ena
Wah!!
Dah setahun!
Pos terakhir was 8 jun 2012 dan harini adalah 8 jun 2013
Kebetulan!
Aku x perasan pun ngam2 setahun rupa2nya tak mengarut kat belog

Haah. Bizi. Mmg bizi sesangat. Disorganize gamoknya kami nih huhu
Almaklom, dah tambah 1 anak lagi hahaha...
Syukur Alhamdulillah btambah sorang lagi umat Muhammad, pewaris kami.
Qa'id da 4 bulan da pun. Satu post pun tarak ttg Qa'id dlm perut.
Tiba2 da 4 bulan hehehe

Tempoh setahun tu rasa cam kejap je kan. Tp hakikatnya mcm2 berlaku.
Aku skg da benti keje. Yup aku resign govt. rezeki Allah limpahkan melalui pelbagai cara kan
Buatpe nak risau hehe.. Syukur Alhamdulillah kami masih kaya. Malah bertambah kaya hehe..
Kaya mcm2 jenis kaya kan.. Kami kaya apa tu Wallahu'alam. kaya stroller la kot hahaha

okey nanti sambung hihihhi


------------------------------------------------
 jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Hahaha poyo tak menahan!!
Almaklum le aku baru lik kursus motibasi: konvensyen superparents taw.
Maka harusla aku sentiasa poyo aku positip orangnya. Hahaha

Nah! Ini modal aku mengaku aku hebat:
1. Drive urself back n fro office with "free jam" everyday
2. Send and fetch all ur kids by urself
3. Masak for dinner!
















Sedap tak sedap belakang kira.. Kuikuikui..

dah dah dah... jangan kau pertikaikan pinggan free sumbangan daia atau breeze tersebut.
pinggan pelbagai bentuk adalah sebahagian daripada modul home-school anak2 aku. ngerti???

ena
5.26pm
Marilah pulang utk mengelakkan jem berpanjangan kan...

Apasal rasa lonely hah? Bosan gile hidup ngan rutin yg sama. Bgn pagi kocoh2 p keje.. Keje keje keje...

Tiba2 da ptg, da kena balik. Kejenya tak penah nak abis. Adooo je kejenya, kan? Ptg2 aku mesti nk stress. Rasa cam ada batu atas paler..aduss banyaknya benda nak buat! Huaaa..

Sesungguhnya idup ini tidak dinikmati. Tapi dihadapi.

Hihihihihihih...

Sent from my iPhone
ena
pemalas gabannya wei nak pegi keje!!!

aduss tatau la berapa lama lagi aku leh bertahan
pegi keje pagi² balik keje petang² amik anak,
p makan kedai, balik umah = kepenatan + tido

esok pagi repeat lagi pegi keje pagi² balik keje petang² amik anak,
p makan kedai, balik umah = kepenatan + tido

Muntah!!!


--------------------------------------------------------

jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

Test saja ya
ena
dulu masa sekolah, korang penah tak main pemenan apa nama ntah:
orang ni bisik ayat kat kita pastu kita kena bisik ke orang seterusnya dan seterusnya dan seterusnya. org last tu kena tulis apa ayat yg sampai kat dia.

penah? penah?

------------------------------------------------------------------------------------------------
nih kejadian pidaus baru lik OS haritu:


pidaus: nah yang.. abg bli kat duty free epot tadi
aku: wahahaha... abah belikan henbeg? ini miracle!!

aqim: wah... mama ada beg baru la.. lawanya..
mama: alaa.. mama nak beg LV la aqim. cakap abah, mama nak LV la...

aqim: abaaahhhh!! (nada marah ok!) mama nak ELBI la abah! bukan yang ni!

ica yg tiba2: abahhhh!!!! mama nak beg BARBIE la abah! butan yg ni. butan! butan! BARBIE tau? BAR-BIE!!!! (sambil tangan dia pukul peha abah dia)

muahahaha mama lap u kids!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

nih tah bila tahun yg buatnya ntah. mintak respi dari tokey kek Haniza Zack :-)
pastu tepek kat fb. pastu tiap kali org mintak resepi, aku carik celah2 bedah lappy ni..

SO, khas utk mak buyong siti.. mengidam ek kak??
ini le resepinya..

sebelom buat cheese tu, buat base dulu:
bleh guna biskut meri ke oreo ke.
hancurkan pehtu gaul dgn magerin tekan2 kat loyang
pastu simpan lam freezer bg keras

skang utk cheese cakenya

250gm cream cheese - pakai brand philadelphia
75gm gula kastor
100gm fresh cream - bli yg lam kotak kat kedai barang kek
100gm agar-agar cair @ serbuk gelatin kira2 suku botol kecik tu

mula2 - Pukul cheese dan gula hingga kembang.
pastu - Masukkan fresh cream dan agar-agar cair (agar2/serbuk gelatin kasik rebus dulu. pehtu masuk dlm cream cheese) dan gaul rata.
pastu lagi - Tuangkan dalam loyang yg ada base tadi. sejukkan lam fridge.

Jika suka bolihlah letakkan topping...jem blueberry etc cam den buek tu..

:-)




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
it has been 1 year, 8 months and 23 days since im being a fulltime housewife.

masa stat jadi hsewife, anak 3
rasa mmg leh cope sangat. sorang kiri sorag kanan. sorang lagi da besor
tapi sekarang ni, kebelakangan ni, akhir2 ni,
aku rasa takleh cope da ngan daily routine

penat dowh!!

benda kat bawah ni sangat boring. sila tak payah baca!


------------------------------

0630 - bangun tido, solat - kalo rajin, kemas umah n mop lantai. kalo tak rajin, kemas lebih kurang

0700 - mandikan aqim, iron baju, buat susu, anto p skolah

0750 - sambung kemas, angkat kain. tapi kalo ica da bgn, jangan harap la aku buat keje2 tu. melayan merengek dia je la.. rimas!!

0900 - mandikan ica, amani, susu susu.. merengek, menjerit, memekak pastu hadap playschool kat australia network. siri wajib utk ica

0945 - heret kanak2 ke kete, buckle seatbelt tiap sorang, off to amik aqim.

1030 - spai umah, masak lunch kekanak

1115 - suap kekanak makan.

1130 - kemas sesepahan, lap lantai, lap sofa bla bla bla huhu basuh pinggan. time ni lantai da berpasir balik da ngan habuk2 roti habuk baulu yang budak2 ni makan huhu

1230 - susu susu susu - da susu kena basuh botol la kan? bencinya basuh botol weh!!

1300 - susukan amani + tido. aku tido skali. lega 5 minit je pastu ica memekak, nak suh aku tgk tv sama dia, amani pon bangun. dua2 nak berkepit. kira nasib baik giler la kalo dua2 tido skali. mmg lena sampai ke petang la aku..

1400 - hadap ica meragam.. nak makan roti, nak susu, nak berkepit, nak menyelit nak melukis, nak wat sepah etc etc. bila ica meragam ni, amani kompom terjaga lah.

1530 - solat zohor berjemaah, ica belah kiri, aqim belah kanan, amani kejap dok belakang tarik telekung, kejap dok telentang atas sejadah spai aku tatau celah mana nak sujud

1600 - melayan bodak2 main ntah apa2 kdg2 aku baca novel, tgu asar. iqa balik skolah je, aku solat pastu masuk dapo. masak dinner!

1800 - siap masak. lama bukan? erk! tak. sebenonya aku akan spend lebih kurang setengah jam termenung depan fridgde, pikir nak masak apa. bosan bukan? itu la rutin surirumah aku.. tatau nak masak apa weh! pastu buatkan air kanak2 dulu supaya depa bertenang kejap sementara aku masak. siap masak, lap & kemas dapo, basuh2 (again)

1900 - mandi - 2 budak pompan tgu depan bilik air
dan makan!acara bergusti lak ngan ica. berchenta la nak suap dia nih makan. nyampah wei! nak makan pon tak senang huhu.. pas aku & ica settle, suap amani plak.. huishh... pastu mandi amani

2100 - basuh kain dan sidai kain. kemudian sesi susu lagi. basuh botol lagi. pastu tidokan anak, aku kena tido skali. kalo aku tak tido, amani pon tak tido. kalo amani da tido pastu aku bangun, pas 5 minit dia pon akan bangun jua. haishh bila la aku nak meratib blog orang? atau mau menghapdet belog?

iye.. dalam rutin aku takde sesi tonton tivi
dan tiada ruang masa yang aku sensorang termasuk waktu solat. time aku be*rak, ica n amani akan wat konsert depan pintu toilet
dan time utk aku melagho - hadap pesbuk adalah sambil susukan amani atau time kepit dia hadap tivi
anak2 aku ni suma nak berkepit ngan aku jer... sorang pon takmo hadap bapak dia. huh benci tau! bulan posa ni makin hazab la aku. mata pon merah je tah bila nak recover, umah bersepah tahap nih la jugok.. huh

sadis bukan?

aku rasa skang ni da sampai limit da. takbley tahan la asik ulang benda yg sama. aku nak sub keje2 basuh pinggan, lap dapo, sidai kain, lipat kain, ironing, buang sampah, cuci toilet, mop lantai suma tu kat org lain. huhu

saper ada ctc no agen maid, sila roger aku!

sekian tima kasih

-----------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....






ena
bulan puasa nak abis da..

tahun ni tahun kedua puasa tanpa mak


biasanya rutin adik badik, awal ramadan mesti amik cuti

1st sahur mesti kat umah tangkak

kamikan org johor, da biasa dari kecik 1 ramadan = cuti hehe

taun ni laki aku tak amik cuti pon

anak2 pon skolah 1 ramadan tu

so lik kg before puasa la.. petang tu da lik spore, dan sahur kat umah sendiri je..

koser la nk amik cuti bagai..


tahun ni aku rasa cam makin tua lak

despite sambut besday di tengah2 bulan ramadan,

taun ni aku bangun sahur sendiri haha

jgn tatau.. aku ni da beranak pinak pon, still mak telefon pagi2 buta, kejutkan sahur tau!

sampai la ramadan terakhir mak ada, still mak telepon kejutkan aku haha

mmg takleh caya pada diri sendiri la kalo nak harap aku bgn sahur haha

camtu gak la dulu2 kalo aku nk p outstation pagi2 buta, mesti pesan mak suh call kejutkan aku ekekeke...

lepas mak meninggal, aku suh kak wati lak.. hua hua hua


tapi taun ni.. dgn jayanya aku bangun sendiri

dah 23 ramadan, baru skali aku missed sahur. sbb pnt giler arituh. kira excellent la tuh haha

kalo nak compare tahun lepas.. selang sehari kot kantoi sahur ekeke...


tiba2 abis idea *sebab nk tgk tv* ahaha...


------------------------------------------------

jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....





ena
mandikan anak2 - tidokan baby
basuh kain
sidai kain
lipat kain
kemas baju - packing - sumbat lam kete
mop lantai
licinkan dapor
pack barang customer
balas email
masak - eh nak masak ker hah? kang kotor lak dapor aku. err tahan lapar ye anak2. kita makan kat johor karang.

errr apa lagi? itu jer kot? semua ni mesti siap before 1pm!

sekian,
diari seorang surirumah yg idop dalam pelarian.. wahaha..

aku nak lik KL!
esok spore cuti dER.. cuti kerana esok 'jumaat baik' ahaha.. good friday lah!
kenapala tak tiap2 jumaat cuti? bukankah tetiap jumaat adalah baik? ekekee

ok ok.. den nak siapkan keje!
tolong jgn bagitau pil aku bahawa kami balik malam ni!
bagilah chance kami tido kinrara please... huuhuhu



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Aku ada mak tiri. Yang dah tak berapa baru.

Tapi umah ni bersepah dan berhabuk sana sini
Hall siap ada spider web
Dan lantai pasir sepongkes! (ko tau pongkes apa?)

Sama je rupa dgn time abah dok sensorang!
DaRN!!!!


Im sorry
But u make me dislike u!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

Poo poo pocket la sgt kan?
ena



no no no...
i dont think this yellow is hot

this neither..

this might be...??





















but this is absolutely!!
owh babe, kena balik kg ler minggu nih!! rendu sate!! huhu





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Bilik tido aku ni, ada satu katil beso
ada co-sleeper baby
ada wooden cot dan
ada toddler bed...
Tapi....
Bila pidaus tarak... Semua kanak2 ni menghimpit nak tido katil aku!!
Seb baik kak iqa tido bilik asing. Kalo tak, dia pon himpit sama gamoknya. Huh!
Kejang urat mama tau. Tido tegak kejung takleh gerak da. Kiriku ada rollie, kananku ada ollie, kat belah bawah rollie ada pollie..
Rollie n pollie ni seswai tido sama... Si baby rollie suka orang gosok2 kaki tgn dia.
Si ica pollie plak tangan suka meraba...gosok2 si baby..
Si aqim ollie ngada2 nk tido sebelah mama gak..

Malam tadi aku terjaga, sbb sempit giler. Takleh gerak!
So nk angkt ica pollie masuk cot, tgk2 ollie takde kat sebelah
Tgk bawah katil pon takde.
Keliling katil aku carik. Takde.bantal jer bersepah atas lantai..
Baru nk bukak lampu. skali ternampak ada sebijik bolster kedeng kat depan pintu wardrobe..
Bolster ada kaki le plak..
Hahahaha... Cemana ko leh tercampak jauh benor ha??
Sedap lak tuh dia meniarap, melekap pipi atas lantai Ahahahaha..
Owh shedapnya tido atas hardwood floors.. Lagi shedap daripada tilam.. Haha
Bang, Berbaloi nih kalo nk pasang lantai mahal2..takyah bli tilam katil suma..

Bukak mata lagi skali.. Jam da kul 645 huwawa subuh gajah la akuh..
Laju2 mandi solat, n kejutkan ollie nk p skolah..
Suh dia undress, p mandi. Aku p luar tgk2 ujan gerimis.
Adus...caner nak p skolah ni..
Masuk bilk smula tgk2 ollie terbongkam tido. Bo-gel. Wakakaka
Hoh tido la anak.. Tak koser mama nk redah ujan antar kamu.
Kalo antar kamu jer takpe. Nk heret rollie n pollie ni yg tak koser..

Sekian...harinih ponteng (lagi)
Kesian haQim ollie yg sgt suka p skolah tapi tak dapat pi sbb ujan..huhu
Erm... Dalam kepala sedang fikir utk tukar skolah lain, yg ada provide transport..
Ok ker eh?
Masjid siglap kindergarten ada. Atau al-nasry tampines?

Tgu u balik la bang..br pikir ek..

Harini hujan sepanjang hari.. Erm.. Kalo hari2 hujan gini??

Suma perkembangan arini da citer kat sini.
Nanti tak payah skype la.
Dah takde mudal nk burak ekeke...

*selamat makan nasik goreng seafood*


------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hapdet pasal makan khas utk orang yg menanya...
kenapa ko tak citer pasal masak2 lagi ha??
skang ko da tak sempat masak ek?? muaahahaha
kejam tau ko nyah... gelakkan aku.... huhu
ko sama ngan kak ros..
kak ros tuh... hari2 kejis aku tau..
dia tuh.. antar anak p skul kul 10pg (anak dia sesi II. aqim sesi I, stat 8pg)
pastu p makan kat kedai ngan somi tersayam
then kul 11 lepak2 tgu anak abis skolah..
kul 12 amik anak, lik umah terus. lepak kat umah plak..
tak payah masak sebab da kenyam..
malam2 plak, nanti anak sulung dia balik keje, anak d tapau utk dia laki bini..
so senang katanya... pastu dia igt aku pon cam dia.. hari2 p makan luar or tapau ajer..

dia tatau betapa berchentanya aku nak singgah kedai nk menapau...
kalo nk p bli before amik aqim
mmg alamatnya mimpi di tengahari la aku..mana nyer sempat aku nk tapau..
asal aku da siap2 nk kuor umah je, amani be*rak.
asal amani tak be*rak je, si ica be*rak..
hari2 aku terpaksa pecut tapak kaki tau.. kalo tak, kompom aqim tercongok sorang2 tgk budak sesi II belajor.. untung la kan? sbb leh blajor dua kali sehari.. hahaha... merapu btola aku nih!!

hah pasal tapau..
petang2 tu.. kalo nk suh p kedai tapau makanan.. aku lebih maharajarela pi masak tau..
hohoho aku mmg tak mampu makan luar wei...
aku tak mampu nak bli 4 kotak nasik ayam berharga $5.50 sekotak tu
sebab... tol nk p bli nasi tu ialah nak jalan kaki p kedai.. dan heret 4 askar..
hohoho sungguh tak mampu!!

makanya... hari2 aku masak..
err kalo tak, aku nk bagi makan apa... huh!
bodak2 ni.. taunya lapor aje.. hohoho
nak2 kalo balik dari skolah.. tgh2 hari tu..

nak tau.. ada sekali tu.. aku penat nk pengsan..
panas wei jalan kaki kul 11 pagi..
dukung rollie gedebus.. dan tolak lori muatan penuh berisi pollie and ollie..
sampai umah.. budak2 ni dah bugel.. panas..
pastu aku kuarkan la makanan yg terpaling COOL utk tengahari yg panas ini..
hanak2.. mari lunch!!!
ko tau apa respond ica??
hah ko tgk muka dia ni!!


dia membebel2 sambil tunjuk2 jari kat mangkuk aku!!


isnt this cool, doter?
sejuk2 dari peti ais, kita ngap!! aahhh jimat tenaga mak ko!!
mak ko simpan tenaga nak kemas umah yg korang terbalikkan ni tau!!

MAKAN!! jgn byk citer!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
happy birthday kakak iQa
sila jangan melawan cakap mama lagi!
dan jangan moncong2 lagi

mama & abah sayang kakak tau!!
aqim pon sayang..
ica laaagi sayang kakak..
amani... err.. dia tak sayang kakak. dia sayang mama jer! hahaha

awak lahir pada 9.15am tau!!

ena
ahh mmg bukan salah jari aku la weh..
jauh skali salah baca resepi..

mmg la terbukti da..
biskut aku tuh.. tak jadik sebab depa ni sabotaj aku!!!
hiiii ni da kena tangkap 2 orang neh..

apa la dua badek ni buat ni kan..
tu mcm butter aku jer...




maleh nk citer panjang.. huh!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
peristiwa meruntun jiwa aku tuh da selesai. tiada gambar.
errr ada gambar sebenarnya.. tapi aku tak berapa sudi nak share kat belog.
sebab aku takmo lihat selalu.. huhu *aku sedey okeh*

si baju biru itu.. nikahkah aku..kakak aku.. dan a-bah aku...

macam aku citer kan..
kenduri sebelah 'beliau' di siang hari
kenduri umah kami plak sebelah malamnya tau..

malam tu orang ramai giler!!
tak penah2 okeh org ramai giler pada kenduri biasa2 di rumah kami!
iyelah.. kitaorang bukan pasang khemah ke apa..kenduri kesyukuran biasa je
dan buat lam umah je. seb baik umah aku jenis umah kg, panjang semberono.. haha
aku rasa lebih kurang 300 orang gak tau! tiap pelosok hall kami sampai ke anjung rumah ada orang.
bak kata abah aku.. kecut je ati tgk orang ramai gitu! yg terlintas kat kepala mestila takut makanan tak cukup..kan? huhuhu...

syukur Alhamdulillah..
meskipun terkurang layanan (semestinya tuh!)
majlis berjalan lancar malam tu.. huhu..
berpeluh basah ketiak kami anak banak tau..

lepas kenduri settle... sambil tgu caterer kemas barang.. aku menempel la dengo along aku borak ngan member d
dia: adik badik mak ko pon dtg ek?
along: eh taklah.. mak aku takde adik badik da..
dia: errr... ye ke? tadi masa orang ramai giler tgh makan, aku dok isap rokok.. ada sorang makcik tu diri tepi pintu.. dia pandang jer orang ramai2 tu.. muka dia sebijik mak ko!! pakai baju putih. dia diri senyap je kat situ. pastu aku tak pasan.. tiba2 tgk da takde..

pastu.. kakak aku plak citer...
masa orang ramai sangat tadi... dia kat dapor..
kat situ tiba2 je ada bau kapur barus yg sangat kuat!
kakak aku cam pelik gak.. sapa lak pakai minyak wangi gini
yelah.. org kg kan.. mana tau... kot2 la ada minyak atar yg terkini.. bau kapur barus..
kakak aku wat tatau je la...
tapi dok kehulu kehilir..
kat satu ruang tu je yg ada bau tu. dan kat situ takde orang!!

spekulasi apa la yg kami buat...kan?
agaknya MAK 'balik' malam tu..
tengok cucu baru agaknya...dan tengok 'beliau' agaknya

Wallahualam... dan AlFatihah utk MAK.. huhuhu


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dah selesai pon pada 12.2.2011 arituh
redho tak redho.. anak2 ikutkan je. sumer berkaitan kenduri, anak2 yg plan, atur, uruskan.
well done peeps.. i lap u all ;-)

kenduri kt umah abah aku sebelah malam
aku tumpangkan sekali wat akikah utk amani busuk itu..
makan kambeng la malam tu, kan..

kebetulan nk wat akikah kan.. kunun nak buat doorgift la utk tetamu
err.. aku tak buat cukur jambul kali ni. kenduri ajer..
so konon tak payah la doorgift beriya pon...

igt nk buat cookies weh.. (ada hati tuh! bajet terer beb...)
hari jumaat before lik kg tu la aku buat..

godak2 sikit.. terap2 then bakar...


hamek ko..
ini baru real punya pre-peristiwa berdarah.. muahahaha



seb baik la ada beberapa ketul err... dalam 2 loyang tuh selamat...

yg selamat ni jer la aku bawak lik kg, utk tayang kat adek badek lain
yg melimpah ruah tu.. aku makan anak banak...
pas makan trus simpan semua bahan2 wakaka..
cancel nk buat apa mak nenek doorgift! esok kita p beli jer!! hahaha...


hanya org yg berbakat buat biskut berdarah jer layak tayang muka begini semasa sesi pernikahan tau!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
penatnya aku layan anak2 setiap hari... Allah je tau..
nih balasan cash la ni Allah bagi kat aku tau..
aku sebenonya tak suka kanak2. hahaha itu dulu laa....
aku rimas ngan budak2..
dah la bising.. shomot lak tu.. suka mintak susu plak... haih...

itu la sebabnya aku ada ramai anak gamaknya ekeke...
sumer kaedah planning tak verkesan kat aku *so far*
mmm... apo nk buek? redho je la kan??

tapi ok aper... skang aku gembira je ada ramai kanak2..
dan aku pon suka kanak2 skang ni.. err.. sapa malas jaga anak meh bagi kat aku.. wakaka


-----------------------------------

cuba bayangkan

pada usia 50 tahun..
hangpa takde anak..
suami pula umur tak panjang..
lantas tiada tempat menumpang teduh
mujur ada kakak kandung yg sudi mengambil tahu
disediakan tempat berteduh..
menumpang kasih dan belas anak-anak saudara
meniti usia tua, hari demi hari
hangpa pandang kakak.. kakak pandang hangpa..

terkenang kembali zaman muda..
di kala pasangan lain berhempas pulas mencari rezeki utk membesarkan anak
mengalir peluh melayan karenah anak2
memerah akal mengerah tenaga menguruskan anak2 kecil
hangpa senang lenang.. bak kata orang.. honeymoon laki bini..
takde apa nk dikeluh kesahkan..
tiada yg mengejutkan malam2 meminta susu..
takde saper nk sepahkan menan dirumah..
jauh skali nk muntah atas katil hatta menconteng cadar emaknya dengan krayon skali pon..

kala tua mula terkenang..
indahnya ada anak..
lebih indah jika anak ramai..
si along tak pulang, si andak dan ateh akan menjenguk
si atam ke luar negara.. si ucu datang meneman.. syukur..

apa nak buat..
nasi da jadi bubur..
tak apa lah. hidup perlu diteruskan
ku tak sanggup hidup sendiri
ku perlukan teman..
perlukan pasangan..
dan perlukan anak2 *sambil belek kad pengenalan dan mencongak usia sendiri*

owh.. oleh kerana ku tidak mungkin boleh beranak
maka ku perlukan pasangan yg ada ramai anak..
dapat
juga menumpang senang..

mudah-mudahan... ada plak anak yg sudi menjagaku kelak..
aku speku jer bahawa itu adalah strategi beliau..
tapi hati manusia siapa yg tau kan?
mana tau hatinya putih suci sesuci kelapa parut yg dimakan bersama putu piring..
berdosala aku krn buruk sangka terhadap beliau..





redho tak redho.. aku terpaksa redho..
semoga rahmat Allah melimpah2 kepada kami (dan anda semua) sekeluarga..

Amin..


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back