ena
aku balik lambat sebab ujan lebat...then jalan jem..
hubby lik lambat so aku kena amik iQa (ni rutin ari jumaat aku..)

aku mencik kete suka potong Q inih!!!! sedappp jer potong aku!! seb baik aku baik. kalo tak mmg ler aku tak bagi ko masuk line tau!!!!!!!
alahaiii sian iQa... da gelap gelita baru aku sampai skolah dia..
ada la 2-3 orang jer yg tinggal huhu gambar pon tak nampak apa...


hari sabtu, kami sumer baliks Selayang (bulan ni, kira tetiap weekend la kami balik selayang!)
malam tuh ada kenduri sket.. sebab PIL nak pegi haji ujung bulan nih.. 31 Okt 2008 - Jumaat nih la kan??

masa kenduri, ku cari² sepupu pompuan sumer ilang... rupanya depa lam bilik tengah mekap...
ha?? kecit² da pandai mekap? akakaka...
aQim tatau diam... panass laa dok lam umah ni. ramai sangat orang!!
orang kt depan tgh baca yasin.. kami + depa leh layan tV ekeke tak senonoh btol

ha tengok! tatau diam btol! nak amik gambar pon tak dapat muahaha
main ngan sepupuku merangkap bapak sedara sepupu kepada aQim..
uncle Isyraflepas makan, aQim da ngantuk sangat da. ku suruh iQa tepuk baby tido, ku nak layan tetamu...
sekali aku jengok... dia yang tido??
haihh... baju pon tak tukar.. kompem lom semayang isyak nih!!
*iQa tido pakai spec supaya nanti mimpi idak ler kabur..ekekeke
aQim sudah tido.. aiyaa tertonggeng pon boleh la. da ngantok sangat!!
haihhh buruQnya bantal kakak iQa nih!!
aiyaaa.... suruh bangun semayang subuh, d p tido kat sebelah adik dia plak..
haiihh anak dara aku....


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sempat lagi depa posing sebelum majlis bermula

majlis dimulakan dengan tahlil dan bacaan Yasin...
untuk arwah ibu bos ku dan pakcik kepada 1 of our colleague

aku terkelipot sebab sejukkkk yang sangat!!
kaum ibu² malu kot... depa sembunyi di ceruk tikar sebalik tiang..

lepas yasin kita gambar ya!!
ni sumer geng aku... depa suma tak kawin lagi wiwittt...
aku sorang jer mak bodak tak sedar diri huhuseterusnya sesi beratur amik makanann...
haaa didepan ialah Locko yang Cecep (sila rujuk cerita CECEP di Astro Kirana - tak silap aku la)

haa ni lah orang yang diraikan - yang berpisah dengan kami. Cik Linda telah bertukar ke JPA bulan lepas..

ni lah dua orang mak angkat aQim a.k.a babysitter aQim tiap kali aku bawak d p opis



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun
berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak
percaya wujudnya tuhan. Die pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Anak2 : Ader cikgu.

kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket die, kemudian
bertanya lg..

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Anak2 : takder cikgu.
Guru tadika: Anak2 nmpk tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Anak2 : takder cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nak brain wash otak budak2 tu
berjaya.Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun
mengangkat tgn...

Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader kan?
Kwn2 : ader.
Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader.

Moral of the story , bila tak nampak, tak semestinya takdak! sayangi agama
kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
waktu aku menaip nih..
breast aku dok rasa berdenyut² nyit nyittt.... adoiiii sengalnyaaa

sebenonya aku da pegi Klinik Kesihatan masa ari Rabu minggu lepas.
biasa la aku bila g klinik gomen ni mesti hangin satu badan. lama nak mampoz tunggu turn!! memang angin laa!!! datang kul 8+ masuk bilik doc dalam kul 1++ marah tak???

balik citer bengkak tuh
doc da check.. pegang kiri kanan atas bawah..
katanya tiada bengkak!
takde??
mana bleh!! aku rasa memang ada!
d pegang lagi atas bawah kiri kanan.. d tanya aku rasa cemana..
ku citer la.. sengal² tak ilang²..
bukan cam lump tapi cam ada susu banyak.. (ibu² bF mesti tau cemana rasa bila susu banyak, kan??) then dia kata...
memang ada bengkak ketulan besar di pangkal buah dada nih... tapi bukan lump. memang lah!! aku da kata bukan lump! kan aku kata ada cam bengkak!! eisskkk!!!
*garang tak pasal² aku nih!!
doc kata
mungkin sebab aku peknen..
then bengkak breast sebab hormon
bengkak ni biasa la dalam seminggu akan ilang
takde kesan kemerahan.. dan biasanya tidak menyakitkan etc etc
tak sakit? aku da stat rasa sakit tau sekarang nihh!!
seminggu?? masa aku jumpa doc tuh da masuk 2minggu aku bengkak tau!!

huraian dan penjelasan doc tuh memang la tak meyakinkan aku pon!

pastu dia kata, i kena refer u pada pakar sebab ini bukan bidang saya...
ketik ketik ketik d taip surat then pass kat aku suh bawak p Hospital Putrajaya utk dapatkan tarikh appointment...

ku amik surat, time slip then balik opis... LETIH!!!

ketika entry ini ditulis, ku masih membiarkan bengkak itu menyibuk dalam hidupku... huhuhu.. tatau nak buat cemana!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
jumaat lepas, saya da janji dengan zea dan Nisda nak p umah depa
tiba² plak malam tuh pukul 1+ pagi waktu saya dan iQa lena tido (hubby p OS mesti si iQa tido ngan aku... takmo tido bilik d)
muncul plak mak, abah, kak wati n anak² dia depan umah aku...
depa baru sampai dari Muar..
pastu uG dan Ucu plak sampai.. hhihihi ramai balik orang kat umah aku.
bagus bagus!! aku ni pon sebenarnya penakot dok umah ngan anak² kalo hubby takda..
borak² kul 3+ baru aku masuk tido
pukul 4 pagi plak... aQim demam.. apa hal ni? takde selsema takde batuk tetiba demam plak..
pas bagi ubat surut ler demamnya...

sok pagi nyer seperti depa rancang..nak g umah wak Rubiah (kakak abah aku)
terpaksa la aku join kan??
abis cemano plan aku?? huwawawa...

ari sabtu ku sempat p umah zea jer... ingat kalo trus p umah Nisda sempat gaks. tapi memandangkan zea nak pegi lewat dan Ros plak tak sampai lagi...tak dapat la aku join depa..
Sori la NISDA.. ku mungkir janji huhu...

time kuar dari umah zea tu badan aQim panas semula...pas beraya, lawat Wak Rubiah sakit dan bla bla bla... ahli rombongan yg lain singgah Mydin USJ.. ku pon singgah solat then trus p bawak aQim ke klinik. badan da panas sangat. kena masuk ubat kat muntot! ha amik ko!
pas ubat lik umah trus lelap!


ni kat umah Kak Faridah @ Shah Alam.. anak aku tak malu! tak penah jumpa tapu leh plak tetido atas pangku orang tuhh ekekeke...


lepas solat maghrib, atuk n umi nak shopping, muka idung pipi sudah merah.. mata sudah berair.. mama gerak balik dulu sebab nak p klinik.. temp sudah 40 degree

ari Ahad, time suapkan aQim makan + dia minum air pakai cawan, ku dengar ketuk ketuk bunyi bibir d terantuk pada cawan.. aikk! apa tuh??
wallaaa...
aQim tumbuh gigi!! 2 batang gigi bawah sudah keluar..ekekeekee

*lLA, kita baru jer kutuk aQim lambat tumbuh gigi ek? ahahaha.....



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi tadi, kami seopis melawat ke rumah abang kepada bos ku... Salam Takziah puan atas pemergian ibunda tercinta...

Allahyarhamah kembali ke Rahmatullah pada pukul 3+ pagi tadi di rumah anaknya di UPM, Serdang. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah....





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kelmarin, ada orang tuh terjun dari katil
tengah² malam, time mama n abah lena tido,
orang tuh sebuk panjat mama panjat abah sumer² la...
tetiba
bedebukk... di sambut oleh suara aQim melalak panjang...
Astaghfirullah al azimm... d jatuh terlungkup atas lantai..
selalu d jatuh bernasib baik jer. kali nih, dahi kena lantai pastu part area mata tuh tatau terkena apa (kena bucu baby cot kot??)

alamak susah nya nak amik gambar

hah ni.. calar kat mata tuh...

dahi belah kiri tuh lebam... tak nampak sangat lam gambar

hari kedua - lebam da ilang, tapi parut tepi mata ada lagi



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ni masakan malam tadi... kunun kan hubby nak pegi OS..
ku rajin la masak dinner... hehehe nak bagi hubby rendu kat aku ler ekekeke...


ni tomyam seafood - iQa request takmo pedas sangat haa mama eheheh

lauk wajib: sayur - sawi bunga + udang kering originally from Kudat

serba ringkas - bean curd+bawang goreng



ni brunch aku kul 11.30 pagi tadi nasi ayam di Anjung, Alamanda
sedap ni woooo.... RM4


*kalu p Anjung, kedai ni sebelah dalam. dekat sebelah Bank Islam. ku tak ingat namanya. tapi ada satu kedai jer disitu. makanan lainnya sumer tak sedap. nasi campur, soto, mee kari sumer fail. nasi ayam jer sedap.. muahahaha




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
muahahahahah ku rasa nak sepak si penulis papan tanda ini ekekekeke.......
please read

Lokasi 1: pekan Seri Kembangan
rumah kedai ini belakang ada bilik sewa. Jam am10 pm ada orang di rumah
Lokasi 2: Selayang Baru

kasut siyap repe gepat ambe

adakah maksudnya: kasut siap repair cepat ambil?? muahahaha..

yang ini bukan signboard sebaliknya saya snap sewaktu berhenti di t.lite...
sila lihat anak sekolah ini, bergelak ketawa dengan bahagia di atas motor.. tanpa memakai helmet.. dan sila lihat motornya di sebalik curb - maknanya? dia berada di laluan bertentangan! ni saje la nak bunuh diri nih! eisk mencik aku!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
time lunch.. kami gerombolan si cecep seopis p la makan kat restoran nih...
nih gara² terpedaya dengan Yang Zarma punya sogokan laa...

*mangkuk dan pinggan kat kedai ni lawa...
tapi, service, lembaaabbbbb yang amat! rasa nak pelangkung jer!!


Cik (bakal Puan) Yusz sedang melayan Penang curry mee - katanya tak sedap!!


kuey teow aku - nama apa tah.. aku lupa da. nama pelik sangat ekekeke...
udang besar tuuu
*pon tak sedap!

nih cendol aku.... memula tuh cantek abis la. aku lopa amik gambar. da runtuh baru snap! rasa dia sengal sikit. cam santan kotak jer ekekeke

ops rakusnya aku makan!! owhh maluuuss
sila lihat di kiri aku ialah Cik Lela dan d depannya itu ialah Pai Tee.. yang ni sama cam rasa kat chicken rice shop


ni plak si Nazat cecepah itu... bley plak dia posa tapi nak jugaks ikut kami p lunch
ini macam punya worang pon ada ka?? ahahahaha




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harituh kami makan di Old Town Kopitiam..
eheheh saya kan Giler Kuupi.. (kopi original saja ya. bukan nescafe, ali cafe ataupon milk cafe) beshnya minum kopi sedap!

nasi lemak saya (dan timun untuk aQim)

ni anak cina ke jawa nih?? tgh balun mee udang

slurrppp... bikin ku rasa mau pegi lagi daaa...

ini pula mee kari.. (eh iye ker??) ke aku tertukar nama untuk 2 mee nih?
alah belasah jer la...

yang penting, tiga² yg kami order tuh memang delizes (sila ajuk kata² Onisha hihi)


*sila lihat si kecil yang berpuas hati dgn hidangan timunnya itu ehehehe

*hubby tarak sebab sibuk p beratur bli whipped potato kat KFC ekekeke




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
si phoebe mengenalkan aku dengan satu test nih..
tak pasal² aku p buat bagi mencukupkan masa kepada 5.30petang...

hahaha sapa² yang giler CD (cloth diapers) cam aku.. leh try buat nih ya.. click sini..
http://www.nerdtests.com/mq/take.php?id=15598

nih hasil aku....

Your Test Scores

Clothy: 68%

The Nappy Test
says that I'm A Cloth Addict


What does it mean?

Oh dear you're addicted, you have a few more styles than you maybe need!! Never mind, at least you're saving the enviroment, and you would save money if you didn't keep buying new styles!!


For your test taking skills, here is a graphic to share:




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
rasa cam nak balik. tapi jam blom 5.30 lagik...
so nak tepeks gambar boley tak???

kul 4ptg saya p turun ke nuseri. feeding time. ku tgk aQim seronok jer gegar² playpen dia...
trus ku amik henfon nak tangkap gambar d seronok tuh...
skali dia nampak plak muka aku... trus la nangisss.... nak suh amik la tuh!

ni konon merajuks la nihh

skang ni d suka sangat buat muka cemek gini

ingat aku nak kesian la tuh... muahahaha kena gelaks lagi adalaaa

last² amik dia dan salinkan dan menyusu..
pastuh da gembira da...

ku nak mainn tapi nak mama ada tepi... buleh kaa???




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back