ena
skang suda 618 petang
kalian suda masak? atau suda beli makanan untuk berbuka posa??

aku belum masak.. huhu
beli? jangan harap la.. jauh beno nak pegi beli..
tak koser!!
dah la takde rupa param pon..
huhu rendunya nk p param!!


tengah gugel resepi sebenonya
aku sangat mau makan pengat..
tapi aku rasa pengat aku buat ialah tak sedap.

tak reti buat sebenonya.
pandai beli dan order dari mak dan kakak aku aje.
skang mau order dari sapa?? iQa? Pidaus? huhu

pengat oo pengat...
meh la datang bertandang ke rumahku!!

*ting tong*
tiba-tiba doorbell bunyi..
ada jiran datang antar pengat semangkuk beso..

YES!! alhamdulillah.... sedap sedap sedap...

PANG!! kena penampor sekali!!
jangan mimpi lagi la wei..
mana ada jiran nak anto ko pengat!!
jiran2 aku Japanese ngan Korean
selebihnya cino..
ada ke depa makan pengat??
kang depa anto aku pengat ikan mentah kang haa...
tak pun pengat dagen babir wakakaka

dah dah dah pi masuk dapo! masak!
kang nak buka apa???


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku da masuk fasa susah tido skang ni..
malam2 mata kemain susahnya nak lelap..
baring lam gelap..
tenung muka pidaus..
tenung muka arissa
pastu tenung lampu..

pastu selak curtain..
sambil baring2.. tgk umah orang..
tgk apa jiran buat lam bilik masing2 --->haha sapa suh depa tak tutup curtain
baper jam lepas tu baru aku terlelap...

bila da lelap plak..
kalo tak tido tersentak-sentak
mesti aku mimpi yang bukan2 haha
tiap2 pagi ada sesi post mortem mimpi sendiri wakaka...

aku: bang, malam td mimpi abg suprisekan saya dgn handbag Marc Jacobs. siap bawak mcm2 hadiah lagi la.. tak pasal2 haha

Pidaus: pastu?

aku: tah la tak igt mimpi tu. tp pas ada mcm2 la.. abg blikan itu la.. ini la.. bla bla bla...
hahahaha mcm orang kaya plak kita dalam mimpi tu! haha

Pidaus: nk tau malam tadi abg mimpi jadi Spiderman!! <--- sambil buat gaya Spiderman kuarkan web dari tgn tu...


aku: apasal mimpi Spiderman plak? tgk movie spiderman ke??


Pidaus: ntah! sebab da bagi bini mcm2 adiah.. laki dia jadik miskin la kot? spiderman kan miskin..


aku: ko mimpi betol2 ke tipu nih ha??? grrr....


sengal kan?? hahaha.. okeh okeh ada sambungan:

Pidaus: abang mimpi btol2 la!!

aku: hahahahaha... leh panjat bangunan la.. hahaha

Pidaus: haa.. abg romantik tau! mimpi pon nak tele ngan mimpi awak! awak je kata abang tak romantik..

aku: ye lah.. hahahaha


korang... sila makan pil tahan muntah!! kakakaka




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hari jumaat aritu, Pidaus lik keje lambat..
katanya ada suprise.. so dia akan sampai umah kul 8 lebih
d suh aku n iQa buka posa dulu..

petang tu, aku tido ngan anak2 suma.. bilik kan gelap, tutup suma curtain..
bangun tido, aku lepak2 main2 ngan aQim n ica atas katil
lalalala tak sedar rupa2nya da 645!!
punya la lama aku tido! hingat baru kul 5 ke... huhu

kelam kabut aku bangun, solat asar pastu baru nak masak! wakaka
dah la takde sebarang lauk pon yg aku da defrost!! kuakakaka
aku masuk je dapo.. iQa kata da azan maghrib.. huhu
buka ngan air milo je la kami.. pastu solat dulu then baru masak
buat spagetti je utk iQa
pastu masak kari ikan.. py la lama aku nk tgu ikan defrost tau!!

sambil masak tu aku terpikir la..
seb baik tak bangun tuk buka posa!
kalo tak bangun sahur, lagi haru!!!

tahun ni tak penah lagi aku missed sahur
mintak2 takde la kejadian 'tak kesedor' tahun ni..
da kul 8 lebih baru aku siap masak
tak lalu nk makan.. jamah sikit je sambil suap aQim ngan ica..
kul 9 hubby pon balik. beliau pon tak mkn kari ikan aku tu.. sbb da kenyang..
borak2 pastu kami tido awal malam tu.. kari ikan ada byk tak usik
nasik pon ada seperiuk tak makan lagi..
leh buat sahur..

alkisah nk jadik cerita..
esoknya Allah bayor cash kat aku
apa yg aku imagine terjadi ----> berlaku kejadian tak kesedor!! huhuhu
bangun-bangun je tgk jam da 620 pagi!!

huwaaa aku haus yg amat..
doa banyak2 supaya posa aku terselamat
sian iQa. seb baik sabtu. tak skolah. so dok umah tak la penat sgt dia posa
sian kari ikan aku..
nasi plak seperiuk basi.. huhu

hubby awal2 da kata kat aku tak payah posa
riso aku dehydrate..wakakaka
petang tu ada gak rasa mabuk laut nk pitam bagai..
melepek je la cam kain buruk..

tapi, fuh seb baik selamat posa aku!!
Alhamdulillah..

be strong ye baby :-)

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
anak2 tak kemaruk kartun ni..
sajer nak tayang kat sini.. utk tatapan cik puan ely..
lagipun aku takde modal nak update belog..hihi



sekian tima kasih.. kua ka ka

*mode sengal!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kalo korang nak bengang ke nak hangen??

aku bli barang on9.. dari seller kat FB
kakak tu kata harga brg tu RM60 skali dgn kos pos
so ok, aku bayar dan dia kata da pos kelmarin

tiba2 semalam dia msg aku, kata nk mtk additional rm30 sbb kos pos mahal
apa kes ko?? dia kata barang tu beso dan dia kena pakai kotak. so mahal
masa nak beli aku da tanya sekali ngan rege pos. ko kata rm60 tu termasuk pos!!
masa tu ko tatau ke barang ko jual tu mmg beso?
dah ko peniaga, ko main tibai je ke rege pos tu berapa?

come on la.. aku pon meniaga cam ko.
aku paham la kekadang kos pos terlebih sikit terkurang sikit..
so aku topup ngan duit sendiri la. sbb da silap aku bagitau kos rendah

tapi biasanya aku kompomkan kos pos dulu, tanya buyer setuju tak
then baru pos. bukan pandai2 pos je pastu sedap2 mintak buyer tambah duit

ni sebahagian petikan balas-membalas msg antara kami di FB:
aku: kenapa tak tanya saya dulu? kalo tanya saya, saya akan suh guna pos biasa

dia: akak nak senang. masa tu akak pos byk barang. so akak pos je skali

aku: kan saya da kata brg sy tak urgent. sy lik kg lambat lagi. abis kalo saya takmo bayo cemana? (dlm ati: mmg la seller akan pos banyak2 barang skali..takkan nk g pos 8kali sehari)

dia: takpe.. biar brg sampai dulu nanti baru bayo

malas da nak reply msg dia. apa igt skang ni aku takde duit, nanti aku ada duit baru bayo?? bukan! bukan!! aku bukan takdak duit nak bayo ok. aku pelik ngan etika bisnes apa yg ko amalkan ni?

orang meniaga ko nak meniaga. tapi ko buat kastemer sesuka ati je.. sekali aku lesing ko kang ha!!

kalo korang hangen tak?? eiiii... apa punya peniaga la camni!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dulu masa keje.. hari2 mesti kena buat surat.
ada je surat nak kena kuor..
lama2 sangat terrer la buat surat kan..
so kalo setakat nk buat surat anak ponteng skolah tu kacang le sgt haha
tapi aku keje kerajaan 1 malaysia
semua urusan adalah dalam bahasa melayu :-)

kelmarin, aku nk buat surat ke cikgu iQa..
sbb dia ponteng arituh kan..
bila nak menulis ayat rasmi in english aku terkebil2 kejap
ahh tibai je la tulis kan? skali da siap baru teringat.. knp tak gugel ek..

pastu aku google la contoh surat..
skali.. aku jumpa benda ni...
cam nak pecah perut aku ngan pidaus gelakkan..
hahaha
ingatkan surat aku sangat buduh.. rupa2nya kah kah kah

marilah kawan2... mari kita bergelak ketawa di petang jumaat yg indah ini... ekeke

This is An Actual School Absence Excuse Notes

These are excuse notes from parents (including original spelling) collected by schools from all over the country.

1. My son is under a doctor’s care and should not take P.E. today. Please execute him.

2. Please excuse Lisa for being absent. She was sick and I had her shot.

3. Dear School: Please ekscuse John being absent on Jan. 28, 29, 30, 31, 32, and also 33 <--- Januari dia sampai 33hb ko!! wakaka

4. Please excuse Gloria from Jim today. She is administrating.

5. Please excuse Roland from P.E. for a few days. Yesterday he fell out of a tree and misplaced his hip.

6. John has been absent because he had two teeth taken out of his face.

7. Carlos was absent yesterday because he was playing football. He was hurt in the growing part.

8. Megan could not come to school today because she has been bothered by very close veins.

9. Chris will not be in school cus he has an acre in his side.

10. Please excuse Ray Friday from school. He has very loose vowels.

11. Please excuse Pedro from being absent yesterday. He had (diahre) (dyrea) (direathe) the shits. [words in ()’s were crossed out.] <--- paling aku tak tahan wakakaka

12. Please excuse Tommy for being absent yesterday. He had diarrhea and his boots leak.

13. Irving was absent yesterday because he missed his bust.

14. Please excuse Jimmy for being. It was his father’s fault. <-- lenkali aku bagi alasan ni wakaka

15. I kept Billie home because she had to go Christmas shopping because I don’t know what size she wear. <-- alasan ni pon leh gak! wakaka

16. Please excuse Jennifer for missing school yesterday. We forgot to get the Sunday paper off the porch, and when we found it Monday, we thought it was Sunday.

17. Sally won’t be in school a week from Friday. We have to attend her funeral. <-- kah kah kah

18. My daughter was absent yesterday because she was tired. She spent a weekend with the Marines.

19. Please excuse Jason for being absent yesterday. He had a cold and could not breed well.

20. Please excuse Mary for being absent yesterday. She was in bed with gramps.

21. Gloria was absent yesterday as she was having a gangover.

22. Please excuse Burma, she has been sick and under the doctor.

23. Maryann was absent December 11-16, because she had a fever, sore throat, headache and upset stomach. Her sister was also sick, fever and sore throat, her brother had a low grade fever and ached all over. I wasn’t the best either, sore throat and fever. There must be something going around, her father even got hot last night.

24. Please excuse little Jimmy for not being in school yesterday. His father is gone and I could not get him ready because I was in bed with the doctor.

kah kah kah dah la.. malas aku nak ulas!!
gelakkan orang mmg sendap!! org gelakkan aku, aku tatau wakakakakaka

dah la kepala sakit.. lagi mau gelakkan orang! keji btol aku ni hahaha




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....

ena
akhirnya hari selasa pon tiba..

hubby pagi2 da pegi keje. aku n anak2 sambung bergumpal tido sampai kul 10.
lepas tu baru nak menyedor diri bersiap nk lik.
harini aku jangka lebih horror dari semalam.
sebab aku kena bawak anak2 balik spore naik bas. sendirian.

hubby da pesan suh bli tiket AA tapi sebab dia asik tukar2 date, aku lambat la beli.
kalo nk beli last minit sgt la rugi (aku rasa) sbb tiket mahal sangat.
triple dari rege biasa. maka dengan rela hati aku offer diri nak bawak anak2 lik naik bas (dgn syarat bas mahal. bas murahan takmo! ekeke).

kalo compare kepenatan aku naik bas ngan AA aku rasa lebih kurang je.
nk p lcct tu da sakit bontot dok lam kete
pastu nk jalan ke aircraft tu dari terminal pon jauh kemain kan (consider dat im heavily pregnant now)
naik bas je le.. turun kete betul2 depan pintu bas <--- aku naik bas exec coach ni dari OU bus terminal. tak sesak mcm puduraya @ bukit jalil. mmg convenient la!

pukul 3 kuar dari hotel, sampai di OU bus terminal pukul 345
trus tapau subway utk aku & iQa buka posa.
pastu trus naik bas. ahh lega.. kali ni naik bas lain plak.
dapat la tiket exec.. bus direct to spore.

mula plan nk naik aeroline --> siap provide meal
Tapi pukul 6 le plak. dan takde individual tv. nanti anak aku busan plak.
dah la travel siang hari..

last2 aku amik bas five stars ada tiket kul 4. ada individual tv
so takde la lewat sgt spai spore nanti. tapi takdak meal la.

cool beb bas ni..

bas gerak tepat kul 4 seperti dalam tiket
takde la tunggu2 cam bas biasa tu kan..


mula2 menjakun dulu..

pastu da terer nak adjust dah

kali ni kami nek bas double deck.. bagi budak2 merasa ekeke
sebenonya ni la 1st time aku nek bas direct spore dari KL
dah la hubby tak ikut.. dia ada keje sampai mlm. d lik nek flight je nt

seb baik budak2 tak meragam. mana taknya..

layan game je. sukati ko la abam janji ko tak meragam

ica layan kartun snow white pastu 3 brown bears pastu bolt pastu tido ehehe


kakak pon senang ati tak payah pening handle aQim ekeke


mcm biasa, nek bas ni kena turun kat imigresen mesia - check pasport
pastu turun kat imigresen + kastam spore - cop pasport
penat sikit jinjing beg la kat kastam tu
tapi aku tak bawak barang kecuali foods..
seb baik bas ni lalu Tuas Checkpoint <--- tak sesak dan jauh nk jalan dari bas ke kaunter imigresen tu. tak macam kat Causeway.. huk aloh!!

patutnya kul 9 sampai tapi kami sampai Lavender kul 930
trus naik MRT balik umah. hubby tak sampai lagi.
ngam2 aku sampai Tanah Merah, hubby call baru nk naik flight.. huhu

pengsan la aku! ngantuk + penat!!

tapi.. ok je tau naik bas ngan kanak2..sbb selesa kot. depa pon tak meragam..
ramai orang tak sanggup travel ngan anak berderet2.. sebenonya ok je..
penat mmg la penat. naik kete pon penat gak... kan?
so lenkali kalo malas drive lik kL lagi, kami opt naik bas je.. ehehe

korang? ada berani?? eekekekeke



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi tadi bapak dia kan...
sampai sunway tu, ica ngan aQim plak membuat onar.. masuk je kete si aQim nak kencim. aku malas nk cari petrol station. suh dia tahan sampai sunway. aku park je kete, si ica pooped!
adoi!! kenapa ko tak be*rak kat umah tadi ha??
aku pon terkorek2 la kat boot kete mencarik pampers.. kanak2 tgu lam kete. pastu aku masuk, duduk kat seat driver..

tiba2 si abam terkencim dalam kete, atas seat driver!!

arrggghhh aku rasa nak jerit je kat kepala dia!! bertakung air kunen atas seat tau tak!! siap kena kat bon*tot aku sikit! arrgghhh tensi btol aku! rasa nak bagi penampor lapan das aje!!

kat situ gak aku bogelkan dia, tukar baju basuh kaki kasut semua pastu trus masuk p cari toilet plak nk cuci pooped si ica. musibah lagi.. stroller tertinggal kat umah pil! huwaa tak koser nak dukung aku pimpin je si ica terkengkang2 sampai ke toilet huhu..

horror tak perjalanan aku nak menyopping? horror kan?? blom soping lagi aku da penat nak pengsan! dah la perut boncet terboyot2.. adoi!! pi la pinjam stroller sunway pyramid. dan sewa buggy utk abam. lega sikit aku. tak payah pimpin2 ica dan kejar2 abam.. kul 6 hubby da sampai. suh dia check in dulu.. pastu buka posa kat sunway. buka pon aku tak lalu. aku penat sgt dah!!

da abis sopink, nk lik hotel. tiba2 aku plak buat onar.. muahaha
aku lupa kaunter mana aku pinjam stroller!!
pengsan tau! pusing satu sunway pyramid tu ntah baper kali! aku tak igt mana kaunter dia! huwaa.... sampai bengkak la kaki aku jalan malam tu. last2 dekat 1 jam baru jumpa!
pulang stroller-balik hotel-pengsan!! serius punya pengsan! imajin la da 2 malam tak tido!!
sila bangun pukul 4 pagi untuk melantak sahur.. bestnya sahur kat hotel. bangun2 terus makan. biasanya aku bangun kena masak.. buat air.. basuh pinggan ehehe...



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hari senin
nak kena hantar hubby p keje kat s.alam.. sbb aku nk pakai kete. so angkut le anak2 suma masuk kete pagi2..

aku nak lik kinrara dengan alasan: mil keje. takkan aku nk tinggal umah ngan fil je..(fil da pencen) kang busuk plak mulut aku..dok diam sampai petang, langsung tak berbual wakakaka

hubby plak wat lawak sakit jantung tau! da pagi baru dia teringat
bahawa safety shoes beliau tiada. beliau mmg tak bawak dr spore sebab nk pakai yg ada kat kinrara. tapi terlupa nak p amik kat kinrara hua hua hua

maka huru hara la kami pagi2... laki aku laki aku..
seb baik aku kesian sbb ko takleh tido.. maka aku layankan la kehuruharaan ko mencari kasut di pagi hari. kalo tidak... aku geget ko tau!!

pas settle dapat kasut, anto beliau, zass aku lik kinrara.. owh rendunya umah!! sejak pindah spore baru 2x aku lik kinrara iaitu pada Mac dan Jun tu pon tak tido. lik kejap je..

perubahan paling ketara:
pokok beso depan umah da takde.. jiran aku kata, sejak aku pindah, pokok tu layu layu pastu daun2 suma kering pastu gugur..pastu tiba2 dia tengok pokok tu dah hilang! wakakaka... MPSJ potong la kot!!

sebenarnya... aku mmg berbulu yg amat ngan pokok tu.. redupnya tak seberapa
tapi daunnya gugur bersepah... kemain la banyak!! huhu sangat la menampakkan rumah aku tu mcm rumah tinggal. banyak sangat!!

maka.. masa last time aku balik iaitu pada jun, seblom blah, aku telah membuat onar pada pokok itu har har har
aku mintak racun pokok dari abah dan aku letak pada batang pokok...

abah kata aku silap teknik sapuan. patutnya kena tokek sikit kulit pokok baru sapu
tapi aku main tibai je pi simbah2 keliling batang pokok. tapi berhasil gak.. sebab tu la pokok tu kematian kot wakaka...

sian jiran aku yg lagi satu tu..
mak aku penah bagitau dia bahawa pokok tu tak lawa dan suggest nak tebang. dia takmo. dia sayam pokok tu.. dia kata redup dia leh park kete (bila masa redup ntah!) sudahnya mati kena racun ngan aku wakaka
masuk je umah, budak2 ni buat sepah buku2 depan tv pastu bongkam semua orang tido. hah serasi kan? sebab tu leh lena sampai terlajak ke petang. planned nk g sunway pyramid kul 2 tapi kul 4 baru kuar umah.



*ica nanges plak.. bersambung selepas pujuk ica nanges nanti :-)




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hari ahad..
pagi2 da plan nak p melawat nenek hubby kat HKL
sian dia.. masuk sepital sejak bulan 4 rasanya.. sampai skang terlantar kat sana
yang anak2 kandung takde datang menjenguk. balik2 si anak tiri (FIL aku n adiknya) yg ulang alik jenguk dia..

wahai anak kandung, aku doakan kamu cepat tersedar sebelum terlambat
kaya mana pon kamu, syurgamu tetap dikaki ibu tua tu tau!!
chewah.. cucu menantu yg sgt hover tau aku nih ekeke
sumpah aku tak penah masuk @ pegi HKL ni atau mana2 wad dia
sesaknya huhu... kalo aku admitted sepital ni, mau aku nanges2 lari dari wad!! huhu
patut la ramai kata docs HKL bagus2..

dari HKL trus p OU mulakan misi mencarik baju raya kanak2..
owh baru sedar.. ramai anak aku rupanya.. haha rasa da beli banyak da..
tapi rupa2nya baru iQa dan ica yg dapat. aQim blom dapat apa2 wakaka
hari da petang, kena balik segera nanti kena panah petir <--- sbb mil masak sorang2

hari tu berbuka posa di umah pil..
sampai umah lagi 10 minit nak buka posa
suma makanan da ready <-- haaa kan da kata aku menantu pojaan hati wakaka
kecuali sayur campur.. mil mmg tgu aku sbb suma orang berhantu sayur aku :-)
dengan pantas aku menyinsing lengan nak goreng sayur campur, mil kata:
"eh tak payah la. esok aje. kesian ina baru balik penat2 ni. esok je buat sayur campur tu"

wakakaka korang percaya tak kuar ayat tu dari mulut mil aku??
kan aku da kata, aku menantu pojaan hati..

"takpe mak.. tak susah pon. kejap je" <---jwpn ikhlas aku. padahal esok kami takmo buka kat umah pil. kami nk buka kat luar anak banak haha..

kami laki bini kepala weng. sbb takleh tido langsung. huhu aku cam lelap2 sikit, jaga. lelap sikit, jaga. pelik btol. da 2 malam mcm tu, harus la bukan setakat kepala weng. ngan badan2 suma sakit. hubby lagi kesian. siap hangkut bantal suma p depan tv pon tak berjaya nk lelapkan mata. dah la esok (senin) dia nak keje... huhu

maka ku decide mau balik kinrara esok pagi :-)



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
gumbira kan?
hari sabtu bangun tido dah la lewat (padahal kat umah mentua tuh!)
pastu lepek sana melepek sini..
tiba2 tergedik2 nak kuor.. wakaka

adik n kakak aku da standby tgu di jalan TAR
hubby dengan sukarela antar aku n iQa p TAR
manakala ica dan abam tinggal utk bermain2 ngan atuk dan wan mereka
seperti biasa.. soping hingga tak sedar diri
dah pukul 6 baru kelam kabut balik umah uG
solat dan kelam kabut kuar ke kedai makan
kalo da PIL jaga anak kalian.. kalian belanja la depa berbuka puasa di kedai makan yang terpaling sendap di negeri selangor! itu la resepi menjadi menantu pojaan PIL!!
PIL aku sangat pantang orang lambat tau!
seb baik aku adek badek sampai kedai saing2 ngan dia sampai
ngam-ngam plak da berbuka..
lauk pauk da tersedia atas meja tgu diNGAP!
tip top tak aku? hahaha da order siap2 nok..
baru la PIL senyum melebor dan shayang makin meluap2 pada menantu nan sorang ini ekeke

jumpa je aku, menjerit2 arissa
rupa2nya hubby kata arissa mogok..
aku kuar curik2 tadi tinggalkan dia masa dia main2 depan tv
mil kata bila dia sedar aku takde je dia da majuk2
makan tak mo susu takmo.. sampai la ke petang..
pastu main pon taknak
dan-dan mil kata tak jadik nak amik arissa dari aku.. har har har

tak baik tau berniat nak curik anak aku. walopun tu cucu mak.. tapi anak2 kan lebih afdol dijaga dan dibesarkan oleh ibunya sendiri.. hah tgk cucu pon da majuk taknak ngan mak.. sapa yg padan muka? hahaha
sejak peristiwa ica mogok, hubby kata mil takde da bunyi2 nak mintak arissa dari kami
bior le anak aku ramai mana pon.. aku idok le sampai tak terbela depa ni.. tenaga dan kederat ni mampu lagi nk asuh n ada je rezeki nk bagi anak2 makan, insyaAllah..

buleh tak jgn sebut2 lagi pasal anak aku yg kuar umur rapat2?
buleh tak jgn ungkit2 lagi pasal anak lam perut aku ni? tak suka kalu, aku tak bawak depa balik umah hangpa. puas ati ka kalo lagu tu?

tak sedar ke ica yang mak dok mintak2 dari pidaus tu, dulu2, masa lam perut, pon mak dok bising2 sbb ina awal sgt peknen. konon kesian aQim tak cukup kasih sayang. knp bila da beso mak suka plak? sampai nk amik dari aku?

aku percaya percaturan ALLAH tu yang terbaik.
tolong! tolong jangan persoalkan lagi ye mak!!
memang da tersasar jauh da isi cerita aku ni dari tajuk..
seperti biasa, mahapkanlah surirumah jiwa kaco ni... wakakaka..




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ari jumaat lepas kemain aku iyo iyo kuar umah kul 6 pagi
ngan anak2 n kak wati.. hala ke JB
hantar kak wati p keje.. pastu off to tmn. U

nk p check up, pos barang, p bank, p bli brg, cari tiket pastu lik spore
fuh mmg hectic giler aku! dah la mengheret bodak2 ni semua!

sampai klinik kul 830 tak bukak lagi.. so tido lu lam kete
kul 9 klinik bukak tapi doc tak sampai lagi
aku da berkuap dok lam kete ni
dah la haus! (aku mmg tau posa ni haus je. takde rehat lgsg rasa haus tu)
sementara tgu doc spai aku pusing tmn. u cari kedai sin sei yg da bukak
bli stok Friso abam pastu singgah Rainbow kedai stationery, iQa carik brg - dulu ms zaman UTM asik la ulang kedai ni huhu

da kul 10 baru doc spai huhu
pas scan dan kena bebel2 ngan doc - aku low BP, darah kurang, HB rendah
trus p bank, post office bla bla bla...
singgah mekdi - tapau burger aqim n bubur ica
iqa suap depa makan lam kete je.. siap terliur kakak tgk makanan adik2 ekeke

menjelang tengahari aku settle suma keje.. hehe gumbira!!
dengan harapan nak lik umah cepat2
panas! haus!! huhu

skali pidaus plak tak kompom2 ngan bos
kami plan nk lik kl sbb dia kena attend case kat s.alam
sudahnya aku mencangak tido kat larkin huhu
pagi petang tido lam kete!
by pukul 4 baru kompom
aku zass trus bli tiket bas - muahaha
kami kunun adventure la
nk try lik kl nek bas. tp dgn syarat nek bas executive la
carik yg provide meal ngan ada individual tv tu tapi takdak..
kunun nk selesa sket dgn harapan anak2 tak meragam

puas la aku pusing keliling larkin terminal tu
tak jumpa plak bas executive kecuali super nice
tapi takde tiket malam le plak! huhu
sudahnya aku bli je tket Starmart Express murah je rm32 tak silap

ok salah pic. bas yg kami naik malam tu bas single deck aje.


pastu singgah param, tapau2 trus vroom lik spore
sampai umah, TIDO!! wakaka mcm misi penting je tido tu tau!!
sedo2 da dekat nk buka posa
hubby balik siap bebel2 sbb aku tak kemas beg pon lagi kua ka ka

pas buka kelam kabut la aku kemas bag, basuh baju, keringkan baju, kemas apa yg patut
pastu kul 9 kami blah. bas dari JB kul 1230 mlm huhu
park kete kat tpt keje kak wati pastu trus ke larkin by taxi
bas da standby da masa tu. kami tak sempat tapau apa2 utk sahur..
bas tu plak non-stop
kat larkin tu ada Mekdi je yg bukak so tapau mekdi je la kan daripada kebuluran huhu

kat mana ada makanan kat situ ada iQa

seb baik ko tak tantrum abam!!

saya tak main la tantrum2 ni.. saya hepi go lucky :-)

dapat panjat sana panjat sini..

sajer tau nk letak pic blur2..
dgn harapan ada la orang nk blikan kamera baru kat aku hahaha



then off bas gerak kul 1pg - lambat gerak sbb ada passenger lambat sampai huhu..

ok gak naik bas ngan bebudak
agaknya sebab da malam kan..
depa da penat & ngantuk
memula tu panjat2 gak la sana sini.. masa bas tak gerak lagi
bila bas gerak je aQim trus dok diam..dan bila bas masuk highway depa da tido bergulung2 atas seat masing2.. sejuk nak mam*poz nek bas malam2!!
tapi tenang je la sbb kanak2 tido je takde la hazab aku nk menjaga depa..

kesimpulannya: ok je naik bas ngan budak tecit2 berderet2 ni.. depa tak banyak ragam.. janji bagi seat sorang satu. so duduk jauh2 tak leh nak gaduh ahaha

kami sahur lam bas je.. sampai kl ngam2 530 dekat nak imsak da..
tgu punya tgu FIL aku tak sampai2..
ngam2 naik je kete terus azan subuh.. huhu seb baik da makan burger tadi ekeke..
sampai umah PIL melepek la aku kan... penat noks.. triathlon seharian. nek kete nek taxi nek bas nek kete balik huhu

pastu bermula la episod menantu bermaharajalela bila lik umah PIL..
ekekeke

*bersambung selepas berbuka posa nanti... skang ku mau p masak nasi ayam :-)




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi tadi sambil masak tuk sahur
tak pasal2 aku p buat bubur kacang + durian
skali aku terleka kat dapo
tahapabenda tgk2 da lewat
kelam kabut makan nasi...
tak sempat makan bubur kacang.. hahaha
jelas sekali aku mengalami kekacauan jiwa kan?

petang ni buka apa tatau
aku maleh gile nk masak
dan petang ni kakak aku yg dok JB sebatang kara tu datang buka posa kat sini
err.... tgkla kalo sampai kul 5 pon masih malas..
makan luar aje le ekeke...

skang ni
aku teringin nak makan benda2 ni..
tapi nak makan kat umah orang. kenduri ke. wedding ke. apa2 la. asal bukan kedai punya.
buleh bang??



nih lauk2 masa kenduri aqiqah arissa
kenduri last yang mak masak..
lepas kenduri ni kenduri housewarming umah kinrara mak tak masak
lepas kenduri umah aku.. mak meninggal.. :-(

dan ni kenduri last makan nasi beriani kat umah mak
sejak kenduri ni.. sampai skang.. kenduri2 kat umah tu cuma wat nasi ambang (pronounce: ambeng) je

err aku rasa ni beriani

nih kamben aqiqah
tu dia.. siap gearbox, oil filter suma ada
myk2 yg sendap tu ahaha..

ayam sambal mak aku yg sendap..

eh ni apa benda plak ni?
eiskk!! sengal betul!!


nih budak bam-bam masa kecit ekeke

aku tak peknen masa ni tapi kenapa aku gumuks?? huwaa

alaaa sian cucu atuk dok atas meja makan... tgu masa nak kena cukur rambut

org pakai jubah abam pon nk jubah
tapi org berangin je.. dia berpeluh jurai-jurai..

mak.. only Allah knows how much i miss u!!
Al-Fatihah





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harini dan esok iQa tak skolah
sebab budak2 primary 6 tgh oral exam PSLE (cam UPSR la)
maka kanak2 kelas lain diberi cuti supaya tak memekak kat skolah

maka dia memekak la kat umah masing-masing...kan?
budak busan ni da puas melayan adik dia menyepahkan foam mat ABC tu
skang adik2 da tido.. dia plak sebok nak buat batu seremban
alaa yg guna kain tu.. letak beras @ kacang ijau kat dalam dia
amboi.. abis la beras wangi super thai aku!
sedap je ko sumbat lam kain eh!
budak ni bukan reti menjahit pon
mengendeng la kat aku suh jahitkan..
aku jahit tibai-tibai je
hentam la labu.. janji ko gembira ekeke

ni bukan iQa buat. iQa buat ada kecit ada beso ada buntal ada kempis ekeke

korg nk tau?
masa final year kat UTM, aku ni ada utang subject ko-Q
aku tak amik2 sebab asik nk tgu member.. ada geng baru best kan?
skali masa daftar subject
member aku reramai nk amik kelas jahitan ko!!
aku gelabah abis. al maklum aku mana reti jahit..
kan aku penah citer dulu kat sini
jahit butang sebiji pon makan jam tau aku nih!
mmg dasar tgn pengkor huhu

sudahnya aku menjajor la carik kelas lain yg masih kosong
yg tinggal suma yg berasaskan sukan je
dah tu takde kawan plak..
nak pon ada kelas basketball - tapi aisey satu kelas ngan pidaus plak kang!
so.. terpaksa la aku menerima takdir Ilahi
da jodoh aku ngan kelas jahitan masa tu..
masuk je la haha

projek sem itu ialah menjahit baju kemeja wanita
haaa tak hagak2 ko!
aku igt jahit sarung bantal ke.. awan2 langsir ke
tak pun jahit quilt ke
ghopernye jahit baju!
da la kemeja plak! siap nk letak benda keras kat leher bagai tu..
adus!!

tapi seb baik cekgu ajor kemain la sebijik-sebijik..
dapat la aku ikut satu step ke satu step
lawa tak lawa belakang kira la kan..
pastu
apabendantah...aku TERponteng la few classes
bila datang balik, tgk2 baju orang da ada bentuk da
aku py tangan tak cantum la badan tak siap la
amenda ntah lagik.. aku tak tercatch up la sbb aku tak reti!
nak buat kat umah sewa takde mesin jahit plak! (cheh alasan)

sudahnya.. aku gigih tau p mencarik tukang jahit!! wakakaka
da dapat, aku kompom siap baper upah rupa mana nak jahit etc etc
kawan2 aku cebik je kat aku.. muka berbulu dan menyampah kat aku ekekeke

tapi aku tak anto jahit lagi!
sejak ari tu.. bila p kelas aku buat2 sibuk je.. aku tak menjahit pon
aku usik sana usik sini.. bagi kawan2 tambah berbulu wakaka

2 weeks sebelom submit, aku pon anto ke tailor tersebut..
2-3 hari je baju aku da siap.. ehehe iron lipat elok2
tgu masa nak submit kat lecturer je ekekke..
kawan2 aku yg lain masih gigih tau!
sokmo p lab sbb nk siapkan jahitan.. kat umah pon hadap..

last2 hangpa tau? sampai last minit baju depa tak siap
dok mengongoi la kat aku
tanya mana kedai rahsia aku anto tu.. wahaha
aku kan baek hati dan suka berkongsi orangnya..ekeeke
aku tulun la antorkan baju depa sume..
tapi sebab last minit kan.. baju depa ada yg lawa jahit
ada yg tak lawa.. nyonya tu pun da pening gaknya..
pastu baju depa kena charge dabel dari aku. aku py 8 hengget je wakaka...

ujung sem... tgk result..
aku dapat A subjek jahitan... wakakaka
mintak hampun mintak mahap ye wahai puan lecturer!! uhuk uhuk uhuk

sebab tu la sampai skang aku tak reti2 menjahit gaknya.. wakaka


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pagi tadi aku cam mamai2 pi mandikan kanak2
amik baju + Cd ica
skali nk pakai baru prasan aku amik tu fitted diaper ngan pocket diaper coolababy
tapi sebab mamai dan malas nk angkat vontot..
aku pakaikan je..

sebenonya coolababy tu da rusak
bocor sana sini.. da kata nk buang tapi tak buang2..
nk try masuk lam dryer tak buat2 gak.. sebab aku penah dengo orang kata
kalo PUL layer bocor, masukkan cd lam dryer
panas tu leh mybbkan PUL cair dan menutup kebocoran kecil
walo kerusakan ni bukan kebocoran kecil
tapi kunun aku nk try la.. tp luper je nak masukkan ekeke...

alkisah.. ica pakai le fitted+pocket coola ni sebagai cover..
mula2 elok je main2 panjat sana panjat sini jalan2 satu umah
pastu da penat dok melekap celah aku sambil hadap tv
skali aku rasa cam panas je punggung aku belah kiri..
baju suar aku skali da basah!
hampeh!! boshor!!
kua ka ka

padan muka aku.. malas sangat nk amik cd.. ngan aku2 skali kena kencim!! huh


sekian entry takde motif petang ini *wink*



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
argghh rendunya nak hapdet belog!
tapi..

saya sangat-sangat tak sempat!!
sangat bizi..

asik2 reply emel dan PM
sampai saya pening..
eh orang ini ngan ini sama kah?? kah kah kah

itu tak masuk lagi bab membungkus barang.. adoii
rupa2nya sukar meniaga barang2 besar ialah kerana ia berkotak2
dan sgt besar serta makan space.. haha

padan muka ko!
orang meniaga ko pon nk meniaga..
orang well manage.. ngko lintang pukang wakaka

tak apalah.. kalo takde keje kang saya bebel bosan plak kan?
da ada keje tak sempat nk membebel..
ngan hingus leleh2 pon kena hadap laptop gak..

takpe... takpe...
tenkiu kawan2 dan para pembeli.. tenkiu i lebiu!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
iye..
harini adalah hari lahir saya..

terima kasih mak sebab telah melahirkan dan memelihara saya
terima kasih abah sebab da membesarkan saya
terima kasih kakak sebab tolong mak abah jaga saya
terima kasih abang sebab selalu kacau saya
terima kasih adik sebab selalu relakan diri dibuli oleh saya

terima kasih suami sebab telah bersama saya bertahun2
kerana sabar dengan karenah saya
menjaga dan membantu membesarkan badan dan perut saya
menghadiahkan askar berderet-deret kepada saya
saya harap kasih sayang awak kekal selamanya
dan seperti ucapan awak
"Semoga panjang umur, diharap kita mati bersama2
supaya kita xkan rindu berseorangan, huhu"

terima kasih anak-anak sebab buat mama tak sempat bosan
sebab sentiasa wat mama "aduhh sakit kepala laa.."
selalu wat lawak yg ntah apa2 bagi mama ketawa
sebab sentiasa ikut kemana mama pegi.. supaya mama tak senang
dan lastly tak dapat soping huhu

terima kasih readers merangkap kawan-kawan sebab sentiasa disisi saya
selalu membantu dan meringankan bebanan otak saya
berkongsi gembira dan makanan ataupun resepi sedap-sedap dengan saya
buzz saya pagi2 tiap kali saya on laptop :-)
komplen dan emel saya bila saya tulis mengarut2 dalam belog
kalian benar-benar membuatkan hari-hari saya 'menjadi'!! [u really makes my day :-)]
i leviu la!!


terima kasih semua...



*saya da kurang batuk. tapi masih sakit tekak. dan selsema. tak berapa sihat. dan tak puasa huhu

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pengumuman semua
1. tuan belog adalah tidak sihat. sejak jumaat malam sabtu.
2. ini adalah n3 meluat banyak ayat ulang2 sape geli jgn baca :-)

dimulakan oleh kesukaran tido sepanjang minggu lepas
iqa batuk batuk batuk - aku dah la susah nk lena, baru terlelap dgr iqa muntah
baru nk lelap dengar iqa belahak.. so aku mmg tak baper tido last week

diikuti pula oleh arissa tak sihat sejak hari pertama posa
laagi aku tak tido
banyak btol dugaan ramadhan tahun ni
aku penat nak mampos jaga ica demam ni
rasa kesian sgt tgk dia.. sampai aku doa biar aku take over sakit dia tu
mmg buduh sikit bunyi doa tu.. tp da doa dia sembuh.. tak sembuh2 gak.. huhu

jumaat pagi tu aku da stat batuk batuk batuk
tatau la aku jangkit anak2 ke aku asek bau asap rokok aje ke.. (eeiii aku benci smokers!!!!!)
aku kan asik berkepit ngan arissa je..
tido pon nk celah tiak aku.. aku bgn, dia bgn huhu arissa......

dah la kepala aku menoneng.. tekak sakit.. batuk lak tuh..
telinga aku sebu wei... huwaaa


jumaat malam sabtu

orang lain pandai request kek batik kek batik
aku kan cepat kesian.. kul 11 mlm agak2 arissa da lena aku bgn la p dapor
baru je baper minit da dgr arissa nanges..
aku biar je la sbb biasa dia turun katil sendiri n dtg dapor
tapi tak datang2 sampai aku siap wat kek batik
skali aku masuk bilik, tgk dia tgh nanges cakar2 glass door yg pisahkan bilik ngan toilet & wardrobe.. alahai siannya
ada bayang2 baju dr dlm tu sbb lampu toilet menyala
tu dia igt aku kat lam tu kot.. alololo ica..
marilah kita tido sama2 polok2 nak..

orang lain? sekor pon tak pedulik! suma tido! benci aku!!


sok paginya lepas sahur

aku nk solat subuh.. batuk batuk batuk
pastu kuar suma yg aku makan. huwaaaa..
muntah tak sedey lagi.. yg sedih ialah.. sendiri muntah sendiri lap bersihkan
tah baper kali
muntah - bersihkan - wuduk - muntah lagi - bersihkan lagi - muntah lagi - wuduk lagi
tiba-tiba tgh aku muntah ada orang kecik jengah muka dari celah wardrobe
dia tgk je aku ngan muka innocent huhu
agaknya dia terjaga dengar aku batuk muntah batuk muntah tu
pastu dok diam je tgu aku siap. aku kuar je bilik air terus dia peluk kaki aku
pastu duduk tepi diam2 tgu mama solat subuh. chewah sgt memahami la tu
padahal selalunya dia la tarik telekung tarik kain time aku solat
alololo ica.. mama sayam kamu tau!!

orang lain? sekor pon tak pedulik! suma tido! benci aku!!


hari ini hari ahad
semalam aku tak buat apa.. melepak cam kain buruk
cuma sidai kain 2 round
dan sambung lepak sampai petang sbg tanda protes pd org lain
dan masak buka posa lewat-lewat <-- padan muka korang suma! aku tak lapo. aku tak kisah!!
aku minum + solat dan sambung lepak kat bilik
tak lalu nk makan langsung. kalo mkn pon nt kuar balik kan..
so tak payah makan..

harini aku bangun2 tido je, si haQim muntah depan pintu
tah apasal dia muntah aku tatau. aku tau naek hangen je
hangen la sbb aku yg kena bersihkan..
haa tu laa kan? korang muntah mama kena bersihkan.
bila mama sakit, mama muntah, korang pi mana?
seb baik ko kecik lagi. nanti ko beso, ko buat camni kat mama..
bila ko sakit mama blah pi out station!! pandai2 ko la nk idop!


da la tekak sakit, perut sakit, ati sakit..

aku rasa nak blah balik kg je.. tapi bila imajin balik:
1. nk lik kg berderet2 bawak ica ngan aqim huh
2. kat kg pon sama gak kena jaga diri sendiri ngan anak2 gak. tapi rasanya kt kg lagi penat sbb umah mak aku beso bergaung. dah la ada abah sorang je
ok tak jadik balik kg


kepala ni pening mcm nk pecah
bila batuk rasa cam bergegar kepala!
padahal aku da telan panadol btol2 seblom subuh tadi
skang baru kul 1:21 lambat lagi aku nk buleh minum air huhu


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku kan takde keje lain
jengah sana jengah sini
jengah tenet ler bukan jengah umah orang!!
ni jumpa kat tenet

mula2 nampak Kak Nis mama Hairee buat
lepas tu tgk Kak Zaara mama aQil plak buat

pastu aku buat. hahaha


extra spicy shepherds pie


saper nak buat ikut resepi kat belog kakak2 tu ye..

aku punya da amend seperti berikut:

1. tak letak kiub pati ayam - umah aku takdak perasa2 dan penambah perisa tu suma
2. aku tumis daging tu ngan cili blend dan letak cili padi potong halus - haha aku kan kemaruk pedas
3. gunakan sikit je olive oil utk tumis - takleh byk myk. kami batuk huhu


seperti biasa Pidaus tak suka makanan tanpa belacan aka western fud
beliau makan sesudu aje kerana beliau adalah melayu tulen kah kah kah

maka pie ini dihadap oleh aku anak banak aje.. sendap!!
tapi aku takleh makan banyak..
daging kisar brand Ramly yg aku guna tu.. sangaaaat rasa lombu.
seperti kukatakan
aku imajin seperti geget2 badan lembu yg tgh mkn rumput di tepi jalan.. fuhhh!!!

makan sikit aje tau! lebihnya simpan lam fridge utk lunch kanak2 tengahari esok di kala maknya posa. maka jimat tenaga. tak payah memasak di tengahari ekeke

dah tau tak suka lembu tapi gatai buat pakai lembu kan?
tah apa2 aku ni..
lenkali aku buat guna ayam la.. nyum nyum nyum



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
pening kepala ni

sebab malam tadi arissa tak lena tido
batuk siap terbelahak2 huhu

pastu badan pun cam dedar2 sikit..
merengek aje
pening kepala mak dia ni
sampai ke pagi jaga dia
seb baik pas subuh da sedikit ok
lena la aku ngan ica bergelimpangan tak sedor sampai kul 10
eh ngan aQim skali

skang kepala aku pening noneng noneng

kejap laie nk suap depa makan
kanak2 ni kalo time makan ramai2 aku bagi depa makan sendiri je
tapi kalo time makan siang ni
aku lebih rela menyuap dari bior depa makan sendiri
nanti letih aku nk vacuum dan lap lantai
masuk mulut sikit bertabur atas lantai yg lebih huhu

aduh.. sangat bercinta nak suap anak2 makan time puasa tau!

cepat la sembuh anak-anak
kak iQa, sudah2 la batuk tu
aQim ko tak payah le nak sebok2 jangkit
tekakku..cepat la baik.. takmo batuk lagi laa!!!



huhu begini la nasib aku..
nasib seorang surirumah pemalas wakaka



akhir kata
sambutlah salam penuh penyakit aku anak beranak

dengan ucapan:
lauk ni seswai tak tayang di hari ke 2 puasa??

bendi goreng minyak2 nanti batuk!!

sup meat balls yg diuli oleh breadmaker
faveret laki aku. bukan aku.
aku tak suka bau2 lombu.
kalo mkn daging yg kuat sgt rasa lombunya, aku rasa cam aku geget2 lombu yg tengah makan rumput di tepi jalan huhuhu

tauhu dan fishballs.. dua2 aku tak suka
saper suh masak??




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
apa aku nak masak ni..
jam da pukul 6:22
aku terlajak plak tetido lama tadi
kunun nak tidokan ica skali aku hanyut lebih2

kepala da pusing2
perut dari tadi da jerit2
adui...

dah call hubby
beliau mahu buka nasik lemak (lagi??)
bukan ke sahur tadi da nasi lemak?
wah nampak sangat nasik lemak ai sedap!! kua ka ka ka
agaknya sambal tumis yg dimasak berjam-jam sambil perasan sedap tu mmg sedap
so ok, sng keje aku. goreng ayam ajer..




semalam aku balun benda ni


satu kutak aku sorang - sbb tu tak payah dinner
kejap lagi, buka posa nak balun lagi sekutak haha

anak2 tak suka doyan, bagus kan?
aku suka kalo makanan yg aku suka tu orang tak suka
tak payah berebut ngan aku ahahaha mmg keji tau!!

tapi semalam ada sorang ni telah join membalun doyan aku

siap majuk dan jerit NAK sbb aku tak suap dia!

kah kah kah sudah2 la makan tu ica.. kamu da dibab tau!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dengan sempurna
cewah tiba2 aku nyanyi le plak kan..
huhuhu aku sedey sebenarnya..
sebab ni pertama kali Ramadhan aku sebagai anak yatim :-(

malam 1st ramadhan da rasa beza da..
aku kan orang johor
dari kecit sampai beso, 1 ramadhan adalah cuti di negeri Johor
bila da keje, aku mesti amik cuti tiap kali awal ramadhan
sebab takmo ketinggalan sahur ramai2 masa 1st ramadhan
dan
cuti awal posa ni tak payah rebut2 ngan laki
sbb family PIL takde apa2 menarik pon pada awal ramadhan
family aku jer mcm kemaruk ekeke..

tapi.. *sob *sob *sob
malam tadi..
kami tak sahur sama2
aku tak balik kg pon
sebab laki tak amik cuti
dan iqa pon skolah arini *sob *sob *sob
tengah2 minggu kan? dah la agak jauh nk lik kg
dulu kat KL lain.. leh je balik kejap nanti malam balik kl smula
tapi skang takleh sebab tak sempat nak balik sini
nak antor kete kuar ke JB lagi.. huhu

maka malam tadi dengan hiba hati tak siapa yg tau
sambil layan feeling dan layan nip/tuck kat tV
aku buat sambal tumis kul 11 malam
dan masak nasi lemak utk sahur
sungguh menyayat hati.. kena sahur sendiri..
selalu sahur ramai2 satu family.. mak yg masak

pas masak, mandi (sbb berlengas) dan solat terawih sorang2 *sob *sob *sob
selesai isyak, ica rengek nguek nguek
selesai terawikh 2 rakaat dia nanges terus.. kena plak peluk2 tidokan dia
selesai terawikh lagi 2 rakaat nak terkencim plak
selesai kencim dan 2 rakaat berikutnya stop kejap sbb kaki cramp
aduh banyak btol dugaan aku hua hua hua

pastu ready nak tido tapi tak tetido2 sbb asek terbayang nasik lemak
akhirnya kul 4 bangun makan.. pastu terus pitam!!

abang,
seb baik awak puji nasik lemak saya sedap
seb baik awak makan 2 pinggan
seb baik awak kata: bestnya sahur ngan bini aku.. ada makanan sedap. sahur kat umah mak aku tak best langsung. makan tah apa2 time sahur..

seb baik tau bang!
ilang lara ati bini ko ni *sob *sob *sob

selamat datang ramadhan..

semoga ramadhan kali ni jauh lebih baik dari yang lepas2
semoga aku dapat posa penuh lagi tahun ni
semoga terawih aku tak berlubang-lubang tahun ni
semoga ini bukan Ramadhan terakhir buat kami..

amin ya Rabbal Alamin

i lap u all (eh! tiba-tiba! wakaka...)

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
balik dari singapore expo dan kebuluran, singgah di kedai mamak
sebab bini pidaus mengidam beriani kamben huh seb baik sendap!!
makan separuh kamben + beriani = separa kenyam

pastu trus aku meloya tgk kamben tu
tak lalu nak cuit da
haa ni baru btol2 ngidam ni. selalunya yg teringin2 tu napsu jer sebenonya..hoho

da tak lalu makan beriani aku lagi, aku pau tosei anak2 plak haha
nak pau pidaus punya.. tapi sungguh aku tak rela huuu...

ni dinner pidaus malam tadi:

sup tulang merah


itu kamben ok.. ada 4 kepala lutut (iyeke lutut?) disitu
dimakan bersama prata cheese dan roti perancis
hahaha membuntal laki aku makan sowang2

laki aku kata sedap
merah2 itu artificial color aku rasa. sebab tak rasa cam sambal ke apa
mmg rasa cam sup tapi kaler merah dan pekat cam sambal
huhu pelik gak rupa
dan jari jemari laki aku merah2 pas makan.. haha
terbukti la ada color kan??


sekian, selamat menyambut Ramadhan...

dengan ucapan: korang sahur apa nanti??



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ni kisah semalam
hari cuti-cuti seSingapore kerana menyambut National Day.

kami gembira kerana:
1. cuti keje cuti skolah cuti cuti cuti ekekeke
2. banyak sale sana sini
tapi
banyak jalan tutup. maka takleh naik tekti (teksi) dan kena naik MRT
aku sangat sakit tulang pelvic sakit kaki perut keras dan macam2 lagi
sebab penat berjalan! huhu

seb baik la jumpa beberapa perkara yang mengubat kesakitan kan haha


puan Shira dan cekgu TTM:

saya da ada sudu kunen2 itu..
cup penyukat pon ada. lupa snap ehehe
dan terjumpa juga silicone muffin cup itu..


bukan tu jer..
siap terjumpa tin2 apa ntah ni..


hah tampi aQim. tampi..


dan jugak silicone ini..


dah siap butter cake ko... muahahaha


tipu je lah!! itu gambo pada kutak dia! ekekeke...

dan penemuan yang paling best meleleh ialah:


























buku resepi..
kejap2 aku selak
kejap lagi iqa plak selak
pastu aku balik selak
nanti nanti iqa amik lagi selak...

wakakakaka...



baking tak baking belakang kira la kan? hahaha


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kepada puan yang berkenaan:

ni hah rege kamera Sony NEX kat sini




NEX 5 - $ 1,175





NEX 3 - $ 975


both comes with accessories dan free 2 lenses apa ntah..
rege lenses aje 100+ each

harga dalam SGD.
utk dapat nilai dalam RM sila darab harga itu dengan 2.4 ye..


sekarang ai mau pegi Singapore EXPO kalo kat harvey norman ada murah lagik, nanti saya update ye puan yang berkenaan.

sekian tima kasih


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harini Singapore's National Day
maka hubby cuti
seronok la wiken ni cuti 3 hari
skolah plak cuti 4 hari

hari sabtu merayap ramai sungguh si sexy di sana sini
sakit mata ai tau!!

hari ahad dok rumah je. malas nak merayap. sbb penat haha..
so wat spring clean..
tapi bila keje siap, hadap internet lagi
maka ternampak lagi si sexy di sana sini
auwww tak tahan yu...

tolong... nafsu nafsu..
ingat la wei yg membuak2 tu nafsu sahaja sebenarnya.. <--- peringatan utk diri sendri
esok nak kuar p merayap kat Expo
sajer jalan2 g warehouse sale borders
mana tau terjumpa si sexy lagik.. kan?? haha


eh mana aci aku sorang napsu membuak..
meh gambo si sexy... share skali ngan aku!!


ikot napsu aku nak rentap si sexy yang nih!!
tapi bila ukur2 ngan saiz poket.. tak jadik la..


"bang... yang ni pon ok la bang. ai da puas ati da.."
sambung dalam ati: tapi lama mana kadar puas ati tu ai tak janji tau!!)


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
nih bukan kari gigil yang bikin aku gigil-gigil mintak resepi aritu
ni kari tenang..
memang cool beb haha
copy resepi dari belog Noreen
kekdah dan bahan sama je ngan kari biasa. cuma tambah kerisik

owh sendap rupanya kari letak kerisik ye??
laki aku pon kata sendap.. pastu,
aku siap canang kat adik kakak dan SILs

skali SIL aku jawab: kari letak kerisik tu biasa orang buat kan??
aku: ye ke kak Amy? haha tak penah tau pon
dia: haah biasa kak Amy tengok. sedap kan??
aku: haah.. sedap..
(lam ati: cheh mmg aku takleh celen SIL aku ni.. surirumah anak 5, hari2 masak.. pastilah terer huhu)


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
tiada kata-kata
hanya tayang gambar semata-mata

hahahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back