ena
oleh kerana aku malas balas emel orang pasal tandem nursing dan BF semasa mengandung
maka aku tulis kat sini. lenkali leh bagi link ajer.. wakaka


my haQim mmg menyusu badan sampai 2 tahun
aku pam + direct feeding sampai end of March 2009 (sebulan sebelum arissa lahir)
dalam tempoh sebulan tu aku stopkan nyusu direct tapi still bagi dia ebm
so aku rilex la menyusu badan sebulan.
time tu mmg habiskan ebm je dan bagi dia minum fresh milk dutch Lady sikit2

lepas arissa lahir, haQim umur 16 bulan. ada lagi 8 bulan nak genap 2 tahun.
aku tak terus BF haQim. tapi aku pam bagi dia.
sebab: aku malas nak tandem nursing
lagipun first 2 weeks pas baby lahir tu kan aku mcm penat sgt haha

after 2 wks baru aku stat tandem nursing (bulan May 2009)
saper tanya pengalaman aku, aku mmg jawab: tak best!! kah kah kah
abis la aku kena kondem ngan geng2 BF counselor wakaka

dah memang tak best! nak cakap cemana? aku kan telus
serius shit! aku rasa cam mak kucing okeh!!
especially bila dua-dua menyusu sekali!

masa tu aku dalam pantang, susukan baby, susukan toddler,
mengepam tak henti2.. damn! macam haper je!!
tapi nak komplen amenda kan.. aku yg gatai nk bF anak.. padan muka sendiri

tapi masa ni haQim da beso dan makan macam2 kan..
minum yakult, vitagen, milo, teh ais bagai..
so takde la kuat sangat menyusu
sampai la umur dia 2 tahun, aku stat campur ngan FM
pas 2 tahun 1 bulan aku totally stopkan haqim dari menyusu badan.
cukup2 la melekap kat aku selama 2 tahun. Al-Quran sebut 2 tahun. aku patuh la 2 tahun
terlebih beberapa hari tu sebab drama swasta la kan.. nak berpisah ngan boobies kena la amik beberapa hari..wakakaka

mama geli okeh tgk ko: budak da beso2 tapi melekap lagi kat B... uwek!!

maknanya 9 bulan la aku tandem nursing 2 orang kanak2 ni.. penah cite kat sini

-----------------------------------

masa mula2 carik FM mmg hazab sangat la aku rasa.. cam nk give up pon ada
apa la susah sangat nak pilih FM kat anak? aku bagi ebm yg melambak2 tu kang! abih citer!
aku try dekat 10 jenis susu aku rasa! dari paling murah sampai ke pediasure!
susu kamben dan soya je aku tak try!
mula2 bli ok pastu berak keras plak

da minum 2 tin okey tiba2 taknak minum plak..
paling hazab aku rasa masa bagi dia enfagrow la. mamat ni terus cirit birit tak baik2 dekat 2 weeks. muntah aku! pas aku stop enfagrow terus baik okeh!!
lepas tu la aku bli Friso Gold 3 - sejak stat mmg cam ok
pastu aku tak tukar2 da sampai skang
frankly aku tak suka friso ni. ada gak la cubaan nak rentikan susu ni tapi tak berjaya.
aku nak rentikan sbb aku tak suka blog mummy yg jadik duta friso tu hahaha
betapa dunia blogging bagi kesan kat aku! wakaka

tapi sampai ke sudah tak renti2 susu tu.. aQim skang da 2 tahun 7 bulan.
maksudnya da 6 bulan la fully on Friso Gold ni

so far aku masih beli susu kat mesia. tak penah beli kat sini.
sebab da selalu sgt balik kg. aku bli susu kt kg pastu consume yg tu je.
biasanya bila lik sini susu ada separuh lagi. so bawak je la.

lagi satu, masa datang sini aku bawak stok susu banyak giler..err movers yg bawakkan
rupa2nya skang Friso ni da naik rege.. naik rm5 gak la satu tin. dari rege aku bli dulu.
sapa tau mana nak bli FM murah, sila bagitau aku!!

search punya search..
rupa2nya ada seller FM online kat spore ni.
rege ok la.. tak mahal cam kedai
kat kedai rege dia almost 2x ganda rege mesia

tapi.. aku cam marah la tau..
sebab rupa2 nya supply ni depa dapat dari Mesia oh Tanahairku yg tercinta..
kat mesia tu rege subsidi da kan? iye ke? ntah aku tak sure..
depa bawak masuk sini.. p jual kat sini..
oh kesian tanahairku.. huhu

aku dimaklumkan, setiap kali masuk spore,
setiap manusia boleh bawak up to 5kg milk product for self consumption.
agaknya cara ni lah depa bawak masuk FM tu. hari2 kuar masuk kuar masuk kot..
then jual balik kat sini
huh benci aku!

huh aku kan patriotik sikit.. ahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aritu borak2 ngan ex-housemates ttg willingness utk melepaskan jawatan demi menjadi FTHW. yelah aku punya tarikh akhir unpaid leave ni makin hari makin dekat.. hari2 fikir nak keje, nak benti, nak keje, nak benti.. huhu

kes aku:

dulu2 mak kata, mak tak setuju aku berenti keje. mak aku ialah surirumah dan aku rasa dia fikir bahawa menjadi wanita berkerjaya adalah cool. ada duit sendiri, boleh jalan sendiri <-- outstation selalu. dan yg penting kita menyumbang sesuatu pada community, keluarga dan negara. dok umah buat apa? jaga anak, keje umah, tu je tak abis2


kes mber no.1

maknya berhenti keje bila suda beranak pinak. bila kawan aku ni da beranak 3 dan merancang utk resign, mak dia tak setuju dgn alasan jadik HW adalah tak gembira krn asik nk mengharap duit suami. nak bagi parents sendiri duit pon kena mintak laki.


kes aku terbaca:

sorang FTHW ni kata dia tatau nk bagi suami hadiah apa masa birthday sbb beli la apa pon, tetap pakai duit suami. rasa mcm dia jadi tukang belikan hadiah aje.


sungguh.. betapa kuncupnya tahap keyakinan diri seorang surirumah, kan?

tapi aku tak rasa mcm tu. blom rasa kot?
sebab aku blom setahun pon dok umah.. err baru 7 bulan
masak pon blom pandai. shopping pinggan mangkuk pon blom penuh gobok.
buat roti pon masih failed (tu pun ada ati nak menayang dalam belog?)

tapi kan.. kan..
sejak jadik SAHM ni aku rasa aku makin penyabor lak
dan redha je ngan kebersepahan rumah ni
mulut pon makin berat nak membebel kat laki
nak muncung pon makin malas
laki aku ulang2 tanya kenapa aku makin baik.. kenapa aku tak bebel kat dia.. kenapa aku tak marah2 macam dulu (time balik keje aku mesti hangen 1 badan), kenapa itu kenapa ini
walopun da tau aku takde jawapan!

kecuali bebel pada si iQa yg hari2 kena ulang suara benda yg sama
hey mama penat tau!



tapi kelmarin angin pasang aku datang melanda
tak pasal2 ku ungkit bab penat la.. bab anak2 la bab takde appreciation la..
cooperation la ..macam2 la.. sampai jadik drama airmata sket.. *wink*

hasilnya.. tadaa...


tiba2 laki ai bawak balik karipap ini petang tau!
outstation dari timur ke barat ke utara ke selatan dia pegi..
takdak souvenir pon utk isteri tercinta tau!
tiba2 bila angin bini pasang trus bli ole-ole time balik keje

kah kah kah



btol la kata ko Rai.. eh ke awin yg cakap?
orang lelaki ni kena bebelkan jugak sekali sekala
supaya dia tak lupa daratan..
kua kua kua



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena


aku ni pon jiwa kaco gak..beli itu beli ini
pastu aku pening.. eh apabenda aku da beli bulan ni eh?

semalam aku takdak keje sangat, dok p merayap kedai2 online jual designer fabric
hoola.. tgk orang jahit itu ini.. adoyai lawanyaa!!
meluap2 la rasa nak bli kain nak menjahit gak! muakakaka

ha sila tonton.. cantek tak anak dara aku pakai baju handmade??


aku jahit?? jangan harap la wei..
aku mana reti jahit! butang tercabut pon aku sorok baju tu. takmo aku jahit!!
beli kain buleh la.. pastu simpan sampai kepam dan outdated designnya
pastu sendiri takmo buat baju dan2 terus adiah kat MIL <-- keji py menantu

last sabtu seperti sabtu2 sebelumnya, kami anak banak p swimming kat bawah
sblom tu iQa mtk tlg jahitkan tight dia kuyak... sikit je kuyaknya!
aku pon jahitkan ler dan suh dia bawak aQim turun ke pool dulu sementara aku jahit
sekali aku turun.. tgk anak2 aku da kecut lam pool
rupanya dekat sejam aku jahit kuyak sikit tonet tuh huh

jadi sila la insaf. aku kembali ke donia yg nyata
close suma web2 online store yg jual designer fabric tu
dan dan pi bangun solat asar <--- insaf seketika






mana la aci kalo aku je meleleh tgk kain lawa2 kan..
nah korang sila tgk kain yg lawa2 ini





dan juga ribbon2 lawa untuk DIY lover












------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku dah la semakin gemuk dan buncit
asik la nak kena bongkok2 mandikan kanak2
tu tak kira lagi si abam yg kejap2 nak encing kejap2 nak poop
baper kali sehari aku bongkok2
sakit pinggang okeh!!

masa ni aku baru pas mandikan ica
letak dia atas katil
p settlekan abam mandi plak
skali aku datang kat katil


apasal muka ko shomot2 ni??

bila aku marah mesti buat muka termenung insaf gitu. geram aku!!
pastu nak ajak aku main plak!!

dah la muka ko shomot.. ko shonteng plak cadar tu!!
tuh bukan crayon.. tu colour pencil tapi jenis yg mata beso tu.. sbb tu dia cam basah sket


mama naek hangen pandai plak ko nanges eh!!!






ingat mak ko handy manny? u break it, mom fix it??
aku penat la wei....

mana aku nak carik maid ni!!! huwaaaaaaaaaaaaa






------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

ada orang tanya botol2 MAM tersebut;
saya tak jual ye. tima kasih :-)

pastu

ada orang dok tanya2 baju2 itu
sebab di kedai saya takde tepek gambo baju tersebut..

baju itu dibeli di kedai puan illa butterfly ye puan2
saya tak jual pyjamas tersebut
saya jual t-shirt rompers dan baju apa ntah lagi.. saya tak igt wakaka
hangpa sila kelebek (tiru word MR) sendiri kedai saya tu

maka sapa berkenan nak carik pyjamas babyGap, buleh ke kedai puan illa ye..
dan sila tuntut diskaun dari beliau! wakakaka



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sebaik sahaja lepas mentaram semua makanan tadi
aku trus p dapor semula..

gigih tak gigih.. haha
sebenarnya si iQa yg menceceh2 suh buat kek batik tu
sbb da tgk pic yg aku tepek sebelum ni
lagipun aritu aku ada buat sikit
aritu test buat menggunakn resepi kak Zaara

ni picture kak zaara..


resepi beliau ialah:

sukat ikut suka hati..
cuma masakkan milo/butter/koko/susu cair/gula/telur sebiji..
dah sebati/pekat sumer tu tutup api terus patah2kan biskut marie dlm periuk tu..gaulkan.. pastu mampatkan dalam bekas lain. dh suam2 masuk dlm peti ais...



resepi tu sendap gak! sampai tak sempat aku amik gambor! sekejap je da abis! wakaka
jumaat lepas aku buat guna resepi Cik Midah yg dapat thru MR



tadda...


sendap sendap sendap.... da abis pon!! stock biskut meri aku pon da abis jugak..uhuhu



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
arituh kan aku kemain semangat nak masak macam2
sbb kununnya laki nk balik la kan
korang tau sudahnya apa yg jadik??

haa kan aku da kata
syuddah la aku ni
sampai kul 6 aku lipat kain je tak siap2!
tinggal last bakul, tgk2 lagi setengah jam laki aku nk sampai..
terus sembunyi bakul last tu dan p dapo masak ekeke

nih jer la yg terhasil dalam setengah jam muahahahaha..


naseb baik ada desert tangkap leleh..


leleh tak? leleh tak??


sila campurkan sikit croissant dalam bread pudding anda utk lebih kesan ummphh!! :-)


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

gigih tak gigih aku gesa laki supaya mengheret kanak2...
semata2 nak memuaskan napsu yang disodok2 oleh TTM dan makcik rehan
depa berdua ni lah bertanggungjawab buat aku merengek2 depan laki nak benda tuu
huhuhu tido tak lena aku ngek!!

gambo ni masa last wiken. pencarian hari tu tak berhasil
harini nak kena teruskan pencarian lagi

korang, orchard jom!! daaa....


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
petang ni hubby sampai singapore setelah seminggu berpergian
sekarang ni operasi mengemas rumah da bermula
cheh! aku kan isteri penuh muka muki.. sepertimana aku ceritakan harituh
tapi kali ni aku tak kantoi laa macam arituh

kain baju melambak berbakul2 susun berderet2 da macam banjaran himalaya
menan bersepah penuh 1 bilik
vacuum da mengaum2 panggil aku tuh

pas kemas umah aku nak:

buat kek batik ni..


pastu

buat lempeng gelembung ni..


pastu

buat karipap ni..
eh takde pic karipap Mardiah. sbb dia tak tepek!! hehe


ahh gembiranya hati kalo suma makanan tu terhidang atas meja
lepas bagi laki makan kenyang2 buleh serang dia :p
oi bukan serangan seksual la! aku nk serang beg dia dengan harapan ada baju raya dibelikan utk aku dari betnam!! tgi harapan tu!! kah kah kah..

aku nih memang... cita2 tinggi melangit! sudanya atas katil jua aku terdampor
kalo tak pon, dok terlepek depan laptop ni menjejes air liur tgk masakan orang

tengok cita2 nak bawak anak ke playground je pon jadik ler..
tiap2 hari aku tabur janji manis..
"abam tido kejap ye.. nt petang mama bawak g playground.."
tapi.. sampai ke sudah tak penah dibawak budak2 itu! wakakaka

ah sudah lah.. merapu la lebih aku ni..
kain baju tak stat lipat lagi. kang tak sempat nk menguli tepung!!
chewaahh...



------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
korang pasti meluat dengan tajuk n3 bajet terer masak seperti itu bukan? hahaha
da memang sendap.. takkan aku nak kata the worst kn? kui kui kui

untuk rekod kalian... aku tak penah buat spaghetti yg aku rasa sendap
sebab tu la laki aku hari-hari nak makan nasik agaknya
dia takot aku masak spaghetti kang dia tak lalu makan wakaka
tapi bang, yang ni saya jamen sendap!
nanti abang balik saya buat lagi tau! dan sila puji sendap siap2 kah kah kah

hidup ini indah bukan?
di kala aku malas memasak tahap jula juli bintang 7
tiba-tiba buleh TERmasak makanan yg sangat mudah dan cepat
dan tak disangka-sangka ia adalah sangat maveles!!



happy watching... la la la
















no to be missed.. the best part of our lunch:

spaghetti kicap requested by abam..
i lap u lah nak! walopun tangan ko merah padam.. ko tetap tak cerewewet
you are truly an eating machine



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
saya kan suker malam jumaat
jgn salah paham.. bukan suka sebab dapat bunuh setan ye
minggu ni tak bunuh setan sebab pasangan pembunuh saya takde kat umah..
saya suker kerana malam jumaat ada cerita Drop Dead Diva dan Desperate Housewife..

kul 930 aku da bersiap sedia nak tidokan anak..
masa tu ica n aQim tgh leka layan America's Got Talent kat tv
iQa lam bilik iron baju..

tiba2 ada jeritan sahut menyahut dari dalam bilik
rupa2nya budak lelaki itu bikin onar lagik!

tapak tangan ni gunanya untuk merasa darjah kepanasan besi yg kak iQa guna utk gosok2 atas baju sekolahnya!
contohnya, seperti abang saya ni la..
abam saya pandai kan??


masa d nanges meraung tu aku tatau nk buat apa..
tuang myk gamat pastu letak kipas hadap tapak tangan dia
trus d senyap tak nanges da
katanya tak sakit da
tapi tgn dia kembang je la gitu sampai tertido


dan mama dapat menonton DDD dan DH dengan tenang




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
puas akak gugel ye adik2...
cemana la kekdahnya nak tepek html code dalam n3 belog ini
sbb, bila akak tepek html code utk gambo tu,
then publish,
terus blogger tukar jadikan gambo

contohnya begini: saya nak bagi html code utk barang A.. saya tepek code dalam entry ini:

Photobucket

anda nampak code ke gambar?
gambar la kan?? sebenarnya saya bukan add photo tu tau..
saya cuma paste html code dalam ruangan compose sahaja.
dan matlamat nak bagi html code tak tercapai.. maka tidak gembira la kan?
saya mau bagi html code sajer! bukan gambo..

sekarang sudah pandai.. sila lihat n3 ini
ha, jadi kan?

meh nak tepek sini supaya lenkali aku tak luper
dan tak payah gugel lagi bila nak buat.. ekeke

mula-mula:
dapatkan html code tu ler.. aku dapat daripada photobucket
upload gambar kat situ then copy html code yg diberi

lepas tu:
bukak ajer web Simple Code
pastu paste kan html code tadi di ruang
enter markup
click process
code yg telah diproses akan kuar di ruangan cut n' paste

last skali:
sila copy code di ruangan cut n' paste tu
dan paste dalam ruangan compose belog kamu orang
sbg cth: html code sy telah ditukar kepada:



<a href="http://s222.photobucket.com/albums/dd201/erleyna/?action=view&current=logo.jpg" target="_blank"><img src="http://i222.photobucket.com/albums/dd201/erleyna/logo.jpg" border="0" alt="mama.and.kids"></a>




da bukan code html kan?
dan bila saya publish, blogger takkan auto tukar kepada picture..


sekian tutorial percuma akak petang ini :-)





kejap saya kejap aku kejap akak.. celaruan otak btol aku nih!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
malam tadi takleh tido.. huhu..
puas golek2 aku bangun & kuar hadap laptop semula
godek sana godek sini.. aku keciwa..
sebab di feedjit aku tiada pelawat dari Hanoi..
siap ko bang! ko tak masuk belog aku eh?
nanti ko balik aku tenyeh ko! muahahaha...

bagi mengubat kekecewaan itu
aku bukak la potoscape tu..
puas tau aku carik cemana nak crop ala-ala potoshop tu..
aku ni sangat la tak pandai potoshop tau!
dulu ada ler sorg lelaki di opis yg selalu ajor aku guna sikit2..
tapi aku tak pandai2 gak.. so tiap kali nk kena edit gambo, aku suh le budak lelaki merangkap kuli aku ni yg editkan... haha mmg keji disitu..

sudahnya.. padan muka aku! bila da takde kuli, terkial2 le aku hedit sendiri..
hadap tutorial kat youtube sepanjang malam..
sedor2 iQa da bangun nk p skolah! hah? tak tido aku sepanjang malam rupanya??




ni lah hasil kial2 aku malam tadik..

mama.and.kids

shantek tak? shantek tak??
sila puji cantek! kalo tak, aku keciwa dan akan lari laju2 membawa diri!! hahaha

nak lagi best, sila letak ia ditepi belog kalian dan link kan dengan kedai saya.
in return aku akan mengkelik nuffnang anda lapanblas kali!! betol! tak pecaya? sila buat!!

nah html code

<a href="http://s222.photobucket.com/albums/dd201/erleyna/?action=view&current=logo.jpg" target="_blank"><img src="http://i222.photobucket.com/albums/dd201/erleyna/logo.jpg" border="0" alt="mama.and.kids"></a>





hehehe... last sekali.. i lap u all lah!!
ngeh ngeh ngeh


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku ingatkan.. gulai adalah semua masakan berkuah..
tapi tidak..
dan aku tatau gulai tu masak apa sebenarnya..
after all, aku tak penah guna perkataan gulai tu utk lauk pauk aku..
ntah kenapa. bukan sebutan orang johor kot??

dulu masa kat opis..
member aku kata gulai tu adalah sejenis masakan..
pastu ada lain plak kata gulai tu adalah kari..
yang lain plak kata.. gulai tu masak kuah laa..
ntah la! sukati korang la!!

arituh masa takdak idea nk masak apa dengan si bawal aku nan sekor..
ada la sorang makcik tu suggest aku masak gulai!
gigil2 aku mintak resepi gulai kat dia..
rupa2nya..
dia kata gulai tu adalah = kari! cheh!

sudahnya aku masak kari ajer...
ini ler kari yg gigil2 nak dapat resepi tu.. hahaha


punya terkebil2 kat dapo.. kuarkan su'un kuar tahu kering..
nak masak tumis air tuk kanak2..
tiba2 jadik benda ni plak..


aku tatau nama dia..
tapi dulu2 selalu makan kat umah WAK aku di kg.air hitam..
makanan orang jawa agaknya.. depa makan ngan nasi.
tapi kalo dapat kat aku ngan adik, bleh hadap sorang sepinggan.
hahaha... sendap ni weh!! (sendiri buat sendiri puji) la la la..


saper orang jawa dan bukan jawa murtad cam aku sila bagitau aku apakah tajuk makanan ini..


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
makcik-makcik suma suka stools?
kami suker.....


mama baru belikan kami stools yg shomel..
gambo tweety ica punya..
gambor tembikai abam punya..
abam punya tak comel. sbb dia pilih sendirik!
saya punya tweety la sgt comel. sbb mama pilihkan.. hmmm

shomel tak? shomel tak?
apa? malcik2 tak nampak gambo kat stool?
mmg la! kami nak duduk! cemana nk tunjuk!!







------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
lamanya rasa aku tak hapdet belog! haha..
sangat hardcore aku ni rasanya ekeke...
harini sgt bizi.. menyiapkan barang2 laki sejak pagi buta
pastu bizi layan kastemer kedai plak..
huhu smpai ke petang aku da pening ngadap lappy ajer..
seb baik ada ayam black pepper dimasak kincap yg sendap..
huh.. kenyang perut aku.. takde kaitan?
eh ada la! kenyang perut = ilang pening tau!! haha



semalam p klinik kat taman U, JB
mula sampai, klinik kosong jer.. rupa2nya doc ada emergency case..
so p Jusco dulu pi carik barang sket..
kul 3 kami dtg balik.. tgk2 orang da ramai..walopun doc tak sampai lagik
tapi seb baik nurse tu bagi no ikut saper datang dulu..
memandangkan aku da datang awal2 tadi.. aku dapat no 1st ler..
masuk2 lam klinik tu.. tgk da penuh..
kerusi mmg sikit..tak sampai 15 kosi. org plak ramai..
yelah.. da nama klinik pakar wanita kan..
ramai le datang bersama somi..
so org sakit 1, org menunggu 2. itu naseb baik kalo takde anak..
kalo ada anak..hmm...

makin lama tgu, org makin ramai. doc tak sampai2 okeh!
ada la 3-4 mak buyung yg aku rasa da ujung2 bulan, baru sampai..
depa berdiri la tgu kat situ.. anak2 aku suma tido lam kete,
hubby berdiri je la mencongok tepi aku..muka dia cam bengang jer..
tiba2 aku rasa mcm nk mengHERO tau!
apa kena la dgn org2 JANTAN zaman skang ni?
korang tak nampak ke wanita2 tersebut mengandung nak koyak perut tuh??
yg korang sebok mengkongker kerusi tu buat apa?
bagi la seat kat wanita2 tuh!! tgk urat kaki dia timbul2 tau tanggung beban!
korang beban apa?
masing2 dah la muka... heii geram aku!
kunun muka bengang la.. doc lambat sampai..
abes ko igt ko je bengang? huh! budus tau!
masing2 buat tak nampak je kat wanita2 berperut boyot tu.. huh kesian aku nengok!
ada yg buat2 borak ngan bini..
ada yg main2 henfon.. ada yg termenung sambil tenung perut wanita boyot2 tu..
serius! aku rasa yg berdiri2 tu suma da lepas 34weeks agaknya! beso!!
pastu aku blah..sambil mengutuk jantan2 tersebut,
aku berdiri kat luar ngan hubby.. bagi seat kat kakak boyot tu..
tapi ada la lagi 2-3 org tak dapat seat.. sian..
JANTAN2 kurang upaya semua tu masih lagi buat muka tak paham, tak bersalah.. huhu... budus tau!!
depa ni pikir tuk bini depa je gaknya... bini orang lain depa tak pedulik.. huh!!

korang2 jangan nak selfish camtu tau! kang aku


Bak kata PCK
You blind? give up your seat to those who need it!!









sekian pesanan khidmat masyarakat daripada emak beranak 3...
korang ada anak?
meh add aku di facebook: mama.and.kids.junction
hahaha sempat lagikkkk!!!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

hari tu dapat lesen P ajer
so mak dia tak amik video..




skang da dapat lesen B (berjalan) full
ni video masa kat sabar menanti aritu..
akhirnya mak dia berjaya masuk lam youtube!!
gumbira mak dia.. gumbiraa...










wakakaka.... sangat sengal eh??

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hagak2 baper hari la kena makan lauk dhoif sebegini?
kua ka ka ka..

itu pon seb baik ada makcik berhati mulia bagi cadangan suh wat kubis masak lemak
kalo tak, aku guring je kobis tuh haha

ikan tu.. kalo kat umah aku mmg tak laku la..
takde orang nak makan ikan kecit2 tu..
tapi kalo kat umah hubby.. hah cam haper depa adik badik berebut makan ikan kecit2 tuh..
sbb tu hubby kata aku adik badik berlagak..
nak makan ikan yg besor2 dan gemuks2 sahaja..

*sbb itu kah adik badik aku besor2 dan gumuks2?? adek badik hubby kering2??
eih takde kaitan la kan?


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
kan da kata
tuan rumah sakit badan..
takdak mood..
pening kepala..
tak lalu makan...

maka napsu nak memasak pon makin ler merudom..!
alangkan pada ketika sihat walafiat pon masakannya idok semenggah,kan?
inikan pula di kala tidak sihat...

redho je la kamu wahai sekalian isi rumah..
kalo kamu tak lalu nak makan jugak..
kamu p la masak megi masing2..
mama da stocked up megi banyak2 kat lam drawer dapor tuh!!


lauk jimat dan mudah.. mari makan!!

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
saper yg tanya aku pasal mover service tuh?
sori la da bertahun baru aku sempat nak citer.. sebenonya aku luper ekeke...

ni masa nak pindah ke spore dari umah kinrara..
aku guna company nippon express.. aku deal ngan Maeda San..
baik dan shangat shomel minah jepun ni..
tu dia bj pink kt pic yg 1st. da 6 tahun dok mesia
tapi tak reti langsung ckp melayu dan masih gagap2 cakap english..
hahaha shomel sangat dia ni ckp bunyik jepun!!

pics atas masa di umah kinrara...
aku tak buat apa2.. just monitor je dan tunjuk yg mana nak pack yg mana taknak..
depa balut2 dan masuk boxes..
masa tu aku sorang je la.. hubby da p spore da..

depa buat keje laju sangat.
sampai aku tak terkejar nak tunjuk..kejap turun bawah kejap naik atas
kejap p dapur kejap p kat porch..pening kepala aku..
ada la few barang yg aku taknak bawak.. tapi depa da balut...haha sukati ko la labu..

pastu..
depa janji kat aku paling awal 10 days paling lama 15 days baru barang sampai.
sebab takut kastam tahan atau check lama..
rupa2nya.. 6 hari je barang aku da sampai kat umah spore..
cepat giler..
dan.. barang aku satu pon takdak sangkut kat kastam


ni bila da sampai umah spore..
depa bukakkan kotak dan kuarkan barang beso2 je..
electrical appliances yg balut2 ngan plastik sumer tu depa bukakkan la
dan letak tpt baru siap2.. furniture pon. kalo ada la.
aku tak bawak furniture.. yg byk ialah kotak menan, books dan baju..
sendiri kemas la kan.. huhu



barang aku hampir nak penuh lori ni.. lori baper tan? aku tak sure..


all in all kosnya dalam RM7k je (kot? da luper)
tapi kalo pindah dalam mesia, leh dapat murah lagi..

sekian terima kasih..

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harini rasa letihnyaa...
badan sakit2..
tak lalu nak makan..
nak buat keje umah lagi la tak lalu...
tekak pon tak sedap..
rasa cam loya jer...
kepala pening menoneng..
tulang pelvik aku ni dah la mmg sakit..
jalan pon tak betol!
dah macam orang mengandung dah!
aku bukan buleh. kalo sakit ni mula la emo-emo sikit...

uhuk uhuk uhukk...
cepat lah petang!! abang.... cepat lah balik!!










huh dia balik pon sama je kan? bukannya leh ilang sakit aku..
huh!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
di kala panas tengahari ni...korang p lunch ek?
aku nak makan nasi pon tak best...
aku rasa sangat besh bila dapat air kupi.. dan 1-2 potong ruti...

oh beshnya ngeteh di kedai kopi 434
minum kupi boleh menjadikan body anda ramping.. seperti gelas ini..
besarrr di atas.. kecittt di bawah..

ini bukan segmen tajaan kedai kopi 434..
tapi ini semua dibayar oleh pidaus! hehe

kanak2 sila minum air masak ajer..

shantek tak inner belang2 aku? shantek tak? shantek tak???
tolongla kata shantek! penat aku soping online!!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back