ena
aku ada beg baru.. bli kat pasaraya Ten Ten..
haha korang ado pasaraya Ten Ten?? kat tangkak je ada tau! kua kua kua...
sangat tandus pasaraya beb masa kat kampung.. pi Ten Ten pon jadik..
sampai anak aku ulang2 sebut sebanyak 18 kali sehari ayat berikut:
abam nak naik ko (moto).. abam nak pegi ten ten
sejak ada beg hebat aku nih.. tolak tepi da beg2 knapsack aku, stroller bag, sling bag..
sumer da masuk lam beg hebat je. kira all in one la kekdahnya..
sebab tu namanya beg hebat mama ekeke
beg kalo ada macam2 ni, mmg jadik kegemaran anak kecit aku ler...

orang lain tido.. mama hadap lappy.. ica kemas bag..

mula2 kuarkan barang2.. pastu kira duit...
tekun.. leka... berjam2 dia hadap ni tau!!


mari selongkar ada apa dalam beg hebat mama

ada pouch buat letak 2 botol susu dan gantung pada stroller..
ada 2 topi, 2 socks, 2 bibs kanak2 dan sapu tangan

ada minyak gamat dan minyak yu yee, kunci kete, henpon 2 ketul, pasport + pass spore kami 4 beranak, purse dan pouch mcm2 kad ada
ada jugak littlepods dan blusher.. ntah apa motip ada dalam beg? aku tatau.. bkn pakai pon..



yang paling beshnya... beg hebat aku ni rege 13 hengget sembilan posen ajer!! best giler haha paling berbaloi dibeli...tak payah reverse2 bleh beli sepuloh dan tukar2 setiap hari!!

reveal la sangat kan... haha...
korang ado?? sila reveal beg hebat korang meh aku nak nengok!

saper yang ada beg cole haan mahal dan reversible tuh...
meh cepat reveal apa isinya! aku nak nengok!! huh bencik tau *wink*






------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
semalamkan jumaat...
maka pic kanak2 pon bertemakan hari jumaat..hehe

masa ni muka suci.. tak pandai lg membuat onar

skrg tidak lagi...

muka saya macam anak lebai skolah pondok tak?? muahaha

pagi jumaat kena minum susu secara berjemaah..
amik tenaga... kejap lg nk pi jB, antar ucu n atok aji nk lik kg suda....huhu


pas antar atuk, kami ke Angsana.. mencari tukang kunci ---> tak jumpa pon
makan kat pizza hut - iQa reQuest
owhhh sgt stim mama, menghirup soup panas!
order 3 drinks, dpt 2 je..
order pizza set, bread stick tak dapat2..
amik kiddie set, menan free tak sampai2..
apa kena dgn svc di pizza hut nie???


sekian

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena


amaran: cerita kanak2 pasti banyak gambar! muahaha..


balik dari robinson, kami p tampines, then p mustafa centre plak..
niat di hati nak tunjuk barang idaman aku kat si adik...
skali sampai mustafa aku rasa cam otot2 celah betis,peha, lutut, pelvik, muka, pipi, lidah suma rasa cam teganggg je..penat wehhh...

aik! selalu naik tren okeh ajer..siap jalan kaki sana sini lagi..
tapi malam itu naek kete.. apa pasal leh penat terlebey aku pon tatau.. haha
kul 11 kami trus balik..


ma, ma.. abam nak ni ma...
ica nanges2 nak duduk situ..
gumbiranya hati..
da duduk.. nanges plak takmo kuar.. mintak mahap.. mama takmo belikan ya... sekian tima kasih


kanak2 ni macam biasa la kan.. otw balik derang tido lam kete..
bila sampai umah, orang nak tido, derang lak bertenaga.. biorkan je le..
kakak.... jaga adik jap! mama nak mandi n solat!!
kakak jaga, ni ler hasilnya...
ni taiko
bedak ditaja oleh...pureen warehousale
orang suh tido, dia bawak menan plak!abang nyanyi dulu eh

abam nak letak tangan kat bahu je la!
ok ok taknak eh? kita buat peace!
ya Allah ika nih!!! <--- ni btol2 dialog aQim. dia panggil ica = ika.. :-)

babaii abah..... balik cepat tau!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
korang mahapkanler iQa yg gigil tangan tu.. bibir dia kan sakit..
sbb tu la tangan gigil amik gambo.. eh, takde kaitan ek?



aku pi kejap je kawan2...
masuk2 je... aku n adik cam kagumz jap..
eh! kenapa tak ramai orang?
sporean tak giler jualan murahkah? mustahil tau!

rupa2nya... idak murah mana pon kawan2...
kalo kat mesia, jualan begitu tidak ku panggil jualan gudang!
itu hanya seperti sale biasa! hampeh!

pakaian lelaki je murah2...
suar2 keje brand pierre cardin tu $18 jer..
baju2 pon..tapi aku bukan lelaki kan.. apa aku nak nengok lak..

kat ladies.. bj esprit edt melambak okeh!! hadoi...
tapi sila stop kecur! sebab rege dia lebih kurang ngan rege di butik esprit di Tampines Mall..
tak payah la nak berebut bli kat sini.. huhu

tgk kat luggage.. ada satu beg timberland tu laki aku nak bli.. da tgk regenya kt isetan arituh..
kat sini murah 5 dolar aje! cheh sungguh!

menan kanak2 plak.. best la ada banyak menan thomas tu tak penah jumpa kat mesia pon..
sape yg suka wat collection tu leh la bli.. best weh..mcm2 ado..
tapi, rege tak murah. cam N.P. di sogo je kekdahnya!

yg murah ialah wooden toys.. menan kecit2 made dari kayu tu..
comel2 la aku nengok.. ada mcm2, kuda, gajah, tedi bear, ulat gonggok etc..
shomel la.. rege dari 5-15 dolar each.. aku lupa lak nak snap pic..
sungguh baruku sedar... dasar warehouse sale shopper aku nih!
nak yg murahhh jer!! pastu claim diri sendiri adalah smart shopper..ekeke


tuh stroller ferrari tu murah.. $199 jer...


kesimpulannya, aku tak beli apa2 pon hari tu..membazir duit parking aje tau!!
apa barang nak bli kat warehouse sale tapi tak murah kan??
baik aku tunggu sopping day nanti.... hihi





sekian laporan bergambar sikit daripada aku ;-)
3 kids and counting..
ops! my another kid dlm stroller itu...dia kan malas jalan..haha



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
korang da makan?
aku mesti la da...

makan memacam arini..
pagi sarapan popia inti otak2...
kul 11
makan kuey teow kung foo..
kul 1 makan nasik + sambal sotong.. haaa sendap sendap....

korang tau sekarang aku katne? di kala kalian membaca n3 ini, akuh dah kat eXpo! ada robinson's warehouse sale beb
aku kan kemaruk warehouse sale.. ahhhh giannya nak p whsale! bila kali terakhir aku gi pon aku tak igt. rasanya seblom mak meninggal la.. aku takdak p whsale sejak tu, till now. lama tuh!!

aahhh... gembiranya....
seb baik ada tinggalan debit card daripada 'suami terbaek abad ini' <---- bodek le laki sket..

nanti la balik umah, sesambil makan pulut + kuah durian,
aku tepek apa rembatan terkini.. ekekeke...





*hubby: kad ku tu limitnya berapa??
sila reply di FB daku hik hik hik...
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
semalam stat2 skype je laki aku dok tanya...
dia: ko tak kemas kain baju ek yang?
aku: haa? mana ada?
dia: alahh.. aku tau laa...
aku terus zass pegi kat blog... hahaha..kantoi suda..!
akuh ingat orang kat jepon tak reti masuk blog aku..
takpun, org kat jepun adalah sangat bizi sampai tak sempat masuk... rupa2nya

muahahahahahahahahaa......

aku: yelah... yelahhh... nanti esok aku kemas la bang... seblom ko sampai umah, aku clearkan la bilik kita... ekekeke


:d

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
da lama aku tak buat lakonan ini..
angkat kain.. tabur atas katil..
basuh kain lagi sidai kering, angkat tabur atas katil lagi..
dan lagi
dan lagi
dan lagi.... hahaha
selalunya aku rajin.. angkat baju seround 2 round, malam tu trus lipat.. sbb aku rimas
dan aku tak suka la kais2 longgokan baju nak mencarik2.. hehe
suma konon mesti berada in place..
perasan perfert housewive la sket kan.. *uwekk!!*

laki aku kan tarak seminggu ni..
maka... daku buat la kerja ini... hah amik ko berlonggok kain atas katil akuh!!
yelah.... umah aku kecit setoet.. takdak bilik nak dijadikan bilik rahsia..
seb baik la aku pi tido kat katil kanak2 kan.. haha
mana ada org nampak kain baju aku yg berlonggok kat bilik aku tuh..
ni sumer gara2 hujan lebat dan angin kencang yg berlaku berlarutan last week..
sidai kain, tinggal tido.. skali bukak mata, kain baju da basah.. hujan lebat woo...
angin kuat tak citer lagi... huh tu yg sampai banjir2 kot.. tapi area umah aku tak banjir laa
tgk pic singapore banjir kat sini
tambah plak aku balik kg 2 weeks.. baju laki aku tershayang tu 2 weeks la terkumpul kan..

hihihi...
nantilah..
mana tau tiba2 dapat hidayah...
atau tiba2 dapat suntikan tenaga baru utk melipat kain... ekeke...
yelahh.... yelahhh....

i am an imperfect housewive...!!

who cares? hahaha




ari sabtu baru aku nak rajin kemas umah... sbb laki nak balik... ekekkeeke
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ku sangkakan panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengahari....

semalam pagi2 langit cerah je..
tengahari masa jalan2 cari makan.. tiba2 hujan turun lak...
bila petang panas semula plak...

semalam iQa semangat kemain nak p skolah..
tiba2 kul 11 lebih skolah dia call..
iQa jatuh, cedera bibir.. dan nak kena jemput beliau balik..
talked to her over the phone
me: what happened to you, iQa?
iQa: someone pushed me from behind right after recess time
me: ye ke? ntah2 kasut baru tu grip kuat sangat tak? sampai tersadung kaki??
iQa: maaa... im not kidding... (and she cried..haha) nak balikkk....

ok la balik la... aku pon pi amik
pecah teruk gak la bibir bawah dia.. perpecahan bibir sama potongan ngan gigi depan beliau.. haha
btol2 luka pecah kerana terkena 2 btg gigi yg besar kat depan tu..
pastu lak bibir atas bawah bengkak.. mcm.. er.. macam apa ek?

macam ikan ni kot! haha
hahaha lawa bukan?

sampai dia ugut daku supaya jgn letak pic beliau di blog! wakaka...
da snap pic dia.. tu pon puas la janji bahawa gambar itu nak tunjuk kat abahnya ajer..

skang da ok da.. tadi ku tuang myk gamat kat luka pastu minum slurpee, bubuh ais.. myk gamat lagi.. kejap je da sambung da bibir pecah2 tue.. da sht pon.. da selamat ke pool mlm tadi. sok leh skola semula :-)



iQa, see?? mama tak letak pic awak pon tau! mama awak ni menepati janji orangnya!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
korang tgk raja lawak?
korang tgk lawak nabil?
haha..
aku tak tgk! so aku tatau la lawak dia pandai ke b*do..
tapi ramai kawan2 aku suka ajuk lawak nabil, dulu..
dan aku akan terkebil2 tak paham...
haha... aku rasa mesti lawak beliau b*do!! huh


dah... asek kata lawak orang adalah b*do..
sebenarnya aku yg terasa b*do sekarang ni...
sengal2 satu badan...otak rasa lembab dan pergerakan rasa masuk angin iaitu lemau..
oh.. rendu agaknya!
hubby, cepatla balik...
bini sengalmu ini da rendu pada lawak b*do kamu!!

huwaaaaaaaaaaaa



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sekolah suda bukak ini hari...
semalam kami (anak2, adik aku, abah and aku) seharian melepak di JB..

lupa nak kabor..
kakakku yg bermastautin kat muor tu
kena transfer ke JB.. so dia dok umah sewa la somewhere in Tampoi..
senang la kami pasni...
kalo hubby buat tragedi menghilangkan kunci umah cam haritu..
terus je la tuju umah kakak aku... tak payah menggagau2 carik hotel buat berteduh!
hahaha....

whole week ni abah n adik aku ada sini...
temankan anak dia yang kurang keyakinan diri dan cucunya yang bersepah2 ni
sebab menantu dia yang hensem da terbang pegi mencari rezeki..
heii...seb baik la skolah da bukak! kalo idak.. mau nya aku lik kg seminggu ni! haha

memandangkan budak iQa tu da buhsan benor...
cuti skolah sebulan bermakna kena jaga adik2 sebulan...
dia da tak sabor beno nak ke skul..
pagi2 buta kul 5 lebih da ada lagu korea masuk lam mimpi aku..
rupa2nya dia p kunci jam awal kemain + lagu korea yg aku tak paham sebutir pon..
dan.. belum kul 6.15 dia da siap nak ke skolah! haha semangat anak aku!!
semangat kasut baru kot! ekeke...
ada ka... dia meminta dan apaknya membelikan sport shoe POWER di kedai bata utk ke sekolah??
sport shoes okeh.. bukan school shoes
layannn je la...



gambo takde kaitan ngan tajuk jua...
tuh anak2 kakak aku yg kena tinggal kat muor..
sian depa...
ni bodak aQim ngan bodak aQilah bushoQ.. hehe
anak dara kakak aku bersama makcik dia yg shomot muka minyak2..
ni lah mak pengantin.. eh!
kakak aku ler!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
oleh kerana semalam ujan lebat sungguh
diiringi plak ngan angin kencang...
sampai abes suma baju aku kat ampaian berterbangan
menyebabkan aku angkut balik masuk ke dapo.. nak basuh semula..
tapi
tgu laki balik sebab nak paksa dia baca manual dryer..haha

akhirnya...
harini baru le ter'rasmi'nya dryer tu yg da 8 taun terpacak kat dapo..haha
bak kata makcikrehan.. aku mmg tak gadget savvy seperti kakak hendanya.. hehe
hampon kak henda...
benda da ada terpacak pon aku tak reti2 nak guna..ekekeke..

pagi ni baru ler selamat baju2 aku dibasuh oleh WM dan dikeringkan oleh dryer tersebut.. ekeke
laki aku yg rajin le buatkan.. hebat kan laki aku? muahahaha....

pas siap seround, dia sebok nak masukkan CDs anak lam dryer..
siap gadoh2 ngan aku..
alalala... aku takut PUL layer rosak ler...kalo insert tu takle rosak,kan? kalo CDs? huhu
korang2 yg berCD atau anak pakai CD..
korang masuk dryer yg macamana?
cuba citer sikit??
aku malas la try n error kang tak pasal2 hangus duit aku beribu hengget seiring dengan mencairnya PUL dari CDs tu... huhu nanges la aku dengan diiringi bunyi gitar aQim... huhu

ingat nak search.. tapi..
aku sebok nak bersiap nk pi Jb... ekeke...
nak amik adik ngan abah aku...
depa datang tuk temankan aku sbb si lakiku nak fly da malam ni...
lalalala... pi JB buleh makan sendap2....
daaa....




sambil2 tu korang layan la pic penuh aksi
daripada budak yg tak abes2 suh org amik gambo dia nih...








------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

secara rasminya...
budak tuuuuu.... yg tuding jari tu... takkan budak baju merah lak kan??

da pandai jalan malam tadii!!!


dialog beliau:
"hehehehe puas ati saya la... terima kasih atas sokongan semua

setelah puas menahan kata2 nista pakcik makcik atuk wan kakak abang semua, akhirnya mama da bagi lesen P kat saya.. selama 2 bulan usung lesen L ke sana sini dan selepas tersembam dari walker ke atas lantai arituh...

akhir kata.. terima kasih la.. atas kepercayaan anda semua... saya da pandai jalan pada umor 1 tahun 2 bulan...yeay!!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back