Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts
ena
chewah.. ala-ala meniru kak mah la ni..(jgn saman aku ye kak mah)
Catatan aku le plak.. kunun.. wakakaa

pics da tayang kat FB tapi nk gak tulis catatan kat sini..



tiba2 je dia enterprem!!


masa kejadian: aku da 37 weeks, pi check up kat JB
doc tu seluk2, ermm.. da 2cm
then kompiden je suh aku datang pada 21hb utk bersalin
aku: hah? bersalin 21hb? kenapa? err due saya 29hb doc
doc:
iye.. skang da 2cm. in a week, most probably u are ready to deliver

aku:
what will happen if i didnt get any contraction?

doc:
no problem we will help with some medication

aku:
induce? (or u want to zass my fairy bumpy tummy?)


dan-dan kami laki bini terus pening
kami plan nk balik KL pada 25hb sbb due date pada 29hb
dan kalo ikut history (ica dan aQim) aku overdue 10days
maka kemungkinan akan bersalin pada awal november

tiba2 doc kata da 2cm, nampaknya kena standby nk bersalin la kan?
bersalin di Spore adalah tidak sama sekali
untuk bersalin di JB pula, adalah tidak mungkin
.
sebab: sapa nk jaga kanak2 masa aku dan pidaus di wad

mana hotel aku nk letak iqa dan adik2 pada malam yg aku warded nanti
hospital tu takde bilik single (buleh gitu?)
nak bersalin di Annur (seperti dirancang) cemana plak iQa yg tgh exam
sapa nk temankan dia kat spore plak? huhu haru haru

maka untuk berpikir panjang, kena la carik tempat yg tenang dan damai
seperti: di meja makan hihi

Italic

hasilnya: kata sepakat dicapai
Pidaus akan ngantar aku ke KL wekend berikutnya
dan p check up di Annur
kemudian dia akan balik ke spore utk keje
dan balik ke KL sehari sebelum aku check up 39 weeks
dan sebelum tu, p jemput baybik (bibik temporary sahaja)

iye kawan2, aku mmg takdak contraction pada masa ini
masa p Annur pon masih 2cm

maka sila datang check 39 weeks nanti

pagi tu pegi agak awal la
doc kata.. kalo bior je 2cm ni maybe kalo tgu 40wks pon masih 2cm
alih2 aku datang pagi 20hb tu da 3cm
maka berpesanlah doc supaya aku segera menuju ke labor room. INDUCE.
sebaliknya, aku melangkah masuk kedai makan dulu.
tapi
aku nk makan nasik lemak pon tak sempat tau!
ngap 2 sudu je, nurse da tepon:
eih doc suruh terus p labor room, puan p makan ke?
boleh datang sekarang tak? doc tgu puan ni..
*nyah.. masa ni la aku terkejor p makan nasik lemak sambil sms ko!!



aku sudah ngantuk! esok la sambung ye.. :-)

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hari raya pada aku selama ni mmg tak berapa bererti
tatau la kenapa.. sebab dari kecit da biasa.. raya tu takde apa2..

MASA KECIT:

bangun tido,
mandi sunat raya pakai baju baru --> pastu tgk2 abah da gi solat raya kat masjid. kami kena tinggal. maka tgu abah balik, salam2, dapat duit raya pi kubur atok dan balik kampung..
abah mak borak sampai lewat petang.
da malam baru sampai umah. tamatlah kisah raya aku disitu.. kat kg takde kawan2 pon. cuma ada wak laki bini dan embah (nenek aku)
maka aku adik badik biasanya duduk diam je la sambil makan kuih raya wak bagi abis
aku tidak membesar dengan menonton sarkis di tv pada hari raya
dan tidak juga berjalan dari rumah ke rumah keliling kampung mengutip duit raya
never never never!!

pada raya kedua pula,
biasanya kami adik badik da ke kedai
babai pada baju raya kasut raya
kami kembali comot2 pakai jeans dan t-shirt di kedai
oh ye.. parents daku ada kedai makan a.k.a restoran
dikendalikan oleh mak abah dan abang serta pekerja yg pastinya akan cuti pada hari raya
maka kami adik badik la tenaga kerja yg tidak amik cuti.. kerja overtime!!
begitulah hari raya kami.
dari kecit sampai besar
sampai ada iQa pon rutin aku masih begitu

walopun aku da tak tolong kat kedai
tapi aku mmg tak beriya la beli persiapan raya tetiap tahun
tatau kenapa. haha

tapi tahun ni awal2 pidaus da sound aku..
awak taknak raya..
saya nak raya..
anak2 nak raya.. kesian derang..

baiklah suami..

tahun ni kita beli kasut raya baju raya songkok raya
utk awak dan anak2 awal2
saya punya kendian2 sebab saya taktau nk bli baju apa yg leh muat perut ni
yg penting saya nak clarks 2 ketul. itu aje.. hehe
kuih raya tak payah beli sebab takdenye orang nk datang umah kita
*sungguh jimat raya kami kan?
tahun ni kali pertama raya aku cam bersungguh sket.
baju hubby & anak2 suma da bli awal2
tapi.. aku tak gembira juga raya ni.
sebab ni pertama kali raya tanpa mak huhu..
pagi2 kat kubur tu, abah baca doa,
aku rasa mcm sama ngan doa yg imam baca lepas talkinkan emak..
kebetulan pagi raya tu ujan..
aku ngan iQa pon sama2 ujan kat kubur tu huhu

tu ketidakgembiraan yg pertama.. (wah panjangnya n3 aku!)

sehari sebelum raya tu,
kami p melaka. misi cari clarks aku ler..
kami p anak banak je.. ntah apa kena, kete aku weng plak..
bukak ekon tapi cam bau asap dari luar masuk
mula2 igt bau asap lori ke haper
lama2 baru sedar.. agaknya kete rosak
dan memang betul kete rosak

maka hari raya kami naik kete pinjam. kete kakak aku.
sampai skang kete kat worksyop lagi.
lik sini pon naik kete kak aku aritu.. huhu

ntah baper ribu la nk terbang tu.. huh tu ketidakgembiraan kedua

dan seterusnya akibat daripada dok telan asap dalam perjalanan pegi dan balik melaka
kami anak banak sakit tekak + batuk di hari raya..
kalo satu famili tak sihat, haruslah tak gembira di hari raya kan??

lengkaplah 3 ketidakgembiraan di hari raya kami.. huhu


maka oleh kerana tak gembira, tiada gambar raya..
sekian tima kasih ekekeke


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi tadi sambil masak tuk sahur
tak pasal2 aku p buat bubur kacang + durian
skali aku terleka kat dapo
tahapabenda tgk2 da lewat
kelam kabut makan nasi...
tak sempat makan bubur kacang.. hahaha
jelas sekali aku mengalami kekacauan jiwa kan?

petang ni buka apa tatau
aku maleh gile nk masak
dan petang ni kakak aku yg dok JB sebatang kara tu datang buka posa kat sini
err.... tgkla kalo sampai kul 5 pon masih malas..
makan luar aje le ekeke...

skang ni
aku teringin nak makan benda2 ni..
tapi nak makan kat umah orang. kenduri ke. wedding ke. apa2 la. asal bukan kedai punya.
buleh bang??



nih lauk2 masa kenduri aqiqah arissa
kenduri last yang mak masak..
lepas kenduri ni kenduri housewarming umah kinrara mak tak masak
lepas kenduri umah aku.. mak meninggal.. :-(

dan ni kenduri last makan nasi beriani kat umah mak
sejak kenduri ni.. sampai skang.. kenduri2 kat umah tu cuma wat nasi ambang (pronounce: ambeng) je

err aku rasa ni beriani

nih kamben aqiqah
tu dia.. siap gearbox, oil filter suma ada
myk2 yg sendap tu ahaha..

ayam sambal mak aku yg sendap..

eh ni apa benda plak ni?
eiskk!! sengal betul!!


nih budak bam-bam masa kecit ekeke

aku tak peknen masa ni tapi kenapa aku gumuks?? huwaa

alaaa sian cucu atuk dok atas meja makan... tgu masa nak kena cukur rambut

org pakai jubah abam pon nk jubah
tapi org berangin je.. dia berpeluh jurai-jurai..

mak.. only Allah knows how much i miss u!!
Al-Fatihah





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harini dan esok iQa tak skolah
sebab budak2 primary 6 tgh oral exam PSLE (cam UPSR la)
maka kanak2 kelas lain diberi cuti supaya tak memekak kat skolah

maka dia memekak la kat umah masing-masing...kan?
budak busan ni da puas melayan adik dia menyepahkan foam mat ABC tu
skang adik2 da tido.. dia plak sebok nak buat batu seremban
alaa yg guna kain tu.. letak beras @ kacang ijau kat dalam dia
amboi.. abis la beras wangi super thai aku!
sedap je ko sumbat lam kain eh!
budak ni bukan reti menjahit pon
mengendeng la kat aku suh jahitkan..
aku jahit tibai-tibai je
hentam la labu.. janji ko gembira ekeke

ni bukan iQa buat. iQa buat ada kecit ada beso ada buntal ada kempis ekeke

korg nk tau?
masa final year kat UTM, aku ni ada utang subject ko-Q
aku tak amik2 sebab asik nk tgu member.. ada geng baru best kan?
skali masa daftar subject
member aku reramai nk amik kelas jahitan ko!!
aku gelabah abis. al maklum aku mana reti jahit..
kan aku penah citer dulu kat sini
jahit butang sebiji pon makan jam tau aku nih!
mmg dasar tgn pengkor huhu

sudahnya aku menjajor la carik kelas lain yg masih kosong
yg tinggal suma yg berasaskan sukan je
dah tu takde kawan plak..
nak pon ada kelas basketball - tapi aisey satu kelas ngan pidaus plak kang!
so.. terpaksa la aku menerima takdir Ilahi
da jodoh aku ngan kelas jahitan masa tu..
masuk je la haha

projek sem itu ialah menjahit baju kemeja wanita
haaa tak hagak2 ko!
aku igt jahit sarung bantal ke.. awan2 langsir ke
tak pun jahit quilt ke
ghopernye jahit baju!
da la kemeja plak! siap nk letak benda keras kat leher bagai tu..
adus!!

tapi seb baik cekgu ajor kemain la sebijik-sebijik..
dapat la aku ikut satu step ke satu step
lawa tak lawa belakang kira la kan..
pastu
apabendantah...aku TERponteng la few classes
bila datang balik, tgk2 baju orang da ada bentuk da
aku py tangan tak cantum la badan tak siap la
amenda ntah lagik.. aku tak tercatch up la sbb aku tak reti!
nak buat kat umah sewa takde mesin jahit plak! (cheh alasan)

sudahnya.. aku gigih tau p mencarik tukang jahit!! wakakaka
da dapat, aku kompom siap baper upah rupa mana nak jahit etc etc
kawan2 aku cebik je kat aku.. muka berbulu dan menyampah kat aku ekekeke

tapi aku tak anto jahit lagi!
sejak ari tu.. bila p kelas aku buat2 sibuk je.. aku tak menjahit pon
aku usik sana usik sini.. bagi kawan2 tambah berbulu wakaka

2 weeks sebelom submit, aku pon anto ke tailor tersebut..
2-3 hari je baju aku da siap.. ehehe iron lipat elok2
tgu masa nak submit kat lecturer je ekekke..
kawan2 aku yg lain masih gigih tau!
sokmo p lab sbb nk siapkan jahitan.. kat umah pon hadap..

last2 hangpa tau? sampai last minit baju depa tak siap
dok mengongoi la kat aku
tanya mana kedai rahsia aku anto tu.. wahaha
aku kan baek hati dan suka berkongsi orangnya..ekeeke
aku tulun la antorkan baju depa sume..
tapi sebab last minit kan.. baju depa ada yg lawa jahit
ada yg tak lawa.. nyonya tu pun da pening gaknya..
pastu baju depa kena charge dabel dari aku. aku py 8 hengget je wakaka...

ujung sem... tgk result..
aku dapat A subjek jahitan... wakakaka
mintak hampun mintak mahap ye wahai puan lecturer!! uhuk uhuk uhuk

sebab tu la sampai skang aku tak reti2 menjahit gaknya.. wakaka


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back