ena
aku mmg failed tidokan anak mlm2..
aku tgk anak2 orang lain kul 830 kul 900 da mabuk2 laut da..
masing2 da takleh bukak mata.. nak tidooo je..
tapi anak2 aku.. tiap2 hari.. tak kisah la
masa dok neseri ke masa dok umah ke.. anak yg da skolah ke..
suma jenis suka tido lambat.
nak tido malam ya Rabbi payah kemain..

kadang2 kalo aku laki bini da penat, derang semangat lagik..
heii mmg kena tibai la ngan laki aku..aku pon redo jer depa kena tibai
haha... kesabaran aku laki bini bukan tebal cam perut lembu pon ekeke..

sebenonya mcm2 approach aku da buat..
kurangkan tido siang..
kejut pagi bangun awal..
kurangkan gula <-- konon takmo anak aktif memalam.. padahal, anak aku mmg takde amik benda manis2 pon..esp kat umah ni.. kadang tu bawak derang jalan2 kat bawah: nak bagi penat konon tapi suma tak jalan! so far yg berkesan ialah bawak depa berendam lam hotspa malam2.. pastu kompom la terus pengsan! tapi... pengsan la aku hari2 nak berendam! malas ler.... tambah kritikal kalo laki aku OS, depa ni tak takut ngan aku. time tido, da susu, da ngempeng.. pastu main! heeiiii... main lompat2 atas katil la... tgk bintam2 di langit la.. main geletek2 la.. mcm2! selalunya aku selamba tido je. nanti da penat derang tido la. tapi biasanya mmg pas kul 12 la derang tido.. heii... cemana eh? nih aktiviti kelmarin dulu.. kunun la bawak derang berlari larian kat bawah bagi peluh2 dan penat.. spy naik terus tido... mak yang bohsan.. kakaka
tuh rumah aku.. mmm... yg mana eh??

da malam2 pon dia terjun pool gak!!

saper kutuk kamera aku cap ayam kampung tuh? hah kumpul duit pi blikan aku dslr!
sian aku tau!! huhu

da puas berjalan.. tapi tak ngantok gak!!

kata nak tgk stars tapi hadap pool! siap nyanyi lagu..

bintam bintam di langit
sombong giler rupanya...
la la la
tipu.. tipu.. anak aku tak pandai nyanyi.. depa tak masuk kelas vokal ekeke...




sila perhatikan rambut sebelum tido..

dan rambut beliau sebaik sahaja bangun tido..
mana lagi lawa??

hahahaha...
sekian daripada mak sengal sebab anak2 takmo tido...





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
9 Responses
  1. Nuroll Says:

    adei....N pun same....last2 skali ku redha jer tido.....


  2. makcikrehan Says:

    woiii... kutuk anak aku ekk....

    Anak aku kalo siang mcm lipas OKU [lagi dasat dari lipas kudung], loncat sana sini, sepah satu umah, order susu kocak sampai 5-6 kali, kencin berak pon berkali-kali, tp kalo malam, anak aku tak sempat tau nk kira bintam-bintam di langit. mcm hharini, kol 8 semua dah pitam. soka tak? sokaaa la!

    Dia sebenarnya camni tau makcik, ko kena train depa 'meletihkan' badan di siang hari for at least a week-straight. sebab nak bagi routine tu melekat kat depa.

    kalo ko takat buat sehari, then ko biar balik depa tido lewat, mmg tak jalan. mencah kalau nk tido siang, mesti tak lebih kol 2. kalau kol 2 baru nk tido, seboleh-boleh aku elakkan. aku suh dia main lagik sampai lebam. kang kol 6 gitu aku bagi mandi, layan tv sampai kuyu. lepas maghrib, aku heret seko-seko masuk bilik hehe.

    lagi satu, aku kalau nk kasi depa tido, tibi semua aku katup, lampu depan pon katup, heret semua masuk bilik. pastu pisahkan jauh sikit. si adik dlm bb cot atau buai, si kakak kat ujung katil. so, depa tak leh berkolaborasi. hehehe. dlm bilik wajib gelap. aku biar lampu porch jer masuk sesikit. kipas aku bukak no 3, ekon aku suhu 27. hahahah. sengal aku. detail giler bagi panduan. kalau bilik ko besor cam padang bola, jgn la ko ikut aku buh suhu 27, kang menggeletis kepanasan anak2 ko. umah aku kontot jerk. bilik tido lagilah kontot kan.

    ha, coba ko praktikkan. kalau tak jalan jugak.. aku rasa sebab hanak-hanak ko ni suka kolaborasi. tambah2 si abam dgn iqa... depa dah pjg akal kan. cam mencah ni sbb takde geng lagik kan. adik dia takat buleh mngekek gelak ajer, blom pandai join dia buat konsert kan. tunggu sikit hari lagi, silap-silap depa ni pon sakan mengira bintam tgh2 mlm! wakakakaka


  3. LiAnA Says:

    hambik ko makcik rehan kuar ceramah kekeke... kat umah ni pun sama.. kalau aqil tido lepas kol 4 mmg kompom mlm dia tido selepas kol 12... kalau aku tk bg tido siang.. mlm dia tido straight sampai pagi.. tp tulah dlm bilik ko kena tegas tutup lampu sumer.. bg suasana best2 nk tido..


  4. shima Says:

    kena train dlm pantang lagi heheh..anak ku smua train mcm tu...paling lmbt pun kul 10 dh skrg..


  5. Siti Fazilah Says:

    Kak..kite senasib..
    99.99% hampir sama..


  6. zealvia Says:

    alang2 diorang suka overnite kan..soh le basoh pinggan ke..megemas ke..mengemop..hah lagi best hihihih


  7. ena Says:

    woi makcik! yang ko wat n3 kat belog aku ni apasal??


    dasar gile koser..



    kah kah kah...


  8. KMieja Says:

    ENA: suka tgk aksi die org....cergas di waktu mlm...hikikhikhik...senasiblah kita...


  9. seb baik anak2 aku if 1. cukup susu, 2. cukup makan, 3. x cukup cahaya lampu, dah bole tido..aku pun zzzzz jgk..


Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back