ena
aku memang suka bawak anak² pegi outstation...

siri iQa
kalau dulu selalu bawak iQa ke kedah - masa keje dengan dept lama, aku jaga zon utara. asik ulang alik ke aloq staq!! kalo pi sana, bawak la iQa.. ramai jer volunteer nak tlg jaga iQa --> kak Sya, kak Kam.. Mak Long yati... ehehe tenkiu korang!!
pastu, bila da masuk kementerian da rendu plak pada makanan kedah..huhu

siri haQim..
masa baru naik keje pas bersalin aQim, aku bawak dia p outstation ke Kenyir..
humang aiii tempat tuh horror giler! chalet tepi tasik kenyir tuh..
dah la aku sampai kul 11 malam tau! bawak baby kenit tgh² malam masuk utan!! tak renti² aku baca ayat kursi.. aku pon takottt!! ini kan plak baby.. Alhamdulillah tak jadi apa²

ni budak bam-bam masa tuh..
alamak rendunya time nih.. selalu geget peha dia wakakaka
dia blom leh duduk pon! lawa beb tasik kenyir dari atas nih!!
haaa bumbung kat bawah tu chalet akuh!!
uwekkkk ahahaha pandai jer ejek aku!!
sempat singgah Kuala Terengganu.. pi TTI dulu..
masa nih kakak aku ikut skali.. ngan anak² n hubby dia.. so aku rilex sket.. membuta jer lam kete.. tak de la aku drive ehehehe

sila berdiri tegak semuaaa!!!

ahli rombongan aku ehehehe
apasal sumer gambor aku nampak gigi hah? nampak sangat tak berenti sengihh!!


siri arissa
1st time saya bawak arissa outstation ialah pada 8-9 Julai lepas..
destinasi ialah Kg. Tg. Gahai - di Lipis, Pahang
waktu tu saya jadi urus setia cabuk utk program Menteri..
kali ni agak lebih mencabar...
sebab, saya drive sendiri, naik kereta buruk saya itu... hanya ditemani arissa dan seorang cecepah... ehehehe

itu ler cecepah yang temankan saya...
team members pegi naik keter kementerian..


ni ahli rombongan yang paling sibuk... jadual dia pack dengan aktiviti tido di kedai makan
tido ketika sesi perbincangan akhir sebelum hari kejadian
dan semestinya tido bila sampai ke hotel
berapa kali nak ltgk gambar yg sama??
eh.. tadi tu gambar arissa.. ni gambar lain!!!
ye...saya sedang memaparkan cabriofix yang buat saya tido tak lena makan tak kenyang sebelum mendapatnya arituh... ahahahaha



u olls.. saya ada misi ops! ISI nak sampaikan tentang program ini. nanti saya buat entry lain laa!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
gambar bam-bam hanya sekadar iklan...

saya tidak la dilahirkan dalam keturunan yang banyak susu badan..
family background pon, takde yang mendorong saya untuk menyusu badan kat anak²..
cuma masa lepas bersalinkan aQim, tiba² dapat wahyu nak baca itu ini pasal breastfeeding..
in fact masa pregnant pon saya langsung tak teruja pasal susu badan...
beli isis memang masa peknen tapi lebih sekadar standy sahaja..

tapi Alhamdulillah..
rupa²nya bF ni sangat exciting!
banyak cabaran, dugaan yang menguji keTABAHan, keSABARan
dan mampu menggoyahkan iman..
tambah pula dengan nature kerja saya
yang kerap kena outstation dan driving sendiri ke tempat kerja..
memang tak mudah! (walaupon dulu saya SANGKA mudahh)

untuk ibu² yang MERANCANG untuk menyusukan anak..
persediaan MENTAL lebih utama dari fizikal (infrastruktur la nih..) **itu pendapat saya ye!

sebab:
1. katakan anda sakit B bengkak, nk bagi lega, anda pam² dengan pam terhebat dan termahal di pasaran. pada masa yg sama, MIL dan mak pula pujuk anda yg kesakitan dengan kata² "nak senang bagi jer formula milk (FM) ..senang! takde sakit²..." Kemudian, B pula yang di pam tak keluarkan susu. anda mula tertekan dan timbul syak wasangka bahawa B anda tak banyak susu..
haaa kan da silap tuh?? sepatutnya akal anda mengingatkan diri supaya sabar...nanti lega la.. dan tabah mengepam.. lama² susu kuar laa

2. atas sebab² tertentu anda terpaksa berjauhan dengan baby.. maybe seharian.. out station kuar pagi buta..then sampai umah tengah malam.. jadual pack tak sempat pam etc.. caner?? nak senang.. biar ajer tak payah pam. tapi untuk memelihara milk production, kena pam juga at least 4 jam sekali.. time ni MENTAL sangat penting banding ngan infrastruktur!! biasanya kita manjakan diri dengan pelbagai alasan antaranya:


1. OUT STATION.. TAKDE PORT NAK PAM!!
Sila gunakan shawl @ nursing cover.. time dalam perjalanan ke site visit pon buleh pam dalam kete... soundly.. even the driver won't notice you are having you session!!

2. BOTOL TERTINGGAL!!!
Tgk... saya ikat plastik playtex pada pam.. ikat dengan getah jer!!

double pump.. ikat getah jer ekekeke

3. PLAYTEX PON TAKDE KAT OPIS..!!
Guna ajer la botol apa² yg ada kat opis.. asalkan dicuci bersih, suda okey..


4. TAK BAWAK PAM: urgent meeting kat luar opis - haa okeh.. ni alasan paling kukuh la kan
TENGOK!!
saya terpaksa perah dengan tangan time pegi meeting di luar pejabat:
ku sangka meting sekejap. so tak bawak la peralatan sumer..
peringatan: pam secanggih mana pon tapi kalo da set kat minda "tak sempat"..mmg tak sempat!!




alah bisa tegal biasa... lama² okey laa... biasakan bawak beg pam disamping beg keje..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

nih kisah AKU merajuks sebab tak dapat pegi MVEC...
tatau nak describe..
kecit ati ke sakit ati ke busok ati ke....



benciiiiiiiiiii................!!!!!!!!!!!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
walopun ada kejadian ni di surau ofisku...
sambil baca paper tuh ekekeke


tapi aku lebih suka kejadian begini...

nih kejadian semalam... tetap bersama isis juga..

pojaan hatiku di sisi hasil sesi pukul 4.30 petang tadi..
20 oz per session tau!
cemana la aku tak sayang isis kan??



kalian... wajar tak aku nak letgo yang ini??? tolonggggg..........
baru pakai 2 bulan beb...plak tuh alternate shift ngan isis..
alahai memang baru ler sangat... cam sayang plak!!





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
i love to play with my jumping lion!
gewam! rasa nak telan!!



tips of the day......
this is what we shud do during the summer...



1. Brings cooler bag with the ice pack wherever u go

2. whenever u feel hot, simply take out the ice pack/cooler from the bag

3. make sure the cooler is cold enough
4. put the bag on your head - as a cooler hat
4. and the cooler near to your within your neck and chest...

5. now enjoy the cooling effect!

6. Dont forget to SCREAM if your mom trying to remove your hat!!

arrgghhhhhhhh i love this coldness....




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
nih ler gadjet baru aku... bukan gadjet latest... tapi oleh kerana gadjet ini berkaitan ngan tajuk PANIC... ku masukkan ler lam blogpuas aku carik benda 5 laci nih keliling KL tau... hahaha
banyak kedai jual tapi besar2 bagak... aku nak yg kecit cute jer..hehehe
akhirnya jumpa laaa

sila lihat menda adjuster nih kat atas sekali, sudut kanan...
aku suspect mesti ada orang main2 adjuster temperature nih! sebab tu susu aku da cair!
masa aku check, level tuhkat 1.5 jer huhuhhuhu
nih pada malam selepas kejadian... budak kecit nih sakit gusi
menangis tgh2 malam sebab sakit nak kuar gigi..
asik merengek takmo tido, last2 aku bawak turun dapo, teman aku masak kul 2-3 pagi

nih laci pertama
satu laci nih, sumer separa cair tau!! adoiii lebam aku nak abis kan susu!

kalo mama kira susu, dia pon sibuk selak2 botol susu --> ajuk mama kira susu
laci kedua SELAMAT.. takde kecairan

okeh mama... laci ke empat pon PASS ---> tiada kejadian kecairan berlaku!
laci ke 3 pon selamat dari kecairan... tapi lupa nak snap... huhu



CABARAN 1:
menghabiskan 50++ frozen ebm dalam 3 hari:

1. consumption harian aQim (4x) and Arissa (3x) di nursery ialah 28 oz + 21 oz = 7ketul
2. gantikan bekalan fresh milk Arissa (3x) dengan frozen ebm = 3 ketul
3. PAKSA aQim menyusu tiap kul 10 mlm & 6 pagi = 2 ketul
so total usage = 12 ketul sehari...

huwarghhhhhhhh baki belas2 ketul lagik????? ku doa la susu tuh mencair secara berkala. Setakat nih semua tak cair abis lagik!


CABARAN 2:
tiba2 aQim kurang mau menyusu...sebab dia sakit gusi, nak kuar gigi... huhu siann dia.. kesian gaks aku!!

sekali lagik aku doa la susu tuh mencair secara berkala.



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi nih button panic aku ditekan berkali2!!

sedar2 pagi, hari da hampir terang! da pukul 6.45.. huwah... PANIC!!
tak sempatla aku nak pam susu pagi nih!!
mandi laju2.. sekali sakit perut pulak!! PANIC akuh! takkan tak baik lagik sakit perut family day nih??
salinkan diapers dua BABY (ye..aQim pon kira baby jugak..)
dan cepat2 turun bawah nak kemaskan susu masuk cooler bag..
bukak freezer.. ice pack MLO tak beku..separa panic.. takpelah.. bleh pakai coleman punya..

bukak drawer freezer..tgk2 frozen ebm separa thaw!! huwaa PANIC BESAR!! macamana leh thaw nih? mesti ada orang ubah temperature freezer aku!!
tekan2 pack ebm... berpuluh2 ketul jugak la yang thawed.. PANIC tak ilang lagik!
jerit panggil hubby nak suh tgk aku sedey... huwaaaaaaaaa.......
pagi nih arissa dibekalkan 6 ketul frozen ebm yg separuh cair tuh.. (biasanya 5 ketul jer..sebab da banyak sangat yg cair, ku bawak ler banyak..)

terpandang lak hubby makan roti... aih!! air hubby tak buat lagik.. huwaaa ku PANIC semula!! cemana leh tak sempat nak buat air nih? jam da 7.40!
panaskan lauk lunch iQa, angkut barang2 masuk kete dan vroom...kuar umah!

sampai nursery 8.05am turunkan aQim...oleh kerana dia tido, ku anto masuk bilik terus. skali letak jer atas tilam, dia bangun plak. hiyaaa... skali cari2 botol susu takdak!! milk dispenser pon tak refill! haiyaaaa aku lupa!! botol takde nih! cemana! aku PANIC agi skalik...

bukak beg susu Arissa..seb baik ada 2 teat...kuarkan 1 botol dari beg pam aku, isi dgn frozen ebm Arissa. selamat la ko aQim, minum susu pakai teat baby... 2 ketul ebm 7oz bagi kat aQim..so susu tuk arissa da kurang ler..cemana?
masuk kete, cari port seswai zass aku pam susu 2 botol tuk arissa gantikan yang bagi aQim tadi.. huhu.. jam da 8.20am

vroom sampai ofis kul 8.40am..


SEKIAN... hins hins hinss.... (tak cukup napas beb!!!)



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back