ena
oleh kerana aku malas balas emel orang pasal tandem nursing dan BF semasa mengandung
maka aku tulis kat sini. lenkali leh bagi link ajer.. wakaka


my haQim mmg menyusu badan sampai 2 tahun
aku pam + direct feeding sampai end of March 2009 (sebulan sebelum arissa lahir)
dalam tempoh sebulan tu aku stopkan nyusu direct tapi still bagi dia ebm
so aku rilex la menyusu badan sebulan.
time tu mmg habiskan ebm je dan bagi dia minum fresh milk dutch Lady sikit2

lepas arissa lahir, haQim umur 16 bulan. ada lagi 8 bulan nak genap 2 tahun.
aku tak terus BF haQim. tapi aku pam bagi dia.
sebab: aku malas nak tandem nursing
lagipun first 2 weeks pas baby lahir tu kan aku mcm penat sgt haha

after 2 wks baru aku stat tandem nursing (bulan May 2009)
saper tanya pengalaman aku, aku mmg jawab: tak best!! kah kah kah
abis la aku kena kondem ngan geng2 BF counselor wakaka

dah memang tak best! nak cakap cemana? aku kan telus
serius shit! aku rasa cam mak kucing okeh!!
especially bila dua-dua menyusu sekali!

masa tu aku dalam pantang, susukan baby, susukan toddler,
mengepam tak henti2.. damn! macam haper je!!
tapi nak komplen amenda kan.. aku yg gatai nk bF anak.. padan muka sendiri

tapi masa ni haQim da beso dan makan macam2 kan..
minum yakult, vitagen, milo, teh ais bagai..
so takde la kuat sangat menyusu
sampai la umur dia 2 tahun, aku stat campur ngan FM
pas 2 tahun 1 bulan aku totally stopkan haqim dari menyusu badan.
cukup2 la melekap kat aku selama 2 tahun. Al-Quran sebut 2 tahun. aku patuh la 2 tahun
terlebih beberapa hari tu sebab drama swasta la kan.. nak berpisah ngan boobies kena la amik beberapa hari..wakakaka

mama geli okeh tgk ko: budak da beso2 tapi melekap lagi kat B... uwek!!

maknanya 9 bulan la aku tandem nursing 2 orang kanak2 ni.. penah cite kat sini

-----------------------------------

masa mula2 carik FM mmg hazab sangat la aku rasa.. cam nk give up pon ada
apa la susah sangat nak pilih FM kat anak? aku bagi ebm yg melambak2 tu kang! abih citer!
aku try dekat 10 jenis susu aku rasa! dari paling murah sampai ke pediasure!
susu kamben dan soya je aku tak try!
mula2 bli ok pastu berak keras plak

da minum 2 tin okey tiba2 taknak minum plak..
paling hazab aku rasa masa bagi dia enfagrow la. mamat ni terus cirit birit tak baik2 dekat 2 weeks. muntah aku! pas aku stop enfagrow terus baik okeh!!
lepas tu la aku bli Friso Gold 3 - sejak stat mmg cam ok
pastu aku tak tukar2 da sampai skang
frankly aku tak suka friso ni. ada gak la cubaan nak rentikan susu ni tapi tak berjaya.
aku nak rentikan sbb aku tak suka blog mummy yg jadik duta friso tu hahaha
betapa dunia blogging bagi kesan kat aku! wakaka

tapi sampai ke sudah tak renti2 susu tu.. aQim skang da 2 tahun 7 bulan.
maksudnya da 6 bulan la fully on Friso Gold ni

so far aku masih beli susu kat mesia. tak penah beli kat sini.
sebab da selalu sgt balik kg. aku bli susu kt kg pastu consume yg tu je.
biasanya bila lik sini susu ada separuh lagi. so bawak je la.

lagi satu, masa datang sini aku bawak stok susu banyak giler..err movers yg bawakkan
rupa2nya skang Friso ni da naik rege.. naik rm5 gak la satu tin. dari rege aku bli dulu.
sapa tau mana nak bli FM murah, sila bagitau aku!!

search punya search..
rupa2nya ada seller FM online kat spore ni.
rege ok la.. tak mahal cam kedai
kat kedai rege dia almost 2x ganda rege mesia

tapi.. aku cam marah la tau..
sebab rupa2 nya supply ni depa dapat dari Mesia oh Tanahairku yg tercinta..
kat mesia tu rege subsidi da kan? iye ke? ntah aku tak sure..
depa bawak masuk sini.. p jual kat sini..
oh kesian tanahairku.. huhu

aku dimaklumkan, setiap kali masuk spore,
setiap manusia boleh bawak up to 5kg milk product for self consumption.
agaknya cara ni lah depa bawak masuk FM tu. hari2 kuar masuk kuar masuk kot..
then jual balik kat sini
huh benci aku!

huh aku kan patriotik sikit.. ahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
2 Responses
  1. ni bukan ayat berlagak tau..anak2 aku FM murah sume x bole..sakit perut la, popo keras la..kena yg mahalllllllllllll jek.. kne plak suhail picky, Abbott da cover 1/4 gaji aku sbln..bile mama die ni nk save rm nih..huwaaaaaaaaaaaaa


  2. shima Says:

    mmg ayat tu berterus terang tul kekekeke..


Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back