ena
oleh kerana aku takleh nak stat menaip teks ucapan tu... aku rasa nak citer ler menda² yang berlegar² kat paler otakku malam² nih...

------------------------------------------------------------------------

setelah sekian lama kami berbolak balik mencari lokasi terbaik...
akhirnya
kami suami isteri sepakat untuk memilih Puchong Hartamas sebagai lokasi rumah idaman kami...aku sukaaa sebab;
1. gated - keliling neighbourhood tu berpagar
2. ada guard - selamat la kannn orang takleh masuk sesuka hati
3. takde kereta lalu lalang - kecuali memang penduduk jer...
4. sekolah cina dekat jer... dalam 1.5km jer
5. tak jauh dari opisku dan masih dalam lingkungan jarak yang mampu ku ulang (andaikata ku kena transfer ke KL semula...)
6. umah tu freehold...

dan harinih hubbyku usung my PIL untuk tgk umah dan bayar deposit laa....
tapi sebab agen ku sampai lambat (harinih kan MCA ada meeting apa tah kat segambut tuh)
so kami p tgk satu umah di Bdr Bukit Puchong...

lepas tuh directly menuju ke Puchong Hartamas
skalik kami sampai jer... agen kami kata, owner baru bagitau dia bahawa da ada orang bayar deposit utk umah tu pada dia!!!
APA?????
huhuhuhu ku terkedu!!

ni bukan 1st time menda ni jadik!!
memula masa nak satu umah tu... btol² depan park. suka la bangat aku!
dtg tgk, ada tampal SOLD!
frust da skalik...

ini lagi skalik...

huhuhu tapi aku selalu pikir... ada rahmat sebaliknya aku takleh bli umah tu gaknyer... hahahahah

dan aku rasa kena pertimbangkan umah kat Bandar Bukit Puchong (BBP) tuh....
since PIL pon setuju sangat ngan umah kat sana tu... cuma aku (yang cerewet ini jer yang berbelah bagi lagi. sebab;
1. umah tu di kawasan neighbourhood biasa... takde guard nor gate! huwaaa risonya aku!!!
2. tepi jalan besar ---dkt bangat ngan LDP
3. umah tu banyak nak kna renovate oiiiiii

penat aku pikir!! last skali aku decide gini;
umah ni skang da jadi keperluan sangat² ----> sampai bila aku nak dok menyewa?? dulu masa keje di jabatan, alasanku sebab selalu kena transfer. tapi sejak masuk kementerian ni aku rasa takdela kena transfer jauh². so memang da boleh sangat la beli umah...
kalo nak cari umah "idaman" memang la sangat susah memandangkan ku ada halangan / kekangan bajet.
jadi aku rasa jalan terbaik ialah beli je apa² umah. asalkan syarat² asas kami dipenuhi iaitu; dekat skolah cina/agama dan freehold.
dan apa yang aku nampak kat kepala sekarang ialah umah di BBP itu.....


huwaaaaaaa nampaknya pencarian kami tak berakhir laagii!!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dari kul 10.30 aku da plan nak ngadap pc, siapkan keje...
sebab esok da kejer...
dan teks ucapan aku tak siapkan lagikk huwaaa...

aku pening...
rasa pinar²...
kejap² nak muntah + loya²
huwaaaaa........................................
aku tatau nak tulis apa dalam teks ucapan menteriku iniiiii

tuluunnnn tulunnnnn


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lagi dua minggu ku nak bercuti yang lama sikit...
jadi sebelum tinggalkan opis, tinggalkan anak, tinggalkan umah dan tinggalkan blog ini,
saya rasa kena tunaikan janji² dan hutang piutang disekeliling saya....

kelmarin dulu saya amik cuti...

1. korek² duit yang ada dan agih²kan kepada bank² yang telah memberikan saya (dan hubby) pinjam kad... bank Islam, maybank, MBF dan hsbc... huuuu selesai bayar sumer kad! lega kepala aku risau kena late charges

2. bayar insurans... - ibm, ku takde utang kamu lagi ya?

3. pegi bank masukkan duit anak²... - sempat singgah jusco tuh! sopping agi kekeke...

4. antar borang EPF kat kajang - dan singgah manjaku beli botol susu hahahaha mana la hubby aku tak bising.... ada jer menda aku nak bli!!!
- ku terpikat plak nk bli botol BPA tuh! murah jer... dan bli puting sebiji cam puting MAM tapi brand fiffy - murahhh jer! mintak² la aQim sukaaa ehehe

5. semalam dan hari nih aku bertungkus lumus di opis (tengah tungkus lumus pon sempat update blog?) siapkan sumer kerja yang tertunggak...

6. arituh masa g outstation jumpa kawan² lama... depa sumer kagums aku berjaya fully breastfeed. masing² mintak tips. dan aku janji nak bagi address thread breastfeeding tapi tak bagi² jugak! malah ada plak yang bagi alasan tak reti bukak laa itu la ini laa...so aku berkira² nak compile sumer tips tu masuk lam blog ni (kalo dipersetujui oleh tuan tulis laaa...)

apa lagi utang aku yang tak tertunai???
6. mmm aku utang kak ina punya tag... hadoiii bila aku nak buat nih??? ampunnnn kak!!!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bley tak nak tepek gambar ini??

masa aku studet.. aku dok imagine kalo ada parking cam gini...
rupaa²nya memang da ada ek skang nih? ceh! cepatnya masa berlalu!!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ni kisah aku dan sesi pengepaman aku...

aku ni sebenarnya jarang² pam susu... sebab aQim kan nuseri bawah opis jer.. so selalunya aku turun la menyusu...
tapi bila aQim duk umah, kena la pam...nak jadikan cerita..harituh tertinggal botol susu... aku tatau la nak halakan ke mana susu tuh! alih² dapat idea nak pakai botol air aku...

hasilnya, taraaaa....
ni plak hari lain, aku da syok plak pakai botol air tuh! sebab leh simpan sampai 12oz. tak payah tukar² botol time ngepam.
nih aku buat double pumping...sebelah avent sebelah lagi mini-e.. nampaknya hasil tak memberangsangkan sangat...


















mini-e aku da takder... da kena letgo...huhuhu...
dan aku baru jer nak pasang angan² untuk beli pam lain...nak carik yg leh double pumping... nak beli spektra 3 ok tak ek?? tapi takleh pakai batt ler... kalo leh nak yang leh pam sama drive... huuu nak beli yang mana ek... medela freestyle leh ker bang??? hehehe


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harinih tatau nak citer apa.... ku penat tak ilang lagik... balik kg, pegi ipoh..ke hulu ke hilir...arinih masuk opis...adui letihhhh

so, ku rasa nak update gambar si aQim je la arinih....

aQim da merangkak sikit² jer la... selebihnya dia merayap@menyelar jer...
ni gambar kat nuseri...

last week bawak d p swimming pool... suka banget dia main air pancut itu...

ni plak tetido masa temankan mama pegi jCard member's day..
aku suka volo nih.. tapi sayangnya ialah takleh recline! sian anak aku tido sama duduk

nih hobi baru si aQim, masuk bawah walker...
dan bawa walkernya berjalan² keliling rumah ekekeke
di nuserinya plak... aQim suka sangat nak buli baby kecit²... eikk adakah itu petanda dia sukakan adik²? ehehehe bila aQim nak dapat adik nih? e ekekeke.
**aQim suka menyelar (lihat aksi di bawah) berbanding merangkak dengan menggunakan lutut

aQim da pandai duduk...
mamat ni skip merangkak...dari menyelar trus duduk. dia merangkak satu dua langkah jer,....then menyelar balik huuuhuhu

sekarang dia da pandai berdiri... pegang sofa @ kaki meja..dia leh berdiri da.
dan suka sangat la kalo orang pimpin dia, papah dia jalan keliling rumah...yeehaa

okey...
ni plak gambar si aQim dgn car seatnya...
aQim sangat suka car seat ini tau!! dia lebey suka dok situ daripada kena pangku...
heheh bagus anak aku!

hari senin...

hari selasa...

hari rabu...mama EL sakit perut....
ikut antar cik uG p hospital pon senyappp jer ekekeke...

hari khamis... lena atas seat nih sedapppp

hari ahad... otw lik KL dari kampung, aQim dok belakang sekali... lena sepanjang perjalanan eheheh mama dok depan senang lenang arr




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harinih 2 julai, aQim kena masuk taska semula...
sebab ucu da bis cuti semester...
dan tak dapatla mama bersenang lenang pagi² berlenggang ke opis...
sebab
mulai hari nih da kena heret ops dukung aQim skali... (taska aQim kan kat bawah opis..)

pagi² nak pegi keje tuh... tgk² kakak aku si uG balik umah semula...
aik!! kan tadi da pegi kejer??
ropa²nya dia jatuh moto kat simpang depan tuh... huhuhu
seb baik ada orang tolong antar balik umah...
selalunya dia g keje naik kete...tapi sejak minyak naik ni, dia syok plak g keje naik motor..
save minyak dan tak terperangkap dalam jem katanya...
huhuhu siaann cik uG..
nampaknya cita² nak beli motor tuh kena cancel la kan???

ok balik kisah si aQim...
pagi ni dia terkujat kot! da lama tak datang opis aku..
skali kena keroyok (best kan perkataan nih) ngan opismate sumer...
aQim jadi tercengang² jer...blurr gituk..

bila masuk taska plak..dia cemik² muka bila pandang muka pengasuh..hahahaha..
anak aku da kenal orang nampaknya...kikiki....
hopefully ok lah dia tuh...
jangan meragam ye sayanG! mama kejer...demi agama bangsa dan negara... chewah!!

tetiba terbetik ops terdetik lam ati aku...
sian anak² aku...terpaksa harapkan orang lain jaga...
kecik² dan kena pandai² bawa diri di khalayak babies yang lain...
ya Allah...
andai dapat ku sendiri mengasuh anak²ku...
akan ku manfaatkan sepenuhnya peluang itu
menerapkan ilmu yang terbaik untuk anak²ku..
sebagai bekalan hidup mereka kelak...

menunaikan janji mereka untuk mentauhidkanMu..
melaksanakan amalan terbaik untukMu
dan menjauhi laknatMu...

tetapi
ku redha..
lantaran aku tidak mampu mengecapi detik itu...
namun akan ku manfaatkan sebaik²nya peluang² yang ada ini...
sesungguhnya
kau Maha Mengetahui
dan
Kau juga yang menentukan apa yang terbaik untuk hamba²Mu..


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back