ena
kesian lagi..

kesian kat aku kerana tiada breadmaker...
kesian kat aku kerana nak makan roti kalu, kena sms kat hubby berkali2 supaya tlg bli otw lik kejer...
dan biasanya beliau lupa! (hampun bang!!! terkutuk ko sikit haha)
kadang tuh sampai berhari2 kami tak dapat makan roti... haih apa masalahnya kan?? roti bukan makanan ruji rakyat mesia pun kan??

akibatnya..
terpaksa la aku memandai2 buat roti kan??


1st attempt:


tatau la apa tajuk roti nih.. resepi dapat dalam mimpi.semua buat berpandukan 6 sense ajer..
yang penting buleh makan..sedappp hahaha perasan!!

lesson learnt:
1. nak bakar roti tak payah pandai2 nak tabur tepung kat pan tu... satgi ko makan roti ada plak habuk2 tepung mentah melekat..aku buat ikut sense la konon tgk mak aku tabur tepung kalo nak bakar2.... wakaka sangat buduh 6 sense aku nih!!
2. kismis tu jangan tepek2 atas roti. baik uli sekali..supaya dia tak melotop dan jadik keras tak sedap.. huhu ingat best ke kismis jadik keras??


2nd attempt:

ini versi bun plak tau! agak bantat sedikit wakakaka....

lesson learnt: kena letak pelembut roti la!! tapi mestila aku takde menda tu kan?? maka buat la water roux ajer...

misi seterusnya... buat water roux!!

buatnya senang ajer...
gunakan 50g flour (bread flour@wheat buleh ajer + 250g water
kacau2 da letak atas api sekejap... sejukkan.. hasilnya about 265g water-roux

benda ni leh simpan 3 hari lam fridge.... untuk guna lenkali..

haaa...pastu, kalo buat cekodok pun leh masukkan water roux ni..pasti lebih gebus cekodok tuh!! hehe


3rd attempt:


ni roti versi kanak2

dan ni versi iQa dan mama..
hahahaha walopun tak lawa... tapi kali ni rasanya sedap... lebih lembut dan gebus..
ekekek perasan lagik!!

besar gedabak melambak2 atas dulang pembakar...akibat aku tiada sebarang tin pembakar..
haih sangat marhaen aku disini tau!!
aku buat gedabak begitu kerana, niat di hati nak buat sandwich untuk makan2 esok pagi sebelum gi berjalan2 ahahahah


aku kenaaaa buat roti selalu tau...
sebab.. si dia ni,
cuma makan banyak kalo disuapkan roti ajer..
menda lain setakat dia rasa ajer...

i LIKE roti!!!! hahahaha



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
cerita hari sabtu,
mari lepak anak beranak di beranda sambil menonton pertunjukan percuma Lion Dance diiringi patung big head buddha dan god of fortune yang jalan macam orang pening...
arissa kelihatan sangat confuse.. apakah yang bising2 ni??

mamat ni tgu sejak lori bawak dancers berhenti di guardhouse lagik..
punyala teruja dengar bunyi bising

sila fokus pada si baju hijau yang setia memegang salad dari atas bumbung untuk memberi makan kepada lion tersebut.. hahaha sangat kesian pada ko!


ramai orang kejar patung2 tu nak snap pic and dapat angpow kot??
mula2 main pusing2 tepi pool.. tak puas gaknya..sempit tempat tuh!
ni ha puas ati dia dapat tempat luas!... derang panjat atas bumbung terus ahaha

akhirnya lion datang nak makan salad


kesiann kesian kesiann...
kesian anak2 aku yang terpegun tepi beranda..hahaha melopong kau tgk patung beso diiringi bunyi bising...
rasanya ni 1st time haQim tgk lion dance. tu yang teruja lebih. sampai harini tak abis2 dum dum dum dum dum ajuk bunyi gendang ahahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku kan kat sini kerana mengikut suami, kan?
maka sepatutnya kemana somi pegi aku kena la ngikut kan?
seperti... pegi sentosa island, pegi pasar geylang mahupun pegi klinik jalan2...

tapi...
arinih si somi OS ke mesia negaraku yang terchenta...
buleh plak kan???
aku n anak2 kena tinggal kat sini...buleh plak??
huk aloh... ape busan aku nak buat...ari kamis malam baru encek somi nak balik...
huhuhu...

hadoi laaaa iQa... kenapa la ko exam time abah ko nak balik KL??? huhuhu




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

nih kisah blender hebat yang sangat besh..
bli menda ni murah jerkk..
dan sangat berbaloi sebab best sangat nak blend menda2 yg sikit2..
pastu siap leh mince halus garlic ke bawang ke... tak payah letak air le..
haihh memang besh la!!

pastu... kalo nak blenh makanan arissa pun leh!! sikit pon okeh...
haa nengok... sikit jer pon...leh gak blend halus mulus.. senang nak siapkan makanan ica..

tu tak kata nak buat ice blended bagai...
kira multi purposes la menda nih... dari blender grinder.. lesung batu.. nak uli tepung pon bleh!! hahahaa...sumer tu blender ni leh kaver la...

tapi..
gear dia da hauss... huhuhu da tak mo pusing pisau dia...
motor elok lagi..gerak+pusing lagi tapi gear da haus..

huhuhu saper kerja kilang gear box??seperti kilang Gleason di Klang aku nak order...
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku malas yang amat semalam! kain baju melambak... haihh sedapnya dok terbongkang...
tapi perut kanak2 ni mana tau erti sedapnya membongkang sepanjang hari!! huhuhu

kejap2 dia kaco aku kejap2 dia kaco aku...lapo la tuh! si iQa plak tak balik2 dari skolah...
hader jer menda dia nak buat... huhu

sudahnya aku pi la main masak2 kat dapo.. tarraaa...

silly face for iQa
*haa nanti ko balik sekolah, sila makan diam2 jangan bising kata lapor!!
mama malas nak masak!

ni haQim punya..sebab dia suka fries n carrot..tak suka salad...

fries+carrot for haQim
haaa...nak tau? budak ni baru pandai melantak mayonnaise...
melantak ye..bukan makan! hahahaa kalo buleh pinggan2 nak jilat!! sedapnya mayoo.. ekeke

bagus jugak buat makanan bentuk bukan2 ni...lama sikit anak aku makan...dia siap pikir nk makan mana dolu.... mmm idom... mmm eyes....

hahahaha dapat lama sikit aku membongkang tanpa gangguan ekekeke



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sangat boring...
kain baju melambak tak lipat2..
dua kanak2 suda turun masuk berkubang lam pool...
hakuh je terlepek sorang2 hadap kain baju...

haihh
boring boring boring....





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

Alhamdulillah..
saya telah menceraikan susu (ker menceraisusukan?) si haQim sebaik sahaja saya berada di Singapore.
ikut kiraan: haQim menyusu lebih kurang 25mths. terlebih sikit daripada sasaran saya nak berhenti pada genap 24mths..

Alhamdulillah...
rezeki anak2 tak putus2...
susu masih banyak juga (tu la antara sebab dok tangguh nak cerai susu si haQim..)
sekarang cuma susukan ariSSa jer la..
nikmatnya tak terhingga wakakaka...
bahagianyaaa....tido pon lenaaa....
yelah... daku tandem nursing selama 9 bulan tau!! haahahahah
9 bulan je bukan lama mana pon...
tak kira! aku rasa lama jugak! penat woooo!!! sampai sekarang sakit pinggang tak ilang2..


harini tetiba rasa nak share tips..
untuk mummies yang ada kemahuan tetapi tiada disiplin (seperti aku) muahahaha

tak wajib berpegang pada tips penting...pantang larang dan sebagainya
cuma yang penting, semangat dalam hati..
dulu saya pon ikut tips2 otai2 BF..(daku berikan gold medal untuk kalian!)
3 otai utama dan rujukanku: kak mieja, aida dan nieja

pesanan2 ala-ala upline MLM seperti perlu pam ikut jadual, pantang makanan itu ini...dan sebagainya tidak saya amalkan.. ampunnn wahai otai...

berdasarkan pemerhatian, bila saya ubah itu ini, susu tetap ok
tapi, i dont think i am one kind of mom yang susu melimpah ruah selepas bersalin, Nope! u r wrong!

ok ok nak cerita direct. ini perkara yang wajib dipenuhi:

1. kena ada pam yg sesuai: manual atau elektrik will do!
mahal murah bukan penentu kejayaan. yg penting semangat!

2. kena ada tpt utk storage ebm (expressed breast milk)
- cooler bag
- fridge or maybe freezer (bila stok da banyak)
- botol @ plastik utk simpan ebm

3. pastikan DIRECT BF SETIAP KALI ANDA BERSAMA BABY. walaupon anda baru lepas pam, atau breast tak bengkak, never use your ebm dan botol bila anda bersama baby. ini sangat penting untuk menjamin milk production dan mengelakkan baby mengalami nipple confuse.
- halangan yg biasa saya alami ialah kalo tetamu atau MIL datang rumah, kita sibuk nak masak, MIL sibuk nak susukan baby dengan ebm kita. PLS, bukan kita nak kedekut anak kita kan...cuma utk kesenangan kita juga.

4. buat jadual ikut kesesuaian dan masa bekerja anda..
cth:6am direct bF dan bangun tido dan pegi keje, antara 6am until 1pm pam la bila2 sempat. biasanya saya pam bila solat zohor. sebaik2nya pam pada pukul 10am diikuti pukul 2pm dan 6pm. tapi adjust la.
saya akan pam waktu solat dan waktu driving balik rumah (antara 6pm-7pm). seterusnya pukul 7.30 saya biar baby direct bF sahaja.no bottle sampai la 6am esok.


my 2 cents

1. jangan stress atau sangat terikat dengan jadual pam. ia boleh menyebabkan anda frust atau emosional. buat la jadual ikut kesesuaian dan kemampuan anda sendiri.

2. sila tetapkan target berapa oz milk perlu di pam dalam sehari. tetapi, jangan terlalu fokus pada amaun yg dapat dihasilkan. target hanya sebagai panduan. sekiranya ia tak tercapai bermaksud anda perlu adjust lagi jadual mengepam. bukan mengerjakan breast sampai merah-merah. but, sometimes i did hahahaha kes malas nak pam next session ekekeke

3. anda guna pam elektrik? sekiranya anda ada masa: setiap kali habis mengepam, biarkan pam on selama 10 minit (at least)..kerana pam akan stimulate breast supaya hasilkan susu lebih banyak daripada yang keluar pada waktu itu. stimulation proses ni penting untuk dilakukan selalu. so, beli lah pam yang sesuai supaya anda mudah mengepam..sambil baca buku/newspaper atau hadap laptop.. me myself boleh pam sambil buat keje..

4. sesekali, atau jika anda suka, selalu pon boleh; makan la oat, atau makanan yg ada halba spt nasi dagang, durian, minum horlicks, makan sardin etc to boost your milk production.

5. jangan mudah putus asa atau sensitif dgn 'bising2' orang keliling

6. sila kuatkan semangat dan nikmati masa mengepam sepertimana anda menikmati masa anda menyusukan bayi anda sendiri...
menyusukan bayi adalah pengalaman baru dan berbeza² antara setiap anak. enjoy the journey


i Love breastfeeding and i wish every MOM will love it too!



dan sebagai penutup...
i am thinking to sell off my PISA.. huhu nak ke tak nak nak ke taknakk... haihhh


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
it was monday when haQim woke up VERY early
with a BIG smile
and VERY good mood...

he looked so bored to be at home

keep asking me to snap his picshow does it look from this side, mama??hatem look cute?? that's true!!
perasan!


sangat susah nak tido during a daytime..
dia siap temankan mama buat bread pudding kat dapo

masa ni mama tgh buai arissa dalam buaian..
dia baring sini, hadap pool, buat2 nak tido la.. sambil mulut mengomel..
"kakak swimming....hatem sleeping.."

mama snap pic rupa2nya dia buat apa ko tau???
di masukkan button dalam idong!!
its a metal button (ala style butang ketip tuh)..
its belong to arissa's romper. mama kept in the drawer so that can ask cik uG to jahit balik..
rupanya dia da main... haiyaa

the button comes in a pair is it?
he inserted BOTH!!

haaa amik ko!
mama managed to pull out 1 piece but the another 1 is too deep to get!

consoled him to asleep... but still cannot get the button.

he CRIED "no mama!"
apakah?
ko nak bior button tu dlm idung?
then mama realised, he purposely masukkan dalam idung...kononnya tindik idung la tu!!

korek2 tak dapat! sebab dia meronta dan nangis tak bagi korek!
dan bila nangis, the button masuk deeper!
call abah, ask abah to come home early..
aku punya la seriau...

it happen at 5.30 pm
abah arrived at 6pm and took haQim to nearest NYAM FAMILY CLINIC at Bedok

at 7.30 abah came back home and told me that the doc refused to give a try
he asked abah to go to the hospital..

we went to Changi General Hospital

after in 30 minutes they asked us:
"please go to the Childrens Hospital in Little India because WE dont have such facilities for chiildrens"
apakah??
and u know, that Childrens Hospital is very far!

there we have to ride a train!
luckily there is a clinic beside the to the SMRT entrance

tarraaa....
SELESAI.. dengan bill $73 hanya untuk membantu haQim mengorek idong

korek idung dia punya pasal,
puding roti mama ntah ke mana..
custard sauce jadi kastard keras..
ikan bakar dalam oven tinggal je sampai kering kontang...


yeay!!
because of that button, we got the chance to have Burger King tonite!!

i am a tricky boy!!
ena
haishhh geramnya kat M1 nih!!
apa la masalah tenet aku nih!!!

**this is a trial entry



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
**this is a trial entry



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
yes. we are looking forward to

1. this saturday: to collect our Dependant's pass from the Ministry of Manpower which will entitle iQa to start her school.

2. this Saturday to go to Pasir Ris to submit the application of student's pass for iQa

3. this weekend (maybe also on saturday) to have a lunch @ Pak Ali in Tmn. U, Skudai

these people were missed JB so much!!


4. next monday: to send iQa to her new school

the list stop here for this morning..

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
mmm im having problem to upload pictures directly to blogger...

every attempt to upload pictures come to no avail as this error appeared:

HTTP ERROR: 504

Gateway Timeout

RequestURI=http://www.blogger.com/upload-image.do


i have no idea bout this.. how to fix and what to do? please! can somebody help me huhuhu


this picture has been uploaded by using URL address from Facebook... huhu

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

ye..

episod kehidupanku sebagai surirumah telah bermula sebaik sahaja menjejakkan kaki ke singapore!

sangat penat dgn traveling and moving hassle..
maka tiada masa untuk upload gambar atau update n3..

tambahan pula mode sedih daku tak hilang lagi..
huhuhu rindu sangat kat MAK..
mana jer berada dok teringat2 kat MAK..
selalu jer terpikir..."mmm mak mesti suka benda ni... mak selalu cakap camni.. etc etc..."
hadoi... daku masih hidup dalam blues!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dengan sangat berat hati....

mmm...
cuti unpaid da lulus...
cuti 3 minggu bergaji pon da lulus...
ikut jadual,
minggu depan saya dan anak² akan berangkat ke Singapore..

hmmm banyak sangat lagi benda nak kena settle kat sini...
bank, bayar insurans, cancel kad credit, potong line internet, fon, astro etc..
nak redeem points, nak amik voucher... nak soping...penting tu!!

hari ni last day saya kerja...
next year tatau lagi la..
kalo murah rezeki, saya jadi SAHM terus...
tapi kalo ada aral melintang,
next year sila bawak muka tebal lapor diri depan KP ya!








------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
EMAK tersayang
Hajah Noraini binti Muin
telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Oktober 2009
Semoga EMAK tenang bersemadi di sana..
kasih dan doa kami tak putus² untuk emak
sehingga ke akhir hayat kami
ena
baru jap tadi kat bayan lepas kan...

yer sekarang saya di LCCT sedang menunggu cik suami datang menjemput..
besh ek? kat mana2 pon ada intenet free..
tak payah sign up bokbend...
tak payah bayor bill..
tak payah pakai blackberry tuk masuk FB

ehehehe tu ayat penyedap ati kot...
sebab tak dapat nak beli itu ini uhuhu

giler perutku kenyang..
kepala ku pening...sebab sebuleh2 nak membaca lam flight yg bergegar cam speed boat tadi
seb baik tak muntah!!

adoiiiiiiiiiiiiiiiiii cepat laaaa aku nak balikkkk!!!!!!!!!!!!!!!!



*ye kawan2....lately business trip kami adalah menaiki AA selaras dengan langkah berjimat cermat seperti diseru oleh saUron LOTR ops... diseru oleh KSN...huhuhu




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lepak sorang2...apa yg patut saya buat? mestila makan dan carik port lepak kan??..
so lepak la kat Kenny ROgers Roaster... huhuh macam ni lah kekdahnya orang takde bokben..
kenala carik2 port ada free wifi uhuk uhuk uhuk....



ye..saya bersiaran secara langsung dari Bayan Lepas Airport..
harini outstation lagi..

dan
mungkin ini adalah OS terakhir saya atas kapasiti KKLW..
sebab
mulai 16hb Disember (tapi saya minta tangguh hingga 31 Disember) saya telah ditransferkan ke Pejabat Projek Zon Tengah..
kembali berkhidmat bersama JPBD semula..
selepas 3 tahun 4 bulan saya di KKLW..

huhu nak kata sedey...
cam FruSt sikit...
cam terkilan (telan air liur sikit..)
aduiii....

dengan berat hati berat langkah berat bahu berat buntot dan berat kaki..
saya akan melangkah juga tinggalkan KKLW
huhuhu.....

dah la opis KKLW ni dekat sangat ngan umah baru saya..
dah la keje kat opis ni best..
dah la geng opis ni besh...
dah la KSU sporting...
dah la baru jer duduk unit baru...
alih2 kena transfer plak... wawawawa



banyaknya dugaan saya..
semoga ada sinar di 'depan' sana... InsyaAllah...






------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
my dear haQim turns 2 yo today...

huhu...
hati tidak begitu gembira,
hence tiada apa2 utk besday beliau...
kecuali hadiah menarik dari Mr.Barber yg dia dapat semalam..


Happy besday haQim..
semoga menjadi anak yg soleh dan taat perintah Allah..
insyaAllah...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

nih bekalan harian anak² ke neseri..
Arissa
4 botol freshmilk pam b4 tido dan bangun tido
---> 5oz x 4 = 20 oz
aQim
3 peket frozen ebm + 1 peket dicairkan siap²
---> 7oz x 4 = 28 oz
total:
48 oz huwawawawawaaaaa anak lombu pon leh gangren B tau kalo nak kena produce banyak ni susu tetiap hari!! tu tak termasuk 2 peket nak kena topup semula kat freezer tuh!! wawawa..
**aku mention anak lembu tau!! kalo mak lembu confirm beres setakat 48 oz daily tuh!! wakakaka
sekarang ni production (ke schedule sendiri?) tak menentu...
daily production ialah
6.30 am 10oz
11 am 10oz
3pm 10oz
7pm 4-5oz
11pm 8oz
total 43 oz... ayoyoyyooooo manyak shortage tuh!!!
fuh poloh poloh menitik kat dahi kita!!!






------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
huwaaaaa
aku ni sebenornya nak buat keje!! tapi asik ler lompat blog sana lompat blog sini..
sangat la bercinta nak stat buat keje!!!

malassnyaaaaaaaaaa

























------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
siang tadi da merayap gi tgk PapaDom..
pastu leh tersinggah ikea lak semata2 nak makan...
pastu pusing2 carik barang..baru lik umah..

semalam aQim okeh ajer tak meracau..
tapi arinih asik la meracauuu....
asik nangis tak tentu pasal!
tadi masa kat cinema pon d menangis huuu geram akuh!!

agaknya dia tau kot.. abah nak p OS lama kali ni...
huhu
skang abah dok kemas2 baju....(mama malas nak kemaskan cam selalu..)
aQim dok meracau nangis sana nangis sini..
kejap2 dia tolong amik bedak n berus gigi dia, masukkan lam beg abah..
dengan harapan dapat ikut la tuh...
sabor la nak...
kali nih abah gi seminggu jer..
next year gi setahun pula..camno tuh???
kompem ngan mama sekalik nangis ihihihihi........




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

ena
alkisah...
aku nak amik mak kat kg. suh datang lepak kat umah aku..
maka aku pun mintak cuti - blom isi kat sistem tapi da tanya lisan kat bos..
tapi beliau tak benarkan..

alkisah..
pagi tadi aku sampai opis awal.. (8:24 kira awal? biasanya 9:00 baru sampai)
pukul 10:00 bos da pegi outstation..
ke Sarawak beliau. diiringi oleh kakak tiri..dan si budak ini..
sekarang baru pukul 11:45 tapi 3 ketul opismates suda ulor - pegi azzahrah tgk sorang opismates ku banak semalam...
dan kejap lagi, aku nak ulor juga...
nak balik tangkak amik mak. boleh tak?? ehehehe..

kuo kul 1:00 - ada projek kat umah jap..nanti aku tepek gambo kat sini..!!PROJEK hubby tatau nih ekekeke
2:00 gerak balik tangkak.. sampai sana kul 3.30
lepak jap, 5:00 gerak lik sini semula..

kul 6:30 sampai umah, kul 7:00 amik anak2 kat neseri.. sempat tak??
sempat kot!!

babai korang!!!
babai kat hubby yg tgh meting..
babai kat iQa yang pegi skolah
dan babai kat aQim + arissa yg kat neseri...
mama dapat ulor sorang2 arini
thee hee hee...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dear iQa...

kenapa la tetiap hari muka ko asik nak monyok...
letih mama ngan abah...
bangun pagi muka monyok
balik dari jalan² muka monyok
adik nangis muka monyok..
adoi letih...

mama tau iQa baca blog ni kan..
cuba iQa fikir dalam²..
apa sebenarnya masalah antara kita?

1. bila mama nasihat baik² iQa tak sakit hati...
tapi nasihat mama tu sekejap je berkesan kat hati iQa..
nanti esok lusa iQa da lupa, iQa ulang smula..

2. bila mama marah².. tengking iQa.. nanti iQa sakit hati
pastu siap nangis²..
pastu hempas pintu bilik..
pastu masam muka..
monyok sampai esok pagi...
dan sambung monyok hingga hari berikutnya..

Dear iQa..
awak da besar tau..
kena pandai bawa diri..
fikir dan rancang rutin harian awak..
tak boleh la nak harapkan mama n abah setiap masa..

please note this dalam diary awak..
pada usia awak 9 tahun,

1. awak rajin tolong mama kat dapur..
2. awak da boleh berpisah ngan blankie awak..
3. awak rajin jaga adik.. mandikan haQim.. jaga arissa.. suap aQim makan...
4. awak selalu tolong mama basuh botol
5. every weekend awak temankan haQim kat playground depan umah..
6. awak pandai uruskan diri sendiri time mama dan abah gi keje..
tapi..
1. awak tak suka kemas bilik
2. awak suka sepahkan buku skolah pastu haQim main pastu koyak atau ilang pastu awak nangis ataupun awak monyok... takpun buku awak sepah² satu umah pastu tetinggal tak bawak pi skolah..pastu kena marah ngan cekgu pastu balik skolah nanti awak monyok semula...
3. awak suka sepah²kan bilik awak, telekung n sejadah awak..beg sekolah dan stokin awak.. pastu bila mama marah..awak ulang semula monyok..!!!

haihhh letihhh la mama camni...




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
bila pagi jumaat jer...
si suami akan masam muka waktu pergi kerja...
menjelang kul 11 pagi si isteri send sms..
si suami terima sms dan akan senyum..

si isteri kelam kabut p lunch cepat2...
si suami kalau buleh nak suh pak imam solat jumaat cepat2..
tapi
si suami dan si isteri kedua2nya masuk opis kul 3.15 petang..

kenapa ha??



eisskk aku bagi penyepak kang!!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
beberapa hari sebelum raya.....


ni kisah bulan lepas... tapi..
sangat la terkesan dalam kepala otak akU!!
alkisah...
da petang hari, dapat surat kena p meeting kat iPoh..
memandangkan kena gi dengan colig, ku book la kete opis kan.. padahal kalo nak naik kete opis, lebih leceh lagi.. yelah, aku kena p opis dulu la pagi2..kan??

alkisah pagi tu, kuar awal la konon.. hari hujan gerimis, aku antar anak ke nuseri dan gerak ke putrajaya.. skali, jalan jem daa....

aku tak sampai2 kat putrajaya sampai kul 7.15 pagi.. meeting kat perak kul 9.30 pagi..
alkisah kolig da riso takut sampai lambat, maka aku suh jer la depa gerak terus..
aku leh bawak kete jer ke ipoh.. takda masalah..

aku pon masuk LDP..hubby kata nanti kua kat dsara (apakah?) utk masuk tol duta..hala ipoh
aku nih sangat sengal pagi tu. rasa cam hilang ingatan jap. tatau mana nak lalu tuk masuk tol duta..skali terlajak sampai ke kepong!! cheh tak senonoh hokeh!! pusing la hala kuching.. dah la jalan JEM kan? skali baru perasan, lam wallet ada RM20+ ajer!!
berenti la plak nak withdraw duit, kan?

masa tu dah pukul 8 da!
pastu terus masuk tol....zoom aku pecut la!! sekali...
kul 9.10 lepas jer tapah, tetiba kete aku gek gek gek... mati tengah jalan beb!!!
MINYAK ABIS!!!
rasa cam nak tampor muka sendiri jer!!!
punya la kalut sampai tak perasan kete takde minyak huwawawawa....

mula2 aku kalut gak la...meeting kul 9.30 beb!
pastu call bantuan plus, sementara tgu tuh aku da tenang da... da buleh amik pic sendiri... busan lak tunggu...
tersadai tepi jalan, tunggu bantuan tergedik2 amik pic sendiri!!

aku sampai tertido2 lam kete...dah la panas feluh2!!


sementara tgu pLUS datang, ada la satu kete tu berenti.. india..3 orang.
derang berenti seberang jalan..offer utk pi belikan minyak.. aku amik la suma langkah precaution, masuk lam kete..kunci suma pintu, cakap sambil jerit2 lalu celah tingkap..tak bukak tingkap beso beb!
pastu setujuk suh dia belikan minyak, bagi RM15 aje..
lebih kurang 20 minit kemudian baru PLUS tiba.
depa nak suh aku ikut d bawak aku p bli minyak tapi otw tuh depa nak singgah ada satu kete rosak di hadapan...chet!! kalo gitu gayanya agak2 baper minit baru aku sampai kat kete semula??
pas bincang ngan orang PLUS tuh, aku decide nak tunggu jer india tu p blikan myk..
lama gak la... sampai kul 10.15 baru depa sampai, fill up, jump sikit dan.. derang minta upah RM150 dari aku. WHATT?? mahal siot!! cam hampeh! memula janji nak mintak upah sikit ajer!! aku geram jer! tapi bila pikir takpelah, dia tak apa2 kan aku, dan berlaku jujur tuh da cukup baik daa... yelah, skang kan banyak kes pukau la, rompak la...macam2 kat paper...huhu nauzubillah!!
ding dong ding dong... aku bagi depa RM100 (dengan mengambilkira dia kena masuk kuar tol, blikan minyak, pusing balik...) halal jer la..
haihhh... sempat lagik aku kena pow pagi2!! hampeh!!
sudahnya, aku sampai meeting kul 10.30 pagi.... da nak abis pon!! sedey sedeyy sedeyy....
siri muhasabah diri:
pendapatan tu tak semestinya rezeki! yes its come to my pocket tapi tak jadi darah daging ku pon lagik!! mungkin sebahagian pendapatanku adalah rezeki orang lain...siapa tahu? Wallahualam..
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
si mamat sibuk di hari kejadian
punya la laju dia jalan, sampai takleh nak snap pic hahaha

malu sebenarnya nak tepek gambo KC ngan wardrobe..
sebab aku buat murahan ajer..maklum ler bajet ciputt...

kat bilik aku ada ruang cam ni... so mula² plan nak buat walk in cabinet, tapi towkey tuh tak recommend dengan disokong oleh beberapa hujah beliau..
maka kami decide buat yang ini ajer..


ni lah hasilnya - buat² tak nampak jer la kat bilik aku yang bersepah² tu yer...

compartment belah kiri


dan ni belah kanan - aku tak kemas pon.. main sumbat jer sebab nak clearkan bilik baju

nih pandangan sisi kot?
hiskk..cemana nak snap pon aku tatau la!
misi aku, nak tukar suma perabot lam bilik jadi kaler putih...bleh??? maknanya sumer drawer bagai akan dimudah.com kan oleh ku ahaha...

**ok ya... aku ada satu babycot kayu..
besar dan bagak.. sapa nak sila call dan datang ambil.
bagi FREE jer!!































------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back