ena
akhirnya hari selasa pon tiba..

hubby pagi2 da pegi keje. aku n anak2 sambung bergumpal tido sampai kul 10.
lepas tu baru nak menyedor diri bersiap nk lik.
harini aku jangka lebih horror dari semalam.
sebab aku kena bawak anak2 balik spore naik bas. sendirian.

hubby da pesan suh bli tiket AA tapi sebab dia asik tukar2 date, aku lambat la beli.
kalo nk beli last minit sgt la rugi (aku rasa) sbb tiket mahal sangat.
triple dari rege biasa. maka dengan rela hati aku offer diri nak bawak anak2 lik naik bas (dgn syarat bas mahal. bas murahan takmo! ekeke).

kalo compare kepenatan aku naik bas ngan AA aku rasa lebih kurang je.
nk p lcct tu da sakit bontot dok lam kete
pastu nk jalan ke aircraft tu dari terminal pon jauh kemain kan (consider dat im heavily pregnant now)
naik bas je le.. turun kete betul2 depan pintu bas <--- aku naik bas exec coach ni dari OU bus terminal. tak sesak mcm puduraya @ bukit jalil. mmg convenient la!

pukul 3 kuar dari hotel, sampai di OU bus terminal pukul 345
trus tapau subway utk aku & iQa buka posa.
pastu trus naik bas. ahh lega.. kali ni naik bas lain plak.
dapat la tiket exec.. bus direct to spore.

mula plan nk naik aeroline --> siap provide meal
Tapi pukul 6 le plak. dan takde individual tv. nanti anak aku busan plak.
dah la travel siang hari..

last2 aku amik bas five stars ada tiket kul 4. ada individual tv
so takde la lewat sgt spai spore nanti. tapi takdak meal la.

cool beb bas ni..

bas gerak tepat kul 4 seperti dalam tiket
takde la tunggu2 cam bas biasa tu kan..


mula2 menjakun dulu..

pastu da terer nak adjust dah

kali ni kami nek bas double deck.. bagi budak2 merasa ekeke
sebenonya ni la 1st time aku nek bas direct spore dari KL
dah la hubby tak ikut.. dia ada keje sampai mlm. d lik nek flight je nt

seb baik budak2 tak meragam. mana taknya..

layan game je. sukati ko la abam janji ko tak meragam

ica layan kartun snow white pastu 3 brown bears pastu bolt pastu tido ehehe


kakak pon senang ati tak payah pening handle aQim ekeke


mcm biasa, nek bas ni kena turun kat imigresen mesia - check pasport
pastu turun kat imigresen + kastam spore - cop pasport
penat sikit jinjing beg la kat kastam tu
tapi aku tak bawak barang kecuali foods..
seb baik bas ni lalu Tuas Checkpoint <--- tak sesak dan jauh nk jalan dari bas ke kaunter imigresen tu. tak macam kat Causeway.. huk aloh!!

patutnya kul 9 sampai tapi kami sampai Lavender kul 930
trus naik MRT balik umah. hubby tak sampai lagi.
ngam2 aku sampai Tanah Merah, hubby call baru nk naik flight.. huhu

pengsan la aku! ngantuk + penat!!

tapi.. ok je tau naik bas ngan kanak2..sbb selesa kot. depa pon tak meragam..
ramai orang tak sanggup travel ngan anak berderet2.. sebenonya ok je..
penat mmg la penat. naik kete pon penat gak... kan?
so lenkali kalo malas drive lik kL lagi, kami opt naik bas je.. ehehe

korang? ada berani?? eekekekeke



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi tadi bapak dia kan...
sampai sunway tu, ica ngan aQim plak membuat onar.. masuk je kete si aQim nak kencim. aku malas nk cari petrol station. suh dia tahan sampai sunway. aku park je kete, si ica pooped!
adoi!! kenapa ko tak be*rak kat umah tadi ha??
aku pon terkorek2 la kat boot kete mencarik pampers.. kanak2 tgu lam kete. pastu aku masuk, duduk kat seat driver..

tiba2 si abam terkencim dalam kete, atas seat driver!!

arrggghhh aku rasa nak jerit je kat kepala dia!! bertakung air kunen atas seat tau tak!! siap kena kat bon*tot aku sikit! arrgghhh tensi btol aku! rasa nak bagi penampor lapan das aje!!

kat situ gak aku bogelkan dia, tukar baju basuh kaki kasut semua pastu trus masuk p cari toilet plak nk cuci pooped si ica. musibah lagi.. stroller tertinggal kat umah pil! huwaa tak koser nak dukung aku pimpin je si ica terkengkang2 sampai ke toilet huhu..

horror tak perjalanan aku nak menyopping? horror kan?? blom soping lagi aku da penat nak pengsan! dah la perut boncet terboyot2.. adoi!! pi la pinjam stroller sunway pyramid. dan sewa buggy utk abam. lega sikit aku. tak payah pimpin2 ica dan kejar2 abam.. kul 6 hubby da sampai. suh dia check in dulu.. pastu buka posa kat sunway. buka pon aku tak lalu. aku penat sgt dah!!

da abis sopink, nk lik hotel. tiba2 aku plak buat onar.. muahaha
aku lupa kaunter mana aku pinjam stroller!!
pengsan tau! pusing satu sunway pyramid tu ntah baper kali! aku tak igt mana kaunter dia! huwaa.... sampai bengkak la kaki aku jalan malam tu. last2 dekat 1 jam baru jumpa!
pulang stroller-balik hotel-pengsan!! serius punya pengsan! imajin la da 2 malam tak tido!!
sila bangun pukul 4 pagi untuk melantak sahur.. bestnya sahur kat hotel. bangun2 terus makan. biasanya aku bangun kena masak.. buat air.. basuh pinggan ehehe...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hari senin
nak kena hantar hubby p keje kat s.alam.. sbb aku nk pakai kete. so angkut le anak2 suma masuk kete pagi2..

aku nak lik kinrara dengan alasan: mil keje. takkan aku nk tinggal umah ngan fil je..(fil da pencen) kang busuk plak mulut aku..dok diam sampai petang, langsung tak berbual wakakaka

hubby plak wat lawak sakit jantung tau! da pagi baru dia teringat
bahawa safety shoes beliau tiada. beliau mmg tak bawak dr spore sebab nk pakai yg ada kat kinrara. tapi terlupa nak p amik kat kinrara hua hua hua

maka huru hara la kami pagi2... laki aku laki aku..
seb baik aku kesian sbb ko takleh tido.. maka aku layankan la kehuruharaan ko mencari kasut di pagi hari. kalo tidak... aku geget ko tau!!

pas settle dapat kasut, anto beliau, zass aku lik kinrara.. owh rendunya umah!! sejak pindah spore baru 2x aku lik kinrara iaitu pada Mac dan Jun tu pon tak tido. lik kejap je..

perubahan paling ketara:
pokok beso depan umah da takde.. jiran aku kata, sejak aku pindah, pokok tu layu layu pastu daun2 suma kering pastu gugur..pastu tiba2 dia tengok pokok tu dah hilang! wakakaka... MPSJ potong la kot!!

sebenarnya... aku mmg berbulu yg amat ngan pokok tu.. redupnya tak seberapa
tapi daunnya gugur bersepah... kemain la banyak!! huhu sangat la menampakkan rumah aku tu mcm rumah tinggal. banyak sangat!!

maka.. masa last time aku balik iaitu pada jun, seblom blah, aku telah membuat onar pada pokok itu har har har
aku mintak racun pokok dari abah dan aku letak pada batang pokok...

abah kata aku silap teknik sapuan. patutnya kena tokek sikit kulit pokok baru sapu
tapi aku main tibai je pi simbah2 keliling batang pokok. tapi berhasil gak.. sebab tu la pokok tu kematian kot wakaka...

sian jiran aku yg lagi satu tu..
mak aku penah bagitau dia bahawa pokok tu tak lawa dan suggest nak tebang. dia takmo. dia sayam pokok tu.. dia kata redup dia leh park kete (bila masa redup ntah!) sudahnya mati kena racun ngan aku wakaka
masuk je umah, budak2 ni buat sepah buku2 depan tv pastu bongkam semua orang tido. hah serasi kan? sebab tu leh lena sampai terlajak ke petang. planned nk g sunway pyramid kul 2 tapi kul 4 baru kuar umah.



*ica nanges plak.. bersambung selepas pujuk ica nanges nanti :-)




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hari ahad..
pagi2 da plan nak p melawat nenek hubby kat HKL
sian dia.. masuk sepital sejak bulan 4 rasanya.. sampai skang terlantar kat sana
yang anak2 kandung takde datang menjenguk. balik2 si anak tiri (FIL aku n adiknya) yg ulang alik jenguk dia..

wahai anak kandung, aku doakan kamu cepat tersedar sebelum terlambat
kaya mana pon kamu, syurgamu tetap dikaki ibu tua tu tau!!
chewah.. cucu menantu yg sgt hover tau aku nih ekeke
sumpah aku tak penah masuk @ pegi HKL ni atau mana2 wad dia
sesaknya huhu... kalo aku admitted sepital ni, mau aku nanges2 lari dari wad!! huhu
patut la ramai kata docs HKL bagus2..

dari HKL trus p OU mulakan misi mencarik baju raya kanak2..
owh baru sedar.. ramai anak aku rupanya.. haha rasa da beli banyak da..
tapi rupa2nya baru iQa dan ica yg dapat. aQim blom dapat apa2 wakaka
hari da petang, kena balik segera nanti kena panah petir <--- sbb mil masak sorang2

hari tu berbuka posa di umah pil..
sampai umah lagi 10 minit nak buka posa
suma makanan da ready <-- haaa kan da kata aku menantu pojaan hati wakaka
kecuali sayur campur.. mil mmg tgu aku sbb suma orang berhantu sayur aku :-)
dengan pantas aku menyinsing lengan nak goreng sayur campur, mil kata:
"eh tak payah la. esok aje. kesian ina baru balik penat2 ni. esok je buat sayur campur tu"

wakakaka korang percaya tak kuar ayat tu dari mulut mil aku??
kan aku da kata, aku menantu pojaan hati..

"takpe mak.. tak susah pon. kejap je" <---jwpn ikhlas aku. padahal esok kami takmo buka kat umah pil. kami nk buka kat luar anak banak haha..

kami laki bini kepala weng. sbb takleh tido langsung. huhu aku cam lelap2 sikit, jaga. lelap sikit, jaga. pelik btol. da 2 malam mcm tu, harus la bukan setakat kepala weng. ngan badan2 suma sakit. hubby lagi kesian. siap hangkut bantal suma p depan tv pon tak berjaya nk lelapkan mata. dah la esok (senin) dia nak keje... huhu

maka ku decide mau balik kinrara esok pagi :-)



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
gumbira kan?
hari sabtu bangun tido dah la lewat (padahal kat umah mentua tuh!)
pastu lepek sana melepek sini..
tiba2 tergedik2 nak kuor.. wakaka

adik n kakak aku da standby tgu di jalan TAR
hubby dengan sukarela antar aku n iQa p TAR
manakala ica dan abam tinggal utk bermain2 ngan atuk dan wan mereka
seperti biasa.. soping hingga tak sedar diri
dah pukul 6 baru kelam kabut balik umah uG
solat dan kelam kabut kuar ke kedai makan
kalo da PIL jaga anak kalian.. kalian belanja la depa berbuka puasa di kedai makan yang terpaling sendap di negeri selangor! itu la resepi menjadi menantu pojaan PIL!!
PIL aku sangat pantang orang lambat tau!
seb baik aku adek badek sampai kedai saing2 ngan dia sampai
ngam-ngam plak da berbuka..
lauk pauk da tersedia atas meja tgu diNGAP!
tip top tak aku? hahaha da order siap2 nok..
baru la PIL senyum melebor dan shayang makin meluap2 pada menantu nan sorang ini ekeke

jumpa je aku, menjerit2 arissa
rupa2nya hubby kata arissa mogok..
aku kuar curik2 tadi tinggalkan dia masa dia main2 depan tv
mil kata bila dia sedar aku takde je dia da majuk2
makan tak mo susu takmo.. sampai la ke petang..
pastu main pon taknak
dan-dan mil kata tak jadik nak amik arissa dari aku.. har har har

tak baik tau berniat nak curik anak aku. walopun tu cucu mak.. tapi anak2 kan lebih afdol dijaga dan dibesarkan oleh ibunya sendiri.. hah tgk cucu pon da majuk taknak ngan mak.. sapa yg padan muka? hahaha
sejak peristiwa ica mogok, hubby kata mil takde da bunyi2 nak mintak arissa dari kami
bior le anak aku ramai mana pon.. aku idok le sampai tak terbela depa ni.. tenaga dan kederat ni mampu lagi nk asuh n ada je rezeki nk bagi anak2 makan, insyaAllah..

buleh tak jgn sebut2 lagi pasal anak aku yg kuar umur rapat2?
buleh tak jgn ungkit2 lagi pasal anak lam perut aku ni? tak suka kalu, aku tak bawak depa balik umah hangpa. puas ati ka kalo lagu tu?

tak sedar ke ica yang mak dok mintak2 dari pidaus tu, dulu2, masa lam perut, pon mak dok bising2 sbb ina awal sgt peknen. konon kesian aQim tak cukup kasih sayang. knp bila da beso mak suka plak? sampai nk amik dari aku?

aku percaya percaturan ALLAH tu yang terbaik.
tolong! tolong jangan persoalkan lagi ye mak!!
memang da tersasar jauh da isi cerita aku ni dari tajuk..
seperti biasa, mahapkanlah surirumah jiwa kaco ni... wakakaka..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back