Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts
ena
cuti skolah sudah tibaaa.....

u olls..
aku tengah kemas2 ni...
nak balik kampung!! yeehaaaa....

ye...
me iQa aQim arissa sahaja yang balik..
saya balik kampung dulu,then rabu baru ke KL..
en.hubby akan ke terus ke KL pada rabu pagi..
kerana beliau OS..

dan..
kami berempat (ye..berempat! hubby akan tinggal di KL kerana kerja until another week!) akan balik semula ke sini pada selasa berikutnya (iQa akan ponteng sekolah 2 days)
dengan alasan kami tiada tiket balik spore pada hari ahad mahupon senin hahahah...

adoi.. mesti longgar la skru kat pinggang2 aku ni hangkut 3 kanak2 ke sana ke mari tanpa en.somi!!!

takpe takpe.... hehehe janji hepi...



kami nak balik sini...

dan sini....
wohooooo rendunya rumah kamiii!!!!!!!!

bye!!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
calling2...
saper nak sewakan stroller kat aku...


minggu depan kan cuti skolah..
aku nak balik KL le kan...
tapi nak bawak barang yang terpaling sikittt...
sebab... ada la sebab musababnya.. malas la aku nak taip!!

maka...
di sana nanti aku takde stroller..
saper ada stroller nak bagi aku sewa??
kalo stroller twin/tandem lagik bagus!!!
sila ctc aku ye!!

URGENT nih!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

beshnya tak pegi keje!! ku suker aaa... ekekeke

christmas day,
kalo ikut plan asal nak gerak p Kuala Terengganu hari ni. tapi tetiba hubby ajak pegi Low Yat.. p cari laptop n camera baru.. kami p berdua jer la..anak² tinggal umah ekeke..

alahaiii geramm jer aku tgk HTC ...
tapi ku kan kdekut..
asik berkira² jer nak beli ker idak.. sudahnya tak beli ponn PDAfon tuh ehehehe..

balik umah.. puas ati la kunun ku hadap laptop, camera n 'bateri' baru utk henfon ku..
packing barang tido sekejap

------------------------------------------------------------------------------------

kul 5.30 pagi kami bertolak.
5 orang - aku, hubby, iQa, iRa (niece) n aQim yg tido jer sepanjang perjalanan...
ku rasa jauhhhnyaaa tak sampai²..dan bosan juga (sebab hubby tak bagi ku drive huhu)
syiook tido..siap bukak tudung ekeke...budak nih lagi kuat tido! panas pon tido jugaks!!

singgah di RNR Bentong tuk makan - 1jam
time sarapan di RNR, mama makan nasi, aQim makan muffin

singgah di pantai Cherating - 1 jam setengah (termasuk sesi tolak kereta)
bley plak masa pusing² tuh, hubby p masuk sampai ke area pasir halus! sudahnya terbenam la kete! bley pulak d lupa dia bawak kete ini? d ingat d bawak kete lain?????
terpaksa la aku jadik driver 2 wheel + mens hand jap ekekeke

mula² uncle ni sorang jer yang tolong tolak kereta tau! prihatinnya dia! tengah jalan² ngan family, leh berenti tulung! ku salute! (padahal ada ramai orang kampung yang lepak bawah pokok near kami. tapi depa buat tatau jer)
tak pasal² aku lak kena drive??
ooo kereta terbenam ke??
ahahaha kakak abah n kak iRa sumer kena turunnn...sebab kalian berat! saya takper. saya buleh tgk dari dalam kete...ehehehehe (agaknya ni lah dialog aQim kot???)

kasi naik tyre atas kayu...
hah! settle! abis suar abah berpasir ekeke

lokasi kejadian

singgah umah member hubby di Dungun - 1 jam setengah

ni la member hubby - kawan seUTM kami.. skang dia bermastautin di Dungun sebab keje offshore ngan petronas

at last kami sampai KT pukul 2.30 petang huhu letihnya!! 9 jam perjalanan tau!!

Sebenarnya ini family trip. Kakakku kan kahwin ngan orang KT, so kali ni kami p antar dia ke kenduri umah lelaki la. family kakak, abang n parents aku gerak dari Johor. aku jer dari KL..
malam pertama, kami stay di Mak Teh Homestay - Chendering dengan kadar RM300/sebuah rumah, tp dpt diskaun RM210. saja² tokey tu bagi diskaun ekeke...

aku imagine kalo homestay mesti tak best. umah kg, panas, takde aircond bla bla bla.. tapi rupa²nya best gaks. besar umah tu. selesa la utk trip berfamily gini. tapi anak² ku, nieces nephews sumer bising la takde swimming pool ehehehe... depa ingat asal gi jalan² jer tido hotel wakakaka...
nak no fon mak teh, sila klik pada gambar ye..

sarapan pagi kami ditaja oleh family pengantin lelaki - kami sarapan di luar rumah jer. besh! angin kuat
haaa buat macam rumah sendiri. memang besh!!
tgk cadar kat Mak Teh ni, cam zaman dolu² kan? ehehe


malam kedua.. tido di Angsana homestay - ni umah teres 4 bilik kadarnya RM300 semalam.
inilah angsana homestay - ku tak recommend ya. facilities tak cukup!

yang ni umahnya baru tapi kurang maintainance. aircond da buruk, toiletries, towel sumer takde... sejadah pon tarak!! hangin jer!!
ni ler kakakku si pengantin yang cecep.. muka make up sendiri sebab katanya kenduri ni simple jer. so save duit mak andam huhu
baju nih jahit khas utk p kenduri uG tau..ehehee muncitnya perut aku!!
bajuku sama ngan baju iQa - iQa with her cousin Aina Munirah yang tua setahun dari dia... ini la niece aku yang tak suka makan sebab didorong oleh cita²nya nak jadi model cam Nasha Aziz..
apasal muka budak iRa ni bertompok² bedak??
minum susu pump - mama malu la nak selak baju kat umah orang!
eh! muka budak ni plak macam muka aku!! cheh! ni ler adikku... uCu a.k.a Ushu


hari berikutnya adalah trip ke pasar payang dan masjid kristal - lawatan berulang kali. bosan aku!!hari hujan. so dari kereta nak ke area masjid tuh hubby pasal ler rain cover. mengamok mamat lam tuh. panas gaknyer ekekeke
aQim tido manjang...
bagi chance mama n abah romantika d amour jap ekeke
aku lepak kat masjid je masa orang lain p masuk tpt lawatan tuh

ini pula sesi lawatan ke pantai batu buruk pula..
tgk dulu rupa paras pasir tuh...
once atuk jejakkan kaki dia kat pasir jer, melalak meraung la mamat nih mintak tolong...
haaiiya! pasir pon geli ker??



sekian sahaja cerita dari Kuala Terengganu... till then!!



updated:
** nama kedai sedap kat Low Yat tuh KopiClub..kat Lower Ground - kedai tuh sedap weh.. ehehe

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bertolak dari Skudai around 11pm++ lepas round keliling UTM, jengah² faculty mama n abah...
sampai di Pulai Desaru Beach Resort dalam kul 1pm..

besh gaks hotel nih.. saya minta pool view dan di ground floor jer..senang iQa nak lari p pool nanti...
makan ler lunch yang kami tapau dari kedai Pak Ali (kedai faveret abah masa kat UTM dulu) seb baik tapau tau! kat Bandar Penawar tuh tah apa² kedai makan dia!

iQa balun nasi cukup² - amik tenaga nak berendam lam pool jap lagik..
aQim dok jer tunggu kami makan.. bagus anak mama
da kenyang, da solat.... ok time mandi pool!!! ehehehe
aQim penakut air rupanya.. aku dukung bawak tempat dalam sket dia peluk aku sekuat ati siap buat muka cuak! cheh adakah?? dia leh sengih² time dok kat tepi ni jer la.. haiyaa.. tgk iQa slide jerit², dia pon jerit sama. tapi jerit ketakutan wakakaka...
suda sejukkss.. mari jalan² tepi pantai pulak.
waa mesti abah marah ku tepeks pic muncit dia muahahaha larikss...
ampun banggg... wakakaka
ok seterusnya part paling tak besh kalau bercuti di Desaru ialah... tiada tempat makan yang menarik. tambahan pula, kitaorang datang pada weekdays... alahai mana nak makan nih??
jalan punya jalan tak sedar hampir 100km+ baru kami jumpa ini tempat: Tanjung Kapal Seaside Restaurant alahai jauh dan ceruk bangat!!

datang punya la jauh! nasib baik makanannya sedap!!
ni menghadap laut taw dan sana tu penuh lampu kapal yang berderet² nak pegi Teluk Ramunia kot.. hihi ku tatau..
aQim: uuuu kakak amik gambar??
da habis sesi bercuti kan? tak larat na k upload gambar lagik! off we leave Pulai Desaru Beach!!singgah di Kota Johor Lama.. sesi mengimbas sejarah sikit..
ni replika Kota Johor Lama tau.. zaman Sultan Alaudin Riayat Shah - Sultan Johor Kedua.
asalnya istana ni di atas bukit. telah dipindahkan ke tapak yang lebey sesuai...
kat dalam tu banyak pamer batu nesan etc.. ku tak minat la nak amik pic huhu

nak tau citer lanjut leh baca citer belakang saya tu... ehehe

singgah Pekan Tg Sepat - minum dulu... warung pon layannn
ni kat kerusi meja makan warung ler nih...
cantikkan pemandangan belakang saya tuh? (yang tudung pink pon cantik gaks kan?) wakakaka
hubby melayan si iQa dengan pic "2 jarinya" itu
ada lagik pam minyak cam gini kat sini ek? untuk nota iQa.. pam minyak begini biasa dilihat di kawasan luar bandar Semenanjung Malaysia pada era 1980an..

*Pada hari mahu pulang, Saya pakai baju mengandung dan seorang sahabat menegur saya..

dia : Lin, awak pregnant lagi ker?
saya : saya? lagi? ahahahaha... haah kak... lagi sekali...
dia : oooOOoo sori... ha iyer... lagi sekali ekekeke tanya jer... berapa bulan? tak nampak pun!
saya : nak masuk 5bulan.. (sengih jer...)
dia : ooooOOooo ok...

motif perbualan: apakah?????

...................... selamat tinggal Desaru ......................




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back