ena
semalam sebelum balik dr opis, ku loncat² blog orang (cam biasa laa)
ku suka baca blog orang - hehehe kadang tuh time driving ku dok merewang teringat kisah² yg ku baca kat blogs...
dan semalam baca kisah sedey jer...
dari kisah Ann - sahabatku yang tabah menghadapi dugaannya..

hinggalah ke kisah ni
kalian penah baca citer ni ker??
entah kenapa aku nih.. aku kan tak suka PET tapi semalam leh sebak semacam laks..
alahai ku sedey laa...
hingga ke hujung nyawa monyet tuh nyusukan anaknya...
dan malam tadi, ku cerita kat hubby pasal kisah monyet tu...
tak pasal² air mata meleleh... huhu
hubby pon pelik... "apa kes mini aku nih berhati hiba plaks ni??"

ok lah!
balik pada kisah Ann...
ku rasa sangat terkesan baca kisah dia...
terasa betapa tabahnya dia hadapi semua tu..
part weaning, pump for the drain... paksa tinggalkan anak di rumah supaya zahra leh lupakan susunya, alahai sedeynya...
mana taknya...
masa ku dgr berita ann peknen arituh..ku pon sdg berdebar² nak buat UPT gara² lambat period.. hasilnya, memang ku +ve peknen, tapi takde kata² syukur ke apa ker.. cuma "mmm dah ada isi, nak buat cemana.." eisk nampak sangat ku tak mengalu-alukan kehadiran si kecik tuh....

kemudian, baru tau edd aku dan ann lebih kurang jer..
kami sama² masih BF anak kami n kami peknen..
dan kami sama² hadapi masalah susu drop sebab pregnancy ni... wah cam kebetulan plaks!!
tiba² ku dikejutkan kisah ann terpaksa wat DnC sebab kandungan tu sebenarnya molar..
kemudian kisah takleh peknen hingga at least 2 years..
kemudian 2nd DnC
kemudian chemo pulak...

tetiba ku rasa cam..
eisk... betapa ku tidak bersyukur!!
Allah kurniakan aku zuriat yang sihat lam perut ni..
takde sebarang masalah pon sepanjang ku peknen kan dia...

ku muhasabah diri..
ku rasa tak bersedia menerima adik aQim ni sebab hasrat nak susukan aQim exclusively for 2 years tak kesampaian...
sebab tu je!!
adakah "tak bersedia" tu menunjukkan aku "menyalahkan" kehadiran rezeki ni??
haish!!!

ku sedar lama da..
kekurangan susu untuk aQim hanya sementara..
tapi ku berdegil gak dan rasa tak puas hati sebab kemungkinan kena campurkan susu lain utk aQim selagi ku tak bersalin...

haishh...
kenapa la aku tak bersyukur...
kenapa la aku tak pandai menjadikan kekurangan dan kesukaran orang lain sebagai sempadan...
kenapa la aku asik rasa nak sedey jer pasal susu tu...
huhuhuhuhuhu

betapa....



------------------------------------

adakah ku perlu pertimbangkan utk tidak lagi memaksa badanku menghasilkan susu yg cukup utk aQim = memastikan badanku dapat membekalkan khasiat sepenuhnya kepada baby lam kandungan??

baru ku perasan.. ku takde beli apa pon utk baby bakal lahir ni.. eisk.. takkan sumer nak pakai barang aQim kot, kan??

okeh okeh... esok ku akan kuar p sopping baju baby girl!! (oppss!! gurl??) muahahahahaaa




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

beshnya tak pegi keje!! ku suker aaa... ekekeke

christmas day,
kalo ikut plan asal nak gerak p Kuala Terengganu hari ni. tapi tetiba hubby ajak pegi Low Yat.. p cari laptop n camera baru.. kami p berdua jer la..anak² tinggal umah ekeke..

alahaiii geramm jer aku tgk HTC ...
tapi ku kan kdekut..
asik berkira² jer nak beli ker idak.. sudahnya tak beli ponn PDAfon tuh ehehehe..

balik umah.. puas ati la kunun ku hadap laptop, camera n 'bateri' baru utk henfon ku..
packing barang tido sekejap

------------------------------------------------------------------------------------

kul 5.30 pagi kami bertolak.
5 orang - aku, hubby, iQa, iRa (niece) n aQim yg tido jer sepanjang perjalanan...
ku rasa jauhhhnyaaa tak sampai²..dan bosan juga (sebab hubby tak bagi ku drive huhu)
syiook tido..siap bukak tudung ekeke...budak nih lagi kuat tido! panas pon tido jugaks!!

singgah di RNR Bentong tuk makan - 1jam
time sarapan di RNR, mama makan nasi, aQim makan muffin

singgah di pantai Cherating - 1 jam setengah (termasuk sesi tolak kereta)
bley plak masa pusing² tuh, hubby p masuk sampai ke area pasir halus! sudahnya terbenam la kete! bley pulak d lupa dia bawak kete ini? d ingat d bawak kete lain?????
terpaksa la aku jadik driver 2 wheel + mens hand jap ekekeke

mula² uncle ni sorang jer yang tolong tolak kereta tau! prihatinnya dia! tengah jalan² ngan family, leh berenti tulung! ku salute! (padahal ada ramai orang kampung yang lepak bawah pokok near kami. tapi depa buat tatau jer)
tak pasal² aku lak kena drive??
ooo kereta terbenam ke??
ahahaha kakak abah n kak iRa sumer kena turunnn...sebab kalian berat! saya takper. saya buleh tgk dari dalam kete...ehehehehe (agaknya ni lah dialog aQim kot???)

kasi naik tyre atas kayu...
hah! settle! abis suar abah berpasir ekeke

lokasi kejadian

singgah umah member hubby di Dungun - 1 jam setengah

ni la member hubby - kawan seUTM kami.. skang dia bermastautin di Dungun sebab keje offshore ngan petronas

at last kami sampai KT pukul 2.30 petang huhu letihnya!! 9 jam perjalanan tau!!

Sebenarnya ini family trip. Kakakku kan kahwin ngan orang KT, so kali ni kami p antar dia ke kenduri umah lelaki la. family kakak, abang n parents aku gerak dari Johor. aku jer dari KL..
malam pertama, kami stay di Mak Teh Homestay - Chendering dengan kadar RM300/sebuah rumah, tp dpt diskaun RM210. saja² tokey tu bagi diskaun ekeke...

aku imagine kalo homestay mesti tak best. umah kg, panas, takde aircond bla bla bla.. tapi rupa²nya best gaks. besar umah tu. selesa la utk trip berfamily gini. tapi anak² ku, nieces nephews sumer bising la takde swimming pool ehehehe... depa ingat asal gi jalan² jer tido hotel wakakaka...
nak no fon mak teh, sila klik pada gambar ye..

sarapan pagi kami ditaja oleh family pengantin lelaki - kami sarapan di luar rumah jer. besh! angin kuat
haaa buat macam rumah sendiri. memang besh!!
tgk cadar kat Mak Teh ni, cam zaman dolu² kan? ehehe


malam kedua.. tido di Angsana homestay - ni umah teres 4 bilik kadarnya RM300 semalam.
inilah angsana homestay - ku tak recommend ya. facilities tak cukup!

yang ni umahnya baru tapi kurang maintainance. aircond da buruk, toiletries, towel sumer takde... sejadah pon tarak!! hangin jer!!
ni ler kakakku si pengantin yang cecep.. muka make up sendiri sebab katanya kenduri ni simple jer. so save duit mak andam huhu
baju nih jahit khas utk p kenduri uG tau..ehehee muncitnya perut aku!!
bajuku sama ngan baju iQa - iQa with her cousin Aina Munirah yang tua setahun dari dia... ini la niece aku yang tak suka makan sebab didorong oleh cita²nya nak jadi model cam Nasha Aziz..
apasal muka budak iRa ni bertompok² bedak??
minum susu pump - mama malu la nak selak baju kat umah orang!
eh! muka budak ni plak macam muka aku!! cheh! ni ler adikku... uCu a.k.a Ushu


hari berikutnya adalah trip ke pasar payang dan masjid kristal - lawatan berulang kali. bosan aku!!hari hujan. so dari kereta nak ke area masjid tuh hubby pasal ler rain cover. mengamok mamat lam tuh. panas gaknyer ekekeke
aQim tido manjang...
bagi chance mama n abah romantika d amour jap ekeke
aku lepak kat masjid je masa orang lain p masuk tpt lawatan tuh

ini pula sesi lawatan ke pantai batu buruk pula..
tgk dulu rupa paras pasir tuh...
once atuk jejakkan kaki dia kat pasir jer, melalak meraung la mamat nih mintak tolong...
haaiiya! pasir pon geli ker??



sekian sahaja cerita dari Kuala Terengganu... till then!!



updated:
** nama kedai sedap kat Low Yat tuh KopiClub..kat Lower Ground - kedai tuh sedap weh.. ehehe

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

korang tak pasan ker aku punya n3 sebelom nih langsung tak berkaitan ngan tajuk wakakakaka...
sebenonya nak citer perkembangan aQim tapi leh tersasar plaks..

perkembangan aQim menjelang setahun,

aQim baru ada 4 batang gigi + 2 lagi sedang lam proses memecahkan gusinya..

masih bertatih - tak berani nak jalan sendiri. mesti nak pegang apa².. dan kalo takde menda nak pegang, dia lebih suka merangkak...

kuat membebel bahasa dia la..

sihat walafiat (Alhamdulillah) kalo sebelom ni asik sakitt jer.. skang dia sihat dan berselera sungguh time makan!

masih sangat manja dan suka tido berkepit berbanding tido lam buaian..

dah pandai tunjuk itu dan ini.. cth: cat, tunjuk kat lantai dan cicak tunjuk kat siling.. bird?? takde... suka sangat buat tangan isyarat takde tuh ehehe...


perjalanan breastfeedingku...

utk aku plak, keadaan da getir sangat da skang nih. susuku mmg da merudum bangat. until last friday, ebm ku ada sebotol jer.aQim minum pagi tuh, tengahari ku balik nyusu direct dan petang pon direct.

harini ku g keje, ada 2 botol ebm.. itu jer la.
skang memang da ibarat kais pagi makan pagi la..
kelmarin aku da standby susu kotak dutch lady fresh milk tuh. in case dia lapar dan aku sakit nips, kena la bagi susu tu. tapi nampaknya sepanjang wekend ok jer.. so susu tuh aku yg minum abis sekotak besar ahaha...

nips aku plak da cam melecet.yer la kan time peknen nips tu lembut. bila aQim asik isap jer, sakit ler. plus dia bergigi tajam...aduiii la!!
tapi hati ku tabah jer..
kalo ada lagi rezeki aQim, ada la. kalo takde, ku redha.
nanti mudah²an pas bersalin nanti aQim leh sambung bF...
semoga mudah rezeki anak²ku kelak... insyaAllah


*nak beli FM yang tin, ku memang tak sampai hati lagi la! ku rasa kalo terpaksa campur pon, ku akan campur ngan fresh milk yg kotak tuh... eiskk ku rasa nak menitik air mata bila pikir nak kena beli FM


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
minggu lepas kan kakakku kawen kan..
nikah 12.12
kenduri 13.12
besday aQim 14.12 (ahad)

aku tak buat apa tuk aQim. malas la.. cuma bli cupcakes, bawak p opis dan
antar p nuseri dia... tuk dia takde adiah pon. ku serabut la. takde masa nak pikir!
letih ku masa wedding uG pon tak ilang lagik!!

senin tuh plak PIL aku balik dari Mekah, dah la letih kenduri tak ilang lagik, senin tu kejer then malam kul 11 bertolak p KLIA. amik depa itu ini sumer, sampai umah da kul 3lebih @am aduhaiii tak larat giler aku nak bangun pagi tuh!!
sudahnyer.. ku p klinik jer dan buat muka toyaa... "doc, saya tak larat nak p keje bla bla blaa.."

dapat ler MC sehari ekekeke... syiok aku!

seterusnya idup kembali hectic cam biasa.
cuma minggu ni sikit bhosann sebab iQa takde..
mak aku pinjam iQa seminggu katanya...
so, takde orang nak ingatkan aku program tv..
dan takde orang nak ketuk² pintu bilik tido aku ehehehe...

rendu iQa!
balik la sini cepat dear!!
mama da renduu...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
meh ku nak buat homework sikitt







Do you think you’re hot ?

HOT...dulu.. masa muda remaja until aQim lahir. skang da rasa tak hot.

Upload your favorite picture of you!
Why do you like that picture?

hahaha bukan la faveret pic... saja nak tepek pic ni kat sini ekekeke... sebenarnya... lam pic tuh ada my fav brooches... huhu

When was the last time you ate pizza ?

past couple of months aku rasa. order delivery

The last song you listen to?

aku ada kerna kau pun ada - Radja...
aku tak perasan dengar kat mana lagu nih tadi.
tapi masih terngiang² sampai skang

What are you doing right now besides this ?

baca blog orang...

What name would you prefer besides yours?

iQa

People to tag :
tak payah la tag kot? taG ni da basi agaknye ehehe




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kawan kawan sekalian...
dengan hormatnya ku jemput kalian semua untuk hadir
ke Majlis perkahwinan kakakku
Rosilawati Misdi
pada 13 Disember 2008 (Sabtu)
bertempat di Kampung Padang Lerek II, Tangkak Johor
kira² 2km dari tol Tangkak
majlis pernikahan pada Jumaat 12 Disember 2008
sapa-sapa ada lalu ker...
mari ler singgah.. leh calling² ku dulu di no 016 328 8680
ena
video nih lama dah... masa bulan posa. time tuh gi buka posa kat ikea...
tapi.. ku tatau cemana nak pusingkan video nih...
sapa nak tolonggggg?????
hua ahahahaha

------------------------------------------------

jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
hinsh hinshhhh

aku tak leh tahan nak update blog..
tapi aku ada banyak keje nak kena settle kan...
huwaaa cemana nihhh

tak tahannnn tak tahannnnnnnnnn


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back