ena
oleh kerana aku takleh nak stat menaip teks ucapan tu... aku rasa nak citer ler menda² yang berlegar² kat paler otakku malam² nih...

------------------------------------------------------------------------

setelah sekian lama kami berbolak balik mencari lokasi terbaik...
akhirnya
kami suami isteri sepakat untuk memilih Puchong Hartamas sebagai lokasi rumah idaman kami...aku sukaaa sebab;
1. gated - keliling neighbourhood tu berpagar
2. ada guard - selamat la kannn orang takleh masuk sesuka hati
3. takde kereta lalu lalang - kecuali memang penduduk jer...
4. sekolah cina dekat jer... dalam 1.5km jer
5. tak jauh dari opisku dan masih dalam lingkungan jarak yang mampu ku ulang (andaikata ku kena transfer ke KL semula...)
6. umah tu freehold...

dan harinih hubbyku usung my PIL untuk tgk umah dan bayar deposit laa....
tapi sebab agen ku sampai lambat (harinih kan MCA ada meeting apa tah kat segambut tuh)
so kami p tgk satu umah di Bdr Bukit Puchong...

lepas tuh directly menuju ke Puchong Hartamas
skalik kami sampai jer... agen kami kata, owner baru bagitau dia bahawa da ada orang bayar deposit utk umah tu pada dia!!!
APA?????
huhuhuhu ku terkedu!!

ni bukan 1st time menda ni jadik!!
memula masa nak satu umah tu... btol² depan park. suka la bangat aku!
dtg tgk, ada tampal SOLD!
frust da skalik...

ini lagi skalik...

huhuhu tapi aku selalu pikir... ada rahmat sebaliknya aku takleh bli umah tu gaknyer... hahahahah

dan aku rasa kena pertimbangkan umah kat Bandar Bukit Puchong (BBP) tuh....
since PIL pon setuju sangat ngan umah kat sana tu... cuma aku (yang cerewet ini jer yang berbelah bagi lagi. sebab;
1. umah tu di kawasan neighbourhood biasa... takde guard nor gate! huwaaa risonya aku!!!
2. tepi jalan besar ---dkt bangat ngan LDP
3. umah tu banyak nak kna renovate oiiiiii

penat aku pikir!! last skali aku decide gini;
umah ni skang da jadi keperluan sangat² ----> sampai bila aku nak dok menyewa?? dulu masa keje di jabatan, alasanku sebab selalu kena transfer. tapi sejak masuk kementerian ni aku rasa takdela kena transfer jauh². so memang da boleh sangat la beli umah...
kalo nak cari umah "idaman" memang la sangat susah memandangkan ku ada halangan / kekangan bajet.
jadi aku rasa jalan terbaik ialah beli je apa² umah. asalkan syarat² asas kami dipenuhi iaitu; dekat skolah cina/agama dan freehold.
dan apa yang aku nampak kat kepala sekarang ialah umah di BBP itu.....


huwaaaaaaa nampaknya pencarian kami tak berakhir laagii!!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dari kul 10.30 aku da plan nak ngadap pc, siapkan keje...
sebab esok da kejer...
dan teks ucapan aku tak siapkan lagikk huwaaa...

aku pening...
rasa pinar²...
kejap² nak muntah + loya²
huwaaaaa........................................
aku tatau nak tulis apa dalam teks ucapan menteriku iniiiii

tuluunnnn tulunnnnn


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back