ena
penatnya aku layan anak2 setiap hari... Allah je tau..
nih balasan cash la ni Allah bagi kat aku tau..
aku sebenonya tak suka kanak2. hahaha itu dulu laa....
aku rimas ngan budak2..
dah la bising.. shomot lak tu.. suka mintak susu plak... haih...

itu la sebabnya aku ada ramai anak gamaknya ekeke...
sumer kaedah planning tak verkesan kat aku *so far*
mmm... apo nk buek? redho je la kan??

tapi ok aper... skang aku gembira je ada ramai kanak2..
dan aku pon suka kanak2 skang ni.. err.. sapa malas jaga anak meh bagi kat aku.. wakaka


-----------------------------------

cuba bayangkan

pada usia 50 tahun..
hangpa takde anak..
suami pula umur tak panjang..
lantas tiada tempat menumpang teduh
mujur ada kakak kandung yg sudi mengambil tahu
disediakan tempat berteduh..
menumpang kasih dan belas anak-anak saudara
meniti usia tua, hari demi hari
hangpa pandang kakak.. kakak pandang hangpa..

terkenang kembali zaman muda..
di kala pasangan lain berhempas pulas mencari rezeki utk membesarkan anak
mengalir peluh melayan karenah anak2
memerah akal mengerah tenaga menguruskan anak2 kecil
hangpa senang lenang.. bak kata orang.. honeymoon laki bini..
takde apa nk dikeluh kesahkan..
tiada yg mengejutkan malam2 meminta susu..
takde saper nk sepahkan menan dirumah..
jauh skali nk muntah atas katil hatta menconteng cadar emaknya dengan krayon skali pon..

kala tua mula terkenang..
indahnya ada anak..
lebih indah jika anak ramai..
si along tak pulang, si andak dan ateh akan menjenguk
si atam ke luar negara.. si ucu datang meneman.. syukur..

apa nak buat..
nasi da jadi bubur..
tak apa lah. hidup perlu diteruskan
ku tak sanggup hidup sendiri
ku perlukan teman..
perlukan pasangan..
dan perlukan anak2 *sambil belek kad pengenalan dan mencongak usia sendiri*

owh.. oleh kerana ku tidak mungkin boleh beranak
maka ku perlukan pasangan yg ada ramai anak..
dapat
juga menumpang senang..

mudah-mudahan... ada plak anak yg sudi menjagaku kelak..
aku speku jer bahawa itu adalah strategi beliau..
tapi hati manusia siapa yg tau kan?
mana tau hatinya putih suci sesuci kelapa parut yg dimakan bersama putu piring..
berdosala aku krn buruk sangka terhadap beliau..





redho tak redho.. aku terpaksa redho..
semoga rahmat Allah melimpah2 kepada kami (dan anda semua) sekeluarga..

Amin..


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
6 Responses
  1. bak org² tue cakap, susah² dahulu..


  2. zealvia Says:

    eh...posting mu ari ni...mcm ada 3-4 citer ke aku yg tak paham?


  3. SYANI Says:

    betui.. betui.. walopun dah tau beranak sakit, tapi tetap nak peknen lagi..


  4. Ina Hashim Says:

    ena

    sama cam akak..dedolu mmg x suka budak2 amats...shomots bagai...tapi hambek...dah 5 orang skrg..muahaha


  5. MR Says:

    aku pon tak suka kekanak. tapi nasib baik aku belum empat atau lima. aku masih duaaaaaa. sekian timakseh.


  6. wawa Says:

    Pernah ada terbaca post seseorang yang ada kaitan dengan situasi "cuba bayangkan" kat atas tu.

    Tapi dalam kes dia dia bersyukur dengan takdirnya dia tak punya anak. Sebab kakak nya yang punya anak ramai lebih tertekan sebab :- ada anak tapi tak pernah rasa macam ada.

    Anak yang dah dewasa buat kehidupan sendiri.
    Yang tunjuk muka pun atas dasar suh jagakan cucu (tak nak ambik maid)
    Masa muda hempas pulas jaga anak dah tua hempas pulas jaga cucu...
    Masa muda hempas pulas cari rezeki besarkan anak, dah tua pun tak sudah-sudah dengan anak yang masih meminta bukan memberi kepada orang tua
    Jadi hamba anak sampai ke mati.

    Sedih baca post blog tu ... skang dah tak jumpa :)

    Just to share (Salam Kenal)

    Semoga kita tak jadi anak yang jenis macam tu dan agar anak-anak kita pun dijauhi dari jadi macam tu

    Nauzubillah kan...


Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back