ena
gambar bam-bam hanya sekadar iklan...

saya tidak la dilahirkan dalam keturunan yang banyak susu badan..
family background pon, takde yang mendorong saya untuk menyusu badan kat anak²..
cuma masa lepas bersalinkan aQim, tiba² dapat wahyu nak baca itu ini pasal breastfeeding..
in fact masa pregnant pon saya langsung tak teruja pasal susu badan...
beli isis memang masa peknen tapi lebih sekadar standy sahaja..

tapi Alhamdulillah..
rupa²nya bF ni sangat exciting!
banyak cabaran, dugaan yang menguji keTABAHan, keSABARan
dan mampu menggoyahkan iman..
tambah pula dengan nature kerja saya
yang kerap kena outstation dan driving sendiri ke tempat kerja..
memang tak mudah! (walaupon dulu saya SANGKA mudahh)

untuk ibu² yang MERANCANG untuk menyusukan anak..
persediaan MENTAL lebih utama dari fizikal (infrastruktur la nih..) **itu pendapat saya ye!

sebab:
1. katakan anda sakit B bengkak, nk bagi lega, anda pam² dengan pam terhebat dan termahal di pasaran. pada masa yg sama, MIL dan mak pula pujuk anda yg kesakitan dengan kata² "nak senang bagi jer formula milk (FM) ..senang! takde sakit²..." Kemudian, B pula yang di pam tak keluarkan susu. anda mula tertekan dan timbul syak wasangka bahawa B anda tak banyak susu..
haaa kan da silap tuh?? sepatutnya akal anda mengingatkan diri supaya sabar...nanti lega la.. dan tabah mengepam.. lama² susu kuar laa

2. atas sebab² tertentu anda terpaksa berjauhan dengan baby.. maybe seharian.. out station kuar pagi buta..then sampai umah tengah malam.. jadual pack tak sempat pam etc.. caner?? nak senang.. biar ajer tak payah pam. tapi untuk memelihara milk production, kena pam juga at least 4 jam sekali.. time ni MENTAL sangat penting banding ngan infrastruktur!! biasanya kita manjakan diri dengan pelbagai alasan antaranya:


1. OUT STATION.. TAKDE PORT NAK PAM!!
Sila gunakan shawl @ nursing cover.. time dalam perjalanan ke site visit pon buleh pam dalam kete... soundly.. even the driver won't notice you are having you session!!

2. BOTOL TERTINGGAL!!!
Tgk... saya ikat plastik playtex pada pam.. ikat dengan getah jer!!

double pump.. ikat getah jer ekekeke

3. PLAYTEX PON TAKDE KAT OPIS..!!
Guna ajer la botol apa² yg ada kat opis.. asalkan dicuci bersih, suda okey..


4. TAK BAWAK PAM: urgent meeting kat luar opis - haa okeh.. ni alasan paling kukuh la kan
TENGOK!!
saya terpaksa perah dengan tangan time pegi meeting di luar pejabat:
ku sangka meting sekejap. so tak bawak la peralatan sumer..
peringatan: pam secanggih mana pon tapi kalo da set kat minda "tak sempat"..mmg tak sempat!!




alah bisa tegal biasa... lama² okey laa... biasakan bawak beg pam disamping beg keje..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

nih kisah AKU merajuks sebab tak dapat pegi MVEC...
tatau nak describe..
kecit ati ke sakit ati ke busok ati ke....



benciiiiiiiiiii................!!!!!!!!!!!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
walopun ada kejadian ni di surau ofisku...
sambil baca paper tuh ekekeke


tapi aku lebih suka kejadian begini...

nih kejadian semalam... tetap bersama isis juga..

pojaan hatiku di sisi hasil sesi pukul 4.30 petang tadi..
20 oz per session tau!
cemana la aku tak sayang isis kan??



kalian... wajar tak aku nak letgo yang ini??? tolonggggg..........
baru pakai 2 bulan beb...plak tuh alternate shift ngan isis..
alahai memang baru ler sangat... cam sayang plak!!





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
i love to play with my jumping lion!
gewam! rasa nak telan!!



tips of the day......
this is what we shud do during the summer...



1. Brings cooler bag with the ice pack wherever u go

2. whenever u feel hot, simply take out the ice pack/cooler from the bag

3. make sure the cooler is cold enough
4. put the bag on your head - as a cooler hat
4. and the cooler near to your within your neck and chest...

5. now enjoy the cooling effect!

6. Dont forget to SCREAM if your mom trying to remove your hat!!

arrgghhhhhhhh i love this coldness....




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
nih ler gadjet baru aku... bukan gadjet latest... tapi oleh kerana gadjet ini berkaitan ngan tajuk PANIC... ku masukkan ler lam blogpuas aku carik benda 5 laci nih keliling KL tau... hahaha
banyak kedai jual tapi besar2 bagak... aku nak yg kecit cute jer..hehehe
akhirnya jumpa laaa

sila lihat menda adjuster nih kat atas sekali, sudut kanan...
aku suspect mesti ada orang main2 adjuster temperature nih! sebab tu susu aku da cair!
masa aku check, level tuhkat 1.5 jer huhuhhuhu
nih pada malam selepas kejadian... budak kecit nih sakit gusi
menangis tgh2 malam sebab sakit nak kuar gigi..
asik merengek takmo tido, last2 aku bawak turun dapo, teman aku masak kul 2-3 pagi

nih laci pertama
satu laci nih, sumer separa cair tau!! adoiii lebam aku nak abis kan susu!

kalo mama kira susu, dia pon sibuk selak2 botol susu --> ajuk mama kira susu
laci kedua SELAMAT.. takde kecairan

okeh mama... laci ke empat pon PASS ---> tiada kejadian kecairan berlaku!
laci ke 3 pon selamat dari kecairan... tapi lupa nak snap... huhu



CABARAN 1:
menghabiskan 50++ frozen ebm dalam 3 hari:

1. consumption harian aQim (4x) and Arissa (3x) di nursery ialah 28 oz + 21 oz = 7ketul
2. gantikan bekalan fresh milk Arissa (3x) dengan frozen ebm = 3 ketul
3. PAKSA aQim menyusu tiap kul 10 mlm & 6 pagi = 2 ketul
so total usage = 12 ketul sehari...

huwarghhhhhhhh baki belas2 ketul lagik????? ku doa la susu tuh mencair secara berkala. Setakat nih semua tak cair abis lagik!


CABARAN 2:
tiba2 aQim kurang mau menyusu...sebab dia sakit gusi, nak kuar gigi... huhu siann dia.. kesian gaks aku!!

sekali lagik aku doa la susu tuh mencair secara berkala.



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi nih button panic aku ditekan berkali2!!

sedar2 pagi, hari da hampir terang! da pukul 6.45.. huwah... PANIC!!
tak sempatla aku nak pam susu pagi nih!!
mandi laju2.. sekali sakit perut pulak!! PANIC akuh! takkan tak baik lagik sakit perut family day nih??
salinkan diapers dua BABY (ye..aQim pon kira baby jugak..)
dan cepat2 turun bawah nak kemaskan susu masuk cooler bag..
bukak freezer.. ice pack MLO tak beku..separa panic.. takpelah.. bleh pakai coleman punya..

bukak drawer freezer..tgk2 frozen ebm separa thaw!! huwaa PANIC BESAR!! macamana leh thaw nih? mesti ada orang ubah temperature freezer aku!!
tekan2 pack ebm... berpuluh2 ketul jugak la yang thawed.. PANIC tak ilang lagik!
jerit panggil hubby nak suh tgk aku sedey... huwaaaaaaaaa.......
pagi nih arissa dibekalkan 6 ketul frozen ebm yg separuh cair tuh.. (biasanya 5 ketul jer..sebab da banyak sangat yg cair, ku bawak ler banyak..)

terpandang lak hubby makan roti... aih!! air hubby tak buat lagik.. huwaaa ku PANIC semula!! cemana leh tak sempat nak buat air nih? jam da 7.40!
panaskan lauk lunch iQa, angkut barang2 masuk kete dan vroom...kuar umah!

sampai nursery 8.05am turunkan aQim...oleh kerana dia tido, ku anto masuk bilik terus. skali letak jer atas tilam, dia bangun plak. hiyaaa... skali cari2 botol susu takdak!! milk dispenser pon tak refill! haiyaaaa aku lupa!! botol takde nih! cemana! aku PANIC agi skalik...

bukak beg susu Arissa..seb baik ada 2 teat...kuarkan 1 botol dari beg pam aku, isi dgn frozen ebm Arissa. selamat la ko aQim, minum susu pakai teat baby... 2 ketul ebm 7oz bagi kat aQim..so susu tuk arissa da kurang ler..cemana?
masuk kete, cari port seswai zass aku pam susu 2 botol tuk arissa gantikan yang bagi aQim tadi.. huhu.. jam da 8.20am

vroom sampai ofis kul 8.40am..


SEKIAN... hins hins hinss.... (tak cukup napas beb!!!)



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ku pnt tau!
ku lebam!!

tapi yang best...
ku da PINDAH umah... yeay!!!!!!

nanti la kalo ku jumpa cable camera n cable henpon baru ku update gambo...(ni kes lupa mana kotak ku sumbat wire daaa...)


huhuhu......

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sebenarnya aku nih..
pagi petang siang malam...
asik pikir menda yang sama..

KELIRU..serba salah..
ku DILEMA...
nak buat satu keputusan yang agak besar
bakal memberi impak besar padaku, suami, anak2...
haih.....

adoihhhhh.......
huhuhu nak istikharah la gini

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Sejak dapat PM baru...
pendekatan pentadbiran da berubah sikit demi sedikit...
sekarang sibuk dengan 1 Malaysia...Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..
sebagai penjawat awam.. saya pasti la terkena limpahan perubahannya..
cara kerja kian berubah..
sekarang kena work extra miles...

sejak tambah orang baru..
kehidupan saya sekeluarga makin berubah..
yang pasti rutin mama ni la yang paling banyak berubah..
dulu basuh lampin 2 hari sekali.. sekarang hari-hari..
dulu pam untuk seorang, sekarang saya pam untuk 2 orang..
dulu time makan gaduh ngan aQim..
skang da tak gaduh...biar jer aQim wat sepah..
sambil makan, ku sibuk goyang-goyang playpen supaya Arissa senyap..

dulu pack barang untuk ke nursery 1 bag..sekarang 2 bag..
dulu tido peluk aQim sorang (ops...2 orang actually + my DH..) sekarang da kena peluk 2-3 orang
dulu tido katil queen skang da sebok carik super king..

nampaknya ku pon work extra miles gak!!
sopping pon kena extra miles.. ehehe...

sebenarnya.. motif ku ialah, nak bagitau:

1. ku sedih.. harini ku start kerja..huwaaa... (permohonan unpaid leave utk menyusukan anak tidak diluluskan)
2. ku sukaa... esok kena p meeting + course kat Langkawi until Sabtu..yahooo!! ku nak sopping!
3. ku sedih.. sebab DH takmo pegi sebab dia ada course until Jumaat..
4. ku sedih... sebab terpaksa tak pegi Langkawi tu... huhuhuhuwaaaa



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Ahad 14 Jun 2009 Susu badan lawan kanser bapa

Georgia sanggup melakukan apa sahaja demi bapanya, Tim Browne.

Seorang wanita dari Bristil sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27 dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.

Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya Tim Browne, 67 kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.

Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kenaikan susu badan.

"Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya. " kata Georgia.

Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.

Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnos menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan.

Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. - Agensi


Nota ina:

haaaaaa ngaper tidak diminum susu yg TT Ratio, moo moo... etc?? masa kecit sebok nak susu lombu...dan tuo nak susu ibu plak!!

* Ikut Islam, susu badan itu hak suami...sebab tu nak susukan anak orang, kena izin suami
** Kalo bagi susu kat abah, buleh kot? sebab suami dia dia izin?? wakakaka..
*** Orang tua yang minum susu badan...tidak jadi anak susuan ye...!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
petang semalam kan sedap sangat balun durian...
separuh tupperware aiskrim aku balun...sambil main congkak ngan iQa..
hasilnya..tadaaaa
kul 4 pagi B da penuh...(biasanya kul 6)

ye ibu ibu sekalian..
makanlah durian untuk meningkatkan kuantiti susu badan anda..

sekian...


*segmen ini ditaja oleh Kak Wati yang bekalkan aku durian free punya la banyakk..ehehehe sedap sedap sedap... mekasih...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bohsannya aku....

bangun pagi.. susukan Arissa..
mengepam, mandi..
susukan Arissa.. tido balik...

kul 9 bangun, mandikan Arissa
minum milo... susukan Arissa..
naik atas, tido balik..

susukan Arissa, kejutkan aQim..
masak.. makan + suap aQim...
tengok tV..
asik2 minum milo, makan kopok...

kat hall panas...berpeluh2...
naik bilik, on air cond, susukan Arissa
tidokan aQim n Arissa...
on laptop layan porum...

pastu aku tido...
bangun tido, mandi, susukan Arissa
masak dinner sambil tgk Arianna kt tv3..

hubby balik, makan, lepak kat bilik..
layan aQim...
tido...

sila ulang rutin ini selama 3 bulan ++...
(aku mc 3 weeks sebelum bersalin, dan sekarang aku da 28 ari selepas bersalin...)


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aktiviti hujung minggu lepas...
kononnya nak tunggu genap 7 hari nak cukur rambut n bagi nama..
tapi masa tu, ubun2 arissa lembutt sangat lagik..
si tukang cukur pon tak berani nak cukur..
so
just bagi nama jer la...
cukur kepala, tunggu la minggu berikutnya...
inilaaa si tukang cukur...




















alahai merinding rambut arissa...
takut gaksnyer...
aku??
ngilu sungguh dengar bunyi pisau cukur tuh



















ni la rambut yang akan dikorbankan





















da settle... haihh...
nampak jer tido... tapi sokmo bergerak2 minah nih..
susah nak cukur!













ngaper shape kepala arissa cam kepala Terry Henry?? ahahaha...



haihh lena jer dia..



ok da siap...
da mandi...
da tak gatal da...

wajib la menyusu pas mandi,kan??
hmmm da kenyang, dia lalok semula.. nak tidooo huhu

mmmm....
kenapa rasa berangin ajer kepala ku yer??? ehehehehe...............



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
23 April 2009..Khamis
hari ni aku da overdue 7 hari..
sakitnyer idak ler ada...
sikit sangat sakit yg menjengah...
masa last check up, doc mintak dtg check dan induce hari ni...
ku sengaja takmo pegi pagi2.. ku pegi kul 11 gitu..
seblom gi, ku salam mak n abah.. memacam pesan depa...
kononnya aku da nak kena bersalin la sangat...hahaha
check itu ini, tgk BP sumer ok jer...
doc scan - ketuban juga ok..
laluan - baru 2cm... haihh takde peningkatan pon!!
doc khamsiah kata --->
BP ok dan still safe kalo nk tgu sakit.. mana tau malam nanti sakit ker...
hmmm sempat lagik doc melawak nak bagi ku sedap ati kot!
all of us agree to postpone induce ke esok hari
ku prefer esok sebab esokkan jumaat, berkat sikit...
park je kete depan umah, abah ku jengahh...
"haihhh kenapa balik??? tak beranak lagi?" wakakakakakaaa....

24 April 2009.. Jumaat
bangun pagi2.. gigih aku masak nasi lemak n sambal tumis...
kemaruk je aku pi makan pedas2...
kunun lepas ni takleh makan..pantanggg..
hihi kul 9.30 pagi ku da ready baring atas katil labour room...
haihh... sangat boring ok.. orang datang sini dengan sakit makit...
aku jer laki bini masuk labour room bawak jajan... leh makan masa boring
(apakah? dalam labour room pon leh boring??)

kul 9.30 pagi - adaaaaa nampak cam muka orang nak beranak ker aku nih???hahaha

nih obat utk induce aku...
ubat suda masuk... mari kita tido...





menjelang kul 11 aku baru stat sakit sikit2... lambatnya sakit datang! masa ni lam ati da ready da... agaknya aku kena caesar lagik kali nih kott... huhu
plak tuh...
hahh nak kepoh la nih... sejak aku masuk pagi tadi, bidan in charge (namanya Rogayah) sibuk suh aku amik epidural..
kami both agree takmo amik...
kul 12 lebih time dia check aku, dia kata baru 3cm opening..
"lambatnya awak sakit! tu laa saya kata amik epi. kalo amik tadi, ntah2 da bersalin da awak nih!!"
haihh kenapa asik gesa aku amik epi??
masalahnya aku takde la sakit tak tertahan...so no point nak amik epi,kan?? hisshhh....

kul 1pm... ku sempat lagik makan nasi minyak + ayam sambal.. nyum nyum sedappp...ehehe
time tu, hubby p solat jumaat ---> ku siap pesan mintak d solat hajat n doakan ku sakit cepat2..
pas makan ku lepak2 dan sakit2 daa...every 5 minutes..
masa ni aku cool jer...tahan sakit, baca doa..takde pikir apa da...
kul 2pm opening da 3-4cm ----> bidan lain check... depa da tukar shift. bidan ni tak pakai nametaG..so ku tatau nama. baik bidan ni...hihi suka aku! hubby lik solat, aku still interval 5mins.. da berpeluh2 siap suh nurse kuatkan acond ehehe padahal orang lain da sejuk da..
3.30 pm doc khamsiah datang check da 7cm.. doc suh nurse prepare alatan sumer.... hubby seronok sangat da masa tuh.. harapan nak bersalin normal makin cerah! (masa ni aku tak terpikir da kena normal ke caesar ker...) ku concentrate doa n layan sakit. bercakap pon idak..kejap2 ku minum+makan kurma.. haus woo..
4pm sakit da makin kerap, rasa tak tahan sangat!! baru terasa sakitnya kat belakang punggung.. haihh.... doc khamsiah tu best sangat tau!! kejap2 dia datang, usap2 perut aku, baca doa kat perut... wallaaa touching btol ekekeke.... time ni depa sume da ready da... tinggal tgu aku rasa nak teran jer..
4.30 pm opening da 10cm. kaki da kena ikat..doc pon da ready..action time...ehehe
tepat 4.42 petang
itu dia kepala Arissa da kuar...
i took 15mins to teran... Doc siap warning... lebih 30 mins, dia vacuum...
bila tgk Arissa kuar... Subhanallah.. patutla susah nk kuar.. cord da terbelit 1 lilitan di leher dia
laju jer nurse "kerja"kan si Arissa depan mata aku ehehehe...
tu dia si kecit diletak atas perutku...
haihhh... baru kuar da bukak mata...

Syukur Alhamdulillah...
anakku sempurna sifatnya...
beratnya exactly sama ngan aQim...
Alhamdulillah... ku sihat, baby pon sihat...
dan yang penting, ku tak kena jahit... yahooooo!!!! hahaha....
hubby kata...
nak bersalin pon takde rupa orang nak bersalin
pas bersalin pon muka samaa jer... takde perubahan.. iye ke??
sekian sahaja..... nota kelahiran Arissa Qaisara
4.42 pm - 24.4.2009


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
ku tidokan aQim di sebelah kanan
ku tidokan baby di sebelah kiri...

yang sorang nyenyak kena air-cond sejuk beku...
yang sorang gelisahh... tak tahan sejuk..
haishh....

yang suka sejuk nak tido dipeluk..
yang tak suka sejuk asik terkejut2...

aku bangun senyap2 buka laptop dan ada hati nak update blog...
skali aQim raba-raba bantal ku.. mencari mak dia..
dan si kecil pon menguis2 juga... sebab sejukkk...

haihhh nampaknya hajat nak menghapdet tak kesampaian...
sila shut down laptop semula dan peluk anak2 bagi depa lena semula...











sekian....

**haihhh bila aku nak dapat ngadap laptop lama2 nihhhh huwaaaaaaaaaaa
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back