Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
ena

nih tah bila tahun yg buatnya ntah. mintak respi dari tokey kek Haniza Zack :-)
pastu tepek kat fb. pastu tiap kali org mintak resepi, aku carik celah2 bedah lappy ni..

SO, khas utk mak buyong siti.. mengidam ek kak??
ini le resepinya..

sebelom buat cheese tu, buat base dulu:
bleh guna biskut meri ke oreo ke.
hancurkan pehtu gaul dgn magerin tekan2 kat loyang
pastu simpan lam freezer bg keras

skang utk cheese cakenya

250gm cream cheese - pakai brand philadelphia
75gm gula kastor
100gm fresh cream - bli yg lam kotak kat kedai barang kek
100gm agar-agar cair @ serbuk gelatin kira2 suku botol kecik tu

mula2 - Pukul cheese dan gula hingga kembang.
pastu - Masukkan fresh cream dan agar-agar cair (agar2/serbuk gelatin kasik rebus dulu. pehtu masuk dlm cream cheese) dan gaul rata.
pastu lagi - Tuangkan dalam loyang yg ada base tadi. sejukkan lam fridge.

Jika suka bolihlah letakkan topping...jem blueberry etc cam den buek tu..

:-)




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku sebenonya nak ikut resepi TTM yang menggiurkan itu
tapi..
memandangkan aku kesuntukan masa
<-- sapa suh aku hadap laptop sepanjang hari??

maka terpaksa la aku ikut resepi wahyu dalam kepala utak ini..
kah kah kah

mari memasak dengan kelajuan maksimum..

pada waktu tengahari,
ketuk2 halia, garlic, black pepper, garam
gaul kat ayam + ngan oyster sos, kicap dan madu
kasi itu box lock lock, dan simpan lam fridge
pi sambung hadap laptop semula :-)


menjelang pukul 6 petang, amik semua ayam, sapu sikit myk olive
masuk lam oven kasi bakar

kicap lebih perap ayam tu kasik masuk corningware kecit,
tambah kicap lagi dan tenggek atas dapo.

bila ayam masak, tuang kicap tu atas ayam. settle.

sambil oven membakar, satu periuk kasi rebus sikit ayam + halia utk sup
kuali plak tumis bawang + garlic + kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang
tuang semua ke beras yg da stand-by lam piuk nasi
cedok air rebusan ayam, tuang kat beras
letak santan sikit, ON suis


masukkan kentang dalam air rebusan ayam tadi, kasi besar api
sila ulang keje2 menumis seperti tadi tapi tambah rempah sup
dan tuang hasil tumisan dlm piuk sup
bila kentang da lembut masukkan broccoli, tutup api.
settle sup aku



takde cili merah utk buat sambal nasi ayam..
maka
tumis bawang putih bawang merah
dan cili blend
bila cili da garing, tuang sos cili dan
masukkan hirisan tomato (lalala suka hati bajet sendap)
garam, gula, siap sambal nasik ayam ekeke


setengah jam da siap noks!! tak sempat nak azan maghrib lagik! ekekeke

nasik tu sungguh lemak sekali..
menjadi kegilaan somi dan anak2 SERTA dijamin sendap!! huhu



itu lah rahsia saya mendapatkan anak yg gemuk2 gebu2 macam ni



*iQa.. jgn cobet mama eh!! kang mama tak bagi ko maen uli2 tepung lagik!! hahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku kan takde keje lain
jengah sana jengah sini
jengah tenet ler bukan jengah umah orang!!
ni jumpa kat tenet

mula2 nampak Kak Nis mama Hairee buat
lepas tu tgk Kak Zaara mama aQil plak buat

pastu aku buat. hahaha


extra spicy shepherds pie


saper nak buat ikut resepi kat belog kakak2 tu ye..

aku punya da amend seperti berikut:

1. tak letak kiub pati ayam - umah aku takdak perasa2 dan penambah perisa tu suma
2. aku tumis daging tu ngan cili blend dan letak cili padi potong halus - haha aku kan kemaruk pedas
3. gunakan sikit je olive oil utk tumis - takleh byk myk. kami batuk huhu


seperti biasa Pidaus tak suka makanan tanpa belacan aka western fud
beliau makan sesudu aje kerana beliau adalah melayu tulen kah kah kah

maka pie ini dihadap oleh aku anak banak aje.. sendap!!
tapi aku takleh makan banyak..
daging kisar brand Ramly yg aku guna tu.. sangaaaat rasa lombu.
seperti kukatakan
aku imajin seperti geget2 badan lembu yg tgh mkn rumput di tepi jalan.. fuhhh!!!

makan sikit aje tau! lebihnya simpan lam fridge utk lunch kanak2 tengahari esok di kala maknya posa. maka jimat tenaga. tak payah memasak di tengahari ekeke

dah tau tak suka lembu tapi gatai buat pakai lembu kan?
tah apa2 aku ni..
lenkali aku buat guna ayam la.. nyum nyum nyum



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sila imajin:


seekor ayam betina sedang bermain2 di padang
sambil mematuk2 ke tanah
dan sepasang kaki ligat mengais-ngais
mana lah tau ada rejeki dapat cacen seekor dua
dapat dibuat pengalas perut sambil bermain-main

tiba-tiba datang 2-3 lelaki menderu-deru lari ke arah si ayam
si ayam cuba mengelak lari susup sasap menyelamatkan diri
tapi nasib tak baik dapat ditangkap oleh si lelaki

lantas dibawa ke rumah penyembelihan
dikelar leher mati terkulai
direndam air panas abis licin bulu-bulu dibadan
yang tinggal hanya la goosebumps

dipamer pula dipasar KIPmart Tampoi
tiba-tiba datang pompan dari spore
pohon badan si ayam dipotong lapan blas
lantas diseludup masuk ke spore

begini la naseb ko ayam
nak main kat padang pon tak senang
dah la kena kelar leher, badan kena potong pula
siap diseludup kemudiannya!!


digoreng lembab2 dan dimasak sama lada:
jadila kamu

si AYAM PADANG:




Kaedah memasak si Ayam Padang:

1. bahan2 nk blend:
cili padi
lada merah
belacan
buah keras
bawang putih
bawang merah

2. ayam digoreng lembab-lembab (separuh masak)

3. kemudian tumis bahan2 yg blended, masukkan serai yg diketuk2. bila separuh kering, masukkan ayam dan perah sebiji limau kasturi @ separuh biji lemon

3. masuk santan pekat: sikit je. kalo banyak nt rasa lemak sgt dan cepat ngantuk (haha tiba-tiba tau!)

4. bila sudah terbit minyak maknanya sudah masak. buleh cedok masuk lam pinggan, amik kamera, snap pic dan masuk lam belog ena

sekian tima kasih. i lap u!


tiba-tiba je aku tepek resepi
memang dasar pening la aku nih!! hahaha
korang layan je la.. buat la kunun2 aku masak sendap tau!
muahahaha

ica dipetik sebagai berkata: saya gembira. abam takde.
dia ikut abah bawak kak iQa p klinik. dapat sy tinggal berdua ngan mama...
huh kenapa la mama ni.. pening je muka dia hahaha




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sebaik sahaja lepas mentaram semua makanan tadi
aku trus p dapor semula..

gigih tak gigih.. haha
sebenarnya si iQa yg menceceh2 suh buat kek batik tu
sbb da tgk pic yg aku tepek sebelum ni
lagipun aritu aku ada buat sikit
aritu test buat menggunakn resepi kak Zaara

ni picture kak zaara..


resepi beliau ialah:

sukat ikut suka hati..
cuma masakkan milo/butter/koko/susu cair/gula/telur sebiji..
dah sebati/pekat sumer tu tutup api terus patah2kan biskut marie dlm periuk tu..gaulkan.. pastu mampatkan dalam bekas lain. dh suam2 masuk dlm peti ais...



resepi tu sendap gak! sampai tak sempat aku amik gambor! sekejap je da abis! wakaka
jumaat lepas aku buat guna resepi Cik Midah yg dapat thru MR



tadda...


sendap sendap sendap.... da abis pon!! stock biskut meri aku pon da abis jugak..uhuhu



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back