ena
bertolak dari Skudai around 11pm++ lepas round keliling UTM, jengah² faculty mama n abah...
sampai di Pulai Desaru Beach Resort dalam kul 1pm..

besh gaks hotel nih.. saya minta pool view dan di ground floor jer..senang iQa nak lari p pool nanti...
makan ler lunch yang kami tapau dari kedai Pak Ali (kedai faveret abah masa kat UTM dulu) seb baik tapau tau! kat Bandar Penawar tuh tah apa² kedai makan dia!

iQa balun nasi cukup² - amik tenaga nak berendam lam pool jap lagik..
aQim dok jer tunggu kami makan.. bagus anak mama
da kenyang, da solat.... ok time mandi pool!!! ehehehe
aQim penakut air rupanya.. aku dukung bawak tempat dalam sket dia peluk aku sekuat ati siap buat muka cuak! cheh adakah?? dia leh sengih² time dok kat tepi ni jer la.. haiyaa.. tgk iQa slide jerit², dia pon jerit sama. tapi jerit ketakutan wakakaka...
suda sejukkss.. mari jalan² tepi pantai pulak.
waa mesti abah marah ku tepeks pic muncit dia muahahaha larikss...
ampun banggg... wakakaka
ok seterusnya part paling tak besh kalau bercuti di Desaru ialah... tiada tempat makan yang menarik. tambahan pula, kitaorang datang pada weekdays... alahai mana nak makan nih??
jalan punya jalan tak sedar hampir 100km+ baru kami jumpa ini tempat: Tanjung Kapal Seaside Restaurant alahai jauh dan ceruk bangat!!

datang punya la jauh! nasib baik makanannya sedap!!
ni menghadap laut taw dan sana tu penuh lampu kapal yang berderet² nak pegi Teluk Ramunia kot.. hihi ku tatau..
aQim: uuuu kakak amik gambar??
da habis sesi bercuti kan? tak larat na k upload gambar lagik! off we leave Pulai Desaru Beach!!singgah di Kota Johor Lama.. sesi mengimbas sejarah sikit..
ni replika Kota Johor Lama tau.. zaman Sultan Alaudin Riayat Shah - Sultan Johor Kedua.
asalnya istana ni di atas bukit. telah dipindahkan ke tapak yang lebey sesuai...
kat dalam tu banyak pamer batu nesan etc.. ku tak minat la nak amik pic huhu

nak tau citer lanjut leh baca citer belakang saya tu... ehehe

singgah Pekan Tg Sepat - minum dulu... warung pon layannn
ni kat kerusi meja makan warung ler nih...
cantikkan pemandangan belakang saya tuh? (yang tudung pink pon cantik gaks kan?) wakakaka
hubby melayan si iQa dengan pic "2 jarinya" itu
ada lagik pam minyak cam gini kat sini ek? untuk nota iQa.. pam minyak begini biasa dilihat di kawasan luar bandar Semenanjung Malaysia pada era 1980an..

*Pada hari mahu pulang, Saya pakai baju mengandung dan seorang sahabat menegur saya..

dia : Lin, awak pregnant lagi ker?
saya : saya? lagi? ahahahaha... haah kak... lagi sekali...
dia : oooOOoo sori... ha iyer... lagi sekali ekekeke tanya jer... berapa bulan? tak nampak pun!
saya : nak masuk 5bulan.. (sengih jer...)
dia : ooooOOooo ok...

motif perbualan: apakah?????

...................... selamat tinggal Desaru ......................




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back