ena
yeehaaa...
saya dah kembali ke malaysia... tanah air ku yang bersih,
yang banyak makanan halal,
yang tak sesak (dibandingkan dgn Indonesia),
yang takde rasuah (di tempat tertentu je),
dan yang penting...
ada umah dan kereta ku sendiri.... tak payah dok hotell dan sewa kete akakakakaka.....

harinih nak kena update pasal trip ke bandung dari 4-7 Ogos yang lalu. sebenarnya trip ni gantian kepada trip honeymoon yang sepatutnya awal Mac tahun lepas. ni kira gantian ler nih (leh kira agi ker??...)

isnin - 4/8/08
aku bertolak kuar umah awal pagi,
tapau makanan
antar iQa ke day care
dan bertolak ke ofis ku - naik teksi dari ofis ke LCCT


di bandara Bandung

abah seperti trolley lagaknya... suma nak dia bawak muahahaha


sampai bandung @ tengahari -- ku da book hotel bumi sawunggaling, tapi mahal sket la.. rp420K
so hubby ingat nak la try n error cari hotel lain..
kami amik dari agen di bandara (airport) itu. katanya rate hotel rp290K
bayar rp100K dulu
then naik teksi ke hotel... skali kat hotel kena bayar rp290K lagik. katanya tadi tuh bayaran utk agen sahaja... aikkk??? ni kena tipu utk kali pertama

hotel ini tidaklah best sangat. Hotel Nalendra di Jalan Cihampelas.
jalan ni banyakkk kedai dan tempat sopping. dekat ngan FO² juga.
lepas solat, kami belajar naik angkutan menuju ke dapur sangkuriang..
makanannya walllaaa sedappp!! ku paling ingat sup ikan gurame!! sedap btol!
dimasak bukan dengan rempah sup tau! sebaliknya pakai herba² pelbagai! huhuhu sedap tul!


di dapur sangkuriang, kita makan bersila dalam pondok ya..


aku kelakar tgk buku menu kat dapur sangkuriang nih ekeke..



wahhh sedapnyaa!! ni nasi timbel komplit..


dalam mangkuk depan abah itu ialah sup ikan gurame yang sangat shendapp

pastu stat la jalan². kami jalan kaki jer, pegi FO sekitarnya
aku suka FO kat area sini sumernya cantek² nampak kelas gituk! walopun harganya murah...
dari situ kami naik taksi ke pasar baru..taksi ni pakai meter so ko pikir ok la kann..tak kena tipu. wallaweh kena can rp38K eihh jauh plak rasanya!!
jalan² sekitar pasar baru, belikan kain lace utk kakakku nak tunang dan kain baju melayu hubby then nak balik da ----> pada aku tak banyak barang best pon!

kami redah nak naik angkutan jer... nak balik hotel, kena naik dua angkutan (routenya berbeza!)
so kami decide utk pegi makan jer dulu; de cost seafood di jalan setiabudi jadi pilihan kami. naik angkutan 2x.. totalnya dalam rp5K jer!! cheh dekat jer da sampai cihampelas! siol rupanya taksi tuh menipu kami la!! tertipu kali kedua!!


Selasa 5/8/08

harinih tak payah naik angkutan lagi, sebab supir yang kami booked da tunggu awal² pagi di depan hotel; Amir yang friendly... ku rekomen dia ini :-)




selebihnya aku tak koser ar nak citer... layan gambar jer la...



pagi² aku da singgah kedai kerepek tempe. macam² snek sumer berasaskan tempe dan pisang. bahan utama yang tak ketinggalan - KEJU






lunch kat Padang raya - nasi padang sdp wooo

terrer pakcik ni bleh bawak >50 pinggan sebelah tangan!!dinner plak - apa nama kedai ni dah lupa..tapi dia atas bukit --- dan meja kami itu menghadap seluruh bandung! pemandangan waktu malam yang lawa...

3rd day makan kat sini jer... sebab nak save masa supaya dapat sopping lebey

suka bangat anak terunaku tgk ikannn depat FO nih
leh plak ada orang nek kuda kat pekan???singgah shopping mall Paris Van Java.. tempat nih lawa giler... sempat ku beli donut j.Co jer... murah giler dan takde orang beratur panjang ekekekekbangun tido, mkn J.Co donut duluuu.... ekekekeke------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back