ena
sila imajin:


seekor ayam betina sedang bermain2 di padang
sambil mematuk2 ke tanah
dan sepasang kaki ligat mengais-ngais
mana lah tau ada rejeki dapat cacen seekor dua
dapat dibuat pengalas perut sambil bermain-main

tiba-tiba datang 2-3 lelaki menderu-deru lari ke arah si ayam
si ayam cuba mengelak lari susup sasap menyelamatkan diri
tapi nasib tak baik dapat ditangkap oleh si lelaki

lantas dibawa ke rumah penyembelihan
dikelar leher mati terkulai
direndam air panas abis licin bulu-bulu dibadan
yang tinggal hanya la goosebumps

dipamer pula dipasar KIPmart Tampoi
tiba-tiba datang pompan dari spore
pohon badan si ayam dipotong lapan blas
lantas diseludup masuk ke spore

begini la naseb ko ayam
nak main kat padang pon tak senang
dah la kena kelar leher, badan kena potong pula
siap diseludup kemudiannya!!


digoreng lembab2 dan dimasak sama lada:
jadila kamu

si AYAM PADANG:




Kaedah memasak si Ayam Padang:

1. bahan2 nk blend:
cili padi
lada merah
belacan
buah keras
bawang putih
bawang merah

2. ayam digoreng lembab-lembab (separuh masak)

3. kemudian tumis bahan2 yg blended, masukkan serai yg diketuk2. bila separuh kering, masukkan ayam dan perah sebiji limau kasturi @ separuh biji lemon

3. masuk santan pekat: sikit je. kalo banyak nt rasa lemak sgt dan cepat ngantuk (haha tiba-tiba tau!)

4. bila sudah terbit minyak maknanya sudah masak. buleh cedok masuk lam pinggan, amik kamera, snap pic dan masuk lam belog ena

sekian tima kasih. i lap u!


tiba-tiba je aku tepek resepi
memang dasar pening la aku nih!! hahaha
korang layan je la.. buat la kunun2 aku masak sendap tau!
muahahaha

ica dipetik sebagai berkata: saya gembira. abam takde.
dia ikut abah bawak kak iQa p klinik. dapat sy tinggal berdua ngan mama...
huh kenapa la mama ni.. pening je muka dia hahaha




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sape yg ada kehilangan puteri ?
korang tau ke mana2 tuan puteri yang lari dari istana?

aku tanya ni, sebab ada puteri datang mintak keje kat dapo aku ni?
dia kata dia multitasking: leh baking leh menguli leh buat jem leh buat roti, leh mcm2 lagi la
so aku kesian kat dia.. aku amik la
simpan kat dapo aku nu ha..

cuba korang tgk..
mana tau korang kenal ni puteri saper ni??
dia kata nama dia princess. aku iye kan aje ler



tak kenal ek??
meh nak tunjuk gambo full body..





















tadaa..

breadmaker rupa2nya
hahahaha

meroti ke tak meroti tu belakang kira
yang penting aku ada sebijik tukang roti la la la









------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lately ni banyak perkara buat aku keciwa
orang keliling, sistem kat Mesia, anak2, diri aku sendiri
hmmm....

dah la aku penat giler 2-3 hari ni
diri sendiri da mcm kucing jatuh longkang..
serabut peluh2 kusut masai suma ada pastu keciwa plak..
lantas aku pon hangen satu bdn,
marah, pening, geram, gersang sumer bersatu
bila tekanan perasaan mcm ni
nak buat apa pon malas
nak masak sendiri makan malas tau!

dah

mari kita solat. nah doa solat Dhuha:

Ya Allah
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu
kecantikannya adaalah kecantikanMu
keindahan itu keindahanMu
kekuatan itu kekuatanMu
kekuasaan itu kekuasaanMu

Ya Allah
jika rezekiku masih di langit, turunkahlah
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah

*doa ini dirembat dari FB abg. Rizal


aku ada sambungan doa khas untuk pakcik makcik FIL MIL, BILs atok nenek, sedara mara dan sesaper yg berkenaan:


dan jika dalam perut aku ada lagi rezeki kurniaan Allah
korang tolong senyapkan mulut jangan caci aku buleh tak?

sebab anak2 aku tak mintak kalian bagi dia makan
dan anak2 aku tak isap susu dari badan korang
dan aku tak penah mintak korang jaga anak2 aku

dan jika korang tak puas hati
kenapa suma contraception method yang aku applied adalah failed,
sila tanya pada Allah
sebab Dia yang memberi
tak payah tanya tanya tanya tanya kat aku ulang2 kali
kang tak pasal2 kena penampor, padan muka!


enuff said, enuff doa..
tolong la fahami aku. aku rimas okeh!
jangan tanya2 lagi!

tak perasan ke aku punya signature kat bawah ni???



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back