ena
dulu masa recession berlaku ~ sekitar tahun 1994 aku tatau pon apa itu recession..
mak abah aku pon tak penah citer...
dan
aku langsung tak rasa apa kesan recession nih kepada kehidupan kami!
kenapa ek? tahla... aku yang idop dalam tempurung kot time tuh ekekeke...

tapi sekarang,
orang dok citer yang recession bakal berlaku...
aku tatau la citer ni benar atau sebaliknya?? walopun da dengar kabar angin sejak tahun 2004 lagik... tapi kali ni aku rasa cam perlu beri perhatian pulak...
dan
yang aku pasti, jika ia berlaku,
aku akan menerima kesan dan tempiasnya!!

oleh itu, kini adalah masa dan ketika untuk masyarakat bersikap proaktif bagi memastikan kesan yang bakal diterima adalah pada tahap yang paling minima (lama tuh... ekonomi akan amik masa 2 tahun untuk pulih kembali,kan?)

kat sini aku senaraikan beberapa perkara yang aku kena amik kira, sebagai langkah berjaga-jaga (dan mungkin juga boleh diaplikasikan oleh kawan² sekalian)

1. jangan amik sebarang pinjaman, beli rumah, hartanah melalui pinjaman atau wang tunai. seboleh²nya simpan wang tunai sebanyak yang mungkin ~ huwaaa aku plan nak beli rumah, cemana......

2. Lunaskan hutang piutang melalui pinjaman - personal loan, loan kete..etc (loan PTPTN pon nak kena settle ker??)

3. jual sebarang stocks yang kita ada ~ walopun pada nilai yang lebih rendah (nih aku tak buat kot?)

4. keluarkan duit yang disimpan dalam Trust Funds

5. dont believe in huge sales forecast from customers, be extremely prudent, lowest inventories and reduce liabilities

6. dont invest in new capital

7. if u're selling homes/ properties/cars, do it now when u can get good prices ~ they r going 2 fall!!

8. dont invest in new business proposals

9. cancel holiday plans using credit cards ~ seb baik aku da bayar tunai ekeke...

10. dont change jobs ~ companies will retrench based on last in, first out!

11. Stay COOL, CALM n wait. if we took all of d above actions n more, we probably will be better off than many

as i know, if US economy falls, the rest will crumble. India n all those self economies will be the most protected, but not gullble. Europe may be a little stronger but not China, another giant!
Malaysia will see significant impact! Wallahualam...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
seperti biasa...
bila da lama tak masuk opis...
aku mesti terburu-buru nak pegi opis! tak sabar nak menghadap kerja yang bertimbun-timbun!
selain tuh...
aku tak sabar nak upload gambar yang bertimbun² dalam teponku... ehehehe..

ni nak tepek koleksi gambar aQim...


masa dalam perjalanan nak balik kampung.. aku tatau cemana kami leh lupa nak amik carseat lam kete aku... end up? kena la aqim dok atas seat belakang...atas tilam dia dan dikelilingi bantal² huhuhu

seperti biasa...dia tak banyak karenah. da penat main, dia tido le plak!!


ni on d way balik KL.. atok mak suka sangat mengait! banyak koleksi topi kait aQim. ni baru jer siap, dia terus pakai.. hehehe

sampai KL kena antar abah p KLIA plak.. seb baik lam kete mama ada car seat! huu lena lagi!!

penemuan baru si aQim! dia da pandai merangkak.. dan suka sangat nak kemaskan CD² yang bersepah kat bawah TV tuh

kita da pandai pegang sendiri botol susu ini..ehehe

aQim da genap 6 bulan pada 14 Jun arituh... so kena la amik jab terakhir (ntah apa kes dia leh tertinggal satu dos hepatitis B)
ni masa tunggu turn kat KPMC nak juper Dr. Afifah yang sangat friendly ittew!!
kenapa ek muka mama cam bengkak² jer? adakah itu bermaksud ku telah gumuks?? ahahahaha..........

nak balik umah da. arituh mama cuti!
pas kena inject muka control macho jer....
ahahaha tadi beriya sangat menangis² kekekeke...


dan akhirnya..... setelah sekian kali kena desak ngan mama wan... akhirnya pada hari usianya genap 6 bulan, aQim da merasai makanan pejalnya yang pertama!!
yeeeeeeha!!
ku berjaya memberikan yang terbaik - fully breastfeed my baby for 6 months!!

semoga ALLAH memberikan peluang dan kemampuan untukku melanjutkan penyusuannya sehingga usianya genap 2 tahun! insyaALLAH....




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
huuu arinih baru ku ilang sibuk..dan kembali kepada rutin harian.
pegi opis..balik opis..settle keje umah..pegi opis..balik opis.. bla bla bla...


hehehe ku selak² blog nih... lama da tak update!
eiskk...
ku menghilang sekian hari dari internet..sebab,
1. pada hujung minggu, aku balik kampung hubby di selayang, balik kampungku
di JOhor.. dan balik KL pagi ahad.. dan antar hubby ke KLIA pada petangnyer..
2. aku pegi kelantan - attend meeting - balik KL pada hari yang sama ~ huuwah penat gaban!
3. sibuk dengan persediaan menghadapi exam! ~ lamanya aku tak baca buku!!

mmmm kekadang rasa cam robot plak ek! sumer benda nak kena settlekan...terkejar²..
tapi entah apa yang dikejar!!
citer pasal PTK...kenapa nak kena exam ek...
yelah aku kan keje gomen.. kena la amik exam kan....

apa dia Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)?
satu kaedah penilaian. Ia diperkenalkan pada 1 November 2002 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

tujuan amik PTK?
untuk pupuk pembangunan diri, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan menyediakan pegawai perkhidmatan awam dalam pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kompetensi.

sejauh mana ia berkesan??
haaa soalan nih soalan aku..yang perlu dijawab oleh JPA!! ekekeekkeee.....



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Sabtu lepas... kami sumer member² forum weng @ cari.com telah mengaturkan satu perjumpaan di Hotel JW Marriot, Putrajaya...

takder cerita nak taip...so kita layannnn gambar jer okey!

ni barisan ibu-ibu yang menyertai: dari kanan:
Bib+sofea(lam stroller), aku + aqim, kak lily@evabobbie+sara(stroller), lisa+marissa (stroller), sha@lilylav+airis, Ros+qaseh, zeal+rayyan(stroller), ila@rama²+adam+adik adam, kak melati+little pari² izzati dan hujung sekali is ila's maid.
ni clear sket
cuba teka ni baby saper?

hiii bahgia ar anak² da tido...

bersepah² tempat nih kami kerjakan ekekek..

Adam terkejuttt melihat itu singer!!

babies in action!!
Cik Airis comei, Adam --> Abg. Long, Sofea (siannn d tak sihat) n Marissa wah lenanya tido!
birthday girl: Qaseh, Mr. Rayyan, aQim si kuat tido n Sara yg cute!

sorang mengandong...sorang lagi mengendong
**psst ibu mengandung ni masih sweet ar!!

cemana leh aku paling gumuks nih...huhu

part makanan plakk....


ena

kekadang manusia kerapkali lupa...
betapa....
peranan yang pernah dimainkan oleh orang lain dianggap tidak penting,
tidak sempurna...
sebaliknya apabila dilaksanakan sendiri...
baru disedari kepentingan peranan itu...

ku masih belajar menghargai...


----------------------------------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hihihi janji nak sambung kelmarin...tapi apakan daya aku zibiii yang amat..(ntah apa aku buat tah kat umah ekekek...)

nih nak citer pasal keGILAanku ke-II iaitu CLOTH DIAPER muahahahaha....

"penyakit" nih bermula masa aku masih peknen kan si aQim dalam 8 bulan gitu kot!! masa tuh survey punya survey....kat web jer la...
aku tak jumpa orang sekitar aku mahupon sekitar rerakan porum yang ada pengalaman memakai CD ineh...
so gamble jer la...aku nekad nak beli jer la.. survey sana sini... last² lepas campor tolak darab bahagi..

aku decide beli onesize punya =
3 keping Bum Genius 3.0,
3 keping Happy Heiny's dan
4 keping Mommy's Touch
+ 3 GAD hemp
+ 3 GAD insert...
lagi apa eh? ada 15 insert sumernya...
hiiiii suker la ati akuhh....
dekat RM1K la gaks aku abih...
hehe seb baik tak kena soal siasat ngan suamiku! sumer nih beli dari zureen (bagus cekgu neh rajin meniaga ehehe)....

ku berangan nak pakaikan CD ni stat dari lahir lagik! tapi bila baby da kuar, aku baru perasan ropa² onesize ni tak seswai utk newborn! sebab dia agak tebal dan "bengkak" jer kat kelengkang baby tuh. nak bedung pon takleh rapat kaki hihihi...

maka aku terpaksa la pakaikan disposable diaper! rupa² nya ada jenis yang memang utk newborn tuh...apa tah namanya..prefold la bagai laa... dan aku tak berminat nak bli sebab aku rasa nanti pakai sekejap jer da tak muat kan? agipon nak sopping lain memang tak dapatla sebab kat umah takde intenet time pantang tuh! huhuhu...
takpelah..
pengguna bijak, faedahnya banyak! (tiba² leh kuar ayat nih? apa kaitan???)

lepas sebulan setengah aQim pakai Pampers... akhirnya menjelang abis pantang..weight @5kg dia da leh muat Bum Genius @ small setting! yeeha! ni gambar 1st time pakai CD...

tak sangka ek.... aku yang pemalas nih... tapi bila part CD nih rajin plak aku! yelah kan nampak cam leceh la kan...nak kena bilas(kalo baby poo poo) then nak basuh (mesin ler basuhh bukan aku..) then nak sidai... bertambah ler kuantiti pakaian nak kena lipat (aku tak suker lipat baju!!) pastu sesekali kena strip washing plak.... leceh la kot? kalo nak banding ngan dispos? tapi...
aku tetap suka! sebab:
1. aku sayang kat alam sekitar...
melambak² dispos tuh..cemana kuantiti sampah nak berkurangan?
2. aku sukakan yang semulajadi..seb baik aku jumpa CD zaman sekarang ni tau!
kalo tak aku pakaikan tradisional lampin jer kat aQim!
3. aku kesiannn baby kena nappy rash! - nanti kena pakai cream yang minyak² tuh yucks!!
4. aku tak suka bila "alamak! diapers da abis!!!"

sekian....
ena
hihihii...selama 27 tahun lebey aku bertapak kat bumi ni... rerasanya aku nih tak penah ada hobby!! naper eh?? yang aku tau...
bila masa lapang - takde kejer.. tak buat apa... - aku tido!!
dok umah kalu - aku tido...
balik keje - aku tido
ujung minggu, kalo tak dapat pi ukur soping complex, aku tido!! huhu
betapa ruginya aku rasa...
TAPI...
sejak da bertambah anak nih...
aku rasa aku sedang menuju ke arah memupuk hobiku sendirik! (alahai sedihnya kan! umur da nak masuk 28 baru nak ada hobi??)

so harinih aku nak share citer hobi terbaru ku... iaitu:
1. aku cenderung untuk mengumpul stok expressed breast milk (ebm)
2. aku semakin GIAN mengumpul cloth diaper (CD) - kegilaan ini lebih teruk daripada
kegilaan membeli bajuku sendirik!! huwaahahahaha

untuk itu ku rasa nak tepek ler gambar koleksi EBM ku kat sini....

aku stat mulakan simpan ebm nih masa baby 3minggu+... dan aku stat keje bila baby genap 3 bula...
ni ler koleksi ebm ku setakat ku mulakan kerja.. ada 54bekas - 5oz each!

sehari satu bekas jer ku simpan, takleh banyak² kali pam! sebab ku malas nak basuh pam kekekeke....

bila da penuh freezer aku ngan bekas dadih ni...aku plak pening, nak simpan pakai apa plak pasnih?da sendat! survey² jumpa plak bags ini.. playtex bottle liners! waaahhh memang menarik la.. pasnih jimat ruang! tambahan plak:aQim nyusu 3oz je skali. so leh kurangkan kuantiti setiap pek tuh: bekas dadih = 5oz playtex = 3.5oz/pek

taraaaa....stok aku lebih mudah diurus bila guna pek playtex! thanks vivian fabulousmom sebab promote playtex ineh padaku...

seterusnya... mencecah aQim 5 bulan, aku takde guna lagi da bekas dadih! sumer pakai playtex huuu....





HASILNYAA.....
kini playtex makin melimpah ruah laaa...dalam proses menghabiskan sisa² bekas dadih ekekeke...
sayangnya...aku nih giler mengumpul ebm, tapi anakku tak minum ebm sangat pon! yelah kan...aQim dok nuseri bawah opis aku jer...kadang² kalo ada meeting dan tak sempat nak gi menyusu..aku bekalkan la ebm tu sebotol dua. tapi kalo takda meting, aku nyusu direct jer...so lambatttt la gerak keluar ebm² akuh nih huhuhu.......

BULAN 6 plak....
memandangkan ucu cuti UiTM sebulan...dia dengan sukarela nya nak menjaga aQim selama sebulan. so...senangnya ati aku mencutikan aQim dari nuseri! wahh nampaknya boleh guna ebm sepanjang hari la..yelahkan kat umah cemana aku nak p menyusu time lunch! jauhh ooo umah aku ngan opiss ehehe....
tapii,
ini juga bermakna aku kena la mengepam dengan lebih kerap bagi memastikan kelangsungan susuku... alahaiii...aku nih kan pemalass..yelah kalo kat opis nih susah ar nak basuh pam ngan air panas tuh..kena p tumpang pantry division lain plak huuu

sesi mengemas telah dijalankan pada 10 Jun... cengginilah hasil yang aku bawak balik tetiap hari..









hari demi hari...ALHAMDULILLAHHH susuku kian melimpah ruah!











esok aku citer pasal kegilaanku yang kedua plak!!
ena
arinih aku tertarik ngan satu artikel dari It's not too early to introduce a cup to your baby. Many babies can take their first sips as early as 4 or 5 months and are ready to handle a cup sometime between 6 and 12 months.

Try piquing your baby's interest in a cup by buying one with a bright color or appealing picture on it. A sippy cup, which has a top with a spout, is often easier for a baby to use, and spill proof types are great at preventing messes. A cup with a straw is also a good learning tool, although it's slightly more difficult to clean. Choose a cup with handles on the sides as a starter model, since it will be easier for your baby to hold. And, of course, any cup you use ought to be unbreakable -- you can count on it being flung to the ground often.

Introduce a cup gradually, perhaps during one feeding a day at first. Securely holding your baby upright, bring the cup to his mouth and tilt it just a little. Be patient, as your baby will likely make a mess as he practices lapping and then drinking.

If your baby seems to have trouble with the cup or rejects the first cup you try, consider a different type or brand. Some spill proof sippy cups have a valve that works almost too well, making it hard to get the liquid out. (Tip: You can fix this problem by removing the valve.) Your baby may find a cup with a nipple-like spout easier or more appealing. Because sipping is different from sucking, some parents find it easiest to start with a lidless cup, tilting it to the baby's mouth, until he gets the idea that this is a new way of feeding.


waaaahhh... aku cam berminattt jer nak introduce sippy cup kat aQim!!! huhuhu... mama nih memang ler...boodak tuh makan pon blom agi!! kikikiki.....


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
holaa.... ni lah ahli-ahli rombongannn...

hiiiii arinih aku dok upload gambar ke pC tetiba terjumpa plak gambar² masa pi Cameron... kami pegi tak plan awal² pon...
sesajer nak pegi sempena cuti wesak dan memenuhi permintaan iQa...ni nak bagi ganti ler sebab bulan 8 nanti mama n abah nak pi bercuti...iQa n aQim kena tinggal kui kui kuii.....

bertolak pukul 9pagi dari umah MIL di Selayang... suamiku decide nak ikut jalan ..... apa eh namanya??alaaa yang bengkang bengkok dan melilit bukit ituh??huuuu pening aku mabok kepayang! rasa hanginnn dalam badan ni nak kuar ikut mulutt!! weekkkk...tapi tak weekkk poN! kete berenti jer pening pon ilang hihi... singgah kat air terjun Lata Iskandar..sempat gak aku pose² dua tiga keping ihihi...

dari Lata Iskandar terus ke Tanah Rata... cari hotel
yang 4-5 bintang sumer full kat tanah rata nih! agaknya cuti kan...ramai la orang datang cameron! p la survey hotel buruk² rumah kedai....holaaa mahal ler... bilik pakai kipas buruk...rupa pon ala² sarang pela**ran pon RM150 satu malam???!!! huhu tak patut! dah la geli jer tengok tempat tuh!

penat pusing...kami tuju ke Brinchang, last² dapat la kat rosa pasadena...itu pon bilik yang orang cancel..huhu RM300 satu malam... haiyaa...ini macam bilik harga 150++ jer huhu

pas check in terus pi makannnnn ku lapaaarrrr...
huuuu cameron skang tak sejuk arr!!!

da kenyang... sekarang time untuk terjah ke ladang strawberry plakkkk!!! eiisskkk suka akuh!!!



da sampai strawberry park!
ni selit celah skettt
agenda makan... ada strawberriesss, fried ice cream, fruit yogurt nyum nyummmm
**tokey nihh tak mesra alam langsung! sumer kedai pakai polisterin! mencik akuhhh!!

dan.. pose khas depan bungaaa
aqim cool jer lam stroller..
aktiviti hari kedua pulaaa... pagi² da pegi tea plantation Sg. Palas...
mmm nyaman dan cantikk sekali tempatnya!! sejukkkk mata mmemandang!
display cabinet ni sungguh kenan sekali ku melihatnya!!! ekekeke....
alahaiii amaturnya si pengambil gambar inehh hihihi...
dari ladang teh, terus balik hotel, pack barang dan pusing²... pastu bertolak balikk.... mmmm ni lah ahli rombongan yang paling kuat tidoo...huhuhu...
JEM kat cameron nih teruuukkkk sangat!! dari brinchang nak gi Raju's strawberry farm tuh semalam aku amik 15minit jer... petang nak balik tuh..sejam setengah!!! huwah! teruknya!! gerammmzz akuh!

seblom balik...kenalah tapau buah tangan untuk MIL kan.... beli la sikit jagung mutiara (syedapp jagung nih tau!) strawberi kering & yg fresh... oren (untuk elak mama mabuk lagi...) dan buah² apa tah lagik...

seb baikkk balik nih suamiku ikut jalan Tapah - takde ler aku penin mabuk kepayang bagaii... hiii
*sesape pi Cameron jangan lupa singgah night market@Brinchang!!!

Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back