ena
baru jap tadi kat bayan lepas kan...

yer sekarang saya di LCCT sedang menunggu cik suami datang menjemput..
besh ek? kat mana2 pon ada intenet free..
tak payah sign up bokbend...
tak payah bayor bill..
tak payah pakai blackberry tuk masuk FB

ehehehe tu ayat penyedap ati kot...
sebab tak dapat nak beli itu ini uhuhu

giler perutku kenyang..
kepala ku pening...sebab sebuleh2 nak membaca lam flight yg bergegar cam speed boat tadi
seb baik tak muntah!!

adoiiiiiiiiiiiiiiiiii cepat laaaa aku nak balikkkk!!!!!!!!!!!!!!!!



*ye kawan2....lately business trip kami adalah menaiki AA selaras dengan langkah berjimat cermat seperti diseru oleh saUron LOTR ops... diseru oleh KSN...huhuhu




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lepak sorang2...apa yg patut saya buat? mestila makan dan carik port lepak kan??..
so lepak la kat Kenny ROgers Roaster... huhuh macam ni lah kekdahnya orang takde bokben..
kenala carik2 port ada free wifi uhuk uhuk uhuk....



ye..saya bersiaran secara langsung dari Bayan Lepas Airport..
harini outstation lagi..

dan
mungkin ini adalah OS terakhir saya atas kapasiti KKLW..
sebab
mulai 16hb Disember (tapi saya minta tangguh hingga 31 Disember) saya telah ditransferkan ke Pejabat Projek Zon Tengah..
kembali berkhidmat bersama JPBD semula..
selepas 3 tahun 4 bulan saya di KKLW..

huhu nak kata sedey...
cam FruSt sikit...
cam terkilan (telan air liur sikit..)
aduiii....

dengan berat hati berat langkah berat bahu berat buntot dan berat kaki..
saya akan melangkah juga tinggalkan KKLW
huhuhu.....

dah la opis KKLW ni dekat sangat ngan umah baru saya..
dah la keje kat opis ni best..
dah la geng opis ni besh...
dah la KSU sporting...
dah la baru jer duduk unit baru...
alih2 kena transfer plak... wawawawa



banyaknya dugaan saya..
semoga ada sinar di 'depan' sana... InsyaAllah...






------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
my dear haQim turns 2 yo today...

huhu...
hati tidak begitu gembira,
hence tiada apa2 utk besday beliau...
kecuali hadiah menarik dari Mr.Barber yg dia dapat semalam..


Happy besday haQim..
semoga menjadi anak yg soleh dan taat perintah Allah..
insyaAllah...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

nih bekalan harian anak² ke neseri..
Arissa
4 botol freshmilk pam b4 tido dan bangun tido
---> 5oz x 4 = 20 oz
aQim
3 peket frozen ebm + 1 peket dicairkan siap²
---> 7oz x 4 = 28 oz
total:
48 oz huwawawawawaaaaa anak lombu pon leh gangren B tau kalo nak kena produce banyak ni susu tetiap hari!! tu tak termasuk 2 peket nak kena topup semula kat freezer tuh!! wawawa..
**aku mention anak lembu tau!! kalo mak lembu confirm beres setakat 48 oz daily tuh!! wakakaka
sekarang ni production (ke schedule sendiri?) tak menentu...
daily production ialah
6.30 am 10oz
11 am 10oz
3pm 10oz
7pm 4-5oz
11pm 8oz
total 43 oz... ayoyoyyooooo manyak shortage tuh!!!
fuh poloh poloh menitik kat dahi kita!!!






------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
huwaaaaa
aku ni sebenornya nak buat keje!! tapi asik ler lompat blog sana lompat blog sini..
sangat la bercinta nak stat buat keje!!!

malassnyaaaaaaaaaa

























------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
siang tadi da merayap gi tgk PapaDom..
pastu leh tersinggah ikea lak semata2 nak makan...
pastu pusing2 carik barang..baru lik umah..

semalam aQim okeh ajer tak meracau..
tapi arinih asik la meracauuu....
asik nangis tak tentu pasal!
tadi masa kat cinema pon d menangis huuu geram akuh!!

agaknya dia tau kot.. abah nak p OS lama kali ni...
huhu
skang abah dok kemas2 baju....(mama malas nak kemaskan cam selalu..)
aQim dok meracau nangis sana nangis sini..
kejap2 dia tolong amik bedak n berus gigi dia, masukkan lam beg abah..
dengan harapan dapat ikut la tuh...
sabor la nak...
kali nih abah gi seminggu jer..
next year gi setahun pula..camno tuh???
kompem ngan mama sekalik nangis ihihihihi........




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

ena
alkisah...
aku nak amik mak kat kg. suh datang lepak kat umah aku..
maka aku pun mintak cuti - blom isi kat sistem tapi da tanya lisan kat bos..
tapi beliau tak benarkan..

alkisah..
pagi tadi aku sampai opis awal.. (8:24 kira awal? biasanya 9:00 baru sampai)
pukul 10:00 bos da pegi outstation..
ke Sarawak beliau. diiringi oleh kakak tiri..dan si budak ini..
sekarang baru pukul 11:45 tapi 3 ketul opismates suda ulor - pegi azzahrah tgk sorang opismates ku banak semalam...
dan kejap lagi, aku nak ulor juga...
nak balik tangkak amik mak. boleh tak?? ehehehe..

kuo kul 1:00 - ada projek kat umah jap..nanti aku tepek gambo kat sini..!!PROJEK hubby tatau nih ekekeke
2:00 gerak balik tangkak.. sampai sana kul 3.30
lepak jap, 5:00 gerak lik sini semula..

kul 6:30 sampai umah, kul 7:00 amik anak2 kat neseri.. sempat tak??
sempat kot!!

babai korang!!!
babai kat hubby yg tgh meting..
babai kat iQa yang pegi skolah
dan babai kat aQim + arissa yg kat neseri...
mama dapat ulor sorang2 arini
thee hee hee...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dear iQa...

kenapa la tetiap hari muka ko asik nak monyok...
letih mama ngan abah...
bangun pagi muka monyok
balik dari jalan² muka monyok
adik nangis muka monyok..
adoi letih...

mama tau iQa baca blog ni kan..
cuba iQa fikir dalam²..
apa sebenarnya masalah antara kita?

1. bila mama nasihat baik² iQa tak sakit hati...
tapi nasihat mama tu sekejap je berkesan kat hati iQa..
nanti esok lusa iQa da lupa, iQa ulang smula..

2. bila mama marah².. tengking iQa.. nanti iQa sakit hati
pastu siap nangis²..
pastu hempas pintu bilik..
pastu masam muka..
monyok sampai esok pagi...
dan sambung monyok hingga hari berikutnya..

Dear iQa..
awak da besar tau..
kena pandai bawa diri..
fikir dan rancang rutin harian awak..
tak boleh la nak harapkan mama n abah setiap masa..

please note this dalam diary awak..
pada usia awak 9 tahun,

1. awak rajin tolong mama kat dapur..
2. awak da boleh berpisah ngan blankie awak..
3. awak rajin jaga adik.. mandikan haQim.. jaga arissa.. suap aQim makan...
4. awak selalu tolong mama basuh botol
5. every weekend awak temankan haQim kat playground depan umah..
6. awak pandai uruskan diri sendiri time mama dan abah gi keje..
tapi..
1. awak tak suka kemas bilik
2. awak suka sepahkan buku skolah pastu haQim main pastu koyak atau ilang pastu awak nangis ataupun awak monyok... takpun buku awak sepah² satu umah pastu tetinggal tak bawak pi skolah..pastu kena marah ngan cekgu pastu balik skolah nanti awak monyok semula...
3. awak suka sepah²kan bilik awak, telekung n sejadah awak..beg sekolah dan stokin awak.. pastu bila mama marah..awak ulang semula monyok..!!!

haihhh letihhh la mama camni...




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bila pagi jumaat jer...
si suami akan masam muka waktu pergi kerja...
menjelang kul 11 pagi si isteri send sms..
si suami terima sms dan akan senyum..

si isteri kelam kabut p lunch cepat2...
si suami kalau buleh nak suh pak imam solat jumaat cepat2..
tapi
si suami dan si isteri kedua2nya masuk opis kul 3.15 petang..

kenapa ha??



eisskk aku bagi penyepak kang!!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
beberapa hari sebelum raya.....


ni kisah bulan lepas... tapi..
sangat la terkesan dalam kepala otak akU!!
alkisah...
da petang hari, dapat surat kena p meeting kat iPoh..
memandangkan kena gi dengan colig, ku book la kete opis kan.. padahal kalo nak naik kete opis, lebih leceh lagi.. yelah, aku kena p opis dulu la pagi2..kan??

alkisah pagi tu, kuar awal la konon.. hari hujan gerimis, aku antar anak ke nuseri dan gerak ke putrajaya.. skali, jalan jem daa....

aku tak sampai2 kat putrajaya sampai kul 7.15 pagi.. meeting kat perak kul 9.30 pagi..
alkisah kolig da riso takut sampai lambat, maka aku suh jer la depa gerak terus..
aku leh bawak kete jer ke ipoh.. takda masalah..

aku pon masuk LDP..hubby kata nanti kua kat dsara (apakah?) utk masuk tol duta..hala ipoh
aku nih sangat sengal pagi tu. rasa cam hilang ingatan jap. tatau mana nak lalu tuk masuk tol duta..skali terlajak sampai ke kepong!! cheh tak senonoh hokeh!! pusing la hala kuching.. dah la jalan JEM kan? skali baru perasan, lam wallet ada RM20+ ajer!!
berenti la plak nak withdraw duit, kan?

masa tu dah pukul 8 da!
pastu terus masuk tol....zoom aku pecut la!! sekali...
kul 9.10 lepas jer tapah, tetiba kete aku gek gek gek... mati tengah jalan beb!!!
MINYAK ABIS!!!
rasa cam nak tampor muka sendiri jer!!!
punya la kalut sampai tak perasan kete takde minyak huwawawawa....

mula2 aku kalut gak la...meeting kul 9.30 beb!
pastu call bantuan plus, sementara tgu tuh aku da tenang da... da buleh amik pic sendiri... busan lak tunggu...
tersadai tepi jalan, tunggu bantuan tergedik2 amik pic sendiri!!

aku sampai tertido2 lam kete...dah la panas feluh2!!


sementara tgu pLUS datang, ada la satu kete tu berenti.. india..3 orang.
derang berenti seberang jalan..offer utk pi belikan minyak.. aku amik la suma langkah precaution, masuk lam kete..kunci suma pintu, cakap sambil jerit2 lalu celah tingkap..tak bukak tingkap beso beb!
pastu setujuk suh dia belikan minyak, bagi RM15 aje..
lebih kurang 20 minit kemudian baru PLUS tiba.
depa nak suh aku ikut d bawak aku p bli minyak tapi otw tuh depa nak singgah ada satu kete rosak di hadapan...chet!! kalo gitu gayanya agak2 baper minit baru aku sampai kat kete semula??
pas bincang ngan orang PLUS tuh, aku decide nak tunggu jer india tu p blikan myk..
lama gak la... sampai kul 10.15 baru depa sampai, fill up, jump sikit dan.. derang minta upah RM150 dari aku. WHATT?? mahal siot!! cam hampeh! memula janji nak mintak upah sikit ajer!! aku geram jer! tapi bila pikir takpelah, dia tak apa2 kan aku, dan berlaku jujur tuh da cukup baik daa... yelah, skang kan banyak kes pukau la, rompak la...macam2 kat paper...huhu nauzubillah!!
ding dong ding dong... aku bagi depa RM100 (dengan mengambilkira dia kena masuk kuar tol, blikan minyak, pusing balik...) halal jer la..
haihhh... sempat lagik aku kena pow pagi2!! hampeh!!
sudahnya, aku sampai meeting kul 10.30 pagi.... da nak abis pon!! sedey sedeyy sedeyy....
siri muhasabah diri:
pendapatan tu tak semestinya rezeki! yes its come to my pocket tapi tak jadi darah daging ku pon lagik!! mungkin sebahagian pendapatanku adalah rezeki orang lain...siapa tahu? Wallahualam..
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
si mamat sibuk di hari kejadian
punya la laju dia jalan, sampai takleh nak snap pic hahaha

malu sebenarnya nak tepek gambo KC ngan wardrobe..
sebab aku buat murahan ajer..maklum ler bajet ciputt...

kat bilik aku ada ruang cam ni... so mula² plan nak buat walk in cabinet, tapi towkey tuh tak recommend dengan disokong oleh beberapa hujah beliau..
maka kami decide buat yang ini ajer..


ni lah hasilnya - buat² tak nampak jer la kat bilik aku yang bersepah² tu yer...

compartment belah kiri


dan ni belah kanan - aku tak kemas pon.. main sumbat jer sebab nak clearkan bilik baju

nih pandangan sisi kot?
hiskk..cemana nak snap pon aku tatau la!
misi aku, nak tukar suma perabot lam bilik jadi kaler putih...bleh??? maknanya sumer drawer bagai akan dimudah.com kan oleh ku ahaha...

**ok ya... aku ada satu babycot kayu..
besar dan bagak.. sapa nak sila call dan datang ambil.
bagi FREE jer!!































------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
Selamat Hari Raya..

andai ada yang terasa hati
andai ada tercuri makanan...
andai ada saya terkasar kata-kata..
ampun dan maaf saya pinta..
semoga hubungan KITA berkekalan
sampai bila bila
ye???

dan

selamat bergembira di hari raya!!
ikhlas daripada:
2 orang lelaki ini

dan 3 orang perempuan ini














------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
akhirnya pencarian aku berakhir!!

cari kedai wardrobe..

carik KC..

carik perabot umah..

carik hood n hub..



wallaweh...

baju raya tak cari tau!!! macamana nak raya tuh? wakakakaka......

takpe takpe yang penting pintu n tingkap2 saya ada baju baru ekekekeke






------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harini nih aku cuti lagi... emergency gitu... sebab:

1. aQim tak berapa sihat - nak kuar gigi lagik. huwaaaa aku tensi tau anak nak kuar gg! tido tak lena aku! asik nangis + merengek sakit ajer...

2. aku tak larat nak bangun pagi tadi, sebab jaga aQim memalam dan kemas umah.. arinih itu cina mau datang pasang KC dan wardrobe yeeehaaa!!!

sekian sahaja...

wabillahi taufik wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku nih mengantoks nak m***pos!!
tapi dok paksa gak bangun sebab nak layan anak dara aku punya projek..
adei malasnyaaa aku! tapi sebab da janji py pasal... buat la jugak...huhu..


nanti projek da siap aku tepek... ehehehe

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
gilers!!

dah lama rupanya aku tak hapdet blog!
rasanya sebelom pindah opis!! wah wah wahhh...

patut la rasa tak sempurna jer hari hari ku... chewahhh ahahahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku memang suka bawak anak² pegi outstation...

siri iQa
kalau dulu selalu bawak iQa ke kedah - masa keje dengan dept lama, aku jaga zon utara. asik ulang alik ke aloq staq!! kalo pi sana, bawak la iQa.. ramai jer volunteer nak tlg jaga iQa --> kak Sya, kak Kam.. Mak Long yati... ehehe tenkiu korang!!
pastu, bila da masuk kementerian da rendu plak pada makanan kedah..huhu

siri haQim..
masa baru naik keje pas bersalin aQim, aku bawak dia p outstation ke Kenyir..
humang aiii tempat tuh horror giler! chalet tepi tasik kenyir tuh..
dah la aku sampai kul 11 malam tau! bawak baby kenit tgh² malam masuk utan!! tak renti² aku baca ayat kursi.. aku pon takottt!! ini kan plak baby.. Alhamdulillah tak jadi apa²

ni budak bam-bam masa tuh..
alamak rendunya time nih.. selalu geget peha dia wakakaka
dia blom leh duduk pon! lawa beb tasik kenyir dari atas nih!!
haaa bumbung kat bawah tu chalet akuh!!
uwekkkk ahahaha pandai jer ejek aku!!
sempat singgah Kuala Terengganu.. pi TTI dulu..
masa nih kakak aku ikut skali.. ngan anak² n hubby dia.. so aku rilex sket.. membuta jer lam kete.. tak de la aku drive ehehehe

sila berdiri tegak semuaaa!!!

ahli rombongan aku ehehehe
apasal sumer gambor aku nampak gigi hah? nampak sangat tak berenti sengihh!!


siri arissa
1st time saya bawak arissa outstation ialah pada 8-9 Julai lepas..
destinasi ialah Kg. Tg. Gahai - di Lipis, Pahang
waktu tu saya jadi urus setia cabuk utk program Menteri..
kali ni agak lebih mencabar...
sebab, saya drive sendiri, naik kereta buruk saya itu... hanya ditemani arissa dan seorang cecepah... ehehehe

itu ler cecepah yang temankan saya...
team members pegi naik keter kementerian..


ni ahli rombongan yang paling sibuk... jadual dia pack dengan aktiviti tido di kedai makan
tido ketika sesi perbincangan akhir sebelum hari kejadian
dan semestinya tido bila sampai ke hotel
berapa kali nak ltgk gambar yg sama??
eh.. tadi tu gambar arissa.. ni gambar lain!!!
ye...saya sedang memaparkan cabriofix yang buat saya tido tak lena makan tak kenyang sebelum mendapatnya arituh... ahahahaha



u olls.. saya ada misi ops! ISI nak sampaikan tentang program ini. nanti saya buat entry lain laa!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
gambar bam-bam hanya sekadar iklan...

saya tidak la dilahirkan dalam keturunan yang banyak susu badan..
family background pon, takde yang mendorong saya untuk menyusu badan kat anak²..
cuma masa lepas bersalinkan aQim, tiba² dapat wahyu nak baca itu ini pasal breastfeeding..
in fact masa pregnant pon saya langsung tak teruja pasal susu badan...
beli isis memang masa peknen tapi lebih sekadar standy sahaja..

tapi Alhamdulillah..
rupa²nya bF ni sangat exciting!
banyak cabaran, dugaan yang menguji keTABAHan, keSABARan
dan mampu menggoyahkan iman..
tambah pula dengan nature kerja saya
yang kerap kena outstation dan driving sendiri ke tempat kerja..
memang tak mudah! (walaupon dulu saya SANGKA mudahh)

untuk ibu² yang MERANCANG untuk menyusukan anak..
persediaan MENTAL lebih utama dari fizikal (infrastruktur la nih..) **itu pendapat saya ye!

sebab:
1. katakan anda sakit B bengkak, nk bagi lega, anda pam² dengan pam terhebat dan termahal di pasaran. pada masa yg sama, MIL dan mak pula pujuk anda yg kesakitan dengan kata² "nak senang bagi jer formula milk (FM) ..senang! takde sakit²..." Kemudian, B pula yang di pam tak keluarkan susu. anda mula tertekan dan timbul syak wasangka bahawa B anda tak banyak susu..
haaa kan da silap tuh?? sepatutnya akal anda mengingatkan diri supaya sabar...nanti lega la.. dan tabah mengepam.. lama² susu kuar laa

2. atas sebab² tertentu anda terpaksa berjauhan dengan baby.. maybe seharian.. out station kuar pagi buta..then sampai umah tengah malam.. jadual pack tak sempat pam etc.. caner?? nak senang.. biar ajer tak payah pam. tapi untuk memelihara milk production, kena pam juga at least 4 jam sekali.. time ni MENTAL sangat penting banding ngan infrastruktur!! biasanya kita manjakan diri dengan pelbagai alasan antaranya:


1. OUT STATION.. TAKDE PORT NAK PAM!!
Sila gunakan shawl @ nursing cover.. time dalam perjalanan ke site visit pon buleh pam dalam kete... soundly.. even the driver won't notice you are having you session!!

2. BOTOL TERTINGGAL!!!
Tgk... saya ikat plastik playtex pada pam.. ikat dengan getah jer!!

double pump.. ikat getah jer ekekeke

3. PLAYTEX PON TAKDE KAT OPIS..!!
Guna ajer la botol apa² yg ada kat opis.. asalkan dicuci bersih, suda okey..


4. TAK BAWAK PAM: urgent meeting kat luar opis - haa okeh.. ni alasan paling kukuh la kan
TENGOK!!
saya terpaksa perah dengan tangan time pegi meeting di luar pejabat:
ku sangka meting sekejap. so tak bawak la peralatan sumer..
peringatan: pam secanggih mana pon tapi kalo da set kat minda "tak sempat"..mmg tak sempat!!




alah bisa tegal biasa... lama² okey laa... biasakan bawak beg pam disamping beg keje..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

nih kisah AKU merajuks sebab tak dapat pegi MVEC...
tatau nak describe..
kecit ati ke sakit ati ke busok ati ke....



benciiiiiiiiiii................!!!!!!!!!!!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
walopun ada kejadian ni di surau ofisku...
sambil baca paper tuh ekekeke


tapi aku lebih suka kejadian begini...

nih kejadian semalam... tetap bersama isis juga..

pojaan hatiku di sisi hasil sesi pukul 4.30 petang tadi..
20 oz per session tau!
cemana la aku tak sayang isis kan??



kalian... wajar tak aku nak letgo yang ini??? tolonggggg..........
baru pakai 2 bulan beb...plak tuh alternate shift ngan isis..
alahai memang baru ler sangat... cam sayang plak!!





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
i love to play with my jumping lion!
gewam! rasa nak telan!!



tips of the day......
this is what we shud do during the summer...



1. Brings cooler bag with the ice pack wherever u go

2. whenever u feel hot, simply take out the ice pack/cooler from the bag

3. make sure the cooler is cold enough
4. put the bag on your head - as a cooler hat
4. and the cooler near to your within your neck and chest...

5. now enjoy the cooling effect!

6. Dont forget to SCREAM if your mom trying to remove your hat!!

arrgghhhhhhhh i love this coldness....




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back