ena
Ahad 14 Jun 2009 Susu badan lawan kanser bapa

Georgia sanggup melakukan apa sahaja demi bapanya, Tim Browne.

Seorang wanita dari Bristil sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27 dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.

Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya Tim Browne, 67 kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.

Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kenaikan susu badan.

"Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya. " kata Georgia.

Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.

Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnos menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan.

Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. - Agensi


Nota ina:

haaaaaa ngaper tidak diminum susu yg TT Ratio, moo moo... etc?? masa kecit sebok nak susu lombu...dan tuo nak susu ibu plak!!

* Ikut Islam, susu badan itu hak suami...sebab tu nak susukan anak orang, kena izin suami
** Kalo bagi susu kat abah, buleh kot? sebab suami dia dia izin?? wakakaka..
*** Orang tua yang minum susu badan...tidak jadi anak susuan ye...!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
1 Response
  1. aida Says:

    untuk perubatan.. dibenarkan dalam islam.

    dan hukum anak susuan tu hanya untuk anak bawah 2 tahun, kalau kita dah tua terminum ni.. takde masalah


Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back