ena
sebenarnya aku nih..
pagi petang siang malam...
asik pikir menda yang sama..

KELIRU..serba salah..
ku DILEMA...
nak buat satu keputusan yang agak besar
bakal memberi impak besar padaku, suami, anak2...
haih.....

adoihhhhh.......
huhuhu nak istikharah la gini

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Sejak dapat PM baru...
pendekatan pentadbiran da berubah sikit demi sedikit...
sekarang sibuk dengan 1 Malaysia...Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..
sebagai penjawat awam.. saya pasti la terkena limpahan perubahannya..
cara kerja kian berubah..
sekarang kena work extra miles...

sejak tambah orang baru..
kehidupan saya sekeluarga makin berubah..
yang pasti rutin mama ni la yang paling banyak berubah..
dulu basuh lampin 2 hari sekali.. sekarang hari-hari..
dulu pam untuk seorang, sekarang saya pam untuk 2 orang..
dulu time makan gaduh ngan aQim..
skang da tak gaduh...biar jer aQim wat sepah..
sambil makan, ku sibuk goyang-goyang playpen supaya Arissa senyap..

dulu pack barang untuk ke nursery 1 bag..sekarang 2 bag..
dulu tido peluk aQim sorang (ops...2 orang actually + my DH..) sekarang da kena peluk 2-3 orang
dulu tido katil queen skang da sebok carik super king..

nampaknya ku pon work extra miles gak!!
sopping pon kena extra miles.. ehehe...

sebenarnya.. motif ku ialah, nak bagitau:

1. ku sedih.. harini ku start kerja..huwaaa... (permohonan unpaid leave utk menyusukan anak tidak diluluskan)
2. ku sukaa... esok kena p meeting + course kat Langkawi until Sabtu..yahooo!! ku nak sopping!
3. ku sedih.. sebab DH takmo pegi sebab dia ada course until Jumaat..
4. ku sedih... sebab terpaksa tak pegi Langkawi tu... huhuhuhuwaaaa



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Ahad 14 Jun 2009 Susu badan lawan kanser bapa

Georgia sanggup melakukan apa sahaja demi bapanya, Tim Browne.

Seorang wanita dari Bristil sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27 dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.

Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya Tim Browne, 67 kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.

Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kenaikan susu badan.

"Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya. " kata Georgia.

Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.

Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnos menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan.

Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. - Agensi


Nota ina:

haaaaaa ngaper tidak diminum susu yg TT Ratio, moo moo... etc?? masa kecit sebok nak susu lombu...dan tuo nak susu ibu plak!!

* Ikut Islam, susu badan itu hak suami...sebab tu nak susukan anak orang, kena izin suami
** Kalo bagi susu kat abah, buleh kot? sebab suami dia dia izin?? wakakaka..
*** Orang tua yang minum susu badan...tidak jadi anak susuan ye...!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
petang semalam kan sedap sangat balun durian...
separuh tupperware aiskrim aku balun...sambil main congkak ngan iQa..
hasilnya..tadaaaa
kul 4 pagi B da penuh...(biasanya kul 6)

ye ibu ibu sekalian..
makanlah durian untuk meningkatkan kuantiti susu badan anda..

sekian...


*segmen ini ditaja oleh Kak Wati yang bekalkan aku durian free punya la banyakk..ehehehe sedap sedap sedap... mekasih...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bohsannya aku....

bangun pagi.. susukan Arissa..
mengepam, mandi..
susukan Arissa.. tido balik...

kul 9 bangun, mandikan Arissa
minum milo... susukan Arissa..
naik atas, tido balik..

susukan Arissa, kejutkan aQim..
masak.. makan + suap aQim...
tengok tV..
asik2 minum milo, makan kopok...

kat hall panas...berpeluh2...
naik bilik, on air cond, susukan Arissa
tidokan aQim n Arissa...
on laptop layan porum...

pastu aku tido...
bangun tido, mandi, susukan Arissa
masak dinner sambil tgk Arianna kt tv3..

hubby balik, makan, lepak kat bilik..
layan aQim...
tido...

sila ulang rutin ini selama 3 bulan ++...
(aku mc 3 weeks sebelum bersalin, dan sekarang aku da 28 ari selepas bersalin...)


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aktiviti hujung minggu lepas...
kononnya nak tunggu genap 7 hari nak cukur rambut n bagi nama..
tapi masa tu, ubun2 arissa lembutt sangat lagik..
si tukang cukur pon tak berani nak cukur..
so
just bagi nama jer la...
cukur kepala, tunggu la minggu berikutnya...
inilaaa si tukang cukur...




















alahai merinding rambut arissa...
takut gaksnyer...
aku??
ngilu sungguh dengar bunyi pisau cukur tuh



















ni la rambut yang akan dikorbankan





















da settle... haihh...
nampak jer tido... tapi sokmo bergerak2 minah nih..
susah nak cukur!













ngaper shape kepala arissa cam kepala Terry Henry?? ahahaha...



haihh lena jer dia..



ok da siap...
da mandi...
da tak gatal da...

wajib la menyusu pas mandi,kan??
hmmm da kenyang, dia lalok semula.. nak tidooo huhu

mmmm....
kenapa rasa berangin ajer kepala ku yer??? ehehehehe...............



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
23 April 2009..Khamis
hari ni aku da overdue 7 hari..
sakitnyer idak ler ada...
sikit sangat sakit yg menjengah...
masa last check up, doc mintak dtg check dan induce hari ni...
ku sengaja takmo pegi pagi2.. ku pegi kul 11 gitu..
seblom gi, ku salam mak n abah.. memacam pesan depa...
kononnya aku da nak kena bersalin la sangat...hahaha
check itu ini, tgk BP sumer ok jer...
doc scan - ketuban juga ok..
laluan - baru 2cm... haihh takde peningkatan pon!!
doc khamsiah kata --->
BP ok dan still safe kalo nk tgu sakit.. mana tau malam nanti sakit ker...
hmmm sempat lagik doc melawak nak bagi ku sedap ati kot!
all of us agree to postpone induce ke esok hari
ku prefer esok sebab esokkan jumaat, berkat sikit...
park je kete depan umah, abah ku jengahh...
"haihhh kenapa balik??? tak beranak lagi?" wakakakakakaaa....

24 April 2009.. Jumaat
bangun pagi2.. gigih aku masak nasi lemak n sambal tumis...
kemaruk je aku pi makan pedas2...
kunun lepas ni takleh makan..pantanggg..
hihi kul 9.30 pagi ku da ready baring atas katil labour room...
haihh... sangat boring ok.. orang datang sini dengan sakit makit...
aku jer laki bini masuk labour room bawak jajan... leh makan masa boring
(apakah? dalam labour room pon leh boring??)

kul 9.30 pagi - adaaaaa nampak cam muka orang nak beranak ker aku nih???hahaha

nih obat utk induce aku...
ubat suda masuk... mari kita tido...





menjelang kul 11 aku baru stat sakit sikit2... lambatnya sakit datang! masa ni lam ati da ready da... agaknya aku kena caesar lagik kali nih kott... huhu
plak tuh...
hahh nak kepoh la nih... sejak aku masuk pagi tadi, bidan in charge (namanya Rogayah) sibuk suh aku amik epidural..
kami both agree takmo amik...
kul 12 lebih time dia check aku, dia kata baru 3cm opening..
"lambatnya awak sakit! tu laa saya kata amik epi. kalo amik tadi, ntah2 da bersalin da awak nih!!"
haihh kenapa asik gesa aku amik epi??
masalahnya aku takde la sakit tak tertahan...so no point nak amik epi,kan?? hisshhh....

kul 1pm... ku sempat lagik makan nasi minyak + ayam sambal.. nyum nyum sedappp...ehehe
time tu, hubby p solat jumaat ---> ku siap pesan mintak d solat hajat n doakan ku sakit cepat2..
pas makan ku lepak2 dan sakit2 daa...every 5 minutes..
masa ni aku cool jer...tahan sakit, baca doa..takde pikir apa da...
kul 2pm opening da 3-4cm ----> bidan lain check... depa da tukar shift. bidan ni tak pakai nametaG..so ku tatau nama. baik bidan ni...hihi suka aku! hubby lik solat, aku still interval 5mins.. da berpeluh2 siap suh nurse kuatkan acond ehehe padahal orang lain da sejuk da..
3.30 pm doc khamsiah datang check da 7cm.. doc suh nurse prepare alatan sumer.... hubby seronok sangat da masa tuh.. harapan nak bersalin normal makin cerah! (masa ni aku tak terpikir da kena normal ke caesar ker...) ku concentrate doa n layan sakit. bercakap pon idak..kejap2 ku minum+makan kurma.. haus woo..
4pm sakit da makin kerap, rasa tak tahan sangat!! baru terasa sakitnya kat belakang punggung.. haihh.... doc khamsiah tu best sangat tau!! kejap2 dia datang, usap2 perut aku, baca doa kat perut... wallaaa touching btol ekekeke.... time ni depa sume da ready da... tinggal tgu aku rasa nak teran jer..
4.30 pm opening da 10cm. kaki da kena ikat..doc pon da ready..action time...ehehe
tepat 4.42 petang
itu dia kepala Arissa da kuar...
i took 15mins to teran... Doc siap warning... lebih 30 mins, dia vacuum...
bila tgk Arissa kuar... Subhanallah.. patutla susah nk kuar.. cord da terbelit 1 lilitan di leher dia
laju jer nurse "kerja"kan si Arissa depan mata aku ehehehe...
tu dia si kecit diletak atas perutku...
haihhh... baru kuar da bukak mata...

Syukur Alhamdulillah...
anakku sempurna sifatnya...
beratnya exactly sama ngan aQim...
Alhamdulillah... ku sihat, baby pon sihat...
dan yang penting, ku tak kena jahit... yahooooo!!!! hahaha....
hubby kata...
nak bersalin pon takde rupa orang nak bersalin
pas bersalin pon muka samaa jer... takde perubahan.. iye ke??
sekian sahaja..... nota kelahiran Arissa Qaisara
4.42 pm - 24.4.2009


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
ku tidokan aQim di sebelah kanan
ku tidokan baby di sebelah kiri...

yang sorang nyenyak kena air-cond sejuk beku...
yang sorang gelisahh... tak tahan sejuk..
haishh....

yang suka sejuk nak tido dipeluk..
yang tak suka sejuk asik terkejut2...

aku bangun senyap2 buka laptop dan ada hati nak update blog...
skali aQim raba-raba bantal ku.. mencari mak dia..
dan si kecil pon menguis2 juga... sebab sejukkk...

haihhh nampaknya hajat nak menghapdet tak kesampaian...
sila shut down laptop semula dan peluk anak2 bagi depa lena semula...











sekian....

**haihhh bila aku nak dapat ngadap laptop lama2 nihhhh huwaaaaaaaaaaa
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
CD
ena
entry ni khas utk Jue Che Kamel...
sebok sangat sms aku pasal cloth diapers (CD) kan???
haaa lenkali tinggal le komen baru aku layann wakakakaka....


ada banyak soalan ko Jue...
nih antara yg aku ingat...

1. berapa helai nak kena ada sebagai permulaan
terpulang kat ko.. kira la berapa lai diapers anak ko tukar sehari?? cam aQim biasanya 6-8 helai sehari. katakan sehari pakai 6, malam tuh basuh, sidai, sok pagi da kering (biasanya pocket diapers cepat kering). da bole rotate semula tuk pakai esoknya. jadi mungkin keperluan cuma 8-10 helai jer... tapi kena basuh setiap hari yer...

2. cemana pakai nih?
sama jer cam pakai disposable diapers tuh. bezanya. kalau pakai yang pocket, kita sendiri leh tentukan nak serapan yang macamana. cth: siang, kat umah, nak tukar every 3 hours. masukkan insert sehelai jer. kalau nak kuar jalan2, malas nak tukar2, bajet 5jam, masukkan insert biasa (microfibre) + sehelai hemp (nih sejenis insert gak. materialnya dari hemp. boleh tahan banyak kali bb tencing)... senang kan?

3.beli katmana??
aku, beli kat online store kat malaysia jer dulu2... skang da pandai bli kat seller tuh sendiri, cam itti bitti bli dari Australia terus. murah sket. ebay? ku tak rekomen ye. sebab brand2 yg banyak jual di ebay tak memuaskan hati ku..
nak tgk senarai kedai di Malaysia, tgk sini

4. berbaloi ker??
haaa nih soalan paling aku tak gemar..ekekeke.. pd aku kan... bukan btol2 sebab duit. aku pakai CD sebab aku tak suka banyak buang dispo..semak kepala n mata aku. aku kunun pencinta alam sekitar laa...nak kira berbaloi banyak je benda lain yg kita tak berkira kan... part nih berkira plak? ehehe... meh nak bagi justifikasi..
- bli CD nih sekali.. pakai n basuh n pakai n basuh sampai la sumer anak2 da besar.. kan jimat?
- bila da tak pakai, CD nih ada 2nd hand value.. leh jual kat geng pemakai CD cam kat sini dan kat sini
- bila pakai CD, sukar nak kena ruam lampin. sebab, CD takde chemical kan... dan jimat juga

so? pada aku memang berbaloi laa... ehehe

5. banyak ke koleksi CD nko??
haaaa jap jap... seterusnya sesi tayang gambar... ekekeke...

mula2 kita keluarkan sumer cd lam box ni tuang atas katil
yer...ku simpan lam box jer. senang. nak lik kg, angkat satu box trus ekeke...
kemudian tabur atas katil dengan sekata...
pastikan sumer keluar ye...
lepas tuh 'kita' p sibuk tempat lain plak...
kita kemas stok toiletries mama....
keluarkan semua barang, dan 'kita' masuk ke dalam laci tuh....
hahaha biarkan dia lam laci
so mama poyo buleh la susun sumer CD yang ada utk amik pic...

yg depan tuh M size drybees utk baby baru...
2 lagi tuh fitted diapers... mama jarang pakai.. sebab aQim bukan heavy wetter
*nota: fitted nih kena pakai dengan cover tau! sebab dia takde lapisan cegah bocor (cheh bahasa melayu abis aku nihh!! wahahaha)

okeh...
ni barisan CD - sebahagian koleksi aku...sebahagian lagi lom cuci..
dari kiri sekali, barisan drybees, barisan mommy's touch, happy heiny's dan itti bitti, Bum Genius, coolababy, Green acre design, babybeehind dan bumwear..
sekian.. ada soalan detail? nanti ku jelaskan bila mu datang umah okeh???

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
nih saper yang ajar aku makan nih?? haaa baik ngaku!!! lately aku asik makan menda nih jer... haaa baik saper yg ngajor aku makan tuh angkat tangan! aku nak PAU ko blanja aku makan nihhh ekekekeke....

budak suka makan yg paling suka kalo mama ngidam something...
dia la paling suka sebab dia la banyak dapat manfaat ekekekeke
mR. teppanyaki in action...
alamakkkk gambar senget le plakkk
dia punya is beef teppanyaki..
ini salmon teppanyaki - utk aku n aQim
kalo tak bersepah bukan meja kami la namanya kaannnn.....
chicken teppanyaki - dah luak tuh mesti la pinggan abah... hehehe



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

GpS
ena
arituh masa hubby test menda nih...
aku pon stim sekali....
dalam kepala ku pikir.... beshnyaaa senang nak cari kat mana warehouse sale..
ekekeke....itu jer la lam kepala aku... tak mendatangkan hasil btol!!

murah jer menda ni... rege asal dia dekat 1K la dengan original softwarenya..
tapi member aku jual menda nih RM650 jer...
dengan software ori yg di hacked... mamat nih keje co. nih...
haihhh aku pon tak paham sangat...
tapi yg pasti... tak macam yg jual murah kat kedai dengan software katun tuh laa...
murah murah.... memang berbaloi beli!!

beshh beshh.... tapi tak beli pon...
skang da berkurangan dan stim ku padanya ekekeke....

sesaper nak bagi aku sempena arijadiku nanti...
kecit tapak tangan...
tilam anakku ku tadahkan .... ehehehehe





















------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
saper penah makan sini?
besh gaks laa..
pagi tu aku royan2 nk g warehouse sale mattel.... sebab tu la pagi2 da sampai atria ekekeke...

huuu sedap nih! nama nya ku da lupaaa...
pandangan sisi plakk.. haiissh sedap sedappp

nih hubby punya... nasi goreng apa ntah...

close up sket
air soya cincau dan lemon barley...
sodapppp




sekian, terima kasihh...

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
da banyak hari dok umah...
banyak benda nk citer kat blog
sumer tertangguh2 sebab asik nk kena tgu si aQim tido....
haiiihhh... dia asik kaco ku bila bukak laptop tauuu!!!
asik2 suh buka muvi upin ipinnnn jer....

tak busan ker???

pantang aku tinggal je laptop, mesti dis sibuk tekan sana sini..

haaa... siap ajuk mama lagi... cakar2 kebod bagi kuar bunyi cam mama taip laju2...
ekekekekekeke

lawak la ko nih aQim!!!


**kalian... saper ada nampak laptop menan utk budak2 cam brand vtech tuh ker...apa ker... tapi nk yg rege bawah 150 jer... aku cari, sokmo jumpa kaler pink jer.... barbie banyak lerrr






















------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
taG
ena
Tag dari kak ina (apakah kejam lecturer nih??? ku MC pon dapat assignment juga??)

1st, download your favourite photo using effects at http://www.photofunia.com/


1. Do you think you are HOT?
huh! iQa suka panggei ku hotmama.. dan ku rasa cam nak marah!!!
2. Why do you like this picture?
hahaha sajer nak perasan terlebey... bagi la chance

3. When was the last time you ate pizza?
ku boikot piza lagik. last makan sebelum Palestin diserang arituh... da baper bulan berlalu???
(apa kaitan soalan nih??)
4. The last song you listen to?
"tilam....tilam.... tilam lama tukar baru...."
sedang berkumandang di jalan depan umah ku right now
5. What are you doing right now besides this?
sms dengan cik iLa
6. What name u prefer besides yours?
Nomi ekekeke cam comei...
7. People to tag

1. Cik Ila rerama yg tgk usha zapp di sana sini
2. Cik Bib yang dalam pantang ekeke
3. Cik Zea... ku tak penah tag mu taw!
4. Cik pu3 norhaLIZA
5. Ms amber

8. Who is no.1?
My shopaholic geng ekeke tp yg beshnya, hb dia pon suka shopping taw! jeles akuh!!

9. No.3 is having relationship with?
Mr. Jay Rayyan Cheong... aku tau la zea... ahaha
10. Say something about no.5?
she's a pre-entrepreneur... ku sokong mu mitu!!

11. How about no.4?
mom of a chicky sweety Marissa

12. Who is no.2?
Chekgu yang selalu tak buat homework... huu ku tau daaa ekekeke
sekian.... Sila jwb TAG ni yer kengkwn!!





-----------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
apa motif aku letak gambar iQa ni weh???
aku suuuka sangat rambut dia..
suka kat lesung batu dia...
dan geram sangat kat kulit dia!!

bleh tak kalo nak doa... supaya baby yg kuar nih secomei kakaknya... huuu aminnn......

------------------------------------------------------------------------------------------------


ku da masuk 39weeks da minggu nih...
last check up.. baby da 2.8++ kg.. berat badanku plak da jadik 72kg muahahaha (seblom peknen ku hanya 57 okeh!!)

weeks 1 - 17 :
gained 3kg ---> 60kg. fully bF n pump 2-3 times a day

20 Dec: weeks 21 :
gained 1.5kg weight 61.5 kg, still fully bF + pump 2-3 times

20 Jan: weeks 27 :
gained 5kg (.. weight 66.5kg, direct feed @ night and pump once a day


23 Feb: weeks 32 : gained lagik 2.5kg ---> 69kg, stop pumping, night feeding only

5 Mar: weeks 33 :
gained 1.3kg -----> 70.3kg, efw: 1.8kg, aQim -> night feeding only

19 Mar: weeks 36 :
gained another 2kg ----> 72.3kg, efw: 2.3kg, masih night feeding tapi skjp². aQim cam tak suka da

26 Mar: weeks 37 :
gained 0.4kg ajer (bangga woi...) efw: 2.5kg, 100% stop bfeed --> colostrum da kuar.. aQim takmo isap waaaaa...

2 Apr: weeks 38:
gained 1.3kg, efw: 2.8kg, skang 100% concentrate pada baby tak BF daa...


* notes:
- efw: estimated fetus weight (sukati jer aku translate)
- beza hari check up bagi weeks 21 dan weeks 27 cuma 1 bulan sahaja tapi saiz baby drastically membesar dalam tempoh tuh... jadi macam ku skip sebulan laa


kemajuan kandungan:
kadang tuh ada rasa tanda² nak bersalin...
rasa tak selesa sana sini...
kejap sakit pinggang, kejap kat tulang punggung, kejap nak poo manjang, kejap rasa perut menggelebeh ke bawah... haihhh macam²!
tapi yg memang kerap, sokmo nak pee...!! penat huuu....

tapi...
kalo dapat sopping tak penat plak eh??...

eiskk...
Braxton Hicks da kerap kena da...
alahai... agaknya ku bdapat tak bersalin NORMAL?? ke LSCS gaks lagik?? huuuu....
suspended soil btol ar...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
perkenalkan..
ini CD brand nice kids
made in Indonesia..
saya bli masa pegi Bandung last year..
harga tak ingat la.. tapi murah jer!!

cutting dia trim..
luarannya sangat lembut
material t-shirt cotton (cam cadar aussino yg t-shirt cotton tuh...sedappnya!!)
memang besh la pegang² ekeke

nih bahagian dalamnya...
sila perhati betul² - inner part are made from plastic (material d cam plastic nappy cover yang)
maka part yg tak di cover oleh insert tuh, plastic dia direct kena bum² baby laa..

isert dia, kenit jer.. tak tahan lama..
material dia sama cam luaran, jenis cam cotton t-shirt gitu..lembut jer
nih velcro utk lekatkan insert ngan cover.. tonet jer kan??oleh kerana insert dia kecit sangat, ku tambah sekeping Stay Dry Doublers nih..
1 layer dari insert ni makes from fleece letak next to baby's bum..
jadi bum d tak basah...
haa ni bila da pakai sekejap...
velcro tuh suka terbukak sket - velcro sikit sangat dan tak kuat melekat!

nih satu lagi pic
da pakai bebetul..
nampak size ni agak longgar tuk aQim..
ni close up.. nampak tak kesan merah² tempat yg kena velcro tuh..
sebelah kiri
sebelah kanan
hahaha... aQim tatau diam nih pandai plak bukak velcro.. agaknya gatal ler

sekian...

CD ni skang da masuk malaysia.. ada satu online store jual.
murah memang murah... tapi
ku tidak rekomen yang ini ye puan-puan...
sebab...
tak puas ati bila memakai ehehehe....
sesaper yg rasa nak beli tuh, tepuk dada tanya selera ehehe



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back