ena

saya kan... hutang kisah itti bitti dan BBbeehind AIO ni da lama pada geng di thread CD
dari sehari ke sehari saya tangguh ekekeke... sori yerk


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
skang musim orang kawen kan??

nih sebahagian persiapan jiran cubicle saya... nak dekat da tarikh kawennya..
eheheh saya suuuka tgk bunga beratur tuh. comei!!
Ahad lepas, saya ke Sek.30 Shah Alam umah wak (pakcik dan makcik) saya
sempena perkhawinan sepupu saya... Nurul Mabrurah bersama kekasih hatinya.. Mabrurah ni si bongsu dari 13 adik beradik.. iye ke Mabrurah?? ker adik beradik ko 17 orang? tah... aku tak ingat waakakaka... ampunnn

hebat tau! adik beradik dia siyes ramai! sampai saya tak ingat nama.. saya sampai kat umah wak da lambat.. biasa la kan, saya kan memang terhegeh² manjang.. time tu pengantin da sebok kat luar umah..

saya kagums btol ngan wak saya nih.. beliau kini tinggal sorang. wak lelaki baru jer meninggal dalam 4 bulan lepas. saya kagum, sebab idup wak ni sederhana abis.. tapi anak²nya ramai yang tahfiz.. mungkin kalian kenal, salah seorang anak dia si Asri nih
isk... terharu kan? bila tgk orang gini kan, saya rasa insaf tau! duit banyak.. tapi idup sederhana, keta tak penah ada pon. umah dia, memang tak lawa la.. saya rasa dari saya kecit sampai skang, gitu jer umah dia. alaa umah kampung - sendiri paham la kan??

eiskk insaf insaff... ku nak berwasadtiah la dalam kehidupan...hinsh hinsh hinsh

----------------------------------------------------------------------------------------------

aku malu nak amik pic.. nanti orang ingat aku kemaruk sangat nak amik gambor rabbani yang tak abis² nyanyi tuh!! so ada 2 keping jer pics...
*budak pompan yang baju sama kaler ngan pengantin tuh cam kenal jer?? da beso pon nak amik gula²??

wedding dia sempoi jer tuan²...
alahai wasadtiah abis!
selamat pengantin baru Mabrurah!
semoga berkekalan hingga ke syurga.. InsyaAllah..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
semalamkan... letihnya aku... ke hulu kehilir p matikan stamp d LHDN Kajang...
ke imigresen menghantar borang... alahai blurnya aku!!

owh! ok.. lupa nak citer.. saya punya maid suda sampai..
tapi saya kan amik dari agen di Indonesia... dan permitnya saya uruskan sendiri..
kelebihannya.. anda leh testing dulu maid tu dalam seminggu..
kalo kenan - teruskan buat permit
kalo tak kenan - pulang balik dan tunggu ambilan yang lain ehehe..
prosedur ini sesuai untuk si kedekut (macam saya dan hubby) huhu kerana bila buat permit sendiri (majikan tak gunakan agen berdaftar) anda jimat antara RM 2K-6K taww

ok untuk kalian yang mungkin nak tau cemana nak uruskan permit maid tuh...
saya ambil dari agen di indonesia (kosnya RM1800):
  1. maid akan dibuat medical check up di klinik yang diiktiraf oleh Kedutaan Malaysia di sana.
  2. maid datang malaysia dengan menggunakan visa pelancong - valid 30 hari atau 90 hari (biasanya 30 hari jer)
  3. bila saya confirm mau itu maid, leh teruskan dengan proses seterusnya yang mesti diuruskan oleh majikan sendiri.

prosedurnya gini:
  1. Hantar maid balik ke Indonesia. dalam kes saya, saya antar ke Dumai naik feri dari Port Klang (nih agen Indon saya tuh uruskan) - Kosnya RM750 dan mengambil masa antara 8 hari hingga 14 hari.
  2. Pergi ke pejabat imigresen terdekat dapatkan borang Permohonan Pembantu Rumah Asing atau download ajer dari sini.
  3. Buat 4 salinan kontrak dan isi borang - lengkap gambar majikan suami isteri dan 2 keping gambar maid
  4. Matikan stamp pada personal bond dan 4 keping kontrak. Rm10 each, total kos RM50. kalau di Putrajaya, LHDN terdekat ialah di Hentian Bas Kajang. (alahai jauhnya!! kenapa la Putrajaya ni macam² takde??)
  5. Submit borang yg lengkap ke imigresen (borang hanya boleh dihantar ketika maid berada di luar Malaysia). Kelulusan akan diketahui dalam tempoh 3 hari bekerja.
  6. Datang 3 hari berikutnya bersama bank draf@money order bernilai RM430 atas nama Ketua Pengarah Imegresen Malaysia.
  7. Dapatkan surat kelulusan dan visa/pas pekerja sementara (juga digelar calling visa).
  8. Serahkan visa kepada agen untuk dihantar kepada maid yang sedang tunggu di Dumai.
  9. Agen di Dumai terima dokumen dan bawa maid ke Kedutaan Malaysia terdekat: Pekan Baru untuk cop passport dan visa
  10. Maid boleh datang semula ke Malaysia dengan pas pekerja sementara tuh.
  11. Dalam tempoh 30 hari dari tarikh dia masuk ke Malaysia, kena bawa dia medical check up. So, bukak web FOMEMA download borang, pilih klinik yang nak buat dan pegi pejabat FOMEMA terdekat. Submit borang, bayar RM 190 dan dapat resit - nak print resit pon FOMEMA amik masa 2 jam tau! Nota: FOMEMA nih agensi swasta tau! tapi servis cam hampeh! lembab giler!!
  12. Bawa resit ke klinik terpilih dan buat medical check up - sila pilih klinik yang ada X-ray utk elakkan daripada anda kena pegi 2 klinik. Buang masa!
  13. Semak keputusan FOMEMA thru web atau fon call, dan jika CLEAR, boleh teruskan;
  14. Bawa passport dan satu salinan borang fomema tu ke imigresen dan dapat sticker, tampal pada passport dia.
  15. Sila bawa sekeping gambar dan maid anda sekali untuk buat i-kad (nih cam IC kita ler). Kad leh siap dalam beberapa jam jer.
taraaa.... settle!! fuh letih letihhhh letihhhh...................

para 12 dan 13 boleh buat dalam satu hari. tapi sebab masalah pegawai imigresen yang kedekut air liur, orang tanya² jawab sepatah dua dan tidak informatif, menyebabkan saya tak bawak maid dan kena datang hari lain. GERAMM...


Total cost yang saya tanggung ialah RM3,220
Total masa yang saya peruntukkan?? haiiii banyakkkk hari! kenapa la imigresen tu takde carta alir bagi majikan/pemohon ni senang sikit nak paham?? dia asik tunggu kita tanya. kalo tak tanya, depa tak inform. sangat la tidak membantu pelanggan depa ni!!

Tapi, kerja depa cepat. boleh dipuji. Dan ada pegawai yang sangat baik hati melayan karenah kami.

**Utk Puan Zarina.. selamat memeningkan kepala ya...



maid saya pendek, kan? sila lihat dia itu jika di sisi hubby saya, hanya paras bawah ketiak!!
kecil btol orangnya... leh pakai baju² iQa rasanya wakakakakaka


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hubby sukak yang ini...
*sukati jer aku tak itamkan plat no kete ituh.... ampunnnn (ku malas!!)
dan jumaat/sabtu dia bawa pulang si kaler itam itu untuk ku test drive...
test drive aje yer...
pagi²... ku lihat...
alahaiii sian dia... ber-embun di luar umah, menanti saya test drive...
memandunya?? memang besh kawan²!!
dan paling saya suka.. sangat stable untuk dihenjut laju²!!
suma digital tau!!
eiskk... tgk menda nih pon rasa da lawa abis da... jakun btol akuh wakakakaka....
tak aci! air cond kete pon ada plasmacluster?? mengada btol!!


sekian.... Toyota Camry 2008
pada saya? keta ni masih tak praktikal dan tidak memenuhi keperluan saya.
seat belakangnya leh duduk 3 orang je! iQa, carseat aQim dan bibik.. abis, baby lam perut nanti nak letak carseatnya di mana??
tak jadi beli la bang! saya tak gemar kete nih!! (cheh!! kunun!! padahal hubby suh test jer... tak mampu nak beli wakakakaka........)

saya tetap nak yang ini....
alahaiii gulk gulk gullkkk telan air liur jer saya!!
**lagik skalik saya malas nak edit pic lalalalala.......




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back