ena
semalam kakak aku nk dtg antar anak dara dia ke umah aku..
sekolah anak dara beliau adalah cuti kerana kanak2 form 3 amik PMR

mcm biasa kan.. umah aku bersepah tahap syaitonnirrojim pon leh pengsan
maka ptg semalam huru hara la aku kemas umah.. haha
selalu kak aku dtg, aku tak kemas pon
tapi oleh kerana anak dia ada.. terpaksa la aku kemas.
kalo idak.. mesti dia kata aku pemalas!
jatuh la martabat aku sebagai stay-at-home-witch
kami 4 badik pompuan suma garang2. anak2 buah panggil kami ahli sihir!! wakaka
dan si Pipah ni adalah witch junior sbb dia pon garang cam mak tiri! haha


hasilnya:

1. aku sakit tulang peha, lutut dan pelvic yg amat sangat! sejak malam tadi sampai skang. nk jln sgt susah. dan sakit!! huhu

2. ica yg hari2 melekap kat aku asik kejar Pipah ke sana kemari.. haha suka la mak ko ica oii...

3. umah aku bersih noks.. dan yg lebih hebat

4. kebersihan tsbt masih maintain sampai skang!! anak dara kak aku sangat rajin. budak2 ni buat sepah sikit dia kemas. budak ni makan sepah, dia lap.. wahhh... ko dok sini terus la Pipah.. mama sayam ko sangat kuat!!


iqa... cuba ko belajor2 skit jadik pembersih dan rajin cam Pipah tuu!!
senang ati mak ko tau!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi senin, terbangun lewat sikit
sebenonya da bangun pastu tido balik. trus bgn lewat. padan muka Pidaus!!

sebab da lambat, aku kena ironkan baju dia
eeiii lama da aku tak iron. bila peknen aku mmg takmo iron baju! haha
takde kaitan kan? ah sukati aku laa ekeke

pas iron baju,
pidaus p keje,
aku smbung iron baju2 lain
then budak2 bangun,
kaco aku iron,
trus aku simpan iron.. tido
(aku bukan malas tau.. aku takut nanti dia kena iron lagi cam aritu.. hehe)


bangun tido, ON laptop
tgk2 takleh on
mula la meracau kan.. godek itu godek ini
cabut bateri masuk bateri
cucuk plug sana
carik plug sini..
tak buleh juga

pastu call helpline pertama --> Pidaus
tak membantu pon. suma yg dia suh buat aku da buat. ttp tak idop
alohh...

ah tido la!!
buat kuku kanak2 dan ajak depa tdo lagi
bgn tido.. busan yg amat. call makcik tu

pastu dia p gelakkan aku smpai bunyik cam orang semput


keji punya kawan! selamba ko gelakkan aku eh!!
siap jadik modal buat n3 plak tuh!!
kurang asam!!

pastu aku tgk tibi ngan kanak2 then tido
bangun, tido, bangun, tido..
hari pon petang
begitu je lah berakhirnya hari senin aku

ehhh blom!!
pidaus balik keje.. lalu kat wardrobe..

wah.. sehari ko takda internet.. separuh gobok baju aku siap diiron ek yang??


shaddap yu Pidaus!!
aku da iron pagi2 la. sblm aku tau laptop tu rosak!! kurang asam py laki!!

malam tu.. lepas makan kemas lebih kurang, aku trus tidokan anak2
bila suma tido.. baru lepaskan ketagehan melampau aku ni
hahahaha... sampai ke subuh aku hadap tenet rupa2nya.. ekeke
kan ke aku da terlebih tido siang tu.. mlm tu aku lampiaskan tenaga kat tenet ler haha
sadis kan? ketagehan aku ni da tahap makan tak lalu dan rasa nk bg penampor bila budak mintak kuku!

huuu... sadis.. sadis...

wahai laptopku, cepat la baik..
ko jangan rosak ek!!

wahai belahan jiwaku.. cepat la balik dari OS
tolong pi amik laptop aku tu..
da leh discharge dari wad agaknya tu..
hihi



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku kan.. mmg rimas tau tgk orang salah eja..
lebih2 lagi kalo orang melayu.. dan salah eja dalam bahasa melayu

kalo informal tu aku tak kisah la..
yang paling aku rimas ni.. salah eja kat dokumen2 formal, kat papan tanda, dalam iklan.. lam newspaper, magazine... eiii aku rasa nak hempok je kepala penulis tu!
ko tak malu ek ngaku orang malaysia tapi takleh tulis bahasa Melayu betul2 dalam benda formal cenggitu??
grrr.... aku marah tau!!!
dah la aku marah.. plak tu aku kena plak!! eeiii rasa nak saman je mamat Lee Loo Booi ni!!

perasan tak? perasan tak? perasan tak apa aku perasan?

kesalahan pertama ialah nama kedai aku MAMA bukan MOM
tapi rupa2nya nama tu not available.. so ok la takpe..

tapi kesalahan kedua tu apa kes??? nak penampor??



anyway..
aku tidak berniaga secara haram lagi..
aku da berlesen hokeh!! sila jangan takut atau teragak2 untuk berurusniaga dengan daku :-)


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
tetiap ujung tahun,
kami sekeluarga akan mengunjungi dentist..
huh! walopun bencik yg amat,
tapi ku pergi juga! without failed!

dulu2 ku pegi klinik gomen..
lagipun kakak ku keje klinik gg gomen kan..
pegi je la..
sejak beranak pinak ni aku pemalas nk p gomen..
nak heret kanak2.. nk heret laki
nak tgu turn... malas la kan???

so kami p je la pvt clinic..
pilihan aku mesti la klinik muslim..
bertahun la aku p hadap ketiak dentist muslim kat taman eQuine tu.. (doc gg suka kepit patient kat ketiak, kan?)
tapi tahun ni.. tak pegi situ.

sbb, aritu gg aku ada technical problem sket.
ntah cemana leh lak pecah sket tau.. kat geraham
so bila makan, ada la makanan halus2 masuk ke dalam gigi tu
aku rimas! takde la sakit. cuma tak selesa.. dan tak suker!! hiii!!!! geram aku!
sampai tak lalu nk makan..

abis tu..
aku da kat spore kan..
aku malas la nk gugel kat mana dentist muslim ke apa ke
lagipon kat sini mesti mahal..
maka haritu aku suh kakak aku carik siap2 mana dentist muslim kat JB
aku kuar JB petang tu ngan kanak2, tapau burger kat iQa pastu trus p carik dentist..

skali kena tampal da... huhuhu
py la ngilu gg aku dikerjakan dek doktor becok tersebut!
sampai ku mintak beliau bius je aku!
igtkan bius sampai pengsan.. rupa2nya bius bagi satu mulut kebas je.. hahaha

sudahnya pas siap treatment aku tak buleh nk makan..
mulut kebas je.. bibir rasa subal cam terjuih pon ada haha
nanti ko doktor!! i hate u tau!!

tambah tak suka.. dah la dikejekan mulut + gigi aku..
dia pau plak duwet aku!! huwaaa

aku rasa ini adalah mahal ok!
sebab tetiap tahun aku wat treatment satu kelorga... scaling, polishing, tampal gigi cabut gigi etc
dan beli bekalan setahun berus gigi, dental floss, hobat gg dan segala mak nenek yg ada jual kat kelinik gg
tapi bill tak sampai rm400 ---> 3orang okeh!!
kali ni treatment aku sorang je.. RM230!! huhuhu

saya malaysian kak!! kenapa bagi saya rege singa*porean??
keji tau ko kak!! huhuhu
wahai org2 JB, kesian korang kan? sbb ramai sgt s*porean kt JB ni, suma brg2 dan svc jadik mahal.. huhu

ah sudah la!! yg penting gigi aku tak ngilu2 lagi.. dan masih lawa lagi (perasan haha)
*pompuan ini tidak ditaja oleh mana2 syarikat ubat gg..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sepertimana persoalan makcik yg disana tu
(makcik tau kan saya maksudkan makcik??)

saya nk tunjuk ni
binatang tunggangan ini boleh DIDUDUKI
bukan untuk dipermainkan secara berdiri...
hehehe


sungguh gembira bersama bug ini tau...


arituh makcik komplen pic mama saya bagi kecit sangat kan??
makcik kata bug ni kena main sama berdiri ek?? meh lihat sini...

saya duduk bukan?
pic ini lebih jelas, bukan??

err... iya.. saya pakai CD BG yg baru amik dari rumah makcik arituh..
hehee tenkiu ye makcik..



sekian terima kasih.. :-)

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
orang kata..

kalo time makan tu.. ko nk tambah nasik.. ko jangan abiskan nasik kat pinggan
tinggalkan sikit... then tambah la nasik..
supaya tak putus rezeki.. <--- orang la kata..
aku tatau la betul ke idak..


agaknya sebab tu la aku tinggalkan susu2 ni sket.. muahahahaha

aku kemas2 esbok tiba2 terjumpa 4 ketul ni



maka sebok sama la si tuan punya susu ni kan..

da expired pon.. ebm bulan 4. letak kat freezer biasa..
so aku nak simpan je susu ni sampai banak.. wahahaha

mudah2an tak putus rejeki ekekekek







kalo da makan tu, jangan bior tangan sampai kering tak cuci-cuci
asik borak je... nanti mak mentua tak suka <-- orang la kata..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back