ena

Alhamdulillah..
saya telah menceraikan susu (ker menceraisusukan?) si haQim sebaik sahaja saya berada di Singapore.
ikut kiraan: haQim menyusu lebih kurang 25mths. terlebih sikit daripada sasaran saya nak berhenti pada genap 24mths..

Alhamdulillah...
rezeki anak2 tak putus2...
susu masih banyak juga (tu la antara sebab dok tangguh nak cerai susu si haQim..)
sekarang cuma susukan ariSSa jer la..
nikmatnya tak terhingga wakakaka...
bahagianyaaa....tido pon lenaaa....
yelah... daku tandem nursing selama 9 bulan tau!! haahahahah
9 bulan je bukan lama mana pon...
tak kira! aku rasa lama jugak! penat woooo!!! sampai sekarang sakit pinggang tak ilang2..


harini tetiba rasa nak share tips..
untuk mummies yang ada kemahuan tetapi tiada disiplin (seperti aku) muahahaha

tak wajib berpegang pada tips penting...pantang larang dan sebagainya
cuma yang penting, semangat dalam hati..
dulu saya pon ikut tips2 otai2 BF..(daku berikan gold medal untuk kalian!)
3 otai utama dan rujukanku: kak mieja, aida dan nieja

pesanan2 ala-ala upline MLM seperti perlu pam ikut jadual, pantang makanan itu ini...dan sebagainya tidak saya amalkan.. ampunnn wahai otai...

berdasarkan pemerhatian, bila saya ubah itu ini, susu tetap ok
tapi, i dont think i am one kind of mom yang susu melimpah ruah selepas bersalin, Nope! u r wrong!

ok ok nak cerita direct. ini perkara yang wajib dipenuhi:

1. kena ada pam yg sesuai: manual atau elektrik will do!
mahal murah bukan penentu kejayaan. yg penting semangat!

2. kena ada tpt utk storage ebm (expressed breast milk)
- cooler bag
- fridge or maybe freezer (bila stok da banyak)
- botol @ plastik utk simpan ebm

3. pastikan DIRECT BF SETIAP KALI ANDA BERSAMA BABY. walaupon anda baru lepas pam, atau breast tak bengkak, never use your ebm dan botol bila anda bersama baby. ini sangat penting untuk menjamin milk production dan mengelakkan baby mengalami nipple confuse.
- halangan yg biasa saya alami ialah kalo tetamu atau MIL datang rumah, kita sibuk nak masak, MIL sibuk nak susukan baby dengan ebm kita. PLS, bukan kita nak kedekut anak kita kan...cuma utk kesenangan kita juga.

4. buat jadual ikut kesesuaian dan masa bekerja anda..
cth:6am direct bF dan bangun tido dan pegi keje, antara 6am until 1pm pam la bila2 sempat. biasanya saya pam bila solat zohor. sebaik2nya pam pada pukul 10am diikuti pukul 2pm dan 6pm. tapi adjust la.
saya akan pam waktu solat dan waktu driving balik rumah (antara 6pm-7pm). seterusnya pukul 7.30 saya biar baby direct bF sahaja.no bottle sampai la 6am esok.


my 2 cents

1. jangan stress atau sangat terikat dengan jadual pam. ia boleh menyebabkan anda frust atau emosional. buat la jadual ikut kesesuaian dan kemampuan anda sendiri.

2. sila tetapkan target berapa oz milk perlu di pam dalam sehari. tetapi, jangan terlalu fokus pada amaun yg dapat dihasilkan. target hanya sebagai panduan. sekiranya ia tak tercapai bermaksud anda perlu adjust lagi jadual mengepam. bukan mengerjakan breast sampai merah-merah. but, sometimes i did hahahaha kes malas nak pam next session ekekeke

3. anda guna pam elektrik? sekiranya anda ada masa: setiap kali habis mengepam, biarkan pam on selama 10 minit (at least)..kerana pam akan stimulate breast supaya hasilkan susu lebih banyak daripada yang keluar pada waktu itu. stimulation proses ni penting untuk dilakukan selalu. so, beli lah pam yang sesuai supaya anda mudah mengepam..sambil baca buku/newspaper atau hadap laptop.. me myself boleh pam sambil buat keje..

4. sesekali, atau jika anda suka, selalu pon boleh; makan la oat, atau makanan yg ada halba spt nasi dagang, durian, minum horlicks, makan sardin etc to boost your milk production.

5. jangan mudah putus asa atau sensitif dgn 'bising2' orang keliling

6. sila kuatkan semangat dan nikmati masa mengepam sepertimana anda menikmati masa anda menyusukan bayi anda sendiri...
menyusukan bayi adalah pengalaman baru dan berbeza² antara setiap anak. enjoy the journey


i Love breastfeeding and i wish every MOM will love it too!



dan sebagai penutup...
i am thinking to sell off my PISA.. huhu nak ke tak nak nak ke taknakk... haihhh


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back