Showing posts with label emo emo. Show all posts
Showing posts with label emo emo. Show all posts
ena
bulan puasa nak abis da..

tahun ni tahun kedua puasa tanpa mak


biasanya rutin adik badik, awal ramadan mesti amik cuti

1st sahur mesti kat umah tangkak

kamikan org johor, da biasa dari kecik 1 ramadan = cuti hehe

taun ni laki aku tak amik cuti pon

anak2 pon skolah 1 ramadan tu

so lik kg before puasa la.. petang tu da lik spore, dan sahur kat umah sendiri je..

koser la nk amik cuti bagai..


tahun ni aku rasa cam makin tua lak

despite sambut besday di tengah2 bulan ramadan,

taun ni aku bangun sahur sendiri haha

jgn tatau.. aku ni da beranak pinak pon, still mak telefon pagi2 buta, kejutkan sahur tau!

sampai la ramadan terakhir mak ada, still mak telepon kejutkan aku haha

mmg takleh caya pada diri sendiri la kalo nak harap aku bgn sahur haha

camtu gak la dulu2 kalo aku nk p outstation pagi2 buta, mesti pesan mak suh call kejutkan aku ekekeke...

lepas mak meninggal, aku suh kak wati lak.. hua hua hua


tapi taun ni.. dgn jayanya aku bangun sendiri

dah 23 ramadan, baru skali aku missed sahur. sbb pnt giler arituh. kira excellent la tuh haha

kalo nak compare tahun lepas.. selang sehari kot kantoi sahur ekeke...


tiba2 abis idea *sebab nk tgk tv* ahaha...


------------------------------------------------

jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....





ena
Wanita dijadikan sebagai peneman kepada lelaki
Sebagaimana Adam mandom bila keseorangan,
Begitulah jua suami kita andai kehilangan isteri kelak..Kot??

Tapi disebalik kebergantungan itu,
ada golongan lelaki yang mampu bertahan pada cintanya...
Ini aku quote ayat wak (pakcik) aku bila ditanya kenapa dia sanggup hidup berseorangan dan tidak mahu calon pengganti

dah berpuluh tahun aku hidup dengan dia (merujuk kepada arwah isteri beliau)
Hidup matinya bersama aku...
Berpuluh tahun na, wak ni bersama wak pompuan ko..
Susah payah semua bersama. Suka gembira pon bersama..
Ini bila dia da takde... Wak nak cari pengganti?
Baru 2 tahun nak banding dengan puluh tahun..
Dia pon sendiri di sana na...


Aku mmg takleh trima hakikat sgt bahawa ada orang nak ganti tempat mak aku..
Aku btol2 ingat abah aku punya pendirian mcm abangnya..
Rupanya jauh skali...

Sudahnya, aku jadik mandom
Dan Pidaus mengeluarkan hipotesis beliau:

ada orang:
Menyayangi pasangannya dengan sepenuh hati.
Absolutely sbb dia mmg sayangkan pasangannya itu
For what ever condition he/she is
Tiada penggantinya..sampai mati...

Ada orang pula:
Menyayangi pasangannya kerana pasangan itu peneman hidupnya
Sanggup korbankan apa sahaja demi pasangan tu
Dan menjadi pasangan yang paling setia bila bersama
Tapi..
Bila pasangan itu tiada, dia perlukan pengganti.
Sebab, dia sayangkan pasangan itu kerana itu peneman dia
Kerana orang begini tak betah hidup sendiri
Dan segera memerlukan pengganti..


Yes darling... I get what u mean, but saya takmo tau from which category u are.
and i love u so much (walopun ko enggan blikan daku lemari putih tersebut) huhuhu


Kalian?
Which category are u fall in?
Sila tanya diri sendiri sebelum tanya pasangan anda.. ;)


------------------------------------------------jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Cuba korang bayangkan

Berkawin dan bercinta bertahun lamanya
Kesana kemari bak belangkas

Dari berdua
Kemudian bertiga
Sampai berlapan, bermenantu bercucu...

Tiap mlm, selama berpuluh tahun,
Si isteri mengeluh lenguh sini dan sana..
Demi sayang si suami turutkan, urut sini dan sana..
Padahal bdn sendiri pun lenguh jugak..

Bila sampai masa
Si isteri dijemput izrail..
Sedih tak sedih... Dgn redha dilepaskan jua kekasihnya pergi
Pergi menghadap kekasih sejati..

Okey.. Cerita blom habis!
Walau bengkak mata da hilang
Merah tanah kubur pon da ilang
Kekasih tak berapa sejati akhirnya mencari pengganti..

Si anak meratap hiba... Bagi pihak ibu ke,
Atau sendiri yg emo, tu aku tatau..


Bah,
Kusangkakan sayangmu sampai ke syurga..
Rupa2nya....





------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
mood adalah tidak baik
perasaan adalah tidak menentu
kemarahan di paras sukar dikawal

fizikal rasa sangat gemuk
napas sentiasa laju naik dan turunnya
kelaparan tak penah menjengah
naluri nak makan langsung takde
kepenatan sentiasa berlegar
peluh di badan basah kering basah kering

gigi plak berlubang dan sakit
pinggang rasa cam tegang semacam
ingat kalo baring dan tido leh tenang
rupa2nya pinggang sakit pula

umah bersepah cam kelas tadika KEMAS dilanggar budak2 kampung
anak2 shomot cam budak terbior merayap2 kat Jalan TAR
kain baju melambak kat ampai ntah bila nk kering
ayam 3 ekor lam plastik pasor, tersadai kat sink ntah bila nk basuh

dikala pitching aku sentiasa tinggi ni
jangan la sesapa cuba buat lawak
kang ada yg dapat penampor tanpa bayang ni kang!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pengumuman semua
1. tuan belog adalah tidak sihat. sejak jumaat malam sabtu.
2. ini adalah n3 meluat banyak ayat ulang2 sape geli jgn baca :-)

dimulakan oleh kesukaran tido sepanjang minggu lepas
iqa batuk batuk batuk - aku dah la susah nk lena, baru terlelap dgr iqa muntah
baru nk lelap dengar iqa belahak.. so aku mmg tak baper tido last week

diikuti pula oleh arissa tak sihat sejak hari pertama posa
laagi aku tak tido
banyak btol dugaan ramadhan tahun ni
aku penat nak mampos jaga ica demam ni
rasa kesian sgt tgk dia.. sampai aku doa biar aku take over sakit dia tu
mmg buduh sikit bunyi doa tu.. tp da doa dia sembuh.. tak sembuh2 gak.. huhu

jumaat pagi tu aku da stat batuk batuk batuk
tatau la aku jangkit anak2 ke aku asek bau asap rokok aje ke.. (eeiii aku benci smokers!!!!!)
aku kan asik berkepit ngan arissa je..
tido pon nk celah tiak aku.. aku bgn, dia bgn huhu arissa......

dah la kepala aku menoneng.. tekak sakit.. batuk lak tuh..
telinga aku sebu wei... huwaaa


jumaat malam sabtu

orang lain pandai request kek batik kek batik
aku kan cepat kesian.. kul 11 mlm agak2 arissa da lena aku bgn la p dapor
baru je baper minit da dgr arissa nanges..
aku biar je la sbb biasa dia turun katil sendiri n dtg dapor
tapi tak datang2 sampai aku siap wat kek batik
skali aku masuk bilik, tgk dia tgh nanges cakar2 glass door yg pisahkan bilik ngan toilet & wardrobe.. alahai siannya
ada bayang2 baju dr dlm tu sbb lampu toilet menyala
tu dia igt aku kat lam tu kot.. alololo ica..
marilah kita tido sama2 polok2 nak..

orang lain? sekor pon tak pedulik! suma tido! benci aku!!


sok paginya lepas sahur

aku nk solat subuh.. batuk batuk batuk
pastu kuar suma yg aku makan. huwaaaa..
muntah tak sedey lagi.. yg sedih ialah.. sendiri muntah sendiri lap bersihkan
tah baper kali
muntah - bersihkan - wuduk - muntah lagi - bersihkan lagi - muntah lagi - wuduk lagi
tiba-tiba tgh aku muntah ada orang kecik jengah muka dari celah wardrobe
dia tgk je aku ngan muka innocent huhu
agaknya dia terjaga dengar aku batuk muntah batuk muntah tu
pastu dok diam je tgu aku siap. aku kuar je bilik air terus dia peluk kaki aku
pastu duduk tepi diam2 tgu mama solat subuh. chewah sgt memahami la tu
padahal selalunya dia la tarik telekung tarik kain time aku solat
alololo ica.. mama sayam kamu tau!!

orang lain? sekor pon tak pedulik! suma tido! benci aku!!


hari ini hari ahad
semalam aku tak buat apa.. melepak cam kain buruk
cuma sidai kain 2 round
dan sambung lepak sampai petang sbg tanda protes pd org lain
dan masak buka posa lewat-lewat <-- padan muka korang suma! aku tak lapo. aku tak kisah!!
aku minum + solat dan sambung lepak kat bilik
tak lalu nk makan langsung. kalo mkn pon nt kuar balik kan..
so tak payah makan..

harini aku bangun2 tido je, si haQim muntah depan pintu
tah apasal dia muntah aku tatau. aku tau naek hangen je
hangen la sbb aku yg kena bersihkan..
haa tu laa kan? korang muntah mama kena bersihkan.
bila mama sakit, mama muntah, korang pi mana?
seb baik ko kecik lagi. nanti ko beso, ko buat camni kat mama..
bila ko sakit mama blah pi out station!! pandai2 ko la nk idop!


da la tekak sakit, perut sakit, ati sakit..

aku rasa nak blah balik kg je.. tapi bila imajin balik:
1. nk lik kg berderet2 bawak ica ngan aqim huh
2. kat kg pon sama gak kena jaga diri sendiri ngan anak2 gak. tapi rasanya kt kg lagi penat sbb umah mak aku beso bergaung. dah la ada abah sorang je
ok tak jadik balik kg


kepala ni pening mcm nk pecah
bila batuk rasa cam bergegar kepala!
padahal aku da telan panadol btol2 seblom subuh tadi
skang baru kul 1:21 lambat lagi aku nk buleh minum air huhu


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dengan sempurna
cewah tiba2 aku nyanyi le plak kan..
huhuhu aku sedey sebenarnya..
sebab ni pertama kali Ramadhan aku sebagai anak yatim :-(

malam 1st ramadhan da rasa beza da..
aku kan orang johor
dari kecit sampai beso, 1 ramadhan adalah cuti di negeri Johor
bila da keje, aku mesti amik cuti tiap kali awal ramadhan
sebab takmo ketinggalan sahur ramai2 masa 1st ramadhan
dan
cuti awal posa ni tak payah rebut2 ngan laki
sbb family PIL takde apa2 menarik pon pada awal ramadhan
family aku jer mcm kemaruk ekeke..

tapi.. *sob *sob *sob
malam tadi..
kami tak sahur sama2
aku tak balik kg pon
sebab laki tak amik cuti
dan iqa pon skolah arini *sob *sob *sob
tengah2 minggu kan? dah la agak jauh nk lik kg
dulu kat KL lain.. leh je balik kejap nanti malam balik kl smula
tapi skang takleh sebab tak sempat nak balik sini
nak antor kete kuar ke JB lagi.. huhu

maka malam tadi dengan hiba hati tak siapa yg tau
sambil layan feeling dan layan nip/tuck kat tV
aku buat sambal tumis kul 11 malam
dan masak nasi lemak utk sahur
sungguh menyayat hati.. kena sahur sendiri..
selalu sahur ramai2 satu family.. mak yg masak

pas masak, mandi (sbb berlengas) dan solat terawih sorang2 *sob *sob *sob
selesai isyak, ica rengek nguek nguek
selesai terawikh 2 rakaat dia nanges terus.. kena plak peluk2 tidokan dia
selesai terawikh lagi 2 rakaat nak terkencim plak
selesai kencim dan 2 rakaat berikutnya stop kejap sbb kaki cramp
aduh banyak btol dugaan aku hua hua hua

pastu ready nak tido tapi tak tetido2 sbb asek terbayang nasik lemak
akhirnya kul 4 bangun makan.. pastu terus pitam!!

abang,
seb baik awak puji nasik lemak saya sedap
seb baik awak makan 2 pinggan
seb baik awak kata: bestnya sahur ngan bini aku.. ada makanan sedap. sahur kat umah mak aku tak best langsung. makan tah apa2 time sahur..

seb baik tau bang!
ilang lara ati bini ko ni *sob *sob *sob

selamat datang ramadhan..

semoga ramadhan kali ni jauh lebih baik dari yang lepas2
semoga aku dapat posa penuh lagi tahun ni
semoga terawih aku tak berlubang-lubang tahun ni
semoga ini bukan Ramadhan terakhir buat kami..

amin ya Rabbal Alamin

i lap u all (eh! tiba-tiba! wakaka...)

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lately ni banyak perkara buat aku keciwa
orang keliling, sistem kat Mesia, anak2, diri aku sendiri
hmmm....

dah la aku penat giler 2-3 hari ni
diri sendiri da mcm kucing jatuh longkang..
serabut peluh2 kusut masai suma ada pastu keciwa plak..
lantas aku pon hangen satu bdn,
marah, pening, geram, gersang sumer bersatu
bila tekanan perasaan mcm ni
nak buat apa pon malas
nak masak sendiri makan malas tau!

dah

mari kita solat. nah doa solat Dhuha:

Ya Allah
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu
kecantikannya adaalah kecantikanMu
keindahan itu keindahanMu
kekuatan itu kekuatanMu
kekuasaan itu kekuasaanMu

Ya Allah
jika rezekiku masih di langit, turunkahlah
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah

*doa ini dirembat dari FB abg. Rizal


aku ada sambungan doa khas untuk pakcik makcik FIL MIL, BILs atok nenek, sedara mara dan sesaper yg berkenaan:


dan jika dalam perut aku ada lagi rezeki kurniaan Allah
korang tolong senyapkan mulut jangan caci aku buleh tak?

sebab anak2 aku tak mintak kalian bagi dia makan
dan anak2 aku tak isap susu dari badan korang
dan aku tak penah mintak korang jaga anak2 aku

dan jika korang tak puas hati
kenapa suma contraception method yang aku applied adalah failed,
sila tanya pada Allah
sebab Dia yang memberi
tak payah tanya tanya tanya tanya kat aku ulang2 kali
kang tak pasal2 kena penampor, padan muka!


enuff said, enuff doa..
tolong la fahami aku. aku rimas okeh!
jangan tanya2 lagi!

tak perasan ke aku punya signature kat bawah ni???



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

Alanna Qish
24 Ogos 2009 - 5 Jun 2010







aku rasa suma kawan2 forum n blog aku da tau..
pemergian Alanna Qish pada 5 Jun 2010..
dari dulu aku baca kisah alanna ni..
sedih.pilu.sebak.bertakung air mata...
nak tinggal pesan apa2 pada ayu pon aku tak mampu..
aku pecaya ayu cukup tabah dan telah bersedia

dulu aku tak baper paham bagaimana rasanya "kehilangan"
sejak mak meninggal..
aku faham sesangat bagaimana rasanya..
semoga ayu dan family tabah..

betul sangat ayat ayu tu..
Ya Allah, aku bersyukur kerana kau telah mengutuskan kami seorang PELAWAT DARI SYURGAMU

tenanglah bersemadi wahai Alanna Qish..
berbahagialah kamu di sana...
kehadiranmu Alanna, telah membawa seribu peringatan buat keluargamu dan kami semua..


baca blog Ayu dan kisah Alanna Qish disini





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
asik2 blog hopping kan, seronok gak...
baca kisah tu kisah ni.. cerita tu cerita ni..
ada orang jual itu jual ini..
kutuk situ, kutuk sini..

hAIPP!!
part tu aku tak suka ar...
aku setuju ngan kata-kata cik-zura dan temp-hsewife..
blogging ni tempat utk kita monolog.. cakap sorang2... dan tempat meluahkan perasaan
sukati kau la nak cerita apa..
asalkan tak sakitkan ati orang len.. tak buat orang menyampah...

ada orang entrynya penuh isi.. penuh ilmu.. bawa manfaat kat pembaca..
tapi kalo blog aku ni rasanya tak penah nak ada ilmu pon..
kata monolog kan? sukati aku la nak mengarut apa kan??

tapi..
aku pelik ada plak yang suka suki baca sini kutuk kat sana..
baca kat sana kutuk kat sini..
takde keje ek?? walopun aku ni takde keje tapi rasanya aku tak koser la nak nyibuk hal orang.. hahahaha... skang ni bukan sedang mengutuk hal orang kah?? hua hua hua...

tak.. sebenonya nak cakap ni..
aku, tak suka blog yang ada background music - nanti anak yg tgh tido bangun... dan.. aku pening la lagu tah apa2 tu...
aku, tak suka baca blog org yg ala-ala public figure...
aku, tak suka itu
aku, tak suka ini..

ehhhh saper pedulik aku/ko suka ke tak kan??
kalo tak suka, tak payah la baca, kan??

that's it...

ini entry emo ke haper??

lalalala....
**aku suka blog citer pasal stroller! stroller! stroller!!!!!!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

hahaha ni koleksi lam henpon aku..
cik hubby dan iQa asik tanya kenapa amik gambo kaki orang..

hahahahah berdasarkan observation aku...
kaki orang2 pompan kat negara tu kurus2 tau!!
majoriti aku nampak mmg kaki kurus..
walo ada yang badan gempal, ada chubby.. tapi kaki menten kurus..
tak macam aku...
wakakakaka...

rahsianya??
ye jalan la kaki sejak ko bangun tido sehingga ke opis sehingga ko balik rumah semula!!
haaa sapa mau kaki kurus yang semestinya seksi..
amalkan cara hidup sihat!
banyakkan berjalan kaki ya!!
kaki yang kurus dan seksi menanti anda.....
at zero cost!! yeeehhaaaa...

selamat tinggal JDM5... hehehehe

meracau rupanya aku nih kekekekekeyang ni bukan cth kaki yang kurus...
nih kaki Mr. Hubby yang dipeluk oleh anaknya ketika mereka sama2 berdiri dalam bas... hahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku benci dok sana!
sebab susah nak ke sana ke mari
asik nak mengharapkan public transport
yang tidak berapa baby-friendly. to be exact, stroller-friendly!

aku suka negara aku..
walopun sama saja tidak berapa stroller-friendly
tapi mobility dan accessibility levelnya lebih tinggi...
semua orang buleh ada kenderaan sendiri..

walopun tolnya 24 hour a day..
berbanding kat sana yang tolnya hanya pada masa tertentu..
tapi banyak jer laluan lain yang takde tol kalo ko kedekut sangat nak bayo tol..
kan?

dan
aku benci orang yang asikkkkk nak compare negara sendiri dengan negara lain..
apa ko rasa negara tu bagus sangat? ko pegi la mohon citizenship negara sana!
negara aku tak kebulor pon nak ada citizen cam ngko! huh!!

iye
ini n3 emosional..
emo yang telah lama dipendam
tiba2 terkeluar sebab di trigger oleh cik somi malam tadi..
dan tak pasal2 dia jadik entry sebab aku sedang emo..
kerana being stuck di hotel..

daku nak keluar..
join kakakku merayap2 di MValley
tapi kanak2 3 orang tgh tido.. kejut2 takmo bangun!
tu lah...
tadi bekfast heavy kemain..
pastu berendam main air lama2 lam bath tub..
pastu tido pengsan tak menyedor!!
cemana aku nak angkut 2 budak kecit tido..
nak tahan teksi lagik...
kena dukung sebab stroller takde... huhuhu

iye..
kete aku ada kat JB...
kami balik sana dan sini naik public transport..

bila berada di negara sendiri tapi takde kenderaan, mmg rasa pelik,kan?
sebab tu aku emo ni...
aku emo tau!!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back