ena
mimpi budak nih??
taklah!
mimpi aku takdak kaitan pong ngan dia!
nih muka dia yang comot time aku makan kat alissara, Puchong arituhh...

--------------------------------------

malam tadi aku mimpi takoott ooo...
cemana eh?

mula² mimpi.. ada la kisah macam²... aku tak ingat.
tiba² sampai satu babak, aku akan dihadapkan ke mahkamah atas TUDUHAN membunuh 2 orang dan cederakan sorang wanita... wanita nih, sorang pegawai kat Kementerian aku!
haih cemana dia leh masuk mimpi aku nih??

lam mimpi tuh memang aku ada cederakan dia.
tapi part aku bunuh orang tuh, aku cam keliru... iye ker? ada ker aku bunuh?
aku ilang ingatan ker?? (dalam mimpi tuh laa...)

aku cari tafsir mimpi kat sini tapi makna terdekat yang aku jumpa cuma ini...
Mimpi mendapat hukuman mati.
Bererti anda akan panjang umur.
alahai... aku tak kena hukuman mati pon malam tadi!! aku baru sampai kat babak ---> minggu depan nak kena bicara!! huwawawawawaaaa
Mimpi membunuh salah satu makhluk berjiwa.
Alamatnya akan makan harta benda yang haram dari sesamanya.
wehhhh aku tak pasti la aku bunuh ke orang tuh????
Mimpi membaca atau mengikuti peristiwa tentang pembunuhan.
Alamatnya anda akan mendapat pekerjaan ditempat jauh.
haiiihhh ini ker? cam takde kaitan la plak kan??

sampai skang aku cam terngiang² kerisauan aku masa lam mimpi tuh. sebab, last part yg aku ingat ialah, aku tengah kerisauan kalo aku bersalah, mesti kena buang keje. cemana nak bayar monthly umah? cemana anak² aku nanti?? cheh!!

mengaruts btolla!!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra 

Ustazah ini telah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar
sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan).
Ayat ini
elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk
menjaga kesihatan
luar dan dalam.



Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali,
Ayat Qursi sekali dan Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga
kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


sekian....
Selamat beramal... thee hee hee




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena



inilah adikku yg jadi cleaner kat toy'sRus Subang Parade


-----------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
semalam, sungguh² ku update entry lama ni dengan masukkan gambar²... letih oit... ekeke
arinih punya citer, pon citer lama gaks, kisah Hari Wilayah

hari senin kelmarin, aku sorang jer la cuti.. sebab iQa n hubby pemastautin dan pemanfaat tegar dari Negeri Selangor.. so tatau nak pegi mana, ku dok umah jer melayan aQim selongkar umah...

macam² ler karenah dia, kejap nak main kasut, kejap nak jalan kat luar, kejap nak main kerusi... haihhh... pandai ko la anak...

meh layan pics...

mula² kena keluarkan kasut² yang kita berkenan nak try
mmm mana satu nak try dulu nih?
eh eh tangan kiri tersepit le plak!!
huuu besh gak pakai kasut kakak nih
ngaper? mama kenapa? ngaper jerit²?? ok la tak main kasut daa...

da takleh main kasut, kita main kat luar pulak. cuba pungut daun sat
menda nih leh makan ker ha?? apasal rasa tak sedap??
sekarang kita cuba panjat pagar rumah.. lepas tak?
yeeehaaa dapat pon panjat sampai atas!! besh gaks nihh huhu
lepas mandi, kita lepak baca buku kejap...eh kenapa rimas eh? mama tak on aircond ke?
mana remote aircond nih?
tgk la si kecit ni meniru gaya saya mengacukan remote ke aircond
haihh budak ini...
da lepas mandi n salin baju, kita kena solat asar dulu ye kawan²...
**pandai tak anak aku solat? bila ku bentang sejadah, mesti d sebut "awwoh akbal" dan sujud hihi..


nih eksperimen di hari lain. sajer ku combine sini...
mula² amik kerusi kecit ni, bawa p depan mama. jauh² mama tak nampak.
kalo kena marah sikit, baru besh!
cuba naik atas kerusicubaan nak berdiri
haa nih buleh ni.. da stable da nih
testing... buleh lepas tangan sebelah daaaok bawa pula kerusi ke depan pintu supaya abah nampak saya..
tarraaaa saya le berdiri lepas tangann!!

malam tuh abah nak laksanakan misi tertangguh dia.. potong rambut aQim.. sebab dia asik kuar ruam kat area tepi kepala - akibat tido mengiring dan berpeluh sokmo..

Bahan-bahan yang diperlukan:
high chair
surat khabar
gunting
sikat
bedak baby
apa mama abah nak buat kat aku nih?? apa salah aku dipegang kaki dan tangan nih??
**muka dia mintak simpati macam puss in a boots lam citer Shrek
aikkk tiba² da tinggal sikit da rambut d? gambar tak sempat snap sebab mama sibuk pegang aQim dan abah sibuk nak gunting rambut dia

hihihi gelak nakal kat abah ---> sebab tak berjaya nak botakkan kepalaku!!
aQim meronta tak abis², dapat potong sikit jer. nanti la lenkali sambung!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
selamat pengantin baru utk Zamri n Yusnor Izzah..




balik dari kenduri kawin tuh, kami singgah Restoran Limau Nipis - recommended by my officemates... katanya air itu sangat sedap..
air limau nipis special yang dimaksudkan ialah yang putih hijau itu ya, kawan²..
rasanya? tak sedap la! ada jelly (ke agar²?) yang keras di bawahnya..
dan agak memualkan..ekekekeke...

my rating? 1.5 out of 5 stars
kerana pekerjanya LANGSUNG tak mesra alam!!

dan kata² saya ini disokong oleh 2 orang di atas ini muehehehehe....


nota:
car seat ini sama cam aQim punya. makin lama, makin naik harganya... penipus kan?? bukankah patutnya makin turun??



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

ada tak sesaper yang gemar cari restoran steamboat?? ku suka jer makan steamboat nih.. tapi, susahnyaaa nak cari yang sedap, kan? (please jangan promote johnny's padaku --> ku sangsi status kehalalannya okeh...

okeh.. kali nih kami TERJUMPA satu restoran steamboat milik chinese muslim di TTDI.. Restoran Silver Pot..
kelebihannya: setiap pelanggan(pemakan) ada potnya sendiri; sila fokus pot di meja itu.. maknanya..anda tak perlu share sup dengan pemakan (pelanggan) lain walopun dia itu anak anda..ehehe..

ini antara set aku n iQa - harganya sangat berpatutan dan sos pencicahnya sedapppp (ada cuka tau! tak sesuai utk mereka yg pregnant dan fragile- kalo peknen tegar cam aku takper ehehe)
boleh pilih sama ada anda mahu chicken soup @ tom yam @ vege soup

tapi untuk orang ini... makan bubur buatan rumah sajer la yer (homemade)
eisshhh geramnya tgk kaki lima! rasa cam nak p jalan² zombie jer!!

notes:
selain steamboat, ada juga makanan lain seperti nasi mee etc.. hubby makan nasi goreng jer dat day. tapi tak sempat snap pic sebab ku sibuk memasak (read: mengawal iQa main masak² atas meja!)

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
nih sebenarnya da outdated sangat da...

aQim stat jalan pada umur 1 tahun 19 hari to be exact..
hari tuh Jumaat 2 Januari, balik keje cam biasa ku main² ngan dia kat sofa.. si kakak plak main beskal kat depan umah..sekolah lum bukak lagi masa tu.

selalunya aQim akan merangkak p ke pagar umah tu utk jerit² kat kakak dia... tapi hari ni, aku lepas jer dia kat lantai, dia bangun -----> terus jalan (ala-ala zombie huyung hayang) hala ke pintu. wallaweh... da jalan terunaku!!

gambar 1st time berjalan? tarak! mama hover hexcited, lupa amik gambar! ekekeke...
nih gambar pada hari ke 2 dia pandai jalan

ok.. pasang kuda² dulu...
cemana nak jalan ni kak? saya takuttt...hihihi baru jalan beberapa tapak.. da berenti. tergelak² sensorang. apasal ntah aQim nihpenat jalan, dok lam stroller plak laaa





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ihihi ku tak tau apa kes yang menyebabkan ku tak hapdet blog nih...
dan... banyak sungguh cerita ku simpan lam kepala ekekeke


kisah pertama: SELAMAT JALAN TECHNO XT ku..

menda nih aku merengek² nak beli masa kami singgah Johor Bahru on d way ke Desaru arituh...beli pakai duit sendirik kan... pandai² ko la nak buat apa pon pastuh..ekeke...

ku da selamat jual kat mudah... ehehe memang mudah pon!! terima kasih kepada Puan Nadia Yahya di Pelabuhan Klang. hope u like it!!


kisah kedua: anakku yang takoot air...

ku pegi pool..dengan nephews yang extravaganza lasaknya (ni 1st time aku bawak depa. sebab depa ni lasak sangat! ku malas nak bawak ekekekeke)
dan
baru ku tau anak lelaki ku takoot air wakakaka....

time baru sampai, terjerit²la dia tgk orang mandi.. macam geram sangat tgk air tuh... then sapu² lotion sket... dush ---> kakak bawak masuk lam air..
peluk kakak kuat²... sejukk nihh!!

selagi kepala tak basah.. dia ok jer lagik..
basah jer kepala..terus huwaaaaa
aQim nak naikk la kakak.. takmo mandii daa...
tolong laaa saya nak pulang ke pangkal jalannn hahaha..main air kat atas nih jer la...
eisk lapor plak.. sedap gaks dapat makan nasi tepi pool nih!
sesi bercerita pengalaman mandi poolnya kepada mama...

ni anak² sedaraku 5 beradik yg HEBAT kekekeke---> mengikut putaran jam; Aiman, Aliff, Hamzah dan I'a. Hafiz takda lam gambar

okeh
kisah seterusnya saya sambung di entry berikutnya...




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
1948 peristiwa Nakbah terjadi. Masjidil Aqsa dicemari tangan-tangan zionis. Sejak saat itu, peristiwa demi peristiwa mengiringi saban tahun...tangisan kem pelarian Sabra dan Shatilla dan sebagainya. Kita hanya mampu melihat, tanpa mampu berbuat apa-apa...

Kini, 2009 membuka tirainya dengan asap tebal di Semenanjung Gaza. Darah merah membuak-buak membasahi bumi Palestin. Hentaman senjata berat membelah dunia mereka. Maka, sekali lagi kita hanya mampumelihat dan menyaksikan dari jauh...tanpa mampu berbuat apa-apa...betulkah?!Inilah masanya kita menafikan semua itu. Buktikan kita adalah ummah yang bersatu. Buktikan bahawa kita mampu membantu dari jauh. Jauhkan diri anda dari segala produk tajaan US-Yahudi. Padamkan api-api rokok berjenama Yahudi. Hilangkan keinginan mengunjungi Mc-Donalds. Tinggalkan panggung wayang yang menayangkan filem-filem buatan mereka.

Laksanakan peranan kita setakat terdaya, selagi kudrat diberikan oleh-Nya.

Bagi menyatakan sokongan diharap anda dapat memberikan komen atau mengundi di SINI bagi tajuk "Kekejaman Yahudi-Zionis Membuka Tirai `09".

Takbir..Allah Akbar..

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Kawan-kawan sekelian,

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark
terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam
bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wish
we could start thinking about that. Please inform our malaysian muslim to
stop buying and boycott all lego products.

marahnyaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back