ena
biasanya bulan posa... ibu² menyusukan anak akan mengalami masalah susu yang merudum dengan jayanya...
ku tatau apa sebabnya secara spesifik.. tapi teoriku mungkin sbb sangat kurang water intake dan pemakanan yang jadi tak tentu arah sepanjang bulan posa nihh..

pada aku, yang direct feed ini, walopun ku rasa susu berkurangan namun ku rasa susu tetap dapat memenuhi keperluan aQim. ku bersyukur yang amat. Alhamdulillah and thank you Allah atas rezeki yang Mu kurniakan pada kami... aQim takde mengamuks sepanjang bolan posa ni walopun kadang² rasa bengkak tarak.. tapi d isap okehh ajer...

nak jadi citer... ari terakhir ku bekerja masa bulan posa, masa tuh isnin, 29 Sept 2008. MIL da cuti so d sibuk la nak jaga aQim, tak bagi antar ke nuseri. Ok la ku no problem.. dan seperti biasa kalo ku tak dapat direct feed, ku akan bekalkan ebm untuk aQim...

ku kuar umah 7 pagi - balik pada 7 malam..
malam dan pagi tu ku ada pam 5oz dan 4oz, ku simpan lam botol..
ku pesan: nanti bagi yg lam playtex ye mak.. each feeding kena pakai 2 pek. jangan bagi yg lam botol tau! playtex tu da cair dari mlm tu.
maka, cukup la 6 pek untuk 3x feeding kan?

sekali ku balik umah??
6 pek yg da cair itu masih lam fridge! (by 8 mlm da jadik 13jam la dia cair!)

saya: aQim tak minum ker mak?
MIL: mak bagi yg dalam botol..2x je dia nyusu. dia makan banyak tadi..
saya: hah? kenapa tak bagi lam playtex tuh?
MIL: susu tu nampak cam da lama jer... buang je la. mak da bagi yg ina baru perah tu..
saya: tak la mak.. susu tu elok lagi. dia tahan lama, mak. ni da lebih 12 jam da kena buang la nih, membazir je mak.
lam hati saya: sayang susu tu.. penat saya pam huhu
dengan sedihnya ku buang jer 6 ketul susu tuh bersamaan dengan 18oz...

huhu MIL memang gitu... tah apa² tah..
dah la sangat suka bagi anak saya makan macam².. masak bubur masin giler.. masukkan garam lam bubur yg aku masak, bagi kek lapis kat aQim.. bagi ayam golek.. huwaaaaaaaaaaaaaaa aku gerammmmmmm jer!!!

*nih la lagi satu cabaran kalo bF tapi orang sekeliling tak support kita...

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kalian kalian yang masih menyusukan anak...
walopun hanya dalam pantang, 2 bulan, 8 bulan mahupun 2 tahun (seperti sifoo aMieza..)
ku ucapkan tahniah pada kalian..

menyusukan anak ini sangat kuat cabarannya..
plak tuh cabarannya mengikut peringkat! sepanjang penyusuan.
dulu ku ingat mula² je susah nak get use. nanti da lama akan ok. rupa²nya tidak sama sekali
dari cabaran bab susu tak meriah, inverted nipple, bengkak hingga menyebabkan demam mahupun kesukaran untuk mengepam.
Alhamdulillah setakat ni ku rasa cabarannya masih mampu ku tampung...

2minggu nih, ku hadapi cabaran seterusnya dalam penyusuan.
yang tak bestnya, ku tak penah dengar sebarang amaran atau peringatan tentang sindrom ini daripada kawan² mahupun lactation counselor...
kalo bab cam bengkak ke apa tu ker... ku da banyak baca kaedah nk tanganinya.
tapi kali nih, ku tak tau apa²... citernya gini..

sepanjang cuti raya.. ku fully direct bFeed la kat aQim.. cam biasa la kalo ari kejer pon aku fully direct gaks... ku ngepam kalo kena out station atau ada meeting jer..
masa cuti raya tu ku notice,
breast kiri asik penuhh jer... breast kanan lak cam biasa jer..kadang² belah kanan ni kempiss jer.
ku pelik la jugak.. kenapa eh?
tapi ku tetap selang selikan kalo aQim nak nyusu tuh. walopun kanan kempis, ku bagi juga.
dan seperti biasa, ku da set lam otak. kalo baby isap, mesti akan ada susu...
baby tak meragam pon la...

selama seminggu sindrom aku tuh berterusan.
ari sabtu, ku takleh tahan, rasa sengal² da kat breast kiri tuh. sebab asik berattt jer kan..
cemana nak buat nih? kenapa nih??
pam pam pon sama jer. aQim nyusu pon sama gaks. tak susut breast aku tuh!!
aku bagi aQim 3x breast kiri dan 1x breast kanan. tapi tak surut!! adusss.......
lastly, aku call jer teleinfo Kumpulan Sokongan Penyusuan Hospital Putrajaya
ku bercakap ngan JT Nor Aziah Ujang... (baik nurse nih. tima kasihhh yaa...)

lepas citer background dan history penyusuanku... Nurse tu pon mula la jelaskan masalah yg aku alami tu...
"Sindrom ni terjadi sama ada - kesilapan pelekapan(latch on) atau penghasilan susu yang berlebihan. Sebagai contoh, kemungkinan saya menyusukan anak sebanyak 5oz sebelah breast setiap hari... tapi pada hari raya, oleh kerana aQim makan itu dan ini, maka dia hanya minum 4oz. dan 1oz berbaki di breast. maksudnya breast tak kosong habis selepas feeding. kemudiannya perkara itu berulang² selama 4-5 hari dan menyebabkan berlaku 'mendapan' di pangkal breast. mendapan ini takkan kuar walopun susu di pam atau baby hisap. sebaliknya yg kuar ialah susu di hujung breast itu sahaja.

sebaik²nya, apabila baby menyusu tapi tak sehingga kempis, saya perlu mengepam breast sampai kosong (statement ni memang saya tak penah tau ok!) ini bagi mengelakkan mendapan. jadi dalam kes saya, masalah saya da masuk tahap kedua iaitu bengkak yang takmo surut. apa yg boleh dilakukan ialah tuam dengan kain suam urut² breast dan perah - dengan tangan sahaja! jangan guna pam kerana pam akan memaksa kelenjar susu di depan mengeluarkan susu atau menghasilkan susu baru sekiranya sedangkan saya seharusnya mengeluarkan susu yg dipangkal breast.

saya perlu usahakan 2x sehari selama 3 hari. sekiranya tidak surut, saya perlu ke hospital dengan segera. memandangkan sekiranya sampai tahap ke-3 boleh menyebabkan bisul atau nanah huwaa nauzubillah!! tanda² nak masuk tahap ke 3 ialah sakit yang berdenyut², rasa panas pada breast atau demam.

harini da hari ke 3 beb! masih tak surut! ku takde la sakit. cuma sengal² jer. aku kena p spital ker??? gulp!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
akhirnya ku terpaksa mengakui kebenaran kata² hubby...
ku memang cerewet bab makan..

aduhai aku sangat tertekan dengan kawasan kediaman ku ini...
kawasan umah ni, takde kedai makan sedap tau wahai kawan² sekalian!
cuma ada kembangan paradise, dalam lingkungan 3.5km dari rumah..
kedainya agak ok, bersih, tokeynya ISLAMIK, makanannya so-so tapi,
servisnya sangat lambat! yes u read lambat!!
boleh bikin ku panas ati dan rasa nak belah balik umah goreng telur aje!

semalam saya balik umah agak lambat.
so malas nak singgah kedai runcit (sekarang saya takde stok lauk frozen sbb fridge tinggal satu - satu lagi da pass ke rumah sewa ucu)... freezer saya pula penuh dengan eBM aje.
jadi pesan saja pada hubby belikan dinner kami di kedai near sekolah iQa...
sekali hubby balik around 7.15pm
dengan tangan kosong. kedai tu tutup. adusss apa nak makan ni! perut da keroncong...
saya buat la muka lapar sambil masuk baju kotor lam washing machine
tup tup hubby da ilang - p kedai belakang umah bli makanan....yeeehaa!!

dengan tabah ku kat umah, masak le makanan aQim...letak bilis yg selalu d suka tuh...
punya la lama ku siapkan makanan dia...
makan 6 suap jer ok!
tak sampai setengah mangkuk da takmoo... geleng² kepala!
adusss....

hubby balik: "aQim tak mo makan ke Yang?"
saya: "makan tadi... tapi sikit je da takmo lagi"
hubby: "dia kan pandai pilih makanan...macam mamanya...cerewet!!"
saya: senyapp jer wat² tak dengar

dengan perut yang keroncong nak meletops,
kami ber3 hadap le 3 nasi goreng kampung + ayam masak pedas..
sesuap... dua suap uhuk uhuk uhukkkk
langsung tak sedap!!! eiskkk takleh nak makan okey!! sangat tak sedap!
hubby makan jer dengan muka toya + wat tatau kat saya yang menguis² makanan...
uhuhu terus rasa nak marah! kenapa la peniaga sekarang ni hampeh sangat!
dah la kedai KOTOR... masak TAK SEDAP... eiiii memang marahh la sangat!
saya makan roti + butter saja dan main dgn aQim..
si iQa ikut sama takmo makan nasik goreng kering tak sedap itu... (aku tak hasut pon taw!)

*lepas makan hubby pegi gunting rambut dan belikan roti canai kat aku... hehehe kesian kat aku rupanya!! tak sampai ati biarku tido lam kelaparan ehehehe


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Raya tahun ni kami beraya di Selayang...
untuk kali pertama aku beraya di umah mertua...

alahai ku sungguh tak lalu makan..
kenapa entah. ku pon tatau.
nak kata masakan kat sini tak kena selera aku...
eh dulu ok jer???
cuma aku rasa sebab lama sangat kami bermastautin di Selayang tu
tetiap hari makan MIL masak...
masakan kat umah ni langsung tak pedas. so aku jadi ilang selera...
alahaiii aku renduuu nak makan sambal!! - umah MIL sumer orang takleh makan pedas..hihihi

pagi raya...
aku senak perut...
teringat plak si period yang tak datang² dan UPT yang kejap +ve kejap -ve nih..
aku pon riso la.. aku da 3 kali buat UPT
1st tuh -ve
2nd masa kat sunway pyramid carik kasut kakak tuh.. +ve tp line blurrr sangat!
3rd kat umah +ve plak...
so kami decide nak check pas raya nih..tapi kenapa sakit perut nih eh? nak gugur ker?? gulp!! nk tahan sakit tuh, ku telan panadol manjang

malam raya pertama kami balik tangkak (ah beshnyaa leh makan macam²)
dan raya kedua pegi le Ng Specialist Centre kat Muar.. utk check perut aku nih
dan hasilnya... tadaaaa....

aku tergelak² laki bini... memula ingatkan tak peknen... tapi peknen. Alhamdulillah..
pastu ingatkan baru nampak sac ker jantung ker.. rupa²nya masa scan tu baby da tergedik² kaki tangan sumer da nampak! alahai kelakar tul! Alhamdulillahh...

nampaknya ada orang baru lagi. yang bakal menjengah kami, menjadi sebahagian daripada kami, sepanjang hayat kami....insyaAllah...


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
arituh takder mood sangat nak buat persiapan raya...
sekali raya da dekat, baru ku kelam kabut pikir

nak cari kasut kakak
nak cari kasut baby aQim
nak beli baju aku..
nak bli sandal aku -- ku nak sandal jer time raya

seb baik kasut aQim senang jer jumpa!
kasut si iQa letih aku ukur soping complex!
dari sunway ke alamanda ke cawangan² al-ikhsan... ada size tak kenan plak
yg kenan takde size plaks... adusss

haiihhh arinih kejer plak!! (padan muka! kononnya takde sibuk apa so keje ler....)
haihhh bila nk dapat kasut iQa nih!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lama tak update blog
konon sibuk la... tatau apa yg aku sibuk

semalam cuti p merayap..
sekali petang tuh tgk² aQim demam plak..huhu raya da dekat, demam plak??

untuk kawan² pembaca dan pelawat blog ku...
ku nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
andai ada terkasar bahasa, terlanjur kata, terlebih gurau, ter'pau' makanan, terkutuk mahupun terusik hati... ampun dan maaf ku pohon dari kalian
Semoga Aidilfitri ini bakal membawa kebahagiaan dan kegembiraan untuk kalian di samping orang yang tersayang...



*untuk yang tinggal dekat² umahku, jemput la datang umah yer...
tahun ni ku beraya di Selayang ---- huhuhuhu...



*ku menanti berita bahagia sebelum raya ini. kelak ku maklumkan pada kalian.. thee hee hee








------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aduhhh kelmarin sangat la sadis untuk ku!

ari sabtu tuh hubby teringin sangat nak makan meat ball soup..
ku masak ler...walopun ku tak lalu nak makan soup tuh dgn nasi...
si iQa plak nak buat popia sardin...
mmm ku buka makan popia ajer laa...

kul 6lebey si iQa plak nak ikut cik uG buka posa kat luar..
tak jadi la buat popia sardin...sebab tukang gulung popia nak kuar...
sudahnya ku takde apa nk buka posa...

tiba² datang plak anak jiranku antar roti jala+kuah kari ---yuhuuuu faveret aku tuh roti jala!
apa lagi
ku balun la time buka posa...
ehehehe syedappp jer aku makan...

tiba² kul 3pagi, ku sakit perut... dan trus muntahhhhh banyak giler!
aik apasal nih!
pastu ku buang air besar plaks!
selang 2 jam ku muntah + buang air lagi
sampaiiii ler ke pagi... lembik giler badan aku!

kul 9 pagi ku da pegi klinik... keracunan makanan katanya...
huhu memang sengsara laa..
ku dah lama giler tak kena muntah+buang air nih!
alahaiiii
anak² sumer hubby uruskan... aQim pon minum ebm jer seharian. sekali jer bF sebab aku tak larat sangat²!
minum plain water pon muntah
minum 100plus pon muntah
jalan pon huyung hayang!! haiyaaaa.....

menjelang petang cam da ok sket, kerana ku togok 100plus dan jus guava dengan banyaknya.
tgk ku ok jer, hubby ajak p carik baju melayu aQim + buka posa @ asiari kat SACC Mall Shah Alam..
ku kesian hubby... pegi gaks la... sekali tuh... baru jalan sket ku da huyung hayang nk pitam (tak posa pon nak pitam gaks??) air lam badan kureng kot...
last² makan pon tak lalu..
dan pas makan ku terus jer balik umah...
sian anak² aku... tak dapat beli apa pon.... mama tak sihat huhuhu


Alhamdulillah menjelang pagi senin ku da sihat 100% dan leh la pi kejer... huhuhu

----------------------------------------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
di kala sedang kursus... ku sempat lagi melayan blog dan terpandang homework dari Nazat yg Cecepah itu...

heheheh LAYYANNN gaks la nihh....
mari kita lihattt....

---------------------------------------------------------------------------------------------

First Name - Nama bunga you.... uhhhh sungguh ku gelik ekekekekeke
Nickname - Ina, Lin, Mama Lin (nih kat opis Cecep nih jerr...)
Birthday - 16 Ogos
Birthplace - ku di'salin'kan di umah - disambut oleh Jururawat Desa namanya Misi Midah okey..
Time of Birth - 4.30 petang (kalo tak silap aku laaa....)
Zodiac sign - Leo

–This or That–
Flower or Chocolate - choc la kot? leh makann...
Pepsi or Coke - NEITHER - ku tak suka carbonate drinks! coke pepsi musuh utamaku!!
Pop or Rock - Pop. Rock itu sesekali layan la. sangat sesakkan kepala ok!
Relationship or One Night Stand - mestila relationship!!
School or Work - school: takde punch kad, nor LNPT, tak kena hadap bos mahupun menghadiri meeting
Love or Money - Money pastu baru datang chenta.. ekekeke... Love tarak duit apa kesss...
Movies or Music -movies (ku tak suka music. spai hubby kata, radio lam kete ku itu jadi perhiasan ajerr)
Country or City - country uhhh udara nyaman, tak der traffic jem, banyak pokok dan tak panas/bahang...
Sunny days or Rainy days - sunny. leh kuar merayap dengan jayanya
Friends or Family - Hubby! eh tak menjawab soalan la kan? ahahahaha

–Have you ever–
Lied - mestilah hehehehe
Smoked - never..!
Broke someone’s heart - twice.. pertama; memang kptsn yg salah sgt². kedua; huhuhu ku pon terpaksa.. sori ye yang...ku amat berdosa padamu uhuk uhuk uhukk
Had your heart broken - ye! si setan perosak itu!! ALLAH damn you!!amin!
Wish you were a prince/princess - masa kecik² penah ar... besh banyak duit.leh masuk klas main golf ahakss.. skang takmo arr
Liked someone who was taken - tak penah arr
Shaved your head - tak penah
Been in love - yes and still in love
Used chopsticks - selalu. bila makan mee esp kat umah
Sang in the mirror to yourself - penah la kot masa musim kuat nyanyi...ahaha

–Favorites–
Flower - roses sangat romantic rupa nya!
Candy - alus sementai a.k.a cotton candy besh! teringat zaman bodak²
Scent - ku tak suka perfume... currently ada envy me 2 dan eliz arden - ntah tahun bila nak abis!!
Color - merah dan biru
Musical Instrument - guitar
Movie - ku sangat suker the Mummy!!
Actor/Actress - brandon fraser ekekekeke....
Junk food - mana ada...ku tak suka! snek ku adalah roti²: bakers cottage, bohemia jusco, rotiboy etc etc
Animal - ku suka neok ikan lam akuarium mak...tapi nak membela? tidak laaa
Ever cried over someone - huhuhu ku keciwa...
Is there anything you wish you could change about yourself - ha ada! ku nak buat LASIK then tak payah pikir pasal spec/ctc lenses agi!
Do you think you’re attractive - dulu adalah... skang tidak laaa kot
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - Fiona dan shrek... ahahaha takmo ar! fairytales sumer omputeh!
Do you play any sports - yeah! renang! ku terrer kuak lentang atas katil!

–List (8) random facts about yourself –
1. ku tak suka dengar muzik. serabut! tak suka tgk cd/dvd, sebab takde iklan! tapi tgk wayang ku ok jer!
2. ku kuat semangat! biasanya perkara yang orang lain tak support mesti aku beriya nk jadikan kenyataan. cth; breastfeed, pakai cloth diapers...
3. ku suuuuka driving!! tapi tak penah ada kete sendiri! kete pertama: nama abang aku. kete kedua nama hubby.. aku? ku pemandu tegar ajer...
4. aku tak pandai amik ati, pujuk orang mahupun menjaga ati. kadang kala ku agak lepas cakap orangnya - dengan kata lain, ku agak kasar.
5. aku tak suka boodak²... tambah plak kalo nakal² eiskk rasa nak geget jer! special case jer la ku suka boodak²
6. walopun keras kepalaku ini, namun aku seorang yang berubah² - kejap² ku marah kejap lagi ah malas la nak marah! ekekeke boleh ker cam tu?
7. ku paling tak sukaaaaa bangun pagi utk sesuatu komitmen seperti pegi keje, pegi sekolah mahupun pegi shopping! ku suka bangun pagi untuk siram bunga atau sidai kain sahaja ya!!
8. communication skills ku amat la lacknyer! apa ku cakap sebenarnya tak dapat menyampaikan apa yang terbuku lam hati. kenapa eh??

- mangsa seterusnyaa: ku amat mahu baca merapuan dari kalian ini:
1. Sue @ arianna - rakan sebirthday ku ini
2. Aida- yang amat tegas
3. Kak Ina - kak yang penyabar ini
4. Kak Zaara - ku nak baca pasal kamu plaks. asik kisah aQil jer ehehe
5. Has - kawanku yg pemalu
6. Mai - mai...aku suka pekena kamu ihikss...

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harinih da masuk 17hari posa... semalamkan 16 September...takde apa² ponnn (ayat nih utk DSAI eheheheh).....

ku takde keje kat opis. so macam biasa... ari² ku ulang alik turun naik dari opis ke nusery ke opis ke nusery ke opis ke nusery dan last sekali ke umah ahaha... apa la keje aku kan??

-------------------------------------
dan semalam dengan jayanya aku telah mengisi borang permohonan untuk bertukar station. ku mintak tukar balik ke HQ.. sebenonya skang nih aku dikaderkan (pinjam) ke kementerian nih.. tuh yang borinkk yang wallaa... tak besh! tah la ek... kekadang pikir, ku yang cerewet ker tempat nih yang memang tak besh? tapi besh tak besh pon da 2 tahun aku melekap kat sini.... aku suka tempat keje ni, sebab dekat ngan umah (30minit jer) leh kuar kul 8pagi tau! dah tu geng kat opis nih sumer bESH!! aku shayang korank!!!

tapi, bak kata pepatah, hujan emas negeri orang ujan batu negeri sendirik ---> ku tetap nak balik tempat sendirik!! ku letih arr dengan keje yang tak jelas nih... cam takde portfolio jer! bosan btol! tu yang buat perasaan nak balik hQ tuh membuak² sangat tuhhh!! eiskkk... mudah²an aku berjaya la dapat tukar ke hQ semula...

-------------------------------------
pasal persiapan raya plaks... tahun ni ku taknak buat apa² pon... malas la rasanya! ku takde mood sebab mood nak pindah umah dah membuak² sangat.. so malas nak buat apa² ngan umah ni. pasal kuih raya ker apa ker...ku main beli mana² kawan jual jer... takde lah beriya nak mencari ker apa ker... baju anak² plak.. si iQa ku ada belikan kain cotton dan selai lagi dari jakel (bli masa peknen tuh!) dan da suh pun uminya jahit kan. utk si baby aQim plak, baju yang beli kat bandung ada banyak...hu tak payah la sopping bagai. cuma si abahnya sebok nak bli baju melayu sepasang..jadilaa. tapi tatau agi bila nak membelinya.

baju aku dan hubby? hubby ada sepasang baju melayu baru. aku tatau ar.. malas nak pikir... ada la beberapa helai baju batik terengganu ko ada antar dulu² tapi tak siap² lagi oleh si tailor ku itu. nanti la nak call. kalo siap, itu la baju raya. kalo tak siap... amik la baju mana² buat raya nanti huhu.. tahun ni takde langsung perasaan nak p jalan TAR. tudung baru ker apa ker sumer ku tak terbeli.. takde perasaan ar weh.. kenapa ha??

ada ker orang cam aku nih? takde perasaan nak sambut raya????

**tahun ni kali pertama kami akan beraya umah parents hubby... huhuhu makinnnn la membuatkan aku down.....

--------------------------------------------
ku letih la bulan posa tahun nih.. rasa sangat² letih! cam takder energy jer. malam² pas buka jer mata da nak shut down.

orang berebut² mengejar fadilat ramadan. aku plak berebut² kejar bantal dan tilam sambil memaksa aQim tido sama.... eiskkkk keji keji...





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
arinih ku baru stat keje balik selepas bercuti 4 hari (beshhhhnyaaaa)
bangun lambat...
siram bunga...
masak²...
arrrggghhh aku suka dok umahhh!!! ku tak suka keje!!! muahahahaha


tapi nak wat cemana?
kena gak p keje sebab nk bayar study loans dulu ekeke...
so, masuk keje!
arinih kena bagi taklimat kat peserta kursus huhu kesiannya depa.
tak besh langsung aku bagi talk! mesti kena kutuk (huhhu nasib arrr malas nak pikir)

dan bila bukak blog,
dapat menda ini dari kak Nisda... tarraaaaaa





ih ih ihh... comey ar plak smiley nih!

okey.... LOGO ini dijana oleh:
Antown, Mangosteen, Sha, Jasmine, emh, Mummy HnH, UmmiIna,
Koci, Aiza a.k. Nis, erleyna, and... write your name here!

Bagaimana caranya?.
Copy gambar di atas lalu posting di blog anda.
Lanjutkan tag ini minima ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
*Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka

Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag (link ya!)
Catatan: Yang mendapat tags ini hanya untuk blogger muslim.

memandangkan ku merasakan puasa ku amat malap tahun ini --> ku amat keletihan kerana berpuasa sambil menyusukan si aQim (yang amat kuat nyusu itu). maka tag sinar ramadhan ini ku panjangkan kepada geng² ibu susuan dengan ucapan....
"korang tak pitam ker ha??? kenapa aku ari² dehydrated??huhuhu....."
puan Aida
puan sue
manjalara
cikwawi

nih ajer la mangsaku kali ini yer....



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku sangat marah dengan CARI kebelakangan ini.
selalu sahaja servernya wenggg dan menyebabkan aku tatau nak buat apa kat opis!! kekekeke

kisah ni aku da taip nak tepek kat forum
tapi tiba² takleh masuk plak!! hanginnn jer...
so aku nak ler tepek kisah ni kat sini muehehehehehehehehe........


ku selalu kata pada diri sendiri
menyusukan anak nih, pahalanya banyakkk melimpah ruahhh!!
dan itu adalah tanggungjawab ibu-ibu.
kalo tak takkan disebut dalam alQuran.

".... dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada"

takkan la nak dapat pahala banyak melimpah² tu senang kan??
mesti la banyak cabaran. sabar la ubat paling mujarab.

ni ada satu kisah.
pada satu masa, ada sorang wanita berjumpa Rasulullah SAW
dan mengaku depan baginda,
dia telah berzina hingga melahirkan anak.
dia meminta supaya dirinya dihukum
sebaliknya,
Rasullullah SAW menyuruh dia pulang ke rumah
menyusukan anaknya itu sehingga 2 tahun
kemudian, datanglah kembali jumpa Rasullullah SAW untuk terima hukumannya..

MasyaAllah...
pentingnyaaaaa menyusukan anak!!!
kenapa lah ramai muslimat tak sedar kepentingan itu! (termasuklah aku, dulu...)



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Harini dah masuk 3 hari berpuasa...
wahh sekejap jer ek?
kalo mengganti puasa, nak dapatkan 3 hari sangatttt la payahnya pada aku!!

si iQa masih belum kantoi puasa - mudah²an dia dapat puasa penuh tahun ni.
si aQim posa gaks... posa? bukan!! dia sahur.. tapi tak puasa!!

pada 1 ramadan... kan cuti, ku masak banyak sekali
chicken grill
mushroom soup
salad
garlic bread (beli roti perancis kat Giant)
ayam sambal

malam pula kami cuci mulut pula. wahh makan lagi?
makan donut - kerja tangan iqa nih! --- eisk tak caya aku reti wat kuih!

banyaknya benda di masak!
eiskkk banyak ker?? ku rasa banyak laa...
sebab selalunya ku masak satu lauk dan 1 sayur jer ahahahah....
wah beshnya kalo hari² boleh masak sendiri...

tima kasih utk forumer² Food n Recipe di CARI-- saya amik resepi kalian!!!

Semalam da stat keje...
saya balik seperti biasa pukul 5.30 tapi jem walllllllaaaaaa sampai umah 6.45 (padahal kalo tak jem 25 minit je sampai) mana ku tak angin!!

hasilnya - ku sempat masak nasi dan goreng sayur aje.. lauknya hubby beli...
saaaayang hubby!!!


***mushroom soup ada lagi lam fridge!! arrgghhh ku tak sabor tunggu buka posa!!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ku rasa buhsan....
sangat bohsan...

ku lepak kat blog atOK, mamat nih senior aku masa kat UTM...
kah kah kahhh ku gelak² sorang baca entri demi entri...
mamat ni memang kelakar tahap nak kena penyepakk!!!

okeh kembali kepada isu bohsan...
cemana nak buat ek??
buring ar keje sini...
eh eh ehhh semalam aku isi borang minta keje. masa kat opis...
sekali da isi separuh, part diploma dan degree aku lupa details plak..
trus aku tak siap isi borang. borangnya online..
kononnya arinih nak sambung isi tapi tak bawak maklumatnya
haiissshhh...
asik tangguh jer,... bila nak dapat interviu nih???

tetiba teringat kat mak...
mak...
tak beshnya keje gomen mak!!!
kalu ku amik alih kedai mak pon rasanya ok...
da kaya sedikit dari sekarang agaknya??
huhuhu...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

Tomato Story


A Jobless man applied for the position of "office boy" at Microsoft.
The HR manager interviewed him then watched him cleaning the floor as a test.
"You are employed" he said. Give me your e-mail address and I'll send you the application to fill in, as well as date when you may start.

The man replied "But I don't have a computer, neither an email".

"I'm sorry", said the HR manager. If you don't have an email, that means you do not exist. And who doesn't exist, cannot have the job."

The man left with no hope at all. He didn't know what to do, with only $10 in his pocket. He then decided to go to the supermarket and buy a 10Kg tomato crate.

He then sold the tomatoes in a door to door round. In less than two hours,
he succeeded to double his capital. He repeated the operation three times,
and returned home with $60.

The man realized that he can survive by this way, and started to go everyday earlier, and return late. Thus, his money doubled or tripled everyday.

Shortly, he bought a cart, then a truck, and then he had his own fleet of delivery vehicles.
5 years later, the man is one of the biggest food retailers in the US

He started to plan his family's future, and decided to have a life insurance.
He called an insurance broker, and chose a protection plan.

When the conversation was concluded the broker asked him his email.
The man replied,"I don't have an email."

The broker answered curiously, "You don't have an email, and yet have succeeded to build an empire. Can you imagine what you could have been if you had an e mail?!!" The man thought for a while and replied, "Yes, I'd be an office boy at Microsoft!"

Moral of the story

Moral 1
Internet is not the only solution to your life.

Moral 2
If you don't have Internet, and work hard, you still can be a millionaire.

Moral 3
If you received this message by email,
you are closer to being a office boy / girl, than a millionaire. .........


ahahahaha... i got this from kak Bib - message thru email!! GOSH!!! - jahat ko kak!!! ahahaha



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hiii...
arinih saya rasa sangat berlapang dada (keje da siap...)
buat² sibuk depan PC sebab nak beli CD lagi....
sebab ada beberapa yang aQim da tak muat..
dan ku tak bercadang nak simpan utk adiknya...
jadi ku sedang memikirkan samada nak jual tak...
sebab adik²nya tatau ntah bila akan berkunjung tiba..

okies...
nak tepekkkkk gambar orang iniiiii...


sukanyaaa saya....baru pas salin diapertry kerusi mama sedap ker idakk

aisshhhh stroller takleh recline pon d leh tido gakss

ni masa baru pandai duduk...

lawo ker?? try jer nih ehehehe

kelmarin bawak my parents p Tupai², nak makan ler...
letak aQim lam high chair dia gelak²... pastu terus muntah
alih²... dia muntah abis penuh kotak 4 segi kat meja high chair tuh..ahahaha


aisssshhhh kejap jer rasa si aQim ni da besar ek....



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
This award is for those bloggers who are

nice people;
good blog friends and
those who inspire good feeling and
inspiration; also
for those who are a positive influence on our blog world.

Once you've been awarded
please pass it on to others who you feel are deserving of this award..



-------------------------
oleh itu...
ku tujukan award ini untuk semua virtual fren ku yaa....






------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

ku nak balik.. tetiba terperasan homework dari kak ina


(1) What were you doing 5 years ago?
2003? completing my 1st degree huhu

(2) What were the 5 things on your to do list today (August 22nd, 2008, Friday)?
1- Prepare the points for seminar paper
2- Buy 15 pieces of camior choc by beryls @ 7 eleven after work; for uG's engagement tomorrow
3- find requested present 4 uG - engagement only but asking 4 gifts??
4- balik kampung..
5- get the flight ticket 4 monday trip to KT

(3) What are 5 snacks that you enjoy?
1- macaroni n cheese - only me like it. not iqa, not hubby
2- any types of jemput²
3- air kutak "ice lemon tea" by lipton or season
4- yogurt
5- nuts - arrrgghhh beshnya!!

(4) What are 5 things that you do if you were a billionaire?
1- buy a new house for me
2- a new car 4 sure
3- p umrah with mak n abah
4- besarkan restoran mak n bukak branch in KL
5- berenti keje!!! dan kena pikirkan cemana nak beranakkan duit ku nanti (chewahh)


(5) What are 5 jobs you've had? and still doing ?
1- town planner a.k.a assistant bos hahaha
2- Wife to my husband
3- Mother to 2 childrens
4- shopper hihihi
5- permanent forumer @ cari.com muahahahaha

Who are 5 person you want to tag?
1-
2-
3-
4-
5-

settle!! nanti esok baru ku masukkan saper ku nak


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
perasaan yang berbuku di hati ni makin melebam...
sepanjang hari aku rasa cam aku biasa jer...
tapi si PA nih dok kata hari nih hari jiwang aku... (apa kes tengah marah nak jiwang plak??)

menjelang kul 12 lebey aku da sebok nak blah dari opis..
thee hee hee... ku berjaya melencong ke alamanda...
tatau nak buat apa
nak gi mana
nak bli apa....
sajer nak melepas BENCIII aku malam tadi.




hasilnya: aku dapat
3 pasang socks hallmark- utk aQim


buku-buku:
mula² nak beli cecilia ahern punya buku.
tapi melayan perasaan punya pasal, aku terbeli "the trouble with marriage" by debby holt nih plak- untuk aku

illustrated bibliography of mahathir - utk iQa













spaghetti bolognaise kenny rogers - utk aku
macaroni cheese kenny rogers gak - utk aku










dua ketul muffinnya - pon utk aku
sepasang spec GUESS - utk aku
electric steriliser - utk aku ke utk aqim?

dann

sekor ERNIE - tepek kat cermin kete
(fuh! aku tak penah bli@gantung benda² kat kete taww!!) - utk aQim


total? ku habis dkt RM1K lerr dalam masa kurang dari 3jam fuhh!!!



------------------
aduhhhh hari da petang... kena balik umah.
cemana la ku nak hadap si dia kt umah ni karang??? dah la iQa takde umah!!!


huhuhu ku benci gaduuuhhhh

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
malam tadi saya (kami?) sangat marah...
dan kami gaduh besar kerana kemarahan itu

si dia mempersoalkan...
mengapa
saya amat sukar untuk memaafkan si dia...
orang yang paling menyayangi saya
orang yang sentiasa menjaga kebajikan saya
orang yang tidak pernah memandang wanita lain selain saya...

dan saya??
saya tiada jawapan

pada saya,
sebagai orang yang paling rapat seharusnya dialah yang paling memahami saya
memahami kesungguhan, kemarahan atau kekecewaan saya
memahami sejauh mana saya mengharapkan sesuatu daripada dia...

dan saya juga...
saya memang sangat kecewa
sejak pergaduhan besar pada 15.6.08 iaitu pada hari ulangtahun kelahiran si dia...
saya masih rasakan titik hitam itu menempel di hati saya
saya masih merasa diri saya betul² tidak dihargai (walaupun si dia menegaskan sebaliknya)

ah sudah la...
saya pon tatau di mana kesudahan kemarahan saya (kami) ini...

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
anak perempuan memang sangat cute kan???

boleh ikatkan rambut dia
pakai gowns... alahai geramnyaa
ribbons all over their head
alahaiii comei bangatsss!!

sebab itu la saya teringinnnnnn sangat nak anak pompan, lagi....
muehehehehehehehe.....................

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back