ena
sejak sebulan nih (pertengahan Oktober till now) saya perasankan sesuatu..
tapi sebab saya kan kuat semangat (kononnya) dan sentiasa yakin dengan diri sendiri...(cheh!) saya buat tatau jer dengan menda itu...
tapi sejak hasil semalam dan hari nih...
saya da stat rasa nak meraungg.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

----------------------------------------------------------------------------------------------
dulu saya 'kering' sikit kan?sekarang saya da bulat "sikit" kan??
**ala kira aci la jugak... saya nih tengah peknen 4 bulan setengah..

takper la... itu saya tak sedih sangat pon. dan tak berapa rasa ponn.... tapi bila pikir,

dulu, saya pam satu sesi leh dapat selamba jer 15-18oz..
kalau double pumping..
nih single pumping.. berapa ml tuh? botol tuh 750ml kot!
pakai tangan sambil nyuruk² lam telekung, 15minit leh dapat 250ml (lebey kurang 8oz)
*ni kes botol dan pam sumer tetinggal time p seminarini hasil daripada 2 sesi tau! bukan sehari...
masa tu EBM tergolek².. ikan ke ayam ke memang jgn harap dapat masuk sini..
huhu sedeynya tengok stok saya dulu... time bulan posa pon susu tak merudum taw! Alhamdulillah...

----------------------------------------------------------------------------------------------

sejak peknen nih, sekali pam nak dapat banyak ni pon susah tau!!

nih sesi tengahari
dan ini sesi petang.. 30ml okeh! bukan 30oz huwaaaaaaaaaaaaaaaa........
nih jer hasil hari nih..
*apasal maid aku bekalkan botol+puting utk aku ke opis? apasal tak pakai sealing disc?huhu
dan... akhir sekali...
sila la kalian lihat stok saya.. da kurang, kan? kan? kan???

siap ada space untuk ayam tuh!!!

Ya Allah Ya Tuhanku...
bantulah hambaMu yang lemah ini..
tabahkan hatiku meniti perjalanan menyusukan amanahMu sehingga 2 tahun usianya..
ku pohon rahmat dariMu...




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku nak la template baru
tapi aku maleh dan sangat sengal bila nak tukar² kat html tuh sumer..

suda nye?
aku amik kat template ajer...

ekekekekekekekeke.............


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bertolak dari Skudai around 11pm++ lepas round keliling UTM, jengah² faculty mama n abah...
sampai di Pulai Desaru Beach Resort dalam kul 1pm..

besh gaks hotel nih.. saya minta pool view dan di ground floor jer..senang iQa nak lari p pool nanti...
makan ler lunch yang kami tapau dari kedai Pak Ali (kedai faveret abah masa kat UTM dulu) seb baik tapau tau! kat Bandar Penawar tuh tah apa² kedai makan dia!

iQa balun nasi cukup² - amik tenaga nak berendam lam pool jap lagik..
aQim dok jer tunggu kami makan.. bagus anak mama
da kenyang, da solat.... ok time mandi pool!!! ehehehe
aQim penakut air rupanya.. aku dukung bawak tempat dalam sket dia peluk aku sekuat ati siap buat muka cuak! cheh adakah?? dia leh sengih² time dok kat tepi ni jer la.. haiyaa.. tgk iQa slide jerit², dia pon jerit sama. tapi jerit ketakutan wakakaka...
suda sejukkss.. mari jalan² tepi pantai pulak.
waa mesti abah marah ku tepeks pic muncit dia muahahaha larikss...
ampun banggg... wakakaka
ok seterusnya part paling tak besh kalau bercuti di Desaru ialah... tiada tempat makan yang menarik. tambahan pula, kitaorang datang pada weekdays... alahai mana nak makan nih??
jalan punya jalan tak sedar hampir 100km+ baru kami jumpa ini tempat: Tanjung Kapal Seaside Restaurant alahai jauh dan ceruk bangat!!

datang punya la jauh! nasib baik makanannya sedap!!
ni menghadap laut taw dan sana tu penuh lampu kapal yang berderet² nak pegi Teluk Ramunia kot.. hihi ku tatau..
aQim: uuuu kakak amik gambar??
da habis sesi bercuti kan? tak larat na k upload gambar lagik! off we leave Pulai Desaru Beach!!singgah di Kota Johor Lama.. sesi mengimbas sejarah sikit..
ni replika Kota Johor Lama tau.. zaman Sultan Alaudin Riayat Shah - Sultan Johor Kedua.
asalnya istana ni di atas bukit. telah dipindahkan ke tapak yang lebey sesuai...
kat dalam tu banyak pamer batu nesan etc.. ku tak minat la nak amik pic huhu

nak tau citer lanjut leh baca citer belakang saya tu... ehehe

singgah Pekan Tg Sepat - minum dulu... warung pon layannn
ni kat kerusi meja makan warung ler nih...
cantikkan pemandangan belakang saya tuh? (yang tudung pink pon cantik gaks kan?) wakakaka
hubby melayan si iQa dengan pic "2 jarinya" itu
ada lagik pam minyak cam gini kat sini ek? untuk nota iQa.. pam minyak begini biasa dilihat di kawasan luar bandar Semenanjung Malaysia pada era 1980an..

*Pada hari mahu pulang, Saya pakai baju mengandung dan seorang sahabat menegur saya..

dia : Lin, awak pregnant lagi ker?
saya : saya? lagi? ahahahaha... haah kak... lagi sekali...
dia : oooOOoo sori... ha iyer... lagi sekali ekekeke tanya jer... berapa bulan? tak nampak pun!
saya : nak masuk 5bulan.. (sengih jer...)
dia : ooooOOooo ok...

motif perbualan: apakah?????

...................... selamat tinggal Desaru ......................




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
wahahaha... sesi seterusnya

pagi Ahad ku tulun² kak wati masak - simple jer.. jantung masak lemak cili api dan ayam goreng
huwaaaaaaaaaaaaa sedap bangat jantung kak wati masak tu tau!!! aku rasa nak tapau jer!! wakaka...

aku + kak wati + mak + aQim pegi Bukit Gambir, pi kedai 2 hengget... ehehe aku suka p sini. barang murah giler!! leh beli menan macam² 2 hengget jer satu ekekek

singgah kedai baju, nampak baju nih sangat cute kan??? eheheh...
petang Ahad kami bertolak ke JB.. yehaa nak bermalam di Skudai. senang nak singgah sumer tempat mama n abah dating dulu. ni trip mengimbau kenangan la konon ekekeke...

abah pam tyre, mama sempat posing!! ari da nak maghrib! asik terhegeh² kunun nak gerak pas asar! cheh!!
*baju tak iron? selebet tul aku nih!! wahahaha...
budak ni takde kejer lain, asik bukak sun roof jer! aku suh dok atas bumbung kete takmo plak!!
aQim sangat cool ngan new toys dari kedai 2 hengget ekekeke... low cost ler mama nih!!
sampai JB, kami dinner di danga Bay.. eisk ku tatau plak sejak bila kat JB ni glamer ngan ayam penyet! masa kami di sini 1998-2004 takde pon??

so.. kami layan la makan nasi ayam penyet... cam tiru nasi timbel komplit yang kami makan kat bandung jer?? ada quater ayam kampung goreng, ulam, tahu tempe goreng dan sup kosong..

aQim? dia makan stokin jer... wakakakaka...habis makan, pusing² JB. cari jalan nak p Stulang tak jumpa plak?? adui da letih. kami ke Taman U.. hehehe ulang alik la ke kedai² tempat kami selalu lepak masa bercinta dulu..

haih kedai jual CD pirate nih ada lagik? tak kena serbu ker?? pelik aku!! iQa n hubby tgh kerumun dVd la tuh... aku maleh nak layan...

esok paginye, kami breakfast d kedai ini... hehehehe hubby n iQa gelakk jer.. sebab? bebudaks kat opis sumer panggei aku kan mama lynn.. ekekeke tak sangka aku ada restowen kat sini huhu
Ya Allah... aku nk amik gmbr menu, ada jer muka boodak nih!!
seterusnya... kita GERAkk ke Desaru.......

next entry pleasee...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
PIL da selamat bertolak ke Mekah.. sabtu pagi, kami sekeluarga bangun lambat.. kononnya penat sangat la semalam eheheh... dan brunch di kedai jer.. OTW balik tuh mama sebok nak bli chocotop mcD... wahhh aQim tak tahan tengok cokolat!! dia nak jugak!! wakakaka...

sampai abis ko eskrem aku dia isap sedut jilattt slurrrppp.... pastu balun abah punya sundae cokolat plak...

owhhh dia tak suka yang ni. cokolatnya manis sangat kot!!eeihhh apasal kak iQa suka PAU eskrem aku nih!!! bagi la semula!! kita nak lagik!!!

malam tuh kami bertolak balik kampung... tatau nak dinner kat mana, kami sekeluarga + mak abah aku n kelorga kak wati jalan² cari makan sampai la ke Jeti Anjung Batu, Melaka. kawasan ni memang glamer ngan ikan bakar macam kawasan Serkam dan Umbai. Jeti ni leh pegi Pulau Besar tau!!

meh pilih pilih ikan... mau bakar ka masak ka goreng ka sumer boleh!! ada amik gambar ketam dan udang besar, tapi tatau mana ekekeke...

ni lah peserta makan² malam nih! aman aku sekejap..sebab aQim tgh tido lam kete.
tiba² makanan sampai jer, si kenit ni bangun plak!! nangis² nak berkepit ngan aku jer! cheh!! tak dapat la aku amik gambar makanan dan melantak makanan!!

waaaa sungguh² depa laki bini makan!! wahahahahaa

by d time si kenit da cool.. leh duduk sendirik kat high chair, makanan suda clear... huwaaaaaaaaaaaaaaaaa


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ari Jumaat 31.10.2008 PIL bertolak ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji..
aku kan selalu menantu tunggal dan mithali bercuti la jumaat tuh.. bukan buat apa pon. melepak kat umah PIL sambil masak² untuk tetamu yang datang untuk ucap selamat..

Lepas aSar kami bertolak ke Kelana Jaya.. Lepak umah Wan Induk (mak sedara hubby) sementara nak tgu pas maghrib.. then baru kami jalan kaki ramai² ke Kompleks Tabung Haji..

kami (eh mana aku?) dengan PIL.. mama Wan sedih tue, kena tinggalkan aQim buah atinya.. dan anak² bujangnya yang sangat dia risaukan...

PIL aku ada 3 anak. hubby yang sulung dan dua lagi lelaki gaks, C Parid dan C Padel.
muda² lagi depa nih. hubby aku jer yang da beranak pinak.
adik bongsu itu agaks manja sket ngan PIL maka beliau kelihatan agak lemau la di malam perpisahan itu..

haa ni baru ada muka aku.. aih bulatnya muka! kanan sekali is my youngest BIL..
aQim asik pass ke orang itu dan orang ini jer... ni bersama uncle Parid, adik hubby gaks
haaa ini lah wan Induk yang baik hati itu...
ok ni dgn abah plak!!
gambar seterusnya tak sempat snap sebab depa adik beradik (termasuk iQa) tengah bersedih syahdu meratap hiba....

PIL check in lebey kurang kul 10mlm. aku da letihh lembik, berlengas, peloh² dan masham!! haiiii tak koser aku nak sedey²! aku nak balikkk.... huwaaaa....

*cheh ampeh punya menantu!! wakakakaka.......

**pesanan aku utk iQa: Kenapa lah kita perlu bersedih?? depa kan pegi menyahut seruan ALLAH, menjadi tetamuNya di Tanah Suci.. beruntungnya depa. sepatutnya kita bergembira untuk mereka dan mendoakan mereka beroleh Haji yang Mabrur... Mama pon tak paham kenapa orang antar keluarga/sahabat p Haji, depa nangis sungguh²... sekarang bukan zaman dulu la..cam zaman Embah (atuk) mama. pg Mekah bersabung nyawa. naik kapal berbulan².. ntah kan idup ntahkan mati. Pegi Mekah zaman skang ni cam nak pegi melancong jer. bezanya ini JEMPUTAN SUCI dari PENCIPTA ALAM SEMESTA...

wallahualam...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
mula² sorong sorong kerusi...
keliling satu rumah atuk.. cari² ada tak lipas kering tersepit kat mana² ehehe...

bila datang opis mama, uncle Lokman bagi adiah??
wah beshnya beshnya....

*ayat aQim: weh apasal sumer orang amik gambar nih??
owh!! nih menda apa nih??? uncle Lokman bagi apa nih??
ooooOooooo..... ada kereta tolak untuk saya?? wahh beshhh nya!!
boleh la ku praktis berjalan selalu!!!
tenkiu uncle Lokman!!!!!

theee hee hee....
*sekarang, wagon tuh penuh ngan barang menan, kunci umah, kunci kete, sippy cup, botol susu dan bola...sumer aQim kutip kasi masuk situ... sekali da macam garbage collector daaa anak aku wahahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back