ena
1948 peristiwa Nakbah terjadi. Masjidil Aqsa dicemari tangan-tangan zionis. Sejak saat itu, peristiwa demi peristiwa mengiringi saban tahun...tangisan kem pelarian Sabra dan Shatilla dan sebagainya. Kita hanya mampu melihat, tanpa mampu berbuat apa-apa...

Kini, 2009 membuka tirainya dengan asap tebal di Semenanjung Gaza. Darah merah membuak-buak membasahi bumi Palestin. Hentaman senjata berat membelah dunia mereka. Maka, sekali lagi kita hanya mampumelihat dan menyaksikan dari jauh...tanpa mampu berbuat apa-apa...betulkah?!Inilah masanya kita menafikan semua itu. Buktikan kita adalah ummah yang bersatu. Buktikan bahawa kita mampu membantu dari jauh. Jauhkan diri anda dari segala produk tajaan US-Yahudi. Padamkan api-api rokok berjenama Yahudi. Hilangkan keinginan mengunjungi Mc-Donalds. Tinggalkan panggung wayang yang menayangkan filem-filem buatan mereka.

Laksanakan peranan kita setakat terdaya, selagi kudrat diberikan oleh-Nya.

Bagi menyatakan sokongan diharap anda dapat memberikan komen atau mengundi di SINI bagi tajuk "Kekejaman Yahudi-Zionis Membuka Tirai `09".

Takbir..Allah Akbar..

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
1 Response
  1. Anonymous Says:

    ena tak de shoutbox rupanya blog mu ini.kutinggalkan komen di entri kekejaman Yahudi.
    ena, lenkali ku dtg melawatmu ye.
    Yang semalamnya tak sempat bergosip..hihi..


Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back