ena
aritu borak2 ngan ex-housemates ttg willingness utk melepaskan jawatan demi menjadi FTHW. yelah aku punya tarikh akhir unpaid leave ni makin hari makin dekat.. hari2 fikir nak keje, nak benti, nak keje, nak benti.. huhu

kes aku:

dulu2 mak kata, mak tak setuju aku berenti keje. mak aku ialah surirumah dan aku rasa dia fikir bahawa menjadi wanita berkerjaya adalah cool. ada duit sendiri, boleh jalan sendiri <-- outstation selalu. dan yg penting kita menyumbang sesuatu pada community, keluarga dan negara. dok umah buat apa? jaga anak, keje umah, tu je tak abis2


kes mber no.1

maknya berhenti keje bila suda beranak pinak. bila kawan aku ni da beranak 3 dan merancang utk resign, mak dia tak setuju dgn alasan jadik HW adalah tak gembira krn asik nk mengharap duit suami. nak bagi parents sendiri duit pon kena mintak laki.


kes aku terbaca:

sorang FTHW ni kata dia tatau nk bagi suami hadiah apa masa birthday sbb beli la apa pon, tetap pakai duit suami. rasa mcm dia jadi tukang belikan hadiah aje.


sungguh.. betapa kuncupnya tahap keyakinan diri seorang surirumah, kan?

tapi aku tak rasa mcm tu. blom rasa kot?
sebab aku blom setahun pon dok umah.. err baru 7 bulan
masak pon blom pandai. shopping pinggan mangkuk pon blom penuh gobok.
buat roti pon masih failed (tu pun ada ati nak menayang dalam belog?)

tapi kan.. kan..
sejak jadik SAHM ni aku rasa aku makin penyabor lak
dan redha je ngan kebersepahan rumah ni
mulut pon makin berat nak membebel kat laki
nak muncung pon makin malas
laki aku ulang2 tanya kenapa aku makin baik.. kenapa aku tak bebel kat dia.. kenapa aku tak marah2 macam dulu (time balik keje aku mesti hangen 1 badan), kenapa itu kenapa ini
walopun da tau aku takde jawapan!

kecuali bebel pada si iQa yg hari2 kena ulang suara benda yg sama
hey mama penat tau!



tapi kelmarin angin pasang aku datang melanda
tak pasal2 ku ungkit bab penat la.. bab anak2 la bab takde appreciation la..
cooperation la ..macam2 la.. sampai jadik drama airmata sket.. *wink*

hasilnya.. tadaa...


tiba2 laki ai bawak balik karipap ini petang tau!
outstation dari timur ke barat ke utara ke selatan dia pegi..
takdak souvenir pon utk isteri tercinta tau!
tiba2 bila angin bini pasang trus bli ole-ole time balik keje

kah kah kah



btol la kata ko Rai.. eh ke awin yg cakap?
orang lelaki ni kena bebelkan jugak sekali sekala
supaya dia tak lupa daratan..
kua kua kua



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena


aku ni pon jiwa kaco gak..beli itu beli ini
pastu aku pening.. eh apabenda aku da beli bulan ni eh?

semalam aku takdak keje sangat, dok p merayap kedai2 online jual designer fabric
hoola.. tgk orang jahit itu ini.. adoyai lawanyaa!!
meluap2 la rasa nak bli kain nak menjahit gak! muakakaka

ha sila tonton.. cantek tak anak dara aku pakai baju handmade??


aku jahit?? jangan harap la wei..
aku mana reti jahit! butang tercabut pon aku sorok baju tu. takmo aku jahit!!
beli kain buleh la.. pastu simpan sampai kepam dan outdated designnya
pastu sendiri takmo buat baju dan2 terus adiah kat MIL <-- keji py menantu

last sabtu seperti sabtu2 sebelumnya, kami anak banak p swimming kat bawah
sblom tu iQa mtk tlg jahitkan tight dia kuyak... sikit je kuyaknya!
aku pon jahitkan ler dan suh dia bawak aQim turun ke pool dulu sementara aku jahit
sekali aku turun.. tgk anak2 aku da kecut lam pool
rupanya dekat sejam aku jahit kuyak sikit tonet tuh huh

jadi sila la insaf. aku kembali ke donia yg nyata
close suma web2 online store yg jual designer fabric tu
dan dan pi bangun solat asar <--- insaf seketika






mana la aci kalo aku je meleleh tgk kain lawa2 kan..
nah korang sila tgk kain yg lawa2 ini





dan juga ribbon2 lawa untuk DIY lover












------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back