ena
pagi nih button panic aku ditekan berkali2!!

sedar2 pagi, hari da hampir terang! da pukul 6.45.. huwah... PANIC!!
tak sempatla aku nak pam susu pagi nih!!
mandi laju2.. sekali sakit perut pulak!! PANIC akuh! takkan tak baik lagik sakit perut family day nih??
salinkan diapers dua BABY (ye..aQim pon kira baby jugak..)
dan cepat2 turun bawah nak kemaskan susu masuk cooler bag..
bukak freezer.. ice pack MLO tak beku..separa panic.. takpelah.. bleh pakai coleman punya..

bukak drawer freezer..tgk2 frozen ebm separa thaw!! huwaa PANIC BESAR!! macamana leh thaw nih? mesti ada orang ubah temperature freezer aku!!
tekan2 pack ebm... berpuluh2 ketul jugak la yang thawed.. PANIC tak ilang lagik!
jerit panggil hubby nak suh tgk aku sedey... huwaaaaaaaaa.......
pagi nih arissa dibekalkan 6 ketul frozen ebm yg separuh cair tuh.. (biasanya 5 ketul jer..sebab da banyak sangat yg cair, ku bawak ler banyak..)

terpandang lak hubby makan roti... aih!! air hubby tak buat lagik.. huwaaa ku PANIC semula!! cemana leh tak sempat nak buat air nih? jam da 7.40!
panaskan lauk lunch iQa, angkut barang2 masuk kete dan vroom...kuar umah!

sampai nursery 8.05am turunkan aQim...oleh kerana dia tido, ku anto masuk bilik terus. skali letak jer atas tilam, dia bangun plak. hiyaaa... skali cari2 botol susu takdak!! milk dispenser pon tak refill! haiyaaaa aku lupa!! botol takde nih! cemana! aku PANIC agi skalik...

bukak beg susu Arissa..seb baik ada 2 teat...kuarkan 1 botol dari beg pam aku, isi dgn frozen ebm Arissa. selamat la ko aQim, minum susu pakai teat baby... 2 ketul ebm 7oz bagi kat aQim..so susu tuk arissa da kurang ler..cemana?
masuk kete, cari port seswai zass aku pam susu 2 botol tuk arissa gantikan yang bagi aQim tadi.. huhu.. jam da 8.20am

vroom sampai ofis kul 8.40am..


SEKIAN... hins hins hinss.... (tak cukup napas beb!!!)



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back