Showing posts with label family matters. Show all posts
Showing posts with label family matters. Show all posts
ena
bulan puasa nak abis da..

tahun ni tahun kedua puasa tanpa mak


biasanya rutin adik badik, awal ramadan mesti amik cuti

1st sahur mesti kat umah tangkak

kamikan org johor, da biasa dari kecik 1 ramadan = cuti hehe

taun ni laki aku tak amik cuti pon

anak2 pon skolah 1 ramadan tu

so lik kg before puasa la.. petang tu da lik spore, dan sahur kat umah sendiri je..

koser la nk amik cuti bagai..


tahun ni aku rasa cam makin tua lak

despite sambut besday di tengah2 bulan ramadan,

taun ni aku bangun sahur sendiri haha

jgn tatau.. aku ni da beranak pinak pon, still mak telefon pagi2 buta, kejutkan sahur tau!

sampai la ramadan terakhir mak ada, still mak telepon kejutkan aku haha

mmg takleh caya pada diri sendiri la kalo nak harap aku bgn sahur haha

camtu gak la dulu2 kalo aku nk p outstation pagi2 buta, mesti pesan mak suh call kejutkan aku ekekeke...

lepas mak meninggal, aku suh kak wati lak.. hua hua hua


tapi taun ni.. dgn jayanya aku bangun sendiri

dah 23 ramadan, baru skali aku missed sahur. sbb pnt giler arituh. kira excellent la tuh haha

kalo nak compare tahun lepas.. selang sehari kot kantoi sahur ekeke...


tiba2 abis idea *sebab nk tgk tv* ahaha...


------------------------------------------------

jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....





ena
Aku ada mak tiri. Yang dah tak berapa baru.

Tapi umah ni bersepah dan berhabuk sana sini
Hall siap ada spider web
Dan lantai pasir sepongkes! (ko tau pongkes apa?)

Sama je rupa dgn time abah dok sensorang!
DaRN!!!!


Im sorry
But u make me dislike u!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
peristiwa meruntun jiwa aku tuh da selesai. tiada gambar.
errr ada gambar sebenarnya.. tapi aku tak berapa sudi nak share kat belog.
sebab aku takmo lihat selalu.. huhu *aku sedey okeh*

si baju biru itu.. nikahkah aku..kakak aku.. dan a-bah aku...

macam aku citer kan..
kenduri sebelah 'beliau' di siang hari
kenduri umah kami plak sebelah malamnya tau..

malam tu orang ramai giler!!
tak penah2 okeh org ramai giler pada kenduri biasa2 di rumah kami!
iyelah.. kitaorang bukan pasang khemah ke apa..kenduri kesyukuran biasa je
dan buat lam umah je. seb baik umah aku jenis umah kg, panjang semberono.. haha
aku rasa lebih kurang 300 orang gak tau! tiap pelosok hall kami sampai ke anjung rumah ada orang.
bak kata abah aku.. kecut je ati tgk orang ramai gitu! yg terlintas kat kepala mestila takut makanan tak cukup..kan? huhuhu...

syukur Alhamdulillah..
meskipun terkurang layanan (semestinya tuh!)
majlis berjalan lancar malam tu.. huhu..
berpeluh basah ketiak kami anak banak tau..

lepas kenduri settle... sambil tgu caterer kemas barang.. aku menempel la dengo along aku borak ngan member d
dia: adik badik mak ko pon dtg ek?
along: eh taklah.. mak aku takde adik badik da..
dia: errr... ye ke? tadi masa orang ramai giler tgh makan, aku dok isap rokok.. ada sorang makcik tu diri tepi pintu.. dia pandang jer orang ramai2 tu.. muka dia sebijik mak ko!! pakai baju putih. dia diri senyap je kat situ. pastu aku tak pasan.. tiba2 tgk da takde..

pastu.. kakak aku plak citer...
masa orang ramai sangat tadi... dia kat dapor..
kat situ tiba2 je ada bau kapur barus yg sangat kuat!
kakak aku cam pelik gak.. sapa lak pakai minyak wangi gini
yelah.. org kg kan.. mana tau... kot2 la ada minyak atar yg terkini.. bau kapur barus..
kakak aku wat tatau je la...
tapi dok kehulu kehilir..
kat satu ruang tu je yg ada bau tu. dan kat situ takde orang!!

spekulasi apa la yg kami buat...kan?
agaknya MAK 'balik' malam tu..
tengok cucu baru agaknya...dan tengok 'beliau' agaknya

Wallahualam... dan AlFatihah utk MAK.. huhuhu


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dah selesai pon pada 12.2.2011 arituh
redho tak redho.. anak2 ikutkan je. sumer berkaitan kenduri, anak2 yg plan, atur, uruskan.
well done peeps.. i lap u all ;-)

kenduri kt umah abah aku sebelah malam
aku tumpangkan sekali wat akikah utk amani busuk itu..
makan kambeng la malam tu, kan..

kebetulan nk wat akikah kan.. kunun nak buat doorgift la utk tetamu
err.. aku tak buat cukur jambul kali ni. kenduri ajer..
so konon tak payah la doorgift beriya pon...

igt nk buat cookies weh.. (ada hati tuh! bajet terer beb...)
hari jumaat before lik kg tu la aku buat..

godak2 sikit.. terap2 then bakar...


hamek ko..
ini baru real punya pre-peristiwa berdarah.. muahahaha



seb baik la ada beberapa ketul err... dalam 2 loyang tuh selamat...

yg selamat ni jer la aku bawak lik kg, utk tayang kat adek badek lain
yg melimpah ruah tu.. aku makan anak banak...
pas makan trus simpan semua bahan2 wakaka..
cancel nk buat apa mak nenek doorgift! esok kita p beli jer!! hahaha...


hanya org yg berbakat buat biskut berdarah jer layak tayang muka begini semasa sesi pernikahan tau!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
penatnya aku layan anak2 setiap hari... Allah je tau..
nih balasan cash la ni Allah bagi kat aku tau..
aku sebenonya tak suka kanak2. hahaha itu dulu laa....
aku rimas ngan budak2..
dah la bising.. shomot lak tu.. suka mintak susu plak... haih...

itu la sebabnya aku ada ramai anak gamaknya ekeke...
sumer kaedah planning tak verkesan kat aku *so far*
mmm... apo nk buek? redho je la kan??

tapi ok aper... skang aku gembira je ada ramai kanak2..
dan aku pon suka kanak2 skang ni.. err.. sapa malas jaga anak meh bagi kat aku.. wakaka


-----------------------------------

cuba bayangkan

pada usia 50 tahun..
hangpa takde anak..
suami pula umur tak panjang..
lantas tiada tempat menumpang teduh
mujur ada kakak kandung yg sudi mengambil tahu
disediakan tempat berteduh..
menumpang kasih dan belas anak-anak saudara
meniti usia tua, hari demi hari
hangpa pandang kakak.. kakak pandang hangpa..

terkenang kembali zaman muda..
di kala pasangan lain berhempas pulas mencari rezeki utk membesarkan anak
mengalir peluh melayan karenah anak2
memerah akal mengerah tenaga menguruskan anak2 kecil
hangpa senang lenang.. bak kata orang.. honeymoon laki bini..
takde apa nk dikeluh kesahkan..
tiada yg mengejutkan malam2 meminta susu..
takde saper nk sepahkan menan dirumah..
jauh skali nk muntah atas katil hatta menconteng cadar emaknya dengan krayon skali pon..

kala tua mula terkenang..
indahnya ada anak..
lebih indah jika anak ramai..
si along tak pulang, si andak dan ateh akan menjenguk
si atam ke luar negara.. si ucu datang meneman.. syukur..

apa nak buat..
nasi da jadi bubur..
tak apa lah. hidup perlu diteruskan
ku tak sanggup hidup sendiri
ku perlukan teman..
perlukan pasangan..
dan perlukan anak2 *sambil belek kad pengenalan dan mencongak usia sendiri*

owh.. oleh kerana ku tidak mungkin boleh beranak
maka ku perlukan pasangan yg ada ramai anak..
dapat
juga menumpang senang..

mudah-mudahan... ada plak anak yg sudi menjagaku kelak..
aku speku jer bahawa itu adalah strategi beliau..
tapi hati manusia siapa yg tau kan?
mana tau hatinya putih suci sesuci kelapa parut yg dimakan bersama putu piring..
berdosala aku krn buruk sangka terhadap beliau..





redho tak redho.. aku terpaksa redho..
semoga rahmat Allah melimpah2 kepada kami (dan anda semua) sekeluarga..

Amin..


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dah lama tak kena.
rasanya last sekali mengidap ni masa lepas mak meninggal.
masa tu teruk gak la. sampai p jupe pakar ENT.
sekarang kena.
ia bermula dengan selsema 2-3 hari lepas.
dan plegm.
diikuti sakit tekak pagi sabtu dan ahad.
dan pagi ni suara takde.

ye, aku menghadapi (err menghidapi) tonsilitis


tadi aku belek2 baki ubat tahun lepas.
2 daripada 3 ubat tersebut, lepas ku gugel2,
rupa2nya ubat tersebut tak sesuai utk nursing mom.
hampeh punya doc pakar-yg-telah-dibayar-beratus-ringgit.
patutla susu aku drop giler2 masa tu.
aku ingatkan emosi tak stabil sebab mak baru meninggal.
rupa2nya doc pakar yg hampeh bagi aku ubat yg hampeh jua. kureng asam!


harini takde sore.
cakap pon main bisik2.
jerit kuat mana pon, kuar angin aje.
bunyi cam bisik2 jua.
aku bisik, aqim pon bisik.
aku bisik, ica pon bisik.
sudahnya satu kelorga main bisik2 satu hari. wakaka...

Ya Allah, pinjamkan lah semula suara itu untukku.. walopun ia tak sendap mana.
tapi aku yakin ia cukup merdu utk tidokan anak2.
hehehe...




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Wanita dijadikan sebagai peneman kepada lelaki
Sebagaimana Adam mandom bila keseorangan,
Begitulah jua suami kita andai kehilangan isteri kelak..Kot??

Tapi disebalik kebergantungan itu,
ada golongan lelaki yang mampu bertahan pada cintanya...
Ini aku quote ayat wak (pakcik) aku bila ditanya kenapa dia sanggup hidup berseorangan dan tidak mahu calon pengganti

dah berpuluh tahun aku hidup dengan dia (merujuk kepada arwah isteri beliau)
Hidup matinya bersama aku...
Berpuluh tahun na, wak ni bersama wak pompuan ko..
Susah payah semua bersama. Suka gembira pon bersama..
Ini bila dia da takde... Wak nak cari pengganti?
Baru 2 tahun nak banding dengan puluh tahun..
Dia pon sendiri di sana na...


Aku mmg takleh trima hakikat sgt bahawa ada orang nak ganti tempat mak aku..
Aku btol2 ingat abah aku punya pendirian mcm abangnya..
Rupanya jauh skali...

Sudahnya, aku jadik mandom
Dan Pidaus mengeluarkan hipotesis beliau:

ada orang:
Menyayangi pasangannya dengan sepenuh hati.
Absolutely sbb dia mmg sayangkan pasangannya itu
For what ever condition he/she is
Tiada penggantinya..sampai mati...

Ada orang pula:
Menyayangi pasangannya kerana pasangan itu peneman hidupnya
Sanggup korbankan apa sahaja demi pasangan tu
Dan menjadi pasangan yang paling setia bila bersama
Tapi..
Bila pasangan itu tiada, dia perlukan pengganti.
Sebab, dia sayangkan pasangan itu kerana itu peneman dia
Kerana orang begini tak betah hidup sendiri
Dan segera memerlukan pengganti..


Yes darling... I get what u mean, but saya takmo tau from which category u are.
and i love u so much (walopun ko enggan blikan daku lemari putih tersebut) huhuhu


Kalian?
Which category are u fall in?
Sila tanya diri sendiri sebelum tanya pasangan anda.. ;)


------------------------------------------------jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Cuba korang bayangkan

Berkawin dan bercinta bertahun lamanya
Kesana kemari bak belangkas

Dari berdua
Kemudian bertiga
Sampai berlapan, bermenantu bercucu...

Tiap mlm, selama berpuluh tahun,
Si isteri mengeluh lenguh sini dan sana..
Demi sayang si suami turutkan, urut sini dan sana..
Padahal bdn sendiri pun lenguh jugak..

Bila sampai masa
Si isteri dijemput izrail..
Sedih tak sedih... Dgn redha dilepaskan jua kekasihnya pergi
Pergi menghadap kekasih sejati..

Okey.. Cerita blom habis!
Walau bengkak mata da hilang
Merah tanah kubur pon da ilang
Kekasih tak berapa sejati akhirnya mencari pengganti..

Si anak meratap hiba... Bagi pihak ibu ke,
Atau sendiri yg emo, tu aku tatau..


Bah,
Kusangkakan sayangmu sampai ke syurga..
Rupa2nya....





------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
gumbira kan?
hari sabtu bangun tido dah la lewat (padahal kat umah mentua tuh!)
pastu lepek sana melepek sini..
tiba2 tergedik2 nak kuor.. wakaka

adik n kakak aku da standby tgu di jalan TAR
hubby dengan sukarela antar aku n iQa p TAR
manakala ica dan abam tinggal utk bermain2 ngan atuk dan wan mereka
seperti biasa.. soping hingga tak sedar diri
dah pukul 6 baru kelam kabut balik umah uG
solat dan kelam kabut kuar ke kedai makan
kalo da PIL jaga anak kalian.. kalian belanja la depa berbuka puasa di kedai makan yang terpaling sendap di negeri selangor! itu la resepi menjadi menantu pojaan PIL!!
PIL aku sangat pantang orang lambat tau!
seb baik aku adek badek sampai kedai saing2 ngan dia sampai
ngam-ngam plak da berbuka..
lauk pauk da tersedia atas meja tgu diNGAP!
tip top tak aku? hahaha da order siap2 nok..
baru la PIL senyum melebor dan shayang makin meluap2 pada menantu nan sorang ini ekeke

jumpa je aku, menjerit2 arissa
rupa2nya hubby kata arissa mogok..
aku kuar curik2 tadi tinggalkan dia masa dia main2 depan tv
mil kata bila dia sedar aku takde je dia da majuk2
makan tak mo susu takmo.. sampai la ke petang..
pastu main pon taknak
dan-dan mil kata tak jadik nak amik arissa dari aku.. har har har

tak baik tau berniat nak curik anak aku. walopun tu cucu mak.. tapi anak2 kan lebih afdol dijaga dan dibesarkan oleh ibunya sendiri.. hah tgk cucu pon da majuk taknak ngan mak.. sapa yg padan muka? hahaha
sejak peristiwa ica mogok, hubby kata mil takde da bunyi2 nak mintak arissa dari kami
bior le anak aku ramai mana pon.. aku idok le sampai tak terbela depa ni.. tenaga dan kederat ni mampu lagi nk asuh n ada je rezeki nk bagi anak2 makan, insyaAllah..

buleh tak jgn sebut2 lagi pasal anak aku yg kuar umur rapat2?
buleh tak jgn ungkit2 lagi pasal anak lam perut aku ni? tak suka kalu, aku tak bawak depa balik umah hangpa. puas ati ka kalo lagu tu?

tak sedar ke ica yang mak dok mintak2 dari pidaus tu, dulu2, masa lam perut, pon mak dok bising2 sbb ina awal sgt peknen. konon kesian aQim tak cukup kasih sayang. knp bila da beso mak suka plak? sampai nk amik dari aku?

aku percaya percaturan ALLAH tu yang terbaik.
tolong! tolong jangan persoalkan lagi ye mak!!
memang da tersasar jauh da isi cerita aku ni dari tajuk..
seperti biasa, mahapkanlah surirumah jiwa kaco ni... wakakaka..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lately ni banyak perkara buat aku keciwa
orang keliling, sistem kat Mesia, anak2, diri aku sendiri
hmmm....

dah la aku penat giler 2-3 hari ni
diri sendiri da mcm kucing jatuh longkang..
serabut peluh2 kusut masai suma ada pastu keciwa plak..
lantas aku pon hangen satu bdn,
marah, pening, geram, gersang sumer bersatu
bila tekanan perasaan mcm ni
nak buat apa pon malas
nak masak sendiri makan malas tau!

dah

mari kita solat. nah doa solat Dhuha:

Ya Allah
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu
kecantikannya adaalah kecantikanMu
keindahan itu keindahanMu
kekuatan itu kekuatanMu
kekuasaan itu kekuasaanMu

Ya Allah
jika rezekiku masih di langit, turunkahlah
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah

*doa ini dirembat dari FB abg. Rizal


aku ada sambungan doa khas untuk pakcik makcik FIL MIL, BILs atok nenek, sedara mara dan sesaper yg berkenaan:


dan jika dalam perut aku ada lagi rezeki kurniaan Allah
korang tolong senyapkan mulut jangan caci aku buleh tak?

sebab anak2 aku tak mintak kalian bagi dia makan
dan anak2 aku tak isap susu dari badan korang
dan aku tak penah mintak korang jaga anak2 aku

dan jika korang tak puas hati
kenapa suma contraception method yang aku applied adalah failed,
sila tanya pada Allah
sebab Dia yang memberi
tak payah tanya tanya tanya tanya kat aku ulang2 kali
kang tak pasal2 kena penampor, padan muka!


enuff said, enuff doa..
tolong la fahami aku. aku rimas okeh!
jangan tanya2 lagi!

tak perasan ke aku punya signature kat bawah ni???



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sekolah suda bukak ini hari...
semalam kami (anak2, adik aku, abah and aku) seharian melepak di JB..

lupa nak kabor..
kakakku yg bermastautin kat muor tu
kena transfer ke JB.. so dia dok umah sewa la somewhere in Tampoi..
senang la kami pasni...
kalo hubby buat tragedi menghilangkan kunci umah cam haritu..
terus je la tuju umah kakak aku... tak payah menggagau2 carik hotel buat berteduh!
hahaha....

whole week ni abah n adik aku ada sini...
temankan anak dia yang kurang keyakinan diri dan cucunya yang bersepah2 ni
sebab menantu dia yang hensem da terbang pegi mencari rezeki..
heii...seb baik la skolah da bukak! kalo idak.. mau nya aku lik kg seminggu ni! haha

memandangkan budak iQa tu da buhsan benor...
cuti skolah sebulan bermakna kena jaga adik2 sebulan...
dia da tak sabor beno nak ke skul..
pagi2 buta kul 5 lebih da ada lagu korea masuk lam mimpi aku..
rupa2nya dia p kunci jam awal kemain + lagu korea yg aku tak paham sebutir pon..
dan.. belum kul 6.15 dia da siap nak ke skolah! haha semangat anak aku!!
semangat kasut baru kot! ekeke...
ada ka... dia meminta dan apaknya membelikan sport shoe POWER di kedai bata utk ke sekolah??
sport shoes okeh.. bukan school shoes
layannn je la...



gambo takde kaitan ngan tajuk jua...
tuh anak2 kakak aku yg kena tinggal kat muor..
sian depa...
ni bodak aQim ngan bodak aQilah bushoQ.. hehe
anak dara kakak aku bersama makcik dia yg shomot muka minyak2..
ni lah mak pengantin.. eh!
kakak aku ler!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ini pic terakhir kami sekeluarga.. masa ni aku peknen arissa 6 bulan.
aku rasa takde lagi pic slps ni yg cukup korum camni..ni masa kakak aku kawen,
next raya.. pic kami da takde MAK.. sedih okey..huhu



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
saper tau aku ada twin??
haha memang la korang tatau..
sebab aku takdak twin!!
hahaha

masa aku kecit, skolah rendah, classmate aku ada sepasang twin..
dia dua2 pompan. dan dia ada abang.. sekelas ngan aku gak..
hahaha best tak best.. 3 beradik sekelas..
abang dia tu bukan twin dia la..
abang lahir 1 Jan. twin ni lahir 25 Okt..
hebat mak abah dia ek? wakaka...

sejak kecit gak la aku jeles ngan twin ni..
walopun depa slaaaaaalu gaduh..
tapi aku tgk cam best ada twin..
masa tu aku slalu berangan la kalo aku ni ada twin
ada orang leh disuruh buat itu ini.. wakaka
hagak2 kalo aku twin kan, aku kakak lak tu, akan ku pastikan adik kembarku buat kje skolahku suma di kala aku membongkang hadap tv! muahahaha...
niat jahat! patutla aku takdak twin!

rupa2nya berangan nak ada twin tak putus di situ sahaja...
sampai kawin, aku berangan nak anak twin plak..
hahaha
berangan je la.. usahanya idok le..
orang kata buat itu la buat ini la..
petua itu la petua ini la..
haram satu pon aku tak buat!
mana taknya..

1. kanak2 ni sumer unplanned.. haha
2. hubbyku takmo anak kembar.. uhuk uhuk uhuk..

tapi,
satu je usaha aku penah buat..
masa tu opis mate aku nak pi umrah... suma kekawan kirim doa..
aku nak kirim apa eh?
last minit aku cakap.. ko doakan aku dapat anak twin ek!!
muahahaha....

tarraa....
beberapa bulan pastu aku pon peknen...
cheh.. saspen la.. wakaka
mana tak saspen..
aku sedor2 da 11 wks kot masa tu..waaka... tgk kat sini
dan.. hasilnya kuor la baby twin..
si arissa dan Qaisara
haha okeh merapu... baby single la! arissa Qaisara tu!!
mana ada twin!!

dah.. sampai situ je angan2 baby twin aku..

last but not least..
kawan aku yg gi umrah tu..
da selamat bertemu jodoh..
ni la makcik tu.. masa ni dia single lagik..

dan sedang peknen skang.. tada...

dia peknen baby twin okeh!! owh... rejeki dia..
uhuk uhuk uhuk...


for Yusz, yang da admitted: semoga ko selamat bersalin!!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
terima kasih semua...

birthday mak saya pada 31 Mei 1950
kalau mak ada lagi.. umur mak 60 la tahun ni..
beza umur mak ngan saya.. 30 tahun..
maknanya mak bersalin anak ke-5 pada usia 30 tahun
dan bersalin anak bongsu pada umur 35 tahun..
entah apa kaitan ntah cita ni kan??


tima kasih kawan-kawan..



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ena
this is life is all about kan?

kehidupan btol2 macam roda yg berputar...
kadang2 kita sengih2 bahagia bila kat atas..
kadang2 kita terpenyek kat bawah sesak napas rasa nak pitam..

hari sabtu.. saya gembira kemain.. sbb balik kg kan.. mesti le gembira...

tapi hari ahad malamnya punya.. such a terrible SUNDAY - hasil kekreatifan encik somiku la.. habis terbabit kami anak beranak suma.. hmmm Allah tak uji part A, diuji part B pulak..
camni la kan...





sekarang saya bizi bertungkus lumus nak habiskan baca si dia nih:
cepat la sampai ending! aku tak sabar..!! hahaah
dan tak sabar nak baca buku lain plak!

wakakaka...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
korang amalkan petua??
aku... biasanya tidak..
laki aku kata aku ni separa moden. especially bab berpantang pas bersalin..
ye mek... da baper anak aku? sumer aku berpantang sendiri ajer...
ikut mana yang mampu dan abaikan mana yang tak mampu..
nak buat cemana...

macamana dengan kepercayaan?
bukan la karut marut sampai melampau2 ke syirik tu..
banyakkan kepercayaan kita, mak-mak kita...
nak tau satu kepercayaan aku yang aku sangat tekankan..
tekan pada diri sendiri ngan hubby je la...
nak tekankan kat sapa lagi..

kepercayaan itu ialah:

IBU BAPA TIDAK AKAN MENYEBABKAN REZEKI ANDA BERKURANGAN!!

Sebagaimana saya percaya bahawa anak2 hadir membawa rezeki...
begitu jualah saya percaya bahawa lebih banyak saya berhabis untuk ibu bapa..
lebih banyak rezeki saya akan bertambah..
saya jumpa artikel ni kat blog MET...
dan MET copy dari blog ini
so true true true...

saya juga telah melihat sendiri bagaimana kehidupan orang yang mengamalkan kepercayaan ini dengan orang yang sangat kedekut dengan ibu bapa...



hulurla bang... tak jatuh miskin pon ngko kalo ko hulur seploh hengget kat mak abah ko bila lik kg!!

eh! abang sapa plak yang kena ni? hahaha
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sekejap je aku rasa..
da setahun pon..
baru jer rasa ku bersalin... ehem ehem.. pengalaman bersalin ica ni aku rasa paling BESH!!
hubby pon suka..

paling kelakar sebab konon nak induce pagi kamis,
salam peluk cium ngan mak abah aku..sekali tu balik umah semula
tak jadi beranak..hahaha... (im really missed the moments mak abah gelakkan aku tuh!!)
nanti aku nak banak lagi, mak takde dah nak gelakkan aku..
huhuhu....

ari sabtu lepas genap setahun arissa bersama kami...
Alhamdulillah Arissa sihat walafiat..
masih minum susu mama... da pandai makan nasi..
dan da pandai melawan bila abang buli..
ngaummm!!! kah kah kah...

tak banyak nak komplen pasal arissa ni kalo compare ngan masa nak lepaskn aQim umo setahun
cuma sekali la paling menduga perasaan aku..
masa tu dia masuk sepital.. sebab pneumonia..
masa tu dalam 2-3 weeks lepas mak meninggal..
aku kan amik cuti lama masa tu..
abis cuti je, aku ada kursus kat INTAN 2 weeks..
masa tu dia tak sihat..igtkan dia sbb aku asik bsedih je..

tgh kursus, takleh nk cuti..dia plak tak sihat, monitor je la..
masuk 2nd weeks, dia plak.. takleh jadi, aku bawak pi paed lain
masa tu pi Sunway Medical Centre.. sbb dekat sgt ngan umah..
mmg sgt kesian masa tu.. muka monyok.. mata layu..
alahai.. cam memahami je aku ni masih lam musim sedih..


gmbo pakai bib tu masa kat kg. dia monyok je tp tak demam lagi..

dia ada sikit wheezing..
tapi paling aku riso tu, dia cam cungap2 dada berombak bila nk napas...


tgk dia je trus doc x-ray..alahai..sian ica..
kena warded, inject sana sini..
muka mmg layu je masa ni langsung takmo senyum
menan pon tak pandang...
saper2 datang lawat pon dia takmo jeling...


masa tuh aku mmg tak tentu arah je..
dengan ponteng kursus - kena surat tunjuk sebab pon naseb la!
ngan tak cukup tido..
iQa aQim kat umah.. laki aku terkangkang2 la kuli kilir..
sebab aku takleh tinggal arissa langsung..
huhu masa tu takde nanges2 ni..
mcm sebal je dalam ati ni..
dok sepital 6 hari aku masa tuh..
seb baik SunMed ni mabeles!! service tip top!!
lega sikit aku..
cuma lack sebab takde paed melayu je!!

Alhamdulillah Arissa takde apa2..
abah aku pon datang masa tu..
siann abah dtg jauh2.. seb baik ucu drive bawak abah datang..


akhirnya kami balik umah.. haa masa check out ada aunty ty aku, lama ke warded..
hahaha troli penuh barang!! satu kelorga dok sepital ler...

sekali ni jer la Arissa sakit yang buat mama n abah riso..
lenlain.. tarak.. ehehe...
cuma sengih2.. takmo makan sampai umor 9 bulan...
tak kuat susu.. tak kuat nanges...
kuat tido cam mama...
ehehehe...

arissa... arissa...


eh

eh

bersambung da....


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
malam tadi punya la susah nak tido...
dok kejutkan hubby, tapi dia takmo bangun plak..
dah la econ kemain sejuk...
kalo kurangkan temperature je si arissa ni bangun...
aku hangkat letak kat bilik iQa yang sejuk, dia nanges plak nak tido ngan akuh..
haihh budak ni... mmg tau!!

sudahnya tah pukul berapa baru aku tido.. rasanya lewat la.. pas kul 2 kot..
aku ni plak.. penakut..
kalo takleh tido tapi leh layan tibi okeh gak kan?
tapi penakut... caner nak tgk tibi kat hall.. haha..

so pagi tadi kemain liat nak bangun..
huuu.... bestnya tido....
bila hubby kejutkan suh bangun.. tiba2 leh kuar..
saya nak cuti la hari ni bang...
penat ar... penat semalam tak ilang lagi...
haduiii penat... penat...penat...
tiba2 baru sedar diri...
saper nak bagi ko cuti wahai surirumah oiiiiii..........
jangan nak tido tak menyedor.. sila la bangun..
ni ha anak ko berderet2 ni da bersedia nak buat sepah semula..
pastu nanti dia pakat2 nyanyi lapor plak...
haaa saper nak isi mulut depa???

haaa fadan muker...
ko nak sangat jadi surirumah sepenuh masa kan??
baru ko tau jadi mak ni takde erti cuti....
hahahahaha

sambil2 dok umah arituh kan, aku ada la call part time maid..
ala kat mesia kan aku slalu amik hourly maid tu... cuci2 umah sket... tolong mop2 iron2 baju, cuci2 toilet...
tapi, yang aku call ni utk babysitting.. ehehehe gataikan??
skali... yang avail hanya chinese n indian jer... alamak..
tak sampai ati le plak nak bagi kanak2 di asuh oleh ah so sementara aku nak p spa..
hahaha...
so tak dapek ler...
fadan ler muka lagi sekali...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back