ena
tragedi 1:

pagi senin arituh
pas hubby p keje aku sambung tido ler...
kan kami dok 1 bilik je anak beranak kat 1 World tu...
iQa n aQim tido kat bawah,
dalam kul 8 pagi aQim bangun carik aku, dia panjat2 la nak naek atas katil nak sambung tido sebelah aku..tah macamana kekdah dia panjat, buleh plak dia jatuhkan kepala kat batang idong aku!!
humang aiiii sakitnya.... sampai berdarah2 idong aku!
dah la kepala sakit.. idong plak kena hantuk dengan kepala budak!!
akuh hangen la.. kena la pelepuk ngan aku 3-4 das!
sengaja tak sengaja aku tak pedulik!!
haku kan tgh mood swing nih...hahaha...


tragedi 2:

pagi rabu plak.
aku kat umah spore da... dok baring la atas katil sebab sakit kepala...
si aQim main2 buka katup laci bedside table.. amik itu ini bagi kat adiknya..
tiba2
aku rasa cam sebal je bibir aku..
haaa... aQim amik btol deodoran dari lam beg baju yang blom diunpack,
bagi pada iCa...
pastu iCa plak main libas2 terketuk kat bibir aku!
haaaa huwaaaaaaaaaa

sakitnyaaa... da bibir aku plak subal sebelah...
haihhh korang ni macam2 la! takleh nengok akuh senang!!!

naseb baik kakak tgh mood rajin...
hari2 tlg kemas dapo pas makan...

rajin2 ada makna tuuu.... hahahaha
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

hahaha ni koleksi lam henpon aku..
cik hubby dan iQa asik tanya kenapa amik gambo kaki orang..

hahahahah berdasarkan observation aku...
kaki orang2 pompan kat negara tu kurus2 tau!!
majoriti aku nampak mmg kaki kurus..
walo ada yang badan gempal, ada chubby.. tapi kaki menten kurus..
tak macam aku...
wakakakaka...

rahsianya??
ye jalan la kaki sejak ko bangun tido sehingga ke opis sehingga ko balik rumah semula!!
haaa sapa mau kaki kurus yang semestinya seksi..
amalkan cara hidup sihat!
banyakkan berjalan kaki ya!!
kaki yang kurus dan seksi menanti anda.....
at zero cost!! yeeehhaaaa...

selamat tinggal JDM5... hehehehe

meracau rupanya aku nih kekekekekeyang ni bukan cth kaki yang kurus...
nih kaki Mr. Hubby yang dipeluk oleh anaknya ketika mereka sama2 berdiri dalam bas... hahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku benci dok sana!
sebab susah nak ke sana ke mari
asik nak mengharapkan public transport
yang tidak berapa baby-friendly. to be exact, stroller-friendly!

aku suka negara aku..
walopun sama saja tidak berapa stroller-friendly
tapi mobility dan accessibility levelnya lebih tinggi...
semua orang buleh ada kenderaan sendiri..

walopun tolnya 24 hour a day..
berbanding kat sana yang tolnya hanya pada masa tertentu..
tapi banyak jer laluan lain yang takde tol kalo ko kedekut sangat nak bayo tol..
kan?

dan
aku benci orang yang asikkkkk nak compare negara sendiri dengan negara lain..
apa ko rasa negara tu bagus sangat? ko pegi la mohon citizenship negara sana!
negara aku tak kebulor pon nak ada citizen cam ngko! huh!!

iye
ini n3 emosional..
emo yang telah lama dipendam
tiba2 terkeluar sebab di trigger oleh cik somi malam tadi..
dan tak pasal2 dia jadik entry sebab aku sedang emo..
kerana being stuck di hotel..

daku nak keluar..
join kakakku merayap2 di MValley
tapi kanak2 3 orang tgh tido.. kejut2 takmo bangun!
tu lah...
tadi bekfast heavy kemain..
pastu berendam main air lama2 lam bath tub..
pastu tido pengsan tak menyedor!!
cemana aku nak angkut 2 budak kecit tido..
nak tahan teksi lagik...
kena dukung sebab stroller takde... huhuhu

iye..
kete aku ada kat JB...
kami balik sana dan sini naik public transport..

bila berada di negara sendiri tapi takde kenderaan, mmg rasa pelik,kan?
sebab tu aku emo ni...
aku emo tau!!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
cuti skolah sudah tibaaa.....

u olls..
aku tengah kemas2 ni...
nak balik kampung!! yeehaaaa....

ye...
me iQa aQim arissa sahaja yang balik..
saya balik kampung dulu,then rabu baru ke KL..
en.hubby akan ke terus ke KL pada rabu pagi..
kerana beliau OS..

dan..
kami berempat (ye..berempat! hubby akan tinggal di KL kerana kerja until another week!) akan balik semula ke sini pada selasa berikutnya (iQa akan ponteng sekolah 2 days)
dengan alasan kami tiada tiket balik spore pada hari ahad mahupon senin hahahah...

adoi.. mesti longgar la skru kat pinggang2 aku ni hangkut 3 kanak2 ke sana ke mari tanpa en.somi!!!

takpe takpe.... hehehe janji hepi...



kami nak balik sini...

dan sini....
wohooooo rendunya rumah kamiii!!!!!!!!

bye!!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hiskk... rendu kat blog ler...

ari khamis tu kan hubby cuti, so kami p jalan2 n terpegi IT Fair kat Suntec City..
hoho ramai giler ler orang!!
naik tren tu mmg cam tin sardin btol ler..
brg2 buleh tahan le murah..
tak dan nak survey apa2 sebab FIL nak cepat..
depa kalut la sebab nak balik flight malam tuh..
tengok sikit2 je..
dapat la FIL dan iQa henpon sorang sebiji..
si iQa ni lama da merengek nak henpon kat aku...
tapi dok buat tatau jer..
aku bukan per.. aku menyampah la tgk bebudak tecit2 hadaaaaapppp gadjet2 cam hp ipod PsP sumer tu.. aku menyampah tau!! sebab tu aku takmo blikan iQa henpon dari dulu lagi!
tapi,
sebab skang ni mmg perlu sangat hp
dia p skolah p sana sini sensorang je naik public transport..
maka utk mengurangkan kerisauan aku dan kemudahan juga,
aku bli la jugak...
haaaa... iQa oii...
tu kira advance birthday present la tau!!
takde da nak claim2 present pas ni!!

MIL bising la jugak kat hubby..
katanya membazir bli hp mahal2 kat anak..
huhuhu eleh...
aku ckp kat hubby, stroller adik2 dia pon mahal juga...
tak rasa membazir ke?? hahahaha...

aku just trying to be fair..
adik2 dapat ini, kakak dapat ini..
saving adik2 banyak ni.. saving adik2 pon banyak ini..
insurans adik gini, insurans kakak pon gini...
adik dapat menan, kakak dapat buku..
hohoho aku takmo pilih2 kasih!!
aku bencik tau orang pilih kasih!!!

haihh melalut sudah...
balik2 IT Fair, trus ke airport plak, anto PIL balik ke KL
masa kat airport aku dok sakit perut gak la..
apasal ntah... masalah diarrhea tak baik agi..time tu rasa nak demam da
ni saspen nih... aku jenis susah giler nak demam tau!
gatai je aku singgah watson bli UPT
sok paginya bangun2 terus check..skalik resultnya invalid plak!!
haihhh geram btol aku!! sebatang line pon tak kuor! cheh!!

sudahnya,
semalam seharian aku melepek jer..
melayan demam... huhu

kepala sakit
mata berair
tapi badan tak panas... huhuhu

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku tah kenapa bosan giler few days ni..
dah la perut tak sedap...
pas makan je sakit perut cam diarrhea plak..
pas tu rasa nak muntah.. cam makanan tu duduk kat tekak ni ha..
ulang2 la tiap kali pas makan..
trus aku tak lalu nak makan.. huhu...

dah la mata telinga aku nih berbulu dengan banyaknya nengok perangai ngada2 si aQim tuh...
ye la PIL aku kan ada sini lagi..
tocang aQim tak turun2 laa...
haisshhh hangenn je akuh..

dah la internet lembab!!

dah tu hubby plak sangat bz ngan keje...
sampai takde tenaga nak borak ngan aku..
si iQa tetiap ari balik school lambat, pastu dok umah 2-3 minit da turun pi pool..
haihhh siann aku kan...
terkulat2 kat umah sendiri...

bosan weh bosannn

dah laa..... tatau nak tulis apa..


----------------------------------------------
**harini hubby cuti sebab nak bawak his parents pi jalan2 spore..

aku dok berkata2 dalam ati... "oooooo abah aku datang arituh ko takde pon amik cuti tuk bawak abah aku gi jalan2 eh? ko kejeeeeeee jer!! time parents ko bleh plak cuti???"

dalam ati jer la... kot terkeluar kat mulut, kang gadoh plak...
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ena
calling2...
saper nak sewakan stroller kat aku...


minggu depan kan cuti skolah..
aku nak balik KL le kan...
tapi nak bawak barang yang terpaling sikittt...
sebab... ada la sebab musababnya.. malas la aku nak taip!!

maka...
di sana nanti aku takde stroller..
saper ada stroller nak bagi aku sewa??
kalo stroller twin/tandem lagik bagus!!!
sila ctc aku ye!!

URGENT nih!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hagak2 korang la kan,
best tak kalo selalu dapat cuti panjang dan straight??
like... keje ler dalam 13 minggu, pastu ada cuti free seminggu...
pastu keje lagi 13 minggu cuti lagi seminggu
pastu ulang lagi 13 minggu, cuti lagi seminggu...
pastu ulang lagi 13 minggu, ko diberi cuti BONUS plak.. 6minggu!!
haaaa amik ko...sebulan setengah cuti!!

amacam?
ada berani??

meh meh join aku menggedik2 isi borang ni... wahahahahahaha



tu laa... dulu mak da suh aku keje cam tu...
tapi aku takmo... tak glemer.. hahahaha
skang pon aku takmo!!
aku cuma mao cutinya ajer...
wakakakakaka....

jelas sekali nada tidak ikhlas dalam permohonan tersebut!!
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lantaran daripada surat tersebut
aku sebok2 la check statement bank dimana gaji aku masuk, kan?
sementelahan aku da tak kerja..
dok umah aje kekdahnya,
akaun bank pon tak gerak la kan...
idok le masuk idok le kuor..

tapi bila aku check...
ada masuk gaji pada bulan 1 - mmg patut masuk pon.. sebab aku abiskan cuti rehat..
dan pada awal bulan 2 ada gaji lagik!!
full pay plak tuh.
haihh....
nih aku maleh ni..
nak memulangkannya bukan senang karang!
aku plak kena kehulu kehilir
nak buat bank draf bagai...
kalo buleh pulangkan pakai cheque ajer kan senang!

tulah...
buat keje main copy paste ajer....
menyusahkan orang namanya nih!!!

*hubby kata, cakap siang pandang2...
nanti kena saman...
tapi, aku kan menaip malam2... hahaha

geram weh geram.....




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kalao padi katakan padi tidak aku tertampi-tampi
kalo nak bagi, betol2 la bagi... jangan memain buat aku mimpi-mimpi!!!

tajuk permohonan aku adalah seperti tajuk surat beliau...
tapi keputusan beliau tidak seperti yang kupohon..
eh kalian paham ker???

wahai Pegawai2 Terpalingterror Dimalaysia,
tolong la jawabbbbbb...............




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sejak jadi SAHM ni,
biasanya hari jumaat adalah hariku yang paling produktif
umah pasti clear... laundry mesti sau-Q(takde in-Q la tu)
semua cadar2 akan bertukar kaler dan corak baru..
dan lantai berkilat memancar hahaha

kerana
sabtu dan ahad adalah hari jalan2...
maka umah dibersihkan hari ini akan berkekalan hingga ahad..
kerana semua kanak2 takde masa dan kesempatan untuk buat sepah
sebab
depa bangun tido je gi jalan2... balik umah, depa terus tido..
haaa kan best tu?
balik umah, tgk umah bersih... bangun pagi ahad, umah masih bersih..
haaa bukankah satu pemandangan yang indah tu ibu-ibu sekalian??
aku tatau kalo ada yang x setuju... tapi aku YES..

TAPI..
harini aku tidak begitu..
harini adalah hari paling tidak produktif dalam minggu ini..
kalo nak kata dalam tahun ni, da banyak da hari tak produktif aku! ahahaha

bangun pagi, liat yang amat sebab semalaman susah sangat nak tido..
kerana sakit2 badan...
haihhh tatau la kenapa..da tua dan tak cukup exercise agaknya..
pas iQa n hubby kuar, aku ajak aQim tido semula..
bangun lambat...dekat kul 11...
pastu lepak dpn tv ajer sambil makan oat...
da kul 2 bila iQa dan aQim da memekak lapo, aku goreng macaroni ajer..
then bantai tido sampai kul 5!
hahaha ye ye ye... aku memang pemalas benor harini..
ni pon badan sakit lagi...
maka masih la malas juga lagi...huhu


kalau di opis, hari jumaat mmg jarang pun daku productive...
sebab,
best sangat.. thee hee hee.... rehat panjang..
petang balik awal...
tapi, ujung bulan takde kesan langsung pada gaji..
masih dapat gaji ponuh...
bila kat umah, dan ko tak produktif??
ada saper ke nak tlg kemaskan umah ko??

sendiri la jawab...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kan aku da kata...
aku takmo tulis pasal MAK..
sebab nanti akan terbawa2 kesedihannya tiap kali buka blog..

sudahnya semalam aku langsung tak masuk blog
apa daaa....



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sakit hati baca kisah anak kecil jadi mangsa lelaki jahanam tu...
sedih hati juga baca kisah baby Ukasyah
aku tak pasti samada perasaan dua ibu ini SAMA atau tidak
apabila terpaksa menghadapi kenyataan kehilangan anaknya...

ya...
tidak semua ibu mempunyai perasaan yang sama terhadap anak masing2
sedangkan antara anak2 pon boleh dibezakan...
inikan pula antara ibu-ibu..

aku tak rasa Hanim tu ada perasaan seperti Mawaddah..
menghadapi kehilangan memang sangat menguji perasaan
dan kekuatan iman kita...

haihhh..... ku mengeluh panjang........


------------------------------------------------------------

malam2 jer mesti mood aku jadi swing...
asik ingat kat MAK laa...
dulu kejap2 nak call mak, kejap2 call mak...
sampai ada satu masa tu, mak kata
ko ni nak apa... asik call jer... mak nak buat apa pon tak senang...
tau jer la apa rahsia mak... hahahaha siap gelak beso lagi!
rupa2nya masa tu mak sibuk bakar kek banyak2 dan buat kuih raya..
dia senyap2 takmo bagitau sebab aku adek badek tak bagi d pnt2 buat kuih raya..

in fact sampai skang banyak kali gak lagi jadi kat aku... tgh masak, tgh drive sorang2 tiba2 rasa nak call mak..
amik fon, nak dial no, tgh fikir nak call no abah ke mak (mak n abah selalu tertukar hp)
baru sedar... mak da takde..
tak boleh nak hubungi dia lagi..

boleh hantar fatihah dan doa sahaja..
boleh fikir dan cakap dalam hati sajer..
boleh pendam sendiri sajer...

ye..
sedey ni... mmg sedey..
sebab aku rapat sangat ngan mak...
gaduh tu gaduh gak
tapi aku tau mak sayang aku... gaduh tu lain citer....

sejak hari mak meninggal, baru sekali jer bercerita heart to heart ngan iQa..
aku tatau la... dia pendam perasaan, aku pon pendam perasaan..
aku ngaku la kan.. aku mmg tak pandai nak expresskan perasaan dalam bentuk perkataan
susah tau nak kuar...tatau apa nak cakap!!
iQa mmg cucu paling rapat ngan mak abah aku..
sebab mak yg besarkan dia dulu,kan....
tapi aku tau iQa tabah...

masa aku call dia bagitau mak da meninggal, dia meraung lam fon..
dia lik nek kete ngan kakak aku n her husband..
aku plak balik dgn adik aku n 2 anak kecit..masa tu hubby OS..
aku drive dengan juraian air mata tau...
hisshh takleh nak citer da...
perasaan tu takleh nak gambarkan..
tapi semua moments tu masih segar lam ingatan aku...

semoga mak tenang di sisiNYA...
Al-Fatihah

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kan aku da kata..
mesti la encek somi lupa tarikh harini!!

haip! siap ko balik esok!!!
akanku pasang MUNCUNG sampai hari sabtu!
ahad baru ku buka...sebab ahad nak gi makan pizza di JB kan??


muahahahaha....
tidak tidak tidakk... isterimu idok ler marah...
daku sekarangkan penyabar orangnya...
makin sabar hari demi hari...
seiring dengan usia perkhawinan kita...

hahahahaha iyelah tu.....
ada ko pecaya??



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bila kena antar anak2 ke neseri, mmg sangat sedey!
tambah2 di pagi yang hening, si baby buat muka sayu, si haQim buat ngada2 takmo2 school...
masa tu mmg rasa nak mengsacrificekan donia kerjaya membuak2 ler...demi hanak2...

tapi...selepas 43 hari jadi surirumah, harini aku sedikit tepu hahahaha....
sudahnya, dua2 kena lepuk dgn aku!
si iQa plak semalam da kena cuci-otak...
hadoiii letih letih letih...
letih dan penat tau melayan karenah hanak2... yang da beso terlebey pandai, yang tgh2 memandai2...yang si kecit naseb baik la blom pandai,kan?

rather than dat,
lepas 43 hari, daku da berjaya membentuk 2 ketul kulit keras pada tapak tangan dan jari..
gara2 asik memegang sudip menyapu dan mengemop lantai...
aduhh
padahal umah aku idok le bersih mana...
eishh imagine sikit cemana la rupa tapak tangan cleanaholics ek? (huhuhu tgk kat channel DHH, berpeluh aku tgk org2 begitu pembersih!)

minggu ni encek hubby takde lagi... aku lagi laa penat...
huhuhu sebab takde saper nak layan aku merepek merapu malam2 kot
dan dua kanak2 ni asik bergayut bergantung bermain beskal dan memanjat di sekeliling aku jer... sampai aku solat pon dia leh bawak moto melintas atas sejadah akuh! mana tak hangin??
hadoi laaa...

dari arituh kelmarin dulu lagi aku nak anto emel, nak bayo bill, nak amend itinery flight etc etc sumer asik tangguh!

nampak sangat daku SAHM yang tak pandai arrange masa.. ke aku bizi sangat sampai jadik superunmanagehousewife?? hahaha


**dah la sakit betis tak ilang lagi ni...huhuhu cepatla cuti skola!!! aku nak balik kampong!!! huhuhu

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
malam esok saya nak menikah!!
haihhh cepatnya masa berlalu!

wahai encek somi yang OS...
im wondering
adakah kamu ingat tarikh keramat esok??



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
blog hoping during wiken sangat membosankan...
kerana
blogger separa tegar yang saya suka lawat blognya, mostly are weekdays blogger
maka apabila wiken... blog tidak update
dan tiada cerita baru..

saya terpaksa tunggu pagi senin untuk tgk baca lihat cerita mereka..

takpe takpe
ku paham
kalian sibuk dengan anak2, somi, family, PIL datang umah, balik kg, warehouse sale, makan2, basuh baju, kemas umah, gosok baju keje bla bla bla.....

da ku yakin kalian akan update esok!!

cepatla wehhh........aku rendu kalian!! hahahahaha




*daku dok hadap lappy saja kerana:
1. kakiku esp part pedis betis sakittt... macam tisu koyak, tendon cedera etc etc kerana letih jalan tolong iQa carik manalah letaknya si Merlion semalam huhuhu
2. encek hubby OS lagik.. maka sila la buat2 pandai dok umah di ujung minggu ye!! padan muka aku... huhu


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sape penah pegi??
sila angkat tangan dan berikan review!

tajuknya ialah Perpustakaan Kanak-Kanak Kuala Lumpur

kami pernah ke sana sekali
mula2 nak gi sebab iQa ajak ajak ajakkk laa....
dan rasanya kami tak kecur nak pegi lagi..
bukan bukan bukan kerana bahan bacaan yang ada tidak menarik
dan bukan kerana bangunannya ketinggalan zaman
bukan juga kerana alatan tidak menarik..

tapi kerana saya TIDAK kurang berpuas hati dengan layanan yang diterima daripada kakitangan perpustakaan tersebut!
adakah??? nama pon perpustakaan kanak-kanak
tapi beliau expect supaya kanak2 semua behave seperti orang dewasa
yang memahami erti silence in the library..
adakah anda ingat kanak2 tersebut 'sakit' hingga tak wujud rasa excited bila nampak buku2 pelbagai warna tersusun rapi di rak?
adakah beliau expect anak2 akan ambil 2 buku dan duduk baca sampai habis buku itu sahaja??
hahahaha
mimpi la nko nak jumpa kanak2 sebegitu!
i believe kanak2 di Mesia sumer sihat2 belaka dan mempunyai nafsu untuk bermain2 dengan penuh tenaga!

ni si haQim yang tatau diam walo da kena sound berkali2

dok diam kejap jer...


how can u borrow a book??
you must become a Library member 1st!

How to be a member?
just pay RM6 and bring along a colour photo of yourself.

haiihh!!! takkan aku nak kuor pi carik kedai gambor, amik gambor dan datang semula untuk jadi member dan pinjam buku???

ko nihhhhh!!!!!!!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lama da tak membaca rasanya....
membaca bahan ilmiah la... setakat newspaper, children story books tu tak kira la kan??

sebenarnya aku pemalas gile nak membaca! rasanya last time aku baca buku tebal ialah: ketika ku bli buku ini hahaha lama tak lama...
lepas2 tu.. sumer buku yang dibeli cuma buku ulangkaji kanak2 dan buku cerita sahaja...

ni nak kisah..
aku suuuka sangat bli buku... baca suka sikit2 jer hahaha
kat mesia kan ada relief daripada income tax sebanyak RM1K utk beli bahan bacaan..
maka tetiap tahun aku memang gunakan sepenuhnya laa...
tapi bagi tahun ni, tentula daku laki bini tak kena bayar income taxkan, maka kenala berjimat bila g kedai buku sebab takleh claim kat sapa2 hahaha...

oleh itu... solutionnya ialah... sila dapatkan bahan bacaan percuma!
last weekend kami ke National Library yang terdekat dgn umah kami, di Bedok

the library?? wallllllaaaahhh!!!!!!!!!!!!!!!!!
sangatt!! best!!!
gile seronok kanak2 dan mak abahnya sekali..
buku tak payah cerita la bapak punya banyak! latest plak tuh!
pastu banyak plak material lain untuk si pemalas baca buku seperti CD DVD sumer tu.. segala tok nenek movie sumer pn ada!! koleksi buku dan CD Little Einstein yang aku dok berkira2 beli sekeping2 tu pon ada! free ajer ko pinjam nyah!!

bila aku check2 rupa2nya yang ku pegi ni library rank yang ke 3 dalam hierarkinya... dia ada 4:
1. national library
2. regional library
3. public library
4. community children's library

wooo... ini pon da best..cemana rupa isi library regional dan national level itu ye?? haaa sila pegi pada wiken berikutnya!!

balik pada tajuk asal aku..
sebenarnya aku nak menerapkan minat membaca pada diriku sendiri..
pada si iQa tak payah la, sebab dia memang lahir2 kuar dengan buku! ahahaah
minah tu mmg giler buku! asikkk bacaaaa jer.. sebab tu kecit2 da rabun huhu

selain tu daku nak cari buku pasal parenting sebenarnya...
berdaftar sebagai foreigner, kami cuma buleh pinjam 8 items sahaja compared to singapore citizen@PR depa buleh pinjam 16 items!
the are also big different on the payment. for citizen@PR, they only have to pay $10 for registration fees n the membership will last forever.. but for us, we have to pay $53 for a year and renewal fees of $46 will be impose for the following years.
wooo mahal tuh! tapi.... takpe lah kan???
arituh masa boring2 tgu dependant pass siap, kami beli buku ni pon da $19 tu sebiji je kan??

aku rasa mmg berbaloi la jadi member library nih...dah la mudah. tak payah ko nak gi kuar carik kedai, amik gambar dan datang semula!
end up kami lepak sampai malam kat situ hahaha....
dan
balik dgn muka tersengih dapat banyak buku..
aku cuma amik 2 buku aku..selebihnya buku kanak2... sebab aku yang nak tumpang baca bersama iQa hahaha

kesian aku kan? da tua2 asik baca buku kanak2.. nampak sangat daku buhsan tak puas jadi kanak2 ahahaha


**malam tadi tido lewat baca buku Mr Midnight Cross Country Creeps pastu buleh plak aku takut nak bangun untuk ttp lampu??? hahahaha penakut!!


oh ye..
azam daku tahun ni ialah nak banyak baca buku..
to be specific my target is to read 300 books.. tak kisah la buku apa.. asalkan daku membaca untuk mengelakkan otakku jadi beku seperti sos otaku hahahaha sementelahan daku da tak bekerja



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back