kesian lagi..
kesian kat aku kerana tiada breadmaker...
kesian kat aku kerana nak makan roti kalu, kena sms kat hubby berkali2 supaya tlg bli otw lik kejer...
dan biasanya beliau lupa! (hampun bang!!! terkutuk ko sikit haha)
kadang tuh sampai berhari2 kami tak dapat makan roti...
haih apa masalahnya kan?? roti bukan makanan ruji rakyat mesia pun kan??akibatnya..
terpaksa la aku memandai2 buat roti kan??
1st attempt:tatau la apa tajuk roti nih.. resepi dapat dalam mimpi.semua buat berpandukan 6 sense ajer..
yang penting buleh makan..sedappp hahaha perasan!!
lesson learnt:
1. nak bakar roti tak payah pandai2 nak tabur tepung kat pan tu... satgi ko makan roti ada plak habuk2 tepung mentah melekat..aku buat ikut sense la konon tgk mak aku tabur tepung kalo nak bakar2.... wakaka sangat buduh 6 sense aku nih!!
2. kismis tu jangan tepek2 atas roti. baik uli sekali..supaya dia tak melotop dan jadik keras tak sedap.. huhu ingat best ke kismis jadik keras??
2nd attempt:ini versi bun plak tau! agak bantat sedikit wakakaka....
lesson learnt: kena letak pelembut roti la!! tapi mestila aku takde menda tu kan?? maka buat la water roux ajer...
misi seterusnya... buat water roux!!
buatnya senang ajer...
gunakan 50g flour (bread flour@wheat buleh ajer + 250g water
kacau2 da letak atas api sekejap... sejukkan.. hasilnya about 265g water-roux
benda ni leh simpan 3 hari lam fridge.... untuk guna lenkali..
haaa...pastu, kalo buat cekodok pun leh masukkan water roux ni..pasti lebih gebus cekodok tuh!! hehe
3rd attempt:ni roti versi kanak2
dan ni versi iQa dan mama..
hahahaha walopun tak lawa... tapi kali ni rasanya sedap... lebih lembut dan gebus..
ekekek perasan lagik!!
besar gedabak melambak2 atas dulang pembakar...akibat aku tiada sebarang tin pembakar..
haih sangat marhaen aku disini tau!!
aku buat gedabak begitu kerana, niat di hati nak buat sandwich untuk makan2 esok pagi sebelum gi berjalan2 ahahahah
aku kenaaaa buat roti selalu tau...
sebab.. si dia ni,
cuma makan banyak kalo disuapkan roti ajer..
menda lain setakat dia rasa ajer...
i LIKE roti!!!! hahahaha
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....