ena
Mama n ica dok atas sofa, hadap tibi..
Si abam tiba2 amik henfon, tekan2 nombor and cakap;

hello, ha ni haqim
Four six nine nine nine
Haa.. Kat sini.. (sambil jalan laju mengelilingi toys yg sepah kat hall dan amik dollnya) - iye, beliau ada doll yg dipanggil "bb"
Ni.. Baby haqim nak ikut
Ok ok.. Haa taxti (taxi)
nak pegi..
Bye, take care


Hahaha apa ko cakap ni abam? Nk gi mana? Pandai ye call taxi.. Nk gi jalan ek? Ekekeke
Korang tau dialog 46999 adalah merujuk kpd alamat umah. Hahaha apa2 yg bernombor, suma disebut 46999


Ini hari, abam aQim suda umur 3 tahun 1 bulan
Tapi masih cakap pelat

Dan asik terkucil kat suar bila nk kencing.
Dan accidents tersebut hanya berlaku bila abahnya ada je ahahahah

Dan masih belum skolah, sbb mama abah sebok sgt, tak sempat nk enroll awal2
Akibatnya skolah yg dekat2 ngan umah suma full huhu
Oleh itu beliau suka sangat ulang ayat; shian abam ek? Abam takde skul eh? Shian ek? Ek? Ek?

Walopun hari2 mama ajar ABC dan 123
tapi nombor yg dia hapal tetap jugak four six nine nine nine hahaha

----------------

Mama sedang lap habuk kek bertaburan atas sofa yg dikerjakan oleh ica
Abam datang sambil cakap;
mama, ica menses ek? Menses ek?


Hahaha cemana mess leh jadik menses nak oiii??? Wakakaka


------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Wanita dijadikan sebagai peneman kepada lelaki
Sebagaimana Adam mandom bila keseorangan,
Begitulah jua suami kita andai kehilangan isteri kelak..Kot??

Tapi disebalik kebergantungan itu,
ada golongan lelaki yang mampu bertahan pada cintanya...
Ini aku quote ayat wak (pakcik) aku bila ditanya kenapa dia sanggup hidup berseorangan dan tidak mahu calon pengganti

dah berpuluh tahun aku hidup dengan dia (merujuk kepada arwah isteri beliau)
Hidup matinya bersama aku...
Berpuluh tahun na, wak ni bersama wak pompuan ko..
Susah payah semua bersama. Suka gembira pon bersama..
Ini bila dia da takde... Wak nak cari pengganti?
Baru 2 tahun nak banding dengan puluh tahun..
Dia pon sendiri di sana na...


Aku mmg takleh trima hakikat sgt bahawa ada orang nak ganti tempat mak aku..
Aku btol2 ingat abah aku punya pendirian mcm abangnya..
Rupanya jauh skali...

Sudahnya, aku jadik mandom
Dan Pidaus mengeluarkan hipotesis beliau:

ada orang:
Menyayangi pasangannya dengan sepenuh hati.
Absolutely sbb dia mmg sayangkan pasangannya itu
For what ever condition he/she is
Tiada penggantinya..sampai mati...

Ada orang pula:
Menyayangi pasangannya kerana pasangan itu peneman hidupnya
Sanggup korbankan apa sahaja demi pasangan tu
Dan menjadi pasangan yang paling setia bila bersama
Tapi..
Bila pasangan itu tiada, dia perlukan pengganti.
Sebab, dia sayangkan pasangan itu kerana itu peneman dia
Kerana orang begini tak betah hidup sendiri
Dan segera memerlukan pengganti..


Yes darling... I get what u mean, but saya takmo tau from which category u are.
and i love u so much (walopun ko enggan blikan daku lemari putih tersebut) huhuhu


Kalian?
Which category are u fall in?
Sila tanya diri sendiri sebelum tanya pasangan anda.. ;)


------------------------------------------------jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Cuba korang bayangkan

Berkawin dan bercinta bertahun lamanya
Kesana kemari bak belangkas

Dari berdua
Kemudian bertiga
Sampai berlapan, bermenantu bercucu...

Tiap mlm, selama berpuluh tahun,
Si isteri mengeluh lenguh sini dan sana..
Demi sayang si suami turutkan, urut sini dan sana..
Padahal bdn sendiri pun lenguh jugak..

Bila sampai masa
Si isteri dijemput izrail..
Sedih tak sedih... Dgn redha dilepaskan jua kekasihnya pergi
Pergi menghadap kekasih sejati..

Okey.. Cerita blom habis!
Walau bengkak mata da hilang
Merah tanah kubur pon da ilang
Kekasih tak berapa sejati akhirnya mencari pengganti..

Si anak meratap hiba... Bagi pihak ibu ke,
Atau sendiri yg emo, tu aku tatau..


Bah,
Kusangkakan sayangmu sampai ke syurga..
Rupa2nya....





------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Apa yang aku buat malam2 ni? Aku pon tatau la.. Pining kepala!

Banyak menda ni share nih tapi tatau mana satu nk citer dulu.. Apa yg pasti..
Aku tak upload pics lagi.. Huhu...


------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
setelah sekian lama tiadaapadalambelog ini..
harini aku dapat kekuatan semula utk mengarut!!

muahahaha... poyo la aku kan


jangan... jangan..... jangan!!

jangan marah emak muda beranak empat ini!
jangan salahkan aku kerana tak menulis
jangan bebel kat aku kerana tak hapdet ini belog!
sila marahkan jam kat umah ni kerana jalan laju sangat
sila marahkan laptop yg lama sangat masuk wad
dan sila marah digi internet prepaid yg lembab cam siput sedut masak lemak cili api...


sekian.. kejap lagi aku update lagi :-)


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
chewah.. ala-ala meniru kak mah la ni..(jgn saman aku ye kak mah)
Catatan aku le plak.. kunun.. wakakaa

pics da tayang kat FB tapi nk gak tulis catatan kat sini..



tiba2 je dia enterprem!!


masa kejadian: aku da 37 weeks, pi check up kat JB
doc tu seluk2, ermm.. da 2cm
then kompiden je suh aku datang pada 21hb utk bersalin
aku: hah? bersalin 21hb? kenapa? err due saya 29hb doc
doc:
iye.. skang da 2cm. in a week, most probably u are ready to deliver

aku:
what will happen if i didnt get any contraction?

doc:
no problem we will help with some medication

aku:
induce? (or u want to zass my fairy bumpy tummy?)


dan-dan kami laki bini terus pening
kami plan nk balik KL pada 25hb sbb due date pada 29hb
dan kalo ikut history (ica dan aQim) aku overdue 10days
maka kemungkinan akan bersalin pada awal november

tiba2 doc kata da 2cm, nampaknya kena standby nk bersalin la kan?
bersalin di Spore adalah tidak sama sekali
untuk bersalin di JB pula, adalah tidak mungkin
.
sebab: sapa nk jaga kanak2 masa aku dan pidaus di wad

mana hotel aku nk letak iqa dan adik2 pada malam yg aku warded nanti
hospital tu takde bilik single (buleh gitu?)
nak bersalin di Annur (seperti dirancang) cemana plak iQa yg tgh exam
sapa nk temankan dia kat spore plak? huhu haru haru

maka untuk berpikir panjang, kena la carik tempat yg tenang dan damai
seperti: di meja makan hihi

Italic

hasilnya: kata sepakat dicapai
Pidaus akan ngantar aku ke KL wekend berikutnya
dan p check up di Annur
kemudian dia akan balik ke spore utk keje
dan balik ke KL sehari sebelum aku check up 39 weeks
dan sebelum tu, p jemput baybik (bibik temporary sahaja)

iye kawan2, aku mmg takdak contraction pada masa ini
masa p Annur pon masih 2cm

maka sila datang check 39 weeks nanti

pagi tu pegi agak awal la
doc kata.. kalo bior je 2cm ni maybe kalo tgu 40wks pon masih 2cm
alih2 aku datang pagi 20hb tu da 3cm
maka berpesanlah doc supaya aku segera menuju ke labor room. INDUCE.
sebaliknya, aku melangkah masuk kedai makan dulu.
tapi
aku nk makan nasik lemak pon tak sempat tau!
ngap 2 sudu je, nurse da tepon:
eih doc suruh terus p labor room, puan p makan ke?
boleh datang sekarang tak? doc tgu puan ni..
*nyah.. masa ni la aku terkejor p makan nasik lemak sambil sms ko!!



aku sudah ngantuk! esok la sambung ye.. :-)

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
semalam kakak aku nk dtg antar anak dara dia ke umah aku..
sekolah anak dara beliau adalah cuti kerana kanak2 form 3 amik PMR

mcm biasa kan.. umah aku bersepah tahap syaitonnirrojim pon leh pengsan
maka ptg semalam huru hara la aku kemas umah.. haha
selalu kak aku dtg, aku tak kemas pon
tapi oleh kerana anak dia ada.. terpaksa la aku kemas.
kalo idak.. mesti dia kata aku pemalas!
jatuh la martabat aku sebagai stay-at-home-witch
kami 4 badik pompuan suma garang2. anak2 buah panggil kami ahli sihir!! wakaka
dan si Pipah ni adalah witch junior sbb dia pon garang cam mak tiri! haha


hasilnya:

1. aku sakit tulang peha, lutut dan pelvic yg amat sangat! sejak malam tadi sampai skang. nk jln sgt susah. dan sakit!! huhu

2. ica yg hari2 melekap kat aku asik kejar Pipah ke sana kemari.. haha suka la mak ko ica oii...

3. umah aku bersih noks.. dan yg lebih hebat

4. kebersihan tsbt masih maintain sampai skang!! anak dara kak aku sangat rajin. budak2 ni buat sepah sikit dia kemas. budak ni makan sepah, dia lap.. wahhh... ko dok sini terus la Pipah.. mama sayam ko sangat kuat!!


iqa... cuba ko belajor2 skit jadik pembersih dan rajin cam Pipah tuu!!
senang ati mak ko tau!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi senin, terbangun lewat sikit
sebenonya da bangun pastu tido balik. trus bgn lewat. padan muka Pidaus!!

sebab da lambat, aku kena ironkan baju dia
eeiii lama da aku tak iron. bila peknen aku mmg takmo iron baju! haha
takde kaitan kan? ah sukati aku laa ekeke

pas iron baju,
pidaus p keje,
aku smbung iron baju2 lain
then budak2 bangun,
kaco aku iron,
trus aku simpan iron.. tido
(aku bukan malas tau.. aku takut nanti dia kena iron lagi cam aritu.. hehe)


bangun tido, ON laptop
tgk2 takleh on
mula la meracau kan.. godek itu godek ini
cabut bateri masuk bateri
cucuk plug sana
carik plug sini..
tak buleh juga

pastu call helpline pertama --> Pidaus
tak membantu pon. suma yg dia suh buat aku da buat. ttp tak idop
alohh...

ah tido la!!
buat kuku kanak2 dan ajak depa tdo lagi
bgn tido.. busan yg amat. call makcik tu

pastu dia p gelakkan aku smpai bunyik cam orang semput


keji punya kawan! selamba ko gelakkan aku eh!!
siap jadik modal buat n3 plak tuh!!
kurang asam!!

pastu aku tgk tibi ngan kanak2 then tido
bangun, tido, bangun, tido..
hari pon petang
begitu je lah berakhirnya hari senin aku

ehhh blom!!
pidaus balik keje.. lalu kat wardrobe..

wah.. sehari ko takda internet.. separuh gobok baju aku siap diiron ek yang??


shaddap yu Pidaus!!
aku da iron pagi2 la. sblm aku tau laptop tu rosak!! kurang asam py laki!!

malam tu.. lepas makan kemas lebih kurang, aku trus tidokan anak2
bila suma tido.. baru lepaskan ketagehan melampau aku ni
hahahaha... sampai ke subuh aku hadap tenet rupa2nya.. ekeke
kan ke aku da terlebih tido siang tu.. mlm tu aku lampiaskan tenaga kat tenet ler haha
sadis kan? ketagehan aku ni da tahap makan tak lalu dan rasa nk bg penampor bila budak mintak kuku!

huuu... sadis.. sadis...

wahai laptopku, cepat la baik..
ko jangan rosak ek!!

wahai belahan jiwaku.. cepat la balik dari OS
tolong pi amik laptop aku tu..
da leh discharge dari wad agaknya tu..
hihi



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku kan.. mmg rimas tau tgk orang salah eja..
lebih2 lagi kalo orang melayu.. dan salah eja dalam bahasa melayu

kalo informal tu aku tak kisah la..
yang paling aku rimas ni.. salah eja kat dokumen2 formal, kat papan tanda, dalam iklan.. lam newspaper, magazine... eiii aku rasa nak hempok je kepala penulis tu!
ko tak malu ek ngaku orang malaysia tapi takleh tulis bahasa Melayu betul2 dalam benda formal cenggitu??
grrr.... aku marah tau!!!
dah la aku marah.. plak tu aku kena plak!! eeiii rasa nak saman je mamat Lee Loo Booi ni!!

perasan tak? perasan tak? perasan tak apa aku perasan?

kesalahan pertama ialah nama kedai aku MAMA bukan MOM
tapi rupa2nya nama tu not available.. so ok la takpe..

tapi kesalahan kedua tu apa kes??? nak penampor??



anyway..
aku tidak berniaga secara haram lagi..
aku da berlesen hokeh!! sila jangan takut atau teragak2 untuk berurusniaga dengan daku :-)


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
tetiap ujung tahun,
kami sekeluarga akan mengunjungi dentist..
huh! walopun bencik yg amat,
tapi ku pergi juga! without failed!

dulu2 ku pegi klinik gomen..
lagipun kakak ku keje klinik gg gomen kan..
pegi je la..
sejak beranak pinak ni aku pemalas nk p gomen..
nak heret kanak2.. nk heret laki
nak tgu turn... malas la kan???

so kami p je la pvt clinic..
pilihan aku mesti la klinik muslim..
bertahun la aku p hadap ketiak dentist muslim kat taman eQuine tu.. (doc gg suka kepit patient kat ketiak, kan?)
tapi tahun ni.. tak pegi situ.

sbb, aritu gg aku ada technical problem sket.
ntah cemana leh lak pecah sket tau.. kat geraham
so bila makan, ada la makanan halus2 masuk ke dalam gigi tu
aku rimas! takde la sakit. cuma tak selesa.. dan tak suker!! hiii!!!! geram aku!
sampai tak lalu nk makan..

abis tu..
aku da kat spore kan..
aku malas la nk gugel kat mana dentist muslim ke apa ke
lagipon kat sini mesti mahal..
maka haritu aku suh kakak aku carik siap2 mana dentist muslim kat JB
aku kuar JB petang tu ngan kanak2, tapau burger kat iQa pastu trus p carik dentist..

skali kena tampal da... huhuhu
py la ngilu gg aku dikerjakan dek doktor becok tersebut!
sampai ku mintak beliau bius je aku!
igtkan bius sampai pengsan.. rupa2nya bius bagi satu mulut kebas je.. hahaha

sudahnya pas siap treatment aku tak buleh nk makan..
mulut kebas je.. bibir rasa subal cam terjuih pon ada haha
nanti ko doktor!! i hate u tau!!

tambah tak suka.. dah la dikejekan mulut + gigi aku..
dia pau plak duwet aku!! huwaaa

aku rasa ini adalah mahal ok!
sebab tetiap tahun aku wat treatment satu kelorga... scaling, polishing, tampal gigi cabut gigi etc
dan beli bekalan setahun berus gigi, dental floss, hobat gg dan segala mak nenek yg ada jual kat kelinik gg
tapi bill tak sampai rm400 ---> 3orang okeh!!
kali ni treatment aku sorang je.. RM230!! huhuhu

saya malaysian kak!! kenapa bagi saya rege singa*porean??
keji tau ko kak!! huhuhu
wahai org2 JB, kesian korang kan? sbb ramai sgt s*porean kt JB ni, suma brg2 dan svc jadik mahal.. huhu

ah sudah la!! yg penting gigi aku tak ngilu2 lagi.. dan masih lawa lagi (perasan haha)
*pompuan ini tidak ditaja oleh mana2 syarikat ubat gg..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sepertimana persoalan makcik yg disana tu
(makcik tau kan saya maksudkan makcik??)

saya nk tunjuk ni
binatang tunggangan ini boleh DIDUDUKI
bukan untuk dipermainkan secara berdiri...
hehehe


sungguh gembira bersama bug ini tau...


arituh makcik komplen pic mama saya bagi kecit sangat kan??
makcik kata bug ni kena main sama berdiri ek?? meh lihat sini...

saya duduk bukan?
pic ini lebih jelas, bukan??

err... iya.. saya pakai CD BG yg baru amik dari rumah makcik arituh..
hehee tenkiu ye makcik..



sekian terima kasih.. :-)

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
orang kata..

kalo time makan tu.. ko nk tambah nasik.. ko jangan abiskan nasik kat pinggan
tinggalkan sikit... then tambah la nasik..
supaya tak putus rezeki.. <--- orang la kata..
aku tatau la betul ke idak..


agaknya sebab tu la aku tinggalkan susu2 ni sket.. muahahahaha

aku kemas2 esbok tiba2 terjumpa 4 ketul ni



maka sebok sama la si tuan punya susu ni kan..

da expired pon.. ebm bulan 4. letak kat freezer biasa..
so aku nak simpan je susu ni sampai banak.. wahahaha

mudah2an tak putus rejeki ekekekek







kalo da makan tu, jangan bior tangan sampai kering tak cuci-cuci
asik borak je... nanti mak mentua tak suka <-- orang la kata..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sungguh!
aku mmg takdak apa nk citer..
mahupun untuk diupdate di status FB

balik2 nak bagitau seluruh donia apa aku masak arini
citer aku p baby lam perut da baper gram..
aQim sakit perut nk be*rak
iQa lik skolah lambat..
kabor kisah arissa da pandai apa..

sat gi kisah umah bersepah yang amat
sakit pelvic susah nk jalan
mood swing, tak lalu makan
rasa nak marah.. hangen satu badan
kaki bengkak.. gigi sakit.. betis keras.. urat simpul.. tido tak lena... susah nk tido mlm

eh macam2 lah!!

silap2 pastu aku kena penampor kan?? bak kata pompuan tu..
hahaha...

sebab tu la aku dok diam2... da takde modal nk habaq..
gambar pon takdak nak tayang..
dah aku dok umah 24-7 ops 24-5 je hehe
cemana nk ada pic menarik kan??
hah sadis tau jadik surirumah.. kesian tak? kesian tak?? kesian la wei.. huhu



err...
abang.. esok saya nk kuar jalan2 soping2 la..
carik modal hapdet belog! ehehe


**buleh ek bagi alasan begitu??




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena


ini adalah bulan terakhir saya sebagai adik..
lepas ni saya da jadi kakak arissa.. hehe




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
atas faktor kemalasan yang teramat sangat
dah lama aku tak masak betol2..masak main2 ada la..

ari jumaat aku ada technical problem kat gigi.. tak lalu nk makan..
pidaus kan takde.. kanak2.. makan cincai2 je
aku wat kari depa hadap la siang malam ehehe

ari sabtu - makan benda ni


ari ahad
.. makan pree kat umah puan ely
*sendap sangat mihun kicap ko noks!! sampai membuntal aku rasa.. perut ponoh
hahaha i lebiu la! tak nyesal tau aku hadap jem kat causeway nk p umah hang! ekeke

hari senin
.. makan nasik lemak BBU
dan siap tapau lagik nasik ambang..
utk lunch tadik.. ekeke

kalo da lama berehat je keje.. mmg muka sangat hepi.. kan?
wakakaka





err malam ni? kena masak la gamaknya.. huhu
sat nak gugel recipe ekeke


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
*ini bukan entry ilmiah. jika anda nk cari tips disini.. teruskanlah bermimpi hahahaaha...

kejadian ni da lama berlaku pon..
masa bulan posa aritu..

malam tu suhu econ bilik cam biasa je..
takde la sejuk ke panas ke.. sama je cam hari2 lain
lepas sahur, lam samar2 lampu tido aku nampak muka ica comot
belek2 rupa2nya darah da kering..

err tak pe la.. panas dalam kot
bersihkan idom dia pastu aku tido balik le..
sok pagi tu bangun tgk2 idom kuar darah lagik..


seb baik la pas mandi tu tak kuar lagi da darah ke apa..
aku suspect mmg dia panas dalam la.. agaknya

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku rasa raya tahun ni ketupat cam lebih sendap daripada biasa
rasa2nya takda apa beza pon..
tatau kenapa..

tapi baru skarang aku tau..










rupa2nya si pengisi beras adalah nak muda baru..
bukan abah aku lagi...
muahahaha...



ekau sumo ado ketupat sendap hasil keje tgn budak beso gini??
meh tunjuk kat aku.. hahahaha







*ni maknanya aku takdak modal nk update la kan? haha


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

ni ler budak kuat meragam sepanjang balik raya arituh..
suma ni ilusi je!

sebenonya... menanges aje!!! huh hangen akuh tau!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

da lama bebenor aku tak buat tag tau..
sebab, tangguh2 pastu aku lupa ekekeke..
jgn marah ye kekawan.. i lap u all tau! ehehe

aritu dapat award dari mama atif
rasa mcm tak layak je nk dpt award ni..
sbb lately sebok beno. tak sempat nk blogwalking sgt pon huhu

neway, tenkiu ye kauthar.. meh nak jawab soklan2 dia.. ehehe..

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
i. lambatnya nk jumaat! --> nk p JB, nk p dentist, nk amik kete..
ii. apa aku nk makan ni.. boring la nk masak huhu

2. Apakah nama samaran anda?
dah nama samaran kan? mana leh bagitau..
nanti kang aku menyamar korang tau plak haha

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
aik 3 ajer? aku ada ramai cemana?? huhu

4. Panggilan anda untuk si dia
abang..yang..atau kalo mood weng panggil dia daud! haha

5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa
beliau masukkan RM200K dalam asb saya.. auuww i sayang u lebih bang!!

6. Blog yang anda suka visit
blog meracau mcm aku.. kejap2 tayang2 barang sket.. sat lagi tayang masak2 plak..pastu tayang muka anak..dan tayang percutian haaa suka suka suka...

7. Tag kan 15 blogger
yang ni takmo buat! ekeke...ikut suka daku la kan? hahaha



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dulu masa iQa kecit, dia ni takut lelaki tau..
penah sekali mak ngan kakak aku bawak dia kuar
pi makan ngan boyfren kakak aku
pastu aku datang la kat kedai makan tu..
aku tgk iQa tgh peluk mak aku sambil depan muka (atas meja) hadang ngan henbeg beso
dia diam je tenung henbeg tu.. muka merah2 pas nanges, aku tanya le apasal..

mak aku: ni haa anak ko ni takut tgk si boyfren kak ko melalak sampai biru2 muka.. taknak duduk langsung buat malu kompeni..! pening mak tgk!
last2 hadang ngan beg ni haa dia tak nampak baru dia diam.
tapi dok peluk lengan mak ni dari tadi. cemana nak makan!!

aku: hahahah dia mmg penjakun sket mak wakakaka!

banyak lagi tragedi si iQa penakut lelaki ni tau! ngan abg2 aku pon dia melalak nk pengsan
ntah apa kes ntah..

haa.. sekarang da beso.. da takde la gitu kan?
skang turn adik dia la plak bikin aku pening
minah ini.. sepanjang balik raya aritu meragam aje tau! p sana nanges p sini nanges
pastu takleh la aku nk tinggal kejap pon.
aku kuar p kedai ngan pidaus, balik umah suma orang tgh pening sbb ica nanges tak berenti
mengamok2 taknak ngan suma orang. padahal selalunya dia ok je ngan adik aku
tp dia naik hangen kalo aku takde.. eeii budak ni

masa kat kg dia main kejap2 je. selebihnya meragam la nanges la..
pastu dia taknak makan langsung okeh! tido pon kejap2 aje
mana la tak meragam kan?
kat umah MIL aku, laaaaagi lah! woih raya pon tak senang tau aku!
asek nanges je dia ni..
sampai pidaus tak sabo nk lik umah. kalo ikut plan ari rabu ptg baru nk lik spore
tapi selasa kami da gerak lik spore
hehehe bagus bagus.. ekeke..

bila balik rumah, elok je kembali pada perangai asal tau
tido main dan makan seperti biasa
pidaus kata dia ni mmg suka dok umah. tak suka berjalan
tak macam aQim yg sng bawak diri dan kemaruk berjalan (mcm mak dia)

lepas 2hari dia tido tido tido
skang da seperti sediakala.. buat muka lawak
sengih sana sengih sini.. tak meragam langsung tau

mood menconteng pon da kembali seperti biasa


geram je aku nengok. sebagai balasan kat dia yg meragam sepanjang raya..
kami potong rambut dia!! muahahaha

kak iQa kata rupa ica da macam edna the incredibles hahaha





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back