ena
semalamkan... letihnya aku... ke hulu kehilir p matikan stamp d LHDN Kajang...
ke imigresen menghantar borang... alahai blurnya aku!!

owh! ok.. lupa nak citer.. saya punya maid suda sampai..
tapi saya kan amik dari agen di Indonesia... dan permitnya saya uruskan sendiri..
kelebihannya.. anda leh testing dulu maid tu dalam seminggu..
kalo kenan - teruskan buat permit
kalo tak kenan - pulang balik dan tunggu ambilan yang lain ehehe..
prosedur ini sesuai untuk si kedekut (macam saya dan hubby) huhu kerana bila buat permit sendiri (majikan tak gunakan agen berdaftar) anda jimat antara RM 2K-6K taww

ok untuk kalian yang mungkin nak tau cemana nak uruskan permit maid tuh...
saya ambil dari agen di indonesia (kosnya RM1800):
  1. maid akan dibuat medical check up di klinik yang diiktiraf oleh Kedutaan Malaysia di sana.
  2. maid datang malaysia dengan menggunakan visa pelancong - valid 30 hari atau 90 hari (biasanya 30 hari jer)
  3. bila saya confirm mau itu maid, leh teruskan dengan proses seterusnya yang mesti diuruskan oleh majikan sendiri.

prosedurnya gini:
  1. Hantar maid balik ke Indonesia. dalam kes saya, saya antar ke Dumai naik feri dari Port Klang (nih agen Indon saya tuh uruskan) - Kosnya RM750 dan mengambil masa antara 8 hari hingga 14 hari.
  2. Pergi ke pejabat imigresen terdekat dapatkan borang Permohonan Pembantu Rumah Asing atau download ajer dari sini.
  3. Buat 4 salinan kontrak dan isi borang - lengkap gambar majikan suami isteri dan 2 keping gambar maid
  4. Matikan stamp pada personal bond dan 4 keping kontrak. Rm10 each, total kos RM50. kalau di Putrajaya, LHDN terdekat ialah di Hentian Bas Kajang. (alahai jauhnya!! kenapa la Putrajaya ni macam² takde??)
  5. Submit borang yg lengkap ke imigresen (borang hanya boleh dihantar ketika maid berada di luar Malaysia). Kelulusan akan diketahui dalam tempoh 3 hari bekerja.
  6. Datang 3 hari berikutnya bersama bank draf@money order bernilai RM430 atas nama Ketua Pengarah Imegresen Malaysia.
  7. Dapatkan surat kelulusan dan visa/pas pekerja sementara (juga digelar calling visa).
  8. Serahkan visa kepada agen untuk dihantar kepada maid yang sedang tunggu di Dumai.
  9. Agen di Dumai terima dokumen dan bawa maid ke Kedutaan Malaysia terdekat: Pekan Baru untuk cop passport dan visa
  10. Maid boleh datang semula ke Malaysia dengan pas pekerja sementara tuh.
  11. Dalam tempoh 30 hari dari tarikh dia masuk ke Malaysia, kena bawa dia medical check up. So, bukak web FOMEMA download borang, pilih klinik yang nak buat dan pegi pejabat FOMEMA terdekat. Submit borang, bayar RM 190 dan dapat resit - nak print resit pon FOMEMA amik masa 2 jam tau! Nota: FOMEMA nih agensi swasta tau! tapi servis cam hampeh! lembab giler!!
  12. Bawa resit ke klinik terpilih dan buat medical check up - sila pilih klinik yang ada X-ray utk elakkan daripada anda kena pegi 2 klinik. Buang masa!
  13. Semak keputusan FOMEMA thru web atau fon call, dan jika CLEAR, boleh teruskan;
  14. Bawa passport dan satu salinan borang fomema tu ke imigresen dan dapat sticker, tampal pada passport dia.
  15. Sila bawa sekeping gambar dan maid anda sekali untuk buat i-kad (nih cam IC kita ler). Kad leh siap dalam beberapa jam jer.
taraaa.... settle!! fuh letih letihhhh letihhhh...................

para 12 dan 13 boleh buat dalam satu hari. tapi sebab masalah pegawai imigresen yang kedekut air liur, orang tanya² jawab sepatah dua dan tidak informatif, menyebabkan saya tak bawak maid dan kena datang hari lain. GERAMM...


Total cost yang saya tanggung ialah RM3,220
Total masa yang saya peruntukkan?? haiiii banyakkkk hari! kenapa la imigresen tu takde carta alir bagi majikan/pemohon ni senang sikit nak paham?? dia asik tunggu kita tanya. kalo tak tanya, depa tak inform. sangat la tidak membantu pelanggan depa ni!!

Tapi, kerja depa cepat. boleh dipuji. Dan ada pegawai yang sangat baik hati melayan karenah kami.

**Utk Puan Zarina.. selamat memeningkan kepala ya...



maid saya pendek, kan? sila lihat dia itu jika di sisi hubby saya, hanya paras bawah ketiak!!
kecil btol orangnya... leh pakai baju² iQa rasanya wakakakakaka


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
8 Responses
  1. ena,
    akak paham..akak pon penah buat sumer tuh dulu sendiri(wktu tuh PJJ gak,akak kat kl hasben kat perlis)without pertolongan hasben..dahla terketar2 1st time drive g imigresen shah alam sbb kat dmsara terbakar..yg kt putrajaya lom ada


  2. ena Says:

    ye ke kak??

    ahahahaa memang lawak bila imajin kak kata terketar² drive ke shah alam? huhuhu....


  3. watie Says:

    erl..me member cari gak..member arianna :)skang me pun tgh pk2 nk uruskan permit maid..skang die kt mesia..illegal la..nk tanye..bape total kos and bape lame nk settlekan sume procedure ni?thanks ya..


  4. ena Says:

    dia illegal maksudnya dia masuk secara haram ke??

    kalo masuk secara haram, baik bawak passport no dia dan p check kat kaunter imigresen tu dulu. kalo rekod dia clear baru u proceed ngan permohonan permit. kalo tak.. cari lain la Yang... ehehe

    *tempoh² tu sumer ku da update kat entry ya


  5. nazat Says:

    oi kak..
    maid mu itu kan.. awat beasu iQa jer
    sekali iQa jerkah jer dah melayang kot
    aku ase la kan..stok maid endon nie kan suma katik2 jer kot..
    mu jangan luper beli kusi kecik yg basuh kain tu
    sng dia nak tolong ko masak nanti kak..hehehhe


  6. ena Says:

    ahahaha jerkah??

    wakakaka kalo anak aku jerkah dia, terbang melayang la dia ehehehe... imajin imajinnn


  7. Anonymous Says:

    hi ..i google..tadi psl maid..terbaca story u...nak tanye so far maid u tu okay tak? bole tak kasi no agen/org yg recommend maid tu? i perlukan maid skrg ni. klau ok, tolong email phone tu kat saya...rexzaskey@hotmail.com. tq


  8. Anonymous Says:

    nak maid boleh call saya pn. rzleen at 017-3544062. tq


Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back