ena

saya kan... hutang kisah itti bitti dan BBbeehind AIO ni da lama pada geng di thread CD
dari sehari ke sehari saya tangguh ekekeke... sori yerk


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
skang musim orang kawen kan??

nih sebahagian persiapan jiran cubicle saya... nak dekat da tarikh kawennya..
eheheh saya suuuka tgk bunga beratur tuh. comei!!
Ahad lepas, saya ke Sek.30 Shah Alam umah wak (pakcik dan makcik) saya
sempena perkhawinan sepupu saya... Nurul Mabrurah bersama kekasih hatinya.. Mabrurah ni si bongsu dari 13 adik beradik.. iye ke Mabrurah?? ker adik beradik ko 17 orang? tah... aku tak ingat waakakaka... ampunnn

hebat tau! adik beradik dia siyes ramai! sampai saya tak ingat nama.. saya sampai kat umah wak da lambat.. biasa la kan, saya kan memang terhegeh² manjang.. time tu pengantin da sebok kat luar umah..

saya kagums btol ngan wak saya nih.. beliau kini tinggal sorang. wak lelaki baru jer meninggal dalam 4 bulan lepas. saya kagum, sebab idup wak ni sederhana abis.. tapi anak²nya ramai yang tahfiz.. mungkin kalian kenal, salah seorang anak dia si Asri nih
isk... terharu kan? bila tgk orang gini kan, saya rasa insaf tau! duit banyak.. tapi idup sederhana, keta tak penah ada pon. umah dia, memang tak lawa la.. saya rasa dari saya kecit sampai skang, gitu jer umah dia. alaa umah kampung - sendiri paham la kan??

eiskk insaf insaff... ku nak berwasadtiah la dalam kehidupan...hinsh hinsh hinsh

----------------------------------------------------------------------------------------------

aku malu nak amik pic.. nanti orang ingat aku kemaruk sangat nak amik gambor rabbani yang tak abis² nyanyi tuh!! so ada 2 keping jer pics...
*budak pompan yang baju sama kaler ngan pengantin tuh cam kenal jer?? da beso pon nak amik gula²??

wedding dia sempoi jer tuan²...
alahai wasadtiah abis!
selamat pengantin baru Mabrurah!
semoga berkekalan hingga ke syurga.. InsyaAllah..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
semalamkan... letihnya aku... ke hulu kehilir p matikan stamp d LHDN Kajang...
ke imigresen menghantar borang... alahai blurnya aku!!

owh! ok.. lupa nak citer.. saya punya maid suda sampai..
tapi saya kan amik dari agen di Indonesia... dan permitnya saya uruskan sendiri..
kelebihannya.. anda leh testing dulu maid tu dalam seminggu..
kalo kenan - teruskan buat permit
kalo tak kenan - pulang balik dan tunggu ambilan yang lain ehehe..
prosedur ini sesuai untuk si kedekut (macam saya dan hubby) huhu kerana bila buat permit sendiri (majikan tak gunakan agen berdaftar) anda jimat antara RM 2K-6K taww

ok untuk kalian yang mungkin nak tau cemana nak uruskan permit maid tuh...
saya ambil dari agen di indonesia (kosnya RM1800):
  1. maid akan dibuat medical check up di klinik yang diiktiraf oleh Kedutaan Malaysia di sana.
  2. maid datang malaysia dengan menggunakan visa pelancong - valid 30 hari atau 90 hari (biasanya 30 hari jer)
  3. bila saya confirm mau itu maid, leh teruskan dengan proses seterusnya yang mesti diuruskan oleh majikan sendiri.

prosedurnya gini:
  1. Hantar maid balik ke Indonesia. dalam kes saya, saya antar ke Dumai naik feri dari Port Klang (nih agen Indon saya tuh uruskan) - Kosnya RM750 dan mengambil masa antara 8 hari hingga 14 hari.
  2. Pergi ke pejabat imigresen terdekat dapatkan borang Permohonan Pembantu Rumah Asing atau download ajer dari sini.
  3. Buat 4 salinan kontrak dan isi borang - lengkap gambar majikan suami isteri dan 2 keping gambar maid
  4. Matikan stamp pada personal bond dan 4 keping kontrak. Rm10 each, total kos RM50. kalau di Putrajaya, LHDN terdekat ialah di Hentian Bas Kajang. (alahai jauhnya!! kenapa la Putrajaya ni macam² takde??)
  5. Submit borang yg lengkap ke imigresen (borang hanya boleh dihantar ketika maid berada di luar Malaysia). Kelulusan akan diketahui dalam tempoh 3 hari bekerja.
  6. Datang 3 hari berikutnya bersama bank draf@money order bernilai RM430 atas nama Ketua Pengarah Imegresen Malaysia.
  7. Dapatkan surat kelulusan dan visa/pas pekerja sementara (juga digelar calling visa).
  8. Serahkan visa kepada agen untuk dihantar kepada maid yang sedang tunggu di Dumai.
  9. Agen di Dumai terima dokumen dan bawa maid ke Kedutaan Malaysia terdekat: Pekan Baru untuk cop passport dan visa
  10. Maid boleh datang semula ke Malaysia dengan pas pekerja sementara tuh.
  11. Dalam tempoh 30 hari dari tarikh dia masuk ke Malaysia, kena bawa dia medical check up. So, bukak web FOMEMA download borang, pilih klinik yang nak buat dan pegi pejabat FOMEMA terdekat. Submit borang, bayar RM 190 dan dapat resit - nak print resit pon FOMEMA amik masa 2 jam tau! Nota: FOMEMA nih agensi swasta tau! tapi servis cam hampeh! lembab giler!!
  12. Bawa resit ke klinik terpilih dan buat medical check up - sila pilih klinik yang ada X-ray utk elakkan daripada anda kena pegi 2 klinik. Buang masa!
  13. Semak keputusan FOMEMA thru web atau fon call, dan jika CLEAR, boleh teruskan;
  14. Bawa passport dan satu salinan borang fomema tu ke imigresen dan dapat sticker, tampal pada passport dia.
  15. Sila bawa sekeping gambar dan maid anda sekali untuk buat i-kad (nih cam IC kita ler). Kad leh siap dalam beberapa jam jer.
taraaa.... settle!! fuh letih letihhhh letihhhh...................

para 12 dan 13 boleh buat dalam satu hari. tapi sebab masalah pegawai imigresen yang kedekut air liur, orang tanya² jawab sepatah dua dan tidak informatif, menyebabkan saya tak bawak maid dan kena datang hari lain. GERAMM...


Total cost yang saya tanggung ialah RM3,220
Total masa yang saya peruntukkan?? haiiii banyakkkk hari! kenapa la imigresen tu takde carta alir bagi majikan/pemohon ni senang sikit nak paham?? dia asik tunggu kita tanya. kalo tak tanya, depa tak inform. sangat la tidak membantu pelanggan depa ni!!

Tapi, kerja depa cepat. boleh dipuji. Dan ada pegawai yang sangat baik hati melayan karenah kami.

**Utk Puan Zarina.. selamat memeningkan kepala ya...



maid saya pendek, kan? sila lihat dia itu jika di sisi hubby saya, hanya paras bawah ketiak!!
kecil btol orangnya... leh pakai baju² iQa rasanya wakakakakaka


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hubby sukak yang ini...
*sukati jer aku tak itamkan plat no kete ituh.... ampunnnn (ku malas!!)
dan jumaat/sabtu dia bawa pulang si kaler itam itu untuk ku test drive...
test drive aje yer...
pagi²... ku lihat...
alahaiii sian dia... ber-embun di luar umah, menanti saya test drive...
memandunya?? memang besh kawan²!!
dan paling saya suka.. sangat stable untuk dihenjut laju²!!
suma digital tau!!
eiskk... tgk menda nih pon rasa da lawa abis da... jakun btol akuh wakakakaka....
tak aci! air cond kete pon ada plasmacluster?? mengada btol!!


sekian.... Toyota Camry 2008
pada saya? keta ni masih tak praktikal dan tidak memenuhi keperluan saya.
seat belakangnya leh duduk 3 orang je! iQa, carseat aQim dan bibik.. abis, baby lam perut nanti nak letak carseatnya di mana??
tak jadi beli la bang! saya tak gemar kete nih!! (cheh!! kunun!! padahal hubby suh test jer... tak mampu nak beli wakakakaka........)

saya tetap nak yang ini....
alahaiii gulk gulk gullkkk telan air liur jer saya!!
**lagik skalik saya malas nak edit pic lalalalala.......




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kisah ni khas untuk iQa baca..

kelmarin auntie Aurorae tanya pasal sekolah iQa time kami bercerita pasal darlingnya Sarah..

kelmarin ku agak dingin dengan iQa.. bukan sebab dia salah ke apa ker... sebab ku tak puas ati ler... panjang citer weh..

tahun 2007 - tahun 1D
---------------------------
sebelum masuk SJKC Yak Chee nih, iQa dulu skolah tadika english - Villamaria Good Shepherd Kindergarten kat Bukit Damansara. BC as a subject dan d tak pandai lgsg BC masa masuk SJKC tuh..
nota: da 2 tahun berlalu, cemana baru arinih aku perasankan menda nih?? rasa cam kenal tak si pemegang banner tuh??


ok balik kepada kisah iQa di tahun 1 @ 2007.
masa tuh schedule lebey kurang gini..
7.30 - sekolah agama
10.30 - balik sekolah, pegi transit di nuseri
- makan, mandi, pakai uniform sekolah
12.30 - van sekolah antar p SJKC Yak Chee
6.45 - mama jemput lik skolah
7.20 - smpai umah, makan, mandi, solat
8.30 - buat homework until 10pm
HW banyak giler dan dia tatau buat sebab byk sgt in chinese - science, maths moral etc


first 3mths dia memang kena aim ngan cekgu class. markah rendah sumer subject sebab d tak paham langsung bahasa cina (BC).
cekgu warning kalo takde improvement, kena tukarkan ke SRK
end up, ku berentikan skolah agama (morning session) dan masukkan ke daycare centre nih...
junior noble in tmn bukit kuchai..

her routine:
8am - they do their homework guided by the teacher
9am - tuition - ada 5 subject seminggu - English maths BC science BM dan satu subject tukar²...
- tuition akan bagi homework jugak. means anak i ni memang banyakkkk HW
11am - makan n tukar baju (iQa sorang je malay - ku tapau makanan ku masak every morning)
- main² - centre ni ada banyak games, video games, karom, chess, dam haji
12pm- jalan kaki p skolah, cikgu tuisyen payungkan :lol: :lol:

iQa ni talkative. dia banyak learned BC sebab nak join budak lain time main²....
*pergaulan kat centre ni banyakkkk improve communication skills dia.. Alhamdulillah...

dalam tempoh sebulan Cikgu d kata d leh terus stay
next 3mths ada penilaian pertengahan tahun, prestasi iQa di paras 70%.. da ok sangat padaku. cikgunya da tak penah komplen atau insist suh pindah skolah lagi..
ujung tahun, prestasinya 85%.. wow... banyak dia improve sejak masuk daycare tuh!


tahun 2008 - tahun 2P
---------------------------

pertengahan tahun prestasinya agak baik (pada aku la kan?) purata markah diperolehi adalah 85% dan kedudukannya 9 dari 51 orang..
sumer subject dia score sama ada A atau B sahaja. takde C okey! tapi still no 9? alahaiii pandai²nya anak² Cina di Kinrara nih!!

hujung tahun pulak iQa target top 5. sebab abah da janji untuk enroll ke Yamaha piano class yang baru bukak kat eQuine tuh...
sekali tup tup kuar result, dia masih tak dapat jadi top 5 dalam kelas dia.. dapat no 10 dari 51 murid dan no 83 dari 743 pelajar tahun 2.. alahai sian anak aku.... purata markah 91% dengan Maths dapat B, lain² sumer A... wallawehhhh pandainya budak kat sekolah tuh!!

mmm takpelah iQa.. b strong ok!
matlamat mama nak iQa pandai cakap cina, leh bawak diri dimana pon kamu berada kelak dan.. sekarang mama yakin iQa ada da sumer yang mama harapkan.

pencapaian kat sekolah tu kira bonus la...

eisk...
ok la
da melalut la plak aku nih!
nak balik ar..


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sejak sebulan nih (pertengahan Oktober till now) saya perasankan sesuatu..
tapi sebab saya kan kuat semangat (kononnya) dan sentiasa yakin dengan diri sendiri...(cheh!) saya buat tatau jer dengan menda itu...
tapi sejak hasil semalam dan hari nih...
saya da stat rasa nak meraungg.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

----------------------------------------------------------------------------------------------
dulu saya 'kering' sikit kan?sekarang saya da bulat "sikit" kan??
**ala kira aci la jugak... saya nih tengah peknen 4 bulan setengah..

takper la... itu saya tak sedih sangat pon. dan tak berapa rasa ponn.... tapi bila pikir,

dulu, saya pam satu sesi leh dapat selamba jer 15-18oz..
kalau double pumping..
nih single pumping.. berapa ml tuh? botol tuh 750ml kot!
pakai tangan sambil nyuruk² lam telekung, 15minit leh dapat 250ml (lebey kurang 8oz)
*ni kes botol dan pam sumer tetinggal time p seminarini hasil daripada 2 sesi tau! bukan sehari...
masa tu EBM tergolek².. ikan ke ayam ke memang jgn harap dapat masuk sini..
huhu sedeynya tengok stok saya dulu... time bulan posa pon susu tak merudum taw! Alhamdulillah...

----------------------------------------------------------------------------------------------

sejak peknen nih, sekali pam nak dapat banyak ni pon susah tau!!

nih sesi tengahari
dan ini sesi petang.. 30ml okeh! bukan 30oz huwaaaaaaaaaaaaaaaa........
nih jer hasil hari nih..
*apasal maid aku bekalkan botol+puting utk aku ke opis? apasal tak pakai sealing disc?huhu
dan... akhir sekali...
sila la kalian lihat stok saya.. da kurang, kan? kan? kan???

siap ada space untuk ayam tuh!!!

Ya Allah Ya Tuhanku...
bantulah hambaMu yang lemah ini..
tabahkan hatiku meniti perjalanan menyusukan amanahMu sehingga 2 tahun usianya..
ku pohon rahmat dariMu...




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku nak la template baru
tapi aku maleh dan sangat sengal bila nak tukar² kat html tuh sumer..

suda nye?
aku amik kat template ajer...

ekekekekekekekeke.............


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bertolak dari Skudai around 11pm++ lepas round keliling UTM, jengah² faculty mama n abah...
sampai di Pulai Desaru Beach Resort dalam kul 1pm..

besh gaks hotel nih.. saya minta pool view dan di ground floor jer..senang iQa nak lari p pool nanti...
makan ler lunch yang kami tapau dari kedai Pak Ali (kedai faveret abah masa kat UTM dulu) seb baik tapau tau! kat Bandar Penawar tuh tah apa² kedai makan dia!

iQa balun nasi cukup² - amik tenaga nak berendam lam pool jap lagik..
aQim dok jer tunggu kami makan.. bagus anak mama
da kenyang, da solat.... ok time mandi pool!!! ehehehe
aQim penakut air rupanya.. aku dukung bawak tempat dalam sket dia peluk aku sekuat ati siap buat muka cuak! cheh adakah?? dia leh sengih² time dok kat tepi ni jer la.. haiyaa.. tgk iQa slide jerit², dia pon jerit sama. tapi jerit ketakutan wakakaka...
suda sejukkss.. mari jalan² tepi pantai pulak.
waa mesti abah marah ku tepeks pic muncit dia muahahaha larikss...
ampun banggg... wakakaka
ok seterusnya part paling tak besh kalau bercuti di Desaru ialah... tiada tempat makan yang menarik. tambahan pula, kitaorang datang pada weekdays... alahai mana nak makan nih??
jalan punya jalan tak sedar hampir 100km+ baru kami jumpa ini tempat: Tanjung Kapal Seaside Restaurant alahai jauh dan ceruk bangat!!

datang punya la jauh! nasib baik makanannya sedap!!
ni menghadap laut taw dan sana tu penuh lampu kapal yang berderet² nak pegi Teluk Ramunia kot.. hihi ku tatau..
aQim: uuuu kakak amik gambar??
da habis sesi bercuti kan? tak larat na k upload gambar lagik! off we leave Pulai Desaru Beach!!singgah di Kota Johor Lama.. sesi mengimbas sejarah sikit..
ni replika Kota Johor Lama tau.. zaman Sultan Alaudin Riayat Shah - Sultan Johor Kedua.
asalnya istana ni di atas bukit. telah dipindahkan ke tapak yang lebey sesuai...
kat dalam tu banyak pamer batu nesan etc.. ku tak minat la nak amik pic huhu

nak tau citer lanjut leh baca citer belakang saya tu... ehehe

singgah Pekan Tg Sepat - minum dulu... warung pon layannn
ni kat kerusi meja makan warung ler nih...
cantikkan pemandangan belakang saya tuh? (yang tudung pink pon cantik gaks kan?) wakakaka
hubby melayan si iQa dengan pic "2 jarinya" itu
ada lagik pam minyak cam gini kat sini ek? untuk nota iQa.. pam minyak begini biasa dilihat di kawasan luar bandar Semenanjung Malaysia pada era 1980an..

*Pada hari mahu pulang, Saya pakai baju mengandung dan seorang sahabat menegur saya..

dia : Lin, awak pregnant lagi ker?
saya : saya? lagi? ahahahaha... haah kak... lagi sekali...
dia : oooOOoo sori... ha iyer... lagi sekali ekekeke tanya jer... berapa bulan? tak nampak pun!
saya : nak masuk 5bulan.. (sengih jer...)
dia : ooooOOooo ok...

motif perbualan: apakah?????

...................... selamat tinggal Desaru ......................




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
wahahaha... sesi seterusnya

pagi Ahad ku tulun² kak wati masak - simple jer.. jantung masak lemak cili api dan ayam goreng
huwaaaaaaaaaaaaa sedap bangat jantung kak wati masak tu tau!!! aku rasa nak tapau jer!! wakaka...

aku + kak wati + mak + aQim pegi Bukit Gambir, pi kedai 2 hengget... ehehe aku suka p sini. barang murah giler!! leh beli menan macam² 2 hengget jer satu ekekek

singgah kedai baju, nampak baju nih sangat cute kan??? eheheh...
petang Ahad kami bertolak ke JB.. yehaa nak bermalam di Skudai. senang nak singgah sumer tempat mama n abah dating dulu. ni trip mengimbau kenangan la konon ekekeke...

abah pam tyre, mama sempat posing!! ari da nak maghrib! asik terhegeh² kunun nak gerak pas asar! cheh!!
*baju tak iron? selebet tul aku nih!! wahahaha...
budak ni takde kejer lain, asik bukak sun roof jer! aku suh dok atas bumbung kete takmo plak!!
aQim sangat cool ngan new toys dari kedai 2 hengget ekekeke... low cost ler mama nih!!
sampai JB, kami dinner di danga Bay.. eisk ku tatau plak sejak bila kat JB ni glamer ngan ayam penyet! masa kami di sini 1998-2004 takde pon??

so.. kami layan la makan nasi ayam penyet... cam tiru nasi timbel komplit yang kami makan kat bandung jer?? ada quater ayam kampung goreng, ulam, tahu tempe goreng dan sup kosong..

aQim? dia makan stokin jer... wakakakaka...habis makan, pusing² JB. cari jalan nak p Stulang tak jumpa plak?? adui da letih. kami ke Taman U.. hehehe ulang alik la ke kedai² tempat kami selalu lepak masa bercinta dulu..

haih kedai jual CD pirate nih ada lagik? tak kena serbu ker?? pelik aku!! iQa n hubby tgh kerumun dVd la tuh... aku maleh nak layan...

esok paginye, kami breakfast d kedai ini... hehehehe hubby n iQa gelakk jer.. sebab? bebudaks kat opis sumer panggei aku kan mama lynn.. ekekeke tak sangka aku ada restowen kat sini huhu
Ya Allah... aku nk amik gmbr menu, ada jer muka boodak nih!!
seterusnya... kita GERAkk ke Desaru.......

next entry pleasee...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back