ena
Tgk PCK private limited tu..
Mesti ternampak rosy al-bininya yang gomoks itu
Tapi tu dulu la kan?
Sekarang idok lagi huhu
Lepas p slimming centre bertaja tu..da rampen dah itu nyohnyah...
Maka aku adalah tercabo..
Nih apa citer wei... Baby da 3 bulan.. Baby weight takmo pegi..huwaaaa

Sebelum berat aku mencecah 115kg
Baik aku mengorak langkah ke arah pengemaskinian saiz badan
Kalo tak rampeng cam ayu rodah pon takpa.. at least maintain sudah laa..
Macam nyohnyah itu pon boleh laa... Hahaha

Saper mau ikut aku ke sesi menguruskan badan? Haha mari mari mari....
Aku da dapat penaja..
Korang ado? Muahaha...
Tadi pagi aku doh pi survey, bayar fees suma dah
Nanti bulan depan iaitu lepas raya cina baru setat..

Sebagai persediaan, nak kena pi carik menda ni wiken nih nampaknya.. Hahahaha

Sapa2 yg kecit ati ngan aku kerana 115kgs tu..sila la diet kalo takmo jadik benchmark aku lagi kelak...muahahahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Haha poyolah aku py tajuk
Ala-ala belog mummy sejati la plak nanti kan? Hahaha
Sebenornya aku tarak idea nk merapu wahaha

Sekarang cerita jungle junction kat tv
Haqim tekun watching tv..
Ica dok korek2 box mainan..
Tiba2 anak patung chuck@snoopy milik haqim jatuh
Terus la dia marah kat ica..

Hisshhh ica ni... Jatuh baby haQim!!


Dan-dan dia bangun, dukung baby dia, tepuk2 sambil mulut syyhhh syyyyhhh...
Then masuk kat bouncer amani.. Syyhh syyyhhh....
Henjut2 bouncer tu 2-3 kali pastu amik baby dia semula, letak kat walker..
Hah okey!
Then dia duduk bersila hadap tv semula..

Muahahahaha...aku n ica termenung tgk gelagat dia ekekeke

Iye kakak... HaQim mmg ada doll. Chuck tu aku blikan ms nk banak ica dulu...pastu aku ckp tu kawan dia la
kunun nak bg dia b gentle to a new baby kelak.
Sudahnya.. Poddahcit! Dia kata itu baby dia n ica baby mama
And dia treat baby dia elok2 tapi ngan ica dia p karate plak!!!

Other than doll, aku pon bg anak2 aku main masak2.. Kitchen set complete punya...ekekeke
Atuk dia kata... Haqim tak boleh main masak2. Ica je buleh..
Kalo kat aku, buleh jer... Nama pon main2 kan..main je la apa yg ko nak main..hehe

Adakah tindakan aku ni akan mendorong anak2 menjadi seseorang yang mistaken idenity kelak? Hahaha
Aku rasa tak kot..kan?
Pidaus kata, ok je anak laki main masak2. Apa masalahnya?
Pidaus kata:

Dulu abang kecit2 pon abang suka main masak2
Tapi mak selalu marah..
Huh aku bukan nk jadik pondan pon.. Aku nak action memasak je
Main-main je. Bukan bebetul.
Hah buktinya, abang tak reti masak pon kan..sampai tua ni hah...makan je pandai...

hahaha ok ok tu aku tokok tambah...ahaha

Isunya ialah: mainan boleh mempengaruhi personaliti kanak2
Hipotesis aku dan pidaus: tidak sama sekali
Korang?

Ah merapu2 la aku nih... Bluwekkk...
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Tangan kiri pegang pinggan
Tangan kanan suap nasi ke mulut ica n aqim
Kaki kiri goyangkan boucer baby yg takde bateri (ntah bila taun aku nk letak bateri)
Oh ya!
Kaki kanan masih free... Buleh la daku beranak lagi... Muahahahhaaa


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Mama n ica dok atas sofa, hadap tibi..
Si abam tiba2 amik henfon, tekan2 nombor and cakap;

hello, ha ni haqim
Four six nine nine nine
Haa.. Kat sini.. (sambil jalan laju mengelilingi toys yg sepah kat hall dan amik dollnya) - iye, beliau ada doll yg dipanggil "bb"
Ni.. Baby haqim nak ikut
Ok ok.. Haa taxti (taxi)
nak pegi..
Bye, take care


Hahaha apa ko cakap ni abam? Nk gi mana? Pandai ye call taxi.. Nk gi jalan ek? Ekekeke
Korang tau dialog 46999 adalah merujuk kpd alamat umah. Hahaha apa2 yg bernombor, suma disebut 46999


Ini hari, abam aQim suda umur 3 tahun 1 bulan
Tapi masih cakap pelat

Dan asik terkucil kat suar bila nk kencing.
Dan accidents tersebut hanya berlaku bila abahnya ada je ahahahah

Dan masih belum skolah, sbb mama abah sebok sgt, tak sempat nk enroll awal2
Akibatnya skolah yg dekat2 ngan umah suma full huhu
Oleh itu beliau suka sangat ulang ayat; shian abam ek? Abam takde skul eh? Shian ek? Ek? Ek?

Walopun hari2 mama ajar ABC dan 123
tapi nombor yg dia hapal tetap jugak four six nine nine nine hahaha

----------------

Mama sedang lap habuk kek bertaburan atas sofa yg dikerjakan oleh ica
Abam datang sambil cakap;
mama, ica menses ek? Menses ek?


Hahaha cemana mess leh jadik menses nak oiii??? Wakakaka


------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Wanita dijadikan sebagai peneman kepada lelaki
Sebagaimana Adam mandom bila keseorangan,
Begitulah jua suami kita andai kehilangan isteri kelak..Kot??

Tapi disebalik kebergantungan itu,
ada golongan lelaki yang mampu bertahan pada cintanya...
Ini aku quote ayat wak (pakcik) aku bila ditanya kenapa dia sanggup hidup berseorangan dan tidak mahu calon pengganti

dah berpuluh tahun aku hidup dengan dia (merujuk kepada arwah isteri beliau)
Hidup matinya bersama aku...
Berpuluh tahun na, wak ni bersama wak pompuan ko..
Susah payah semua bersama. Suka gembira pon bersama..
Ini bila dia da takde... Wak nak cari pengganti?
Baru 2 tahun nak banding dengan puluh tahun..
Dia pon sendiri di sana na...


Aku mmg takleh trima hakikat sgt bahawa ada orang nak ganti tempat mak aku..
Aku btol2 ingat abah aku punya pendirian mcm abangnya..
Rupanya jauh skali...

Sudahnya, aku jadik mandom
Dan Pidaus mengeluarkan hipotesis beliau:

ada orang:
Menyayangi pasangannya dengan sepenuh hati.
Absolutely sbb dia mmg sayangkan pasangannya itu
For what ever condition he/she is
Tiada penggantinya..sampai mati...

Ada orang pula:
Menyayangi pasangannya kerana pasangan itu peneman hidupnya
Sanggup korbankan apa sahaja demi pasangan tu
Dan menjadi pasangan yang paling setia bila bersama
Tapi..
Bila pasangan itu tiada, dia perlukan pengganti.
Sebab, dia sayangkan pasangan itu kerana itu peneman dia
Kerana orang begini tak betah hidup sendiri
Dan segera memerlukan pengganti..


Yes darling... I get what u mean, but saya takmo tau from which category u are.
and i love u so much (walopun ko enggan blikan daku lemari putih tersebut) huhuhu


Kalian?
Which category are u fall in?
Sila tanya diri sendiri sebelum tanya pasangan anda.. ;)


------------------------------------------------jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Cuba korang bayangkan

Berkawin dan bercinta bertahun lamanya
Kesana kemari bak belangkas

Dari berdua
Kemudian bertiga
Sampai berlapan, bermenantu bercucu...

Tiap mlm, selama berpuluh tahun,
Si isteri mengeluh lenguh sini dan sana..
Demi sayang si suami turutkan, urut sini dan sana..
Padahal bdn sendiri pun lenguh jugak..

Bila sampai masa
Si isteri dijemput izrail..
Sedih tak sedih... Dgn redha dilepaskan jua kekasihnya pergi
Pergi menghadap kekasih sejati..

Okey.. Cerita blom habis!
Walau bengkak mata da hilang
Merah tanah kubur pon da ilang
Kekasih tak berapa sejati akhirnya mencari pengganti..

Si anak meratap hiba... Bagi pihak ibu ke,
Atau sendiri yg emo, tu aku tatau..


Bah,
Kusangkakan sayangmu sampai ke syurga..
Rupa2nya....





------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back