ketuk bunyi bibir d terantuk pada cawan.. aikk! apa tuh??
wallaaa...
aQim tumbuh gigi!! 2 batang gigi bawah sudah keluar..ekekeekee

*lLA, kita baru jer kutuk aQim lambat tumbuh gigi ek? ahahaha.....



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi tadi, kami seopis melawat ke rumah abang kepada bos ku... Salam Takziah puan atas pemergian ibunda tercinta...

Allahyarhamah kembali ke Rahmatullah pada pukul 3+ pagi tadi di rumah anaknya di UPM, Serdang. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah....





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kelmarin, ada orang tuh terjun dari katil
tengah² malam, time mama n abah lena tido,
orang tuh sebuk panjat mama panjat abah sumer² la...
tetiba
bedebukk... di sambut oleh suara aQim melalak panjang...
Astaghfirullah al azimm... d jatuh terlungkup atas lantai..
selalu d jatuh bernasib baik jer. kali nih, dahi kena lantai pastu part area mata tuh tatau terkena apa (kena bucu baby cot kot??)

alamak susah nya nak amik gambar

hah ni.. calar kat mata tuh...

dahi belah kiri tuh lebam... tak nampak sangat lam gambar

hari kedua - lebam da ilang, tapi parut tepi mata ada lagi



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ni masakan malam tadi... kunun kan hubby nak pegi OS..
ku rajin la masak dinner... hehehe nak bagi hubby rendu kat aku ler ekekeke...


ni tomyam seafood - iQa request takmo pedas sangat haa mama eheheh

lauk wajib: sayur - sawi bunga + udang kering originally from Kudat

serba ringkas - bean curd+bawang goreng



ni brunch aku kul 11.30 pagi tadi nasi ayam di Anjung, Alamanda
sedap ni woooo.... RM4


*kalu p Anjung, kedai ni sebelah dalam. dekat sebelah Bank Islam. ku tak ingat namanya. tapi ada satu kedai jer disitu. makanan lainnya sumer tak sedap. nasi campur, soto, mee kari sumer fail. nasi ayam jer sedap.. muahahaha




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
muahahahahah ku rasa nak sepak si penulis papan tanda ini ekekekeke.......
please read

Lokasi 1: pekan Seri Kembangan
rumah kedai ini belakang ada bilik sewa. Jam am10 pm ada orang di rumah
Lokasi 2: Selayang Baru

kasut siyap repe gepat ambe

adakah maksudnya: kasut siap repair cepat ambil?? muahahaha..

yang ini bukan signboard sebaliknya saya snap sewaktu berhenti di t.lite...
sila lihat anak sekolah ini, bergelak ketawa dengan bahagia di atas motor.. tanpa memakai helmet.. dan sila lihat motornya di sebalik curb - maknanya? dia berada di laluan bertentangan! ni saje la nak bunuh diri nih! eisk mencik aku!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
time lunch.. kami gerombolan si cecep seopis p la makan kat restoran nih...
nih gara² terpedaya dengan Yang Zarma punya sogokan laa...

*mangkuk dan pinggan kat kedai ni lawa...
tapi, service, lembaaabbbbb yang amat! rasa nak pelangkung jer!!


Cik (bakal Puan) Yusz sedang melayan Penang curry mee - katanya tak sedap!!


kuey teow aku - nama apa tah.. aku lupa da. nama pelik sangat ekekeke...
udang besar tuuu
*pon tak sedap!

nih cendol aku.... memula tuh cantek abis la. aku lopa amik gambar. da runtuh baru snap! rasa dia sengal sikit. cam santan kotak jer ekekeke

ops rakusnya aku makan!! owhh maluuuss
sila lihat di kiri aku ialah Cik Lela dan d depannya itu ialah Pai Tee.. yang ni sama cam rasa kat chicken rice shop


ni plak si Nazat cecepah itu... bley plak dia posa tapi nak jugaks ikut kami p lunch
ini macam punya worang pon ada ka?? ahahahaha




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harituh kami makan di Old Town Kopitiam..
eheheh saya kan Giler Kuupi.. (kopi original saja ya. bukan nescafe, ali cafe ataupon milk cafe) beshnya minum kopi sedap!

nasi lemak saya (dan timun untuk aQim)

ni anak cina ke jawa nih?? tgh balun mee udang

slurrppp... bikin ku rasa mau pegi lagi daaa...

ini pula mee kari.. (eh iye ker??) ke aku tertukar nama untuk 2 mee nih?
alah belasah jer la...

yang penting, tiga² yg kami order tuh memang delizes (sila ajuk kata² Onisha hihi)


*sila lihat si kecil yang berpuas hati dgn hidangan timunnya itu ehehehe

*hubby tarak sebab sibuk p beratur bli whipped potato kat KFC ekekeke




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
si phoebe mengenalkan aku dengan satu test nih..
tak pasal² aku p buat bagi mencukupkan masa kepada 5.30petang...

hahaha sapa² yang giler CD (cloth diapers) cam aku.. leh try buat nih ya.. click sini..
http://www.nerdtests.com/mq/take.php?id=15598

nih hasil aku....

Your Test Scores

Clothy: 68%

The Nappy Test
says that I'm A Cloth Addict


What does it mean?

Oh dear you're addicted, you have a few more styles than you maybe need!! Never mind, at least you're saving the enviroment, and you would save money if you didn't keep buying new styles!!


For your test taking skills, here is a graphic to share:




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
rasa cam nak balik. tapi jam blom 5.30 lagik...
so nak tepeks gambar boley tak???

kul 4ptg saya p turun ke nuseri. feeding time. ku tgk aQim seronok jer gegar² playpen dia...
trus ku amik henfon nak tangkap gambar d seronok tuh...
skali dia nampak plak muka aku... trus la nangisss.... nak suh amik la tuh!

ni konon merajuks la nihh

skang ni d suka sangat buat muka cemek gini

ingat aku nak kesian la tuh... muahahaha kena gelaks lagi adalaaa

last² amik dia dan salinkan dan menyusu..
pastuh da gembira da...

ku nak mainn tapi nak mama ada tepi... buleh kaa???




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
biasanya bulan posa... ibu² menyusukan anak akan mengalami masalah susu yang merudum dengan jayanya...
ku tatau apa sebabnya secara spesifik.. tapi teoriku mungkin sbb sangat kurang water intake dan pemakanan yang jadi tak tentu arah sepanjang bulan posa nihh..

pada aku, yang direct feed ini, walopun ku rasa susu berkurangan namun ku rasa susu tetap dapat memenuhi keperluan aQim. ku bersyukur yang amat. Alhamdulillah and thank you Allah atas rezeki yang Mu kurniakan pada kami... aQim takde mengamuks sepanjang bolan posa ni walopun kadang² rasa bengkak tarak.. tapi d isap okehh ajer...

nak jadi citer... ari terakhir ku bekerja masa bulan posa, masa tuh isnin, 29 Sept 2008. MIL da cuti so d sibuk la nak jaga aQim, tak bagi antar ke nuseri. Ok la ku no problem.. dan seperti biasa kalo ku tak dapat direct feed, ku akan bekalkan ebm untuk aQim...

ku kuar umah 7 pagi - balik pada 7 malam..
malam dan pagi tu ku ada pam 5oz dan 4oz, ku simpan lam botol..
ku pesan: nanti bagi yg lam playtex ye mak.. each feeding kena pakai 2 pek. jangan bagi yg lam botol tau! playtex tu da cair dari mlm tu.
maka, cukup la 6 pek untuk 3x feeding kan?

sekali ku balik umah??
6 pek yg da cair itu masih lam fridge! (by 8 mlm da jadik 13jam la dia cair!)

saya: aQim tak minum ker mak?
MIL: mak bagi yg dalam botol..2x je dia nyusu. dia makan banyak tadi..
saya: hah? kenapa tak bagi lam playtex tuh?
MIL: susu tu nampak cam da lama jer... buang je la. mak da bagi yg ina baru perah tu..
saya: tak la mak.. susu tu elok lagi. dia tahan lama, mak. ni da lebih 12 jam da kena buang la nih, membazir je mak.
lam hati saya: sayang susu tu.. penat saya pam huhu
dengan sedihnya ku buang jer 6 ketul susu tuh bersamaan dengan 18oz...

huhu MIL memang gitu... tah apa² tah..
dah la sangat suka bagi anak saya makan macam².. masak bubur masin giler.. masukkan garam lam bubur yg aku masak, bagi kek lapis kat aQim.. bagi ayam golek.. huwaaaaaaaaaaaaaaa aku gerammmmmmm jer!!!

*nih la lagi satu cabaran kalo bF tapi orang sekeliling tak support kita...

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kalian kalian yang masih menyusukan anak...
walopun hanya dalam pantang, 2 bulan, 8 bulan mahupun 2 tahun (seperti sifoo aMieza..)
ku ucapkan tahniah pada kalian..

menyusukan anak ini sangat kuat cabarannya..
plak tuh cabarannya mengikut peringkat! sepanjang penyusuan.
dulu ku ingat mula² je susah nak get use. nanti da lama akan ok. rupa²nya tidak sama sekali
dari cabaran bab susu tak meriah, inverted nipple, bengkak hingga menyebabkan demam mahupun kesukaran untuk mengepam.
Alhamdulillah setakat ni ku rasa cabarannya masih mampu ku tampung...

2minggu nih, ku hadapi cabaran seterusnya dalam penyusuan.
yang tak bestnya, ku tak penah dengar sebarang amaran atau peringatan tentang sindrom ini daripada kawan² mahupun lactation counselor...
kalo bab cam bengkak ke apa tu ker... ku da banyak baca kaedah nk tanganinya.
tapi kali nih, ku tak tau apa²... citernya gini..

sepanjang cuti raya.. ku fully direct bFeed la kat aQim.. cam biasa la kalo ari kejer pon aku fully direct gaks... ku ngepam kalo kena out station atau ada meeting jer..
masa cuti raya tu ku notice,
breast kiri asik penuhh jer... breast kanan lak cam biasa jer..kadang² belah kanan ni kempiss jer.
ku pelik la jugak.. kenapa eh?
tapi ku tetap selang selikan kalo aQim nak nyusu tuh. walopun kanan kempis, ku bagi juga.
dan seperti biasa, ku da set lam otak. kalo baby isap, mesti akan ada susu...
baby tak meragam pon la...

selama seminggu sindrom aku tuh berterusan.
ari sabtu, ku takleh tahan, rasa sengal² da kat breast kiri tuh. sebab asik berattt jer kan..
cemana nak buat nih? kenapa nih??
pam pam pon sama jer. aQim nyusu pon sama gaks. tak susut breast aku tuh!!
aku bagi aQim 3x breast kiri dan 1x breast kanan. tapi tak surut!! adusss.......
lastly, aku call jer teleinfo Kumpulan Sokongan Penyusuan Hospital Putrajaya
ku bercakap ngan JT Nor Aziah Ujang... (baik nurse nih. tima kasihhh yaa...)

lepas citer background dan history penyusuanku... Nurse tu pon mula la jelaskan masalah yg aku alami tu...
"Sindrom ni terjadi sama ada - kesilapan pelekapan(latch on) atau penghasilan susu yang berlebihan. Sebagai contoh, kemungkinan saya menyusukan anak sebanyak 5oz sebelah breast setiap hari... tapi pada hari raya, oleh kerana aQim makan itu dan ini, maka dia hanya minum 4oz. dan 1oz berbaki di breast. maksudnya breast tak kosong habis selepas feeding. kemudiannya perkara itu berulang² selama 4-5 hari dan menyebabkan berlaku 'mendapan' di pangkal breast. mendapan ini takkan kuar walopun susu di pam atau baby hisap. sebaliknya yg kuar ialah susu di hujung breast itu sahaja.

sebaik²nya, apabila baby menyusu tapi tak sehingga kempis, saya perlu mengepam breast sampai kosong (statement ni memang saya tak penah tau ok!) ini bagi mengelakkan mendapan. jadi dalam kes saya, masalah saya da masuk tahap kedua iaitu bengkak yang takmo surut. apa yg boleh dilakukan ialah tuam dengan kain suam urut² breast dan perah - dengan tangan sahaja! jangan guna pam kerana pam akan memaksa kelenjar susu di depan mengeluarkan susu atau menghasilkan susu baru sekiranya sedangkan saya seharusnya mengeluarkan susu yg dipangkal breast.

saya perlu usahakan 2x sehari selama 3 hari. sekiranya tidak surut, saya perlu ke hospital dengan segera. memandangkan sekiranya sampai tahap ke-3 boleh menyebabkan bisul atau nanah huwaa nauzubillah!! tanda² nak masuk tahap ke 3 ialah sakit yang berdenyut², rasa panas pada breast atau demam.

harini da hari ke 3 beb! masih tak surut! ku takde la sakit. cuma sengal² jer. aku kena p spital ker??? gulp!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
akhirnya ku terpaksa mengakui kebenaran kata² hubby...
ku memang cerewet bab makan..

aduhai aku sangat tertekan dengan kawasan kediaman ku ini...
kawasan umah ni, takde kedai makan sedap tau wahai kawan² sekalian!
cuma ada kembangan paradise, dalam lingkungan 3.5km dari rumah..
kedainya agak ok, bersih, tokeynya ISLAMIK, makanannya so-so tapi,
servisnya sangat lambat! yes u read lambat!!
boleh bikin ku panas ati dan rasa nak belah balik umah goreng telur aje!

semalam saya balik umah agak lambat.
so malas nak singgah kedai runcit (sekarang saya takde stok lauk frozen sbb fridge tinggal satu - satu lagi da pass ke rumah sewa ucu)... freezer saya pula penuh dengan eBM aje.
jadi pesan saja pada hubby belikan dinner kami di kedai near sekolah iQa...
sekali hubby balik around 7.15pm
dengan tangan kosong. kedai tu tutup. adusss apa nak makan ni! perut da keroncong...
saya buat la muka lapar sambil masuk baju kotor lam washing machine
tup tup hubby da ilang - p kedai belakang umah bli makanan....yeeehaa!!

dengan tabah ku kat umah, masak le makanan aQim...letak bilis yg selalu d suka tuh...
punya la lama ku siapkan makanan dia...
makan 6 suap jer ok!
tak sampai setengah mangkuk da takmoo... geleng² kepala!
adusss....

hubby balik: "aQim tak mo makan ke Yang?"
saya: "makan tadi... tapi sikit je da takmo lagi"
hubby: "dia kan pandai pilih makanan...macam mamanya...cerewet!!"
saya: senyapp jer wat² tak dengar

dengan perut yang keroncong nak meletops,
kami ber3 hadap le 3 nasi goreng kampung + ayam masak pedas..
sesuap... dua suap uhuk uhuk uhukkkk
langsung tak sedap!!! eiskkk takleh nak makan okey!! sangat tak sedap!
hubby makan jer dengan muka toya + wat tatau kat saya yang menguis² makanan...
uhuhu terus rasa nak marah! kenapa la peniaga sekarang ni hampeh sangat!
dah la kedai KOTOR... masak TAK SEDAP... eiiii memang marahh la sangat!
saya makan roti + butter saja dan main dgn aQim..
si iQa ikut sama takmo makan nasik goreng kering tak sedap itu... (aku tak hasut pon taw!)

*lepas makan hubby pegi gunting rambut dan belikan roti canai kat aku... hehehe kesian kat aku rupanya!! tak sampai ati biarku tido lam kelaparan ehehehe


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Raya tahun ni kami beraya di Selayang...
untuk kali pertama aku beraya di umah mertua...

alahai ku sungguh tak lalu makan..
kenapa entah. ku pon tatau.
nak kata masakan kat sini tak kena selera aku...
eh dulu ok jer???
cuma aku rasa sebab lama sangat kami bermastautin di Selayang tu
tetiap hari makan MIL masak...
masakan kat umah ni langsung tak pedas. so aku jadi ilang selera...
alahaiii aku renduuu nak makan sambal!! - umah MIL sumer orang takleh makan pedas..hihihi

pagi raya...
aku senak perut...
teringat plak si period yang tak datang² dan UPT yang kejap +ve kejap -ve nih..
aku pon riso la.. aku da 3 kali buat UPT
1st tuh -ve
2nd masa kat sunway pyramid carik kasut kakak tuh.. +ve tp line blurrr sangat!
3rd kat umah +ve plak...
so kami decide nak check pas raya nih..tapi kenapa sakit perut nih eh? nak gugur ker?? gulp!! nk tahan sakit tuh, ku telan panadol manjang

malam raya pertama kami balik tangkak (ah beshnyaa leh makan macam²)
dan raya kedua pegi le Ng Specialist Centre kat Muar.. utk check perut aku nih
dan hasilnya... tadaaaa....

aku tergelak² laki bini... memula ingatkan tak peknen... tapi peknen. Alhamdulillah..
pastu ingatkan baru nampak sac ker jantung ker.. rupa²nya masa scan tu baby da tergedik² kaki tangan sumer da nampak! alahai kelakar tul! Alhamdulillahh...

nampaknya ada orang baru lagi. yang bakal menjengah kami, menjadi sebahagian daripada kami, sepanjang hayat kami....insyaAllah...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
arituh takder mood sangat nak buat persiapan raya...
sekali raya da dekat, baru ku kelam kabut pikir

nak cari kasut kakak
nak cari kasut baby aQim
nak beli baju aku..
nak bli sandal aku -- ku nak sandal jer time raya

seb baik kasut aQim senang jer jumpa!
kasut si iQa letih aku ukur soping complex!
dari sunway ke alamanda ke cawangan² al-ikhsan... ada size tak kenan plak
yg kenan takde size plaks... adusss

haiihhh arinih kejer plak!! (padan muka! kononnya takde sibuk apa so keje ler....)
haihhh bila nk dapat kasut iQa nih!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lama tak update blog
konon sibuk la... tatau apa yg aku sibuk

semalam cuti p merayap..
sekali petang tuh tgk² aQim demam plak..huhu raya da dekat, demam plak??

untuk kawan² pembaca dan pelawat blog ku...
ku nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
andai ada terkasar bahasa, terlanjur kata, terlebih gurau, ter'pau' makanan, terkutuk mahupun terusik hati... ampun dan maaf ku pohon dari kalian
Semoga Aidilfitri ini bakal membawa kebahagiaan dan kegembiraan untuk kalian di samping orang yang tersayang...



*untuk yang tinggal dekat² umahku, jemput la datang umah yer...
tahun ni ku beraya di Selayang ---- huhuhuhu...



*ku menanti berita bahagia sebelum raya ini. kelak ku maklumkan pada kalian.. thee hee hee








------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aduhhh kelmarin sangat la sadis untuk ku!

ari sabtu tuh hubby teringin sangat nak makan meat ball soup..
ku masak ler...walopun ku tak lalu nak makan soup tuh dgn nasi...
si iQa plak nak buat popia sardin...
mmm ku buka makan popia ajer laa...

kul 6lebey si iQa plak nak ikut cik uG buka posa kat luar..
tak jadi la buat popia sardin...sebab tukang gulung popia nak kuar...
sudahnya ku takde apa nk buka posa...

tiba² datang plak anak jiranku antar roti jala+kuah kari ---yuhuuuu faveret aku tuh roti jala!
apa lagi
ku balun la time buka posa...
ehehehe syedappp jer aku makan...

tiba² kul 3pagi, ku sakit perut... dan trus muntahhhhh banyak giler!
aik apasal nih!
pastu ku buang air besar plaks!
selang 2 jam ku muntah + buang air lagi
sampaiiii ler ke pagi... lembik giler badan aku!

kul 9 pagi ku da pegi klinik... keracunan makanan katanya...
huhu memang sengsara laa..
ku dah lama giler tak kena muntah+buang air nih!
alahaiiii
anak² sumer hubby uruskan... aQim pon minum ebm jer seharian. sekali jer bF sebab aku tak larat sangat²!
minum plain water pon muntah
minum 100plus pon muntah
jalan pon huyung hayang!! haiyaaaa.....

menjelang petang cam da ok sket, kerana ku togok 100plus dan jus guava dengan banyaknya.
tgk ku ok jer, hubby ajak p carik baju melayu aQim + buka posa @ asiari kat SACC Mall Shah Alam..
ku kesian hubby... pegi gaks la... sekali tuh... baru jalan sket ku da huyung hayang nk pitam (tak posa pon nak pitam gaks??) air lam badan kureng kot...
last² makan pon tak lalu..
dan pas makan ku terus jer balik umah...
sian anak² aku... tak dapat beli apa pon.... mama tak sihat huhuhu


Alhamdulillah menjelang pagi senin ku da sihat 100% dan leh la pi kejer... huhuhu

----------------------------------------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
di kala sedang kursus... ku sempat lagi melayan blog dan terpandang homework dari Nazat yg Cecepah itu...

heheheh LAYYANNN gaks la nihh....
mari kita lihattt....

---------------------------------------------------------------------------------------------

First Name - Nama bunga you.... uhhhh sungguh ku gelik ekekekekeke
Nickname - Ina, Lin, Mama Lin (nih kat opis Cecep nih jerr...)
Birthday - 16 Ogos
Birthplace - ku di'salin'kan di umah - disambut oleh Jururawat Desa namanya Misi Midah okey..
Time of Birth - 4.30 petang (kalo tak silap aku laaa....)
Zodiac sign - Leo

–This or That–
Flower or Chocolate - choc la kot? leh makann...
Pepsi or Coke - NEITHER - ku tak suka carbonate drinks! coke pepsi musuh utamaku!!
Pop or Rock - Pop. Rock itu sesekali layan la. sangat sesakkan kepala ok!
Relationship or One Night Stand - mestila relationship!!
School or Work - school: takde punch kad, nor LNPT, tak kena hadap bos mahupun menghadiri meeting
Love or Money - Money pastu baru datang chenta.. ekekeke... Love tarak duit apa kesss...
Movies or Music -movies (ku tak suka music. spai hubby kata, radio lam kete ku itu jadi perhiasan ajerr)
Country or City - country uhhh udara nyaman, tak der traffic jem, banyak pokok dan tak panas/bahang...
Sunny days or Rainy days - sunny. leh kuar merayap dengan jayanya
Friends or Family - Hubby! eh tak menjawab soalan la kan? ahahahaha

–Have you ever–
Lied - mestilah hehehehe
Smoked - never..!
Broke someone’s heart - twice.. pertama; memang kptsn yg salah sgt². kedua; huhuhu ku pon terpaksa.. sori ye yang...ku amat berdosa padamu uhuk uhuk uhukk
Had your heart broken - ye! si setan perosak itu!! ALLAH damn you!!amin!
Wish you were a prince/princess - masa kecik² penah ar... besh banyak duit.leh masuk klas main golf ahakss.. skang takmo arr
Liked someone who was taken - tak penah arr
Shaved your head - tak penah
Been in love - yes and still in love
Used chopsticks - selalu. bila makan mee esp kat umah
Sang in the mirror to yourself - penah la kot masa musim kuat nyanyi...ahaha

–Favorites–
Flower - roses sangat romantic rupa nya!
Candy - alus sementai a.k.a cotton candy besh! teringat zaman bodak²
Scent - ku tak suka perfume... currently ada envy me 2 dan eliz arden - ntah tahun bila nak abis!!
Color - merah dan biru
Musical Instrument - guitar
Movie - ku sangat suker the Mummy!!
Actor/Actress - brandon fraser ekekekeke....
Junk food - mana ada...ku tak suka! snek ku adalah roti²: bakers cottage, bohemia jusco, rotiboy etc etc
Animal - ku suka neok ikan lam akuarium mak...tapi nak membela? tidak laaa
Ever cried over someone - huhuhu ku keciwa...
Is there anything you wish you could change about yourself - ha ada! ku nak buat LASIK then tak payah pikir pasal spec/ctc lenses agi!
Do you think you’re attractive - dulu adalah... skang tidak laaa kot
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - Fiona dan shrek... ahahaha takmo ar! fairytales sumer omputeh!
Do you play any sports - yeah! renang! ku terrer kuak lentang atas katil!

–List (8) random facts about yourself –
1. ku tak suka dengar muzik. serabut! tak suka tgk cd/dvd, sebab takde iklan! tapi tgk wayang ku ok jer!
2. ku kuat semangat! biasanya perkara yang orang lain tak support mesti aku beriya nk jadikan kenyataan. cth; breastfeed, pakai cloth diapers...
3. ku suuuuka driving!! tapi tak penah ada kete sendiri! kete pertama: nama abang aku. kete kedua nama hubby.. aku? ku pemandu tegar ajer...
4. aku tak pandai amik ati, pujuk orang mahupun menjaga ati. kadang kala ku agak lepas cakap orangnya - dengan kata lain, ku agak kasar.
5. aku tak suka boodak²... tambah plak kalo nakal² eiskk rasa nak geget jer! special case jer la ku suka boodak²
6. walopun keras kepalaku ini, namun aku seorang yang berubah² - kejap² ku marah kejap lagi ah malas la nak marah! ekekeke boleh ker cam tu?
7. ku paling tak sukaaaaa bangun pagi utk sesuatu komitmen seperti pegi keje, pegi sekolah mahupun pegi shopping! ku suka bangun pagi untuk siram bunga atau sidai kain sahaja ya!!
8. communication skills ku amat la lacknyer! apa ku cakap sebenarnya tak dapat menyampaikan apa yang terbuku lam hati. kenapa eh??

- mangsa seterusnyaa: ku amat mahu baca merapuan dari kalian ini:
1. Sue @ arianna - rakan sebirthday ku ini
2. Aida- yang amat tegas
3. Kak Ina - kak yang penyabar ini
4. Kak Zaara - ku nak baca pasal kamu plaks. asik kisah aQil jer ehehe
5. Has - kawanku yg pemalu
6. Mai - mai...aku suka pekena kamu ihikss...

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back